Mereka yang saya kasih dan segani.

10:19 PM Shamsul 0 Comments

 Tidak dapat dinilai bertapa banyak jasa dan kasih sayang yang saya telah dicucuri oleh Kakak saya sejak kecil lagi. beliau yang kenali saya, gaya hidup sya dan perangai saya tidak pernah menghukumi saya malah dia selaly mendoakan supaya saya akan balik ke pangkal jalan sebagai seorang Muslim yang di redha' Allah. Semoga doa beliau do makhbul Allah(SWT) untuk saya.  

Salah seorang dalam hidup saya yang sangat saya segan dan hormat ialah abang sulong saya. Beliau dengan tidak secara langsung telah mengaturkan perjalanan hidup saya sejak saya dilahirkan salah seorang daripada kembar yang dilahirkan. beliau lah orang yang memilih saya dibesarkan oleh bapa saudara saya oleh sebab kemiskinan keluarga kami yang tidak mampu membesarkan kami kedua2 sekali.
Kepada kedua hamba Allah ini saya mengucapkan shukur Alhamdullilah kerana masih memgampuni and menerima saya sebagai adik mereka. Saya yang banyak berdosa dalam perjalanan hidup ini sangat bertuah adanya Kakak dang Abang sebegini dan disini memohon ampun dan maaf daripada kedua mereka atas segala kesalahan saya terutama sekali kelakuan saya ynag tidak dapat diterima pada masa saya remaja dahulu.
Semoga Allah cucuri rahmat atas mereka dunia dan akhirat nanti.

0 comments: