Masuk Wad di Hospital Besar. PP.
Saya diberi tahu yang saya telah kena ' mild stroke' atau angin samar? dan dinasihat untuk bejaga2 dengan tekanan darah saya ayng agak tinggi. Saya terlantar diatas katil di Wad C6 bahagian nuroloji di Hospital Besar Pulau Pinang. Mujur saya dapat kesan yang saya sedang kena serangan stroke pada masa itu dan suruh anak saya iring saya kebilik kecemasan di mana setelah hampir enam jam menunggu saya dimasukan ke-wad apabila CT scan yang dilakukan bahagian kepala saya telah dapat mengesan yang adanya petanda serangan stroke yang telah berlaku. Tidak mustahil bagi saya yang berumur hampir 70 ini dapat serangan angin ini yang boleh melumpuhkan badan jikalau ianaya berlaku lebih terok lagi.Saya ada tekanan darah tinggi dan perlu bejaga2, saya dinasihat dan dengan itu juga saya dipasti tiada kencing manis atau apa2 masaalah jantung dan buah pingang. Alhamdullilah! Shukor saya kepada Ynag Maha Esa kerana dilindungi saya dari penyakit2 yang lain. Pengalaman saya semasa di WadC6 selama 4 hari itu sangatlah penuh dengan suka dan duka. Pada mulanya saya dapati hamba Allah yang terbaring di katil sebelah saya adalah saorang muda Hindu dan beliau kelihatan dalam keadaan koma. Tubuh badan beliau sangat kurus hanya tinggal kulit dan tulang, mata beliau terbeliak memandang ke siling seperti orang dah tiada nyawa lagi. Pada mulanya saya rasa tidak senang melihat beliau, perasaan gerun dan jijik timbul dalam hati saya. Mujurlah saya ta'begitu terik, saya bisisk dalam hati.
Ibu yang menjaga beliau dgna penuh kasih sayang dan perihatin membuat saya rasa malu atas perasaan saya pada mulanya itu. Saya mulai bertanya tentang nasib pemuda itu dan si ibu memberitahu akan kisahnya dan siapa mereka sebenarnya. Dalam penerangan si ibu saya dapati yang saya pernah kenal dengan ayah pesakit pada masa umurnya 2 tahun lagi. Ayah beliau berasal dari Kampung Selut, Sungai Pinang dan keluarga mereka pernah menjadi jiran kami sekampung. Bapa saudara pesakit pernah menjadi teman karib saya dan keluarga mereka pada masa itu adalah satunya
keluarga Hindu diSunfai Pinang dimana hanya terdapat tiga keluarga Hindu ynag menetap dikampong Selut pada masa itu, Alangkah terkejut saya dengan berita itu dan saya rasa macam ditegur oleh Ynag maha Suci atas tangapan saya terhadap keadaan pesakit pada mulanya.
Pada keesokan harinya saya minta izin si ibu untuk mengurut kaki pesakit dan degna izinya saya mengurut tapak kaki pesakit dan tidak beberapa lama kemudian pesakit mula merasai jamahan saya dan mula mata beliau bergerak kesini kesana sepaerti baru sedar dirir. Si Ibu pandang kearah saya dengan persaan suka atas kejadian ini. Pesakit mula mengerakan jari menandakan yang beliau sedar sedikit daripada keadaan koma sebelum itu. Saya pun rasa sangat terharu atas apa yang berlaku tetapi buat2 macam biasa sahaja,
0 comments: