Johan Hamid telah meninggla dunia.
Adik bongsu aku Johan Hamid mati semalam dan ditanam tengah malam dikawasan perkuboran masjid Jamek Gelugor. Beliau yang masih muda dan sangat aktif, selalu mesra dan menghiburkan sifatnya, tiba2 jatuh sakit dan dalam berberapa bulan saja jadi tengkorak hidup dan mati akhirnya dalam Wad di Hospital Besar, Pulau Pinang. Aku tertanya adakah ini sebab kena kencing tikus atau kenching orang? Pakar2 dihospital swasta Lam Wa Ee tiada ada jawapan yang sah dan begitu juga mereka dihospital besar, jadi kematian beliau adalah satu misteri ataupun boleh dikata mati katak.Permergian beliau sangat menyentuhhati saya dan saya rasa kesal kerana tidak dapat berbuat apa2 untuk meringankan nasibnya dalam hidup dan mati. Beliau dibesarkan di rumah anak yatim Pulau Pinang dan sangat terkenal dikalangan mereka disitu oleh sebab sifat lembut dan penyayang yang menjadi identiti beliau samaada dengan adik beradik ataupun sahabat andai. Walaupun mulutnya lantang tetapi jiwa beliau tetap lembut dan suka menghibur hat mereka dalam kesusahan. Walaupun tidak beristeri beliau mengambil anak angkat untuk memenuhi kehidupan beliau dan beliau sangat di kasihi mereka yang kenali akan hati beliau.
Apa jua sebab sabit kematian adik aku ini hanya Allah yang ketahui, tetapi hidup beliau akan dikenang selamanya terutama sekali mereka di-Taman Sadon, Pulau Pinang.
Johan adalah anak bongsu daripada lapan orang adikberadik dan bbeliau di besarkan di rumah anak Yatim apabila ayah beliau meninggal dunia Ayah beliau, Hamid Bin Talib juga pernah menjadi yah angkat saya sejak di lahirkan hinggalah saya berumur 12 tahun. Hamid Bin talib atau nama sebenarnya, Paul Nanda s/o Paul Mariano adalah saorang Buddhist sahingga beliau berkhawin pada umur 40ha; beliau khawin lewat. Beliau bertugas sebagai Stor Keeper diperlabohan Persuruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang atau Penang Port Commission, (PPC) pada tahun 40han dan berkhidmat dengan majikan itu sepanjang hayat beliau.
Walaupun hidup di kalangan orang Melayu bapa saudara saya, atau Pa'penakan saya jarang sekali bercampur dengan orang Melayu dan beliau lebih minat bergaul dengan orang Cina. Mungkin sebab beliau engan memeluk agama Islam dan minat lebih kepada ajaran Buddha, beliau lbih rapat dengan mereka yang manganut agama Buddha itu. Saya sebagai anak angkat juga dibesarkan dengan mempelajari agama pilihan beliau itu. Bapa saudara sya memeluk agama Islam apabila bersiteri saorang Muslim dari Sungai Pinang.
Beliau meninggal dunia apabila terkena strok semasa membawa van masuk ke Brown Gardens dan saya yang kebetulan pulang dair Amerika pada masa itu terpaksa membawa jenazah beliua pulang ke rumah. Mungkin ini takhdir Allah bagi saya sempat berjasa kepada be,iau kali terakirnya.
0 comments: