Dato' Sam
Sampai Green Bay saya
dapati yang bekas isteri dan anak saya telah bertolak ke-Germany dimana isteri
saya dapat pekerjaan mengajar sekolah untuk pasukan tentra disana. Saya yang
pada masa itu tiada tempat tinggal dan hanya mempunyai kereta yang sudah remuk sebelah
dan apa2 yang berada didalamnya tiba2 merasa kesaorangan dan sangat tertekan.
Saya buat keputusan maminta tulong dengan saorang sahabat baik saya bernama
Francis Wilson dan beliau yang pada masa itu juga sedang menghadapi perceraian
denga isterinya bagi saya kuci rumahnya untuk diguna.
Saya ingat benar akan
peristiwa yang sangat menikam hati itu apabila saya dudok ditangga ruma beliau
dan memandang kereta Chevy Impala saya yang telah membawa saya dalam satu
perjalanan yang penuh dengan cabaran itu dengan hati yang sedeh dan resah. Saya
hidup tidak bermakna lagi dan ambil keputusan memakhirkan hayat saya hari itu
juga. Tetapi sebelum mengambil tindakan yang drastic itu saya teringat untuk
bercakap dengan abang saya Razali di-Malaysia sebab saya pasti yang dia akan
dapat member sesuatu nasihat atau pertujukan bagi saya pada masa itu. Selama
tujuh tahun meninggalkan Malaysia saya tidak pernah menghubungi sesiapa
pun. Pada hari itu saya dengan tak
sangka dapa menghubungi rumah abang saya di-Kuala Terengganu tetapi di beri
tahu oleh orang gajinya yang abang saya tiada dirumah. Saya rasa sangat kesal
dan mengeluarkan perkataan ‘Shit!” k etalipon dan didengari orang gaji itu.
Beliau berkata, ayah kamu ada cakaplah dengan dia. Saya cepat2 meminta maaf dan
minta dia dapatkan ayah saya. Saya becakap dengan ayah sama seperti beliau
berada di satu bilek dengan saya dan saya menceritakan keadaan saya pada
beliau. Inilah kali pertama saya biasa meluahkan persaan saya pada beliau.
Setelah mendengar
segala yang saya sampaikan beliau ketawa dan ketawanya yang sangat saya kenali
itu membuat saya lagi berang. Tetapi apa yang beliau katakana lepas itu membuat
saya memikirkan dua kali. Beliau berkata, “Apa la lu susah hati, ini lu punya
karma la, ia lu punya anak punya karma dan saya punya jugak la. Lu jaga lu
punya karam, dia akan jaga dia punya sama saya pun jaga saya punya jugak. Sudah
la jala terus jangan tengok belakang, jangan takut2 lagi, terus hidup la!” Selepas
mendengar hujah ayah saya yang mudah dan mendalam itu saya macam ditampar dan
baru rasa hilang segala resahan dan tekanan yang saya hadapi dan terus saya
kePamperin Park yang berdekatan rumah itu dan duduk mula menulis tentang
perjalanan saya.
Di-universiti
saya dapat menumpang disana sini dengan rakan2 yang kebanyakan mula datang dari
Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka di-UWGB. Saya digelarkan Dato’ Sam
kerana selalu diundang bila ada masaalah yang perlu diselesaikan diantara
mereka terutama sekali bila bermasaalah dengan warga tempatan. Pada mulanya
apabila mendengar yang ada siswa dari Malaysia akan datang melanjutka pelajaran
disitu saya mengundurkan diri dan jarang2 sekali berada dekat pejabat dekan dan
registra kedua2 shabat saya. Bagaimanapun suatu hari saya ditahan oleh registra
dna beliau meminta tolong saya dengan masaalah saorang murid pertama dating
kesitu. Murid tersebut engan ke hospital dan gaduh kesakitan dikepala, pening dan takut. Saya minta beliau dan
ditemani saorang lagi murid bersamanya kerumah saya. Masa itu saya tinggal
di’farmhouse, jalan Humboldt.’ Disitu saya tidurkan beliau diatas katil dan
dengan diperhatikan kawanya say abaca AlFatihah dan meminta Allah mebantu saya
untuk menyembuhkan si sakit, Saya letak tangan didahi beliau dan beliau terus
lena. Saya terkejut tapi tidak kata apa2 dan suruh kawanya tidur di belah
beliau malam itu.Pada esok harinya dalam perjalanan ke unniversiti sisakit
bertanya. “Encik Bahari, say minta maaf nak Tanya sikit. Kelmarin apa Encik
buat kat saya?” Saya jawab, “How do you feel now? Okay? Don’t ask.” Dari hari
itu saya jadi orang tua disitu yang digelarkan Dato’ Sam.
0 comments: