Mula wujudnya Cheeseburger Buddha
Untuk menampung sara
hidup saya, saya bekerja abagi saorang ‘security guard’ dengan sebuah sharikat
bernama J&J Secuirty. Salah satu tempat yang saya ditugaskan ialah sabuah
kilang yang pernah pada perang dunia ke2 mengeluarkan kereta kebal jenis
‘Sherman Tanks’. Tetapi pada masa itu menghasilkan Kren atau kereta cakok.
North West Engineering adalah satu2 kilang terbesar didaerah MidWest Amerika
Selatan. Saya ditugaskan pada malam hari sebab bersekolah pada siangnya dan
satu2 tugas kami dua orang ialah melakukan perjalanan dan mengunci jam yang
kami galas bersama kami pada tiap2 sudut di mana terletaknya jam untuk
dikuncikan sebagai menanda yang kami telah berlalu disitu, ‘Punching the
clock’. Dari mula hinga ke pendhujung jalan yang melalui segenap perusok kilang
dari tingkat atas pejabat dimana pelan induk dilukiskan ketempat mana Kren
hampir siap dicat memakan masa hampir dua Jam.
Teman saya yang bernama Vincent Kehoe berasal
dari Kanada dan beliau pendiam dan sangat mudah bekerja denganya. Hanya satu
masalah yang saya hasapi dengan beliau, yaitu beliau saorang yang selekeh mungkin tidak mandi dua tiga hari dan rambut
sentiasa dibasahi peluh. Saya percaya yang beliau saorang peminum arakm, a
drunk, bila tidak bertugas. Badanya gemok dan perut boroi membuat beliau
kelihatan hamper tumbang bila berjalan. Apa kirapun beliau tidak pernah
bermasalah dengan saya tambah sentiasa menasihati saya tentang pelajaran saya.
Pada masa itu saya mula
membaca gaya fikiran Jedu Krishnamurti dan Alan Watts yang saya jumpa di
Library UWGB semasa bekerja sambilan sebagai penolong Librarian sebagai work
srudy. Saya sangat tertarik dengan falsafah hidup yang diujarkan oleh tokoh
kontamporari falsafah ini dan hingga sekarang maseh meneliti akan ajaran2
mereka yang mencabarkan pemikiran saya. Pada satu ketika semasa mengabil rehat
disabauah tempat makan McDonald dimana saya di arahkan berada disitu untuk
memastikan yang remaja2 yanguat kunjungi
tempat itu tidak berkelakuan tidak senonoh seperti melempar makanan atau
bergadoh sama sendiri yang saling berlaku. Saya duduk membaca buku Aalan Watts
disebelah tangan dan memegang doulble Cheeseburger ditagan sebelah lagi. Di
luar bangunan snow bertimbun puteh, didalam panas hingga saya berpeluh kerana
memakai uniform dan dilapisi baju dan seluar panjang memanaskan badan di musim
sejuk, ‘Long Johns’. Tnegah ashik membaca saya terpegun dengan keadaan saya itu
dimana saya berbelah bagi (dichotomy) diantara sejuk dan panas, luar dan dalam,
membaca buku “The Way Of Zen’, yang bertemakan Buddhism dan memakan
Cheeseburger yang mana bercangah dengan ajaran Buddha tak makan daging. Kamu
nilah Cheeseburger Buddha! Sejak hari itu saya namakan persona saya sebagai
Cheeseburger Buddha dan Blog saya dalam bahasa Inggeris juga mengunakan
‘Ramblings of the Cheeseburger Buddha’. Kartoon yang saya jadi kan watak
Cheeseburger Buddha juga saya lukiskan untuk menonjolkan buah2 fikiran saya
yang agak lucu atau sinis. Beliau menyerupai saorang sami Buddha Jepun, atau
Zen Master.
0 comments: