Ciptaan Yang Maha Esa.
 |
Sudah lebih lima tahun saya berulang- alek ke SRI LOVELY atau tapak tanaman padi organic di Lintang, Sik Kedah. Tempat ini telah menjadi tempat saya bersamadi apabila fikiran dah overload atau hidup ini menjadi khayalan sahaja. Hidup ini ibarat mengutip teratai tampa membasahkan jari. |
 |
Disini saya menemui Dia Yang Maha Pencipta atas langit dan bumi dan kami bersantai sambil bersembang hal ehwal hidup ini. Siapa Kamu, Dia tanya, Saya jawab say hanya hamba Mu ya'Allah, hamba ayng hina dan penuh dengan kesalahan, Hamba Mu yang selalu menginkari kehendak MU dan selalu berpaling tadah terhadap petunjuk2 Mu. |
 |
Lama kami berborak, Yang pencipta dengan ciptaan Nya. Disinilah dapat kami mengenali diri sendiri melalui siapa diri ini dan siapa Dia. Ynag menjadi saksi hanya Alam yang sunyi dikeliling kami. |
 |
Alam ini hanya sementara bagi kamu, Dia kata, janganlah jadikanya sebagai tempat kekal bagi mu. Satu hari kelak semuanya akan hilang lenyap tampa kewujudan mu. Carilah yang kekal dan abadi buat harta untuk kau kembali. |
 |
Ketenangan yang kamu nikmati hanyalah nikmat yang kau cari sendiri, ketenangan ini datang dari dalam dirimu sendiri. |
 |
Segala yang di bina akan runtuh dan segala yang runtuh satu hari akan dibina semula, inilah hakikat hidup yang seperti roda berpusing tampa hirau kiri dan kanan, hitam atau puteh. kau hanyalah ibarat debu ditiup angin dialam semesta ciptaan KU. |
0 comments: