Silat Seni Gayung Pertama di Kuala Terengganu.

7:08 PM Shamsul 0 Comments

Tok Guru Silat Seni Gayong saya pernah berkata yang tiap2 guru ada menyimpan satu buah pengakhir yang dapat mengatasi mana2 lawan terutama sekali dari murid sendiri, dan buah ini di rahsiakan dan tidak di turunkan kepada sesiapa. Akhirnya buah atau pergerakan mutamad ini akan dikebumikan bersama guru itu. Ini adalah satu pengamalan yang merugikan dan ilmu akan akhirnya pupus apabila tiap2 seorang guru enggan lepaskan ilmu yang disimpanya kepada murid atau pengantinya. Inilah malangnya nasib orang Melayu pada masa sekarang. Kita berilmu hanya kadar kebolehan guru kita sahaja dan itu pun di tawarkan dengan sifat menyembunyi apa yang paling penting untuk dijadikan sekuriti buat masa depan.
Nama Tok Guru saya ialah Encik Abu Joha yang lebih terkenal dengan pangillan Pa'Abu. Beliau berasal dari Sungai Siput. Perak dan pada masa membuka gelangang kami di Kuala Terengganu beliau berjawatan sebagai Ketua Pejabat Ugama Terengganu. Beliau juga pernah menjadi Pegawi Daerah di Kuala Brang dan Ulu Terengganu. Pa'Abu adalah satu stau orang Melayu yang paling saya hormati segan atas kelebihan beliau dari apa segi hidup, biarpun Agama atau ilmu zahir dan gaya pemikiran ala Barat. Gaya dan rupa beliau sangat tampan orangnya dan beliau sangat di hormati oleh masyarakat dimana jua beliau lawati sebagai saorang pegawai kerajaan.
Walaupun membuka gelangang dibawah naungan Silat Seni Gayung Malaysia yang pada masa itu di terajui oleh Maha Guru Meor Abdul Rahman, Pa'Abu tidak pernah berguru dengan Maha Gurur Meor tetapi anak sulung beliau Faridah Abu Johan di hantar berlatih dan menjadi anak angkat Maha Guru. Pa'Abu sering menjemput Guru Guru terkenal dari rata perusok Terengganu untuk berkongsi ilmu dan kami kerap kali mengiring beliau masuk kekampung2 di Ulu Terengganu dan Kelantan mencari paka2 Silat dan jaguh2 terkenal di daerah2 negeri itu. Kami juga sering di jemput membuat persembahan pentas dimerata sekolah2 dan gelangang2 yang minat dengan gaya kami. 
Saya berminat dengan bermain kayu dan regu say ialah anak Pa'Abu ia itu Faridah abu Johan. Beliau dan saya selalu bermain di atas pentas bila di jemput dan akmi mahir dengan bermain keris dan kayu selain daripada bermain tampa senjata. Faridah adalah saorang Serikandi Melayu yand sangat pantas gerak gerinya dan di segani oleh semua murid2 yang lain. Beliau selalu menceritkan hidupnya sebagai anak angkat Meor Rahman di Singapura bersama Umi Kalsum anak pada Maha Guru itu. Faridah akhirnya berkahwin dengan Dato Ahmad Lazim, Guru Silat Seni Gayung dan menetap di Ipoh, Perak. 

      

0 comments: