Keindahan SRI LOVELY, luar dan dalaman.-

12:05 AM Shamsul 0 Comments

Menjalin tali persahabat, persaudaraan diantara satu sama lain. Mengenal siapka mereka dan kita.

Saling menghomati satu sama lain diantara yng tua dan yang muda.
,

Merai dan memeriahkan majlis dengan menghormati sopan satun warge tempatan.


Mengenal dan menerima taraf masing2 tampa ragu2 atau kepentingan diri. This 'unconditional Love'. Kami di Sri Lovely coba mengamalkan sifat2 sebegini melalui bercucok tanam.
Buat amalan melalui kerjaya, tampa mengira dimana dan apa kerjanya. Kami sujud ketanah mengingati Yang Maha Pencipta. 
Satu tray anak pokok in bila berbuah dapat memberi makan sekurang2  2minggu sekeluarga. Doa' kan kami supaya dapat kami laksanakan amalan kami ini di SRI LOVELY, organic farm. Insha'Allah.


0 comments:

Kenal Diri Kamu..

12:36 AM Shamsul 0 Comments

Kau yang mengenal dirimu, Insha'Allah akan mengenal tuhan mu. Ini adalah kata2 para Rasul dan banyak lagi agama2 dan para falsafah dalam sejarah manusia. Mengenal diri ada satu2nya ilmu yang wajib dipraktikkan  oleh sesiapa yang mencari kebenaran dalam hidupnya. Ianya batu asas untuk mendirikan sesuatu amalan maupun sembahyang ataupun gaya pemikiran sendiri. "Know Thyself'" Kenal diri kamu, terdapat di ukir pada dipalang pintu masuk ke bilik  suci "Oracle" di Delphi, Greece dan ia juga terdapat di pintu masuk ke alam Barzakh mengikut tulisan Dante Alighieri, penulis Itali yang menceritakan perjalanan beliau dalam bentuk puisis yang dikenali sebagai, "The Divine Comedy." ke alam akhirat, yaitu, surga dan neraka dan alam barzakh. 
Tidak payah melihatkan sebab2 yang sangat mendalam ini untuk kita fahami betapa mustahak nya bagi kits untuk mengenal diri sendiri yang sebenar nya. Segala kekeliruan berlaku oleh sebab kita tidak meng soal tentang siapa kita sebenar nya dari segi physical dan spiritual, atau Rohani dan Jasmani, Mengenal diri adalah satu2 nya kewajipan utama bagi kita dan kita yang mengenal diri sendiri dapat menjadi pemerhati tentang gaya hidup kita dimuka bumi ini. Dengan mengenal diri kita dapat berbakti untuk segalanya yang diwasiat  kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi Yang Maha Esa. " Mengenal orang lain dianggap satu kelebihan, mengenal diri sendiri adalah satu anugerah." 
      

0 comments:

Lepak rumah Na di Kuale Ganu.

11:30 AM Shamsul 0 Comments











0 comments:

Lawatan say terkini ke "Rumah Kuning - Awi's Yellow House.

11:20 AM Shamsul 0 Comments















0 comments:

Mereka yang saya kasih dan segani.

10:19 PM Shamsul 0 Comments

 Tidak dapat dinilai bertapa banyak jasa dan kasih sayang yang saya telah dicucuri oleh Kakak saya sejak kecil lagi. beliau yang kenali saya, gaya hidup sya dan perangai saya tidak pernah menghukumi saya malah dia selaly mendoakan supaya saya akan balik ke pangkal jalan sebagai seorang Muslim yang di redha' Allah. Semoga doa beliau do makhbul Allah(SWT) untuk saya.  

Salah seorang dalam hidup saya yang sangat saya segan dan hormat ialah abang sulong saya. Beliau dengan tidak secara langsung telah mengaturkan perjalanan hidup saya sejak saya dilahirkan salah seorang daripada kembar yang dilahirkan. beliau lah orang yang memilih saya dibesarkan oleh bapa saudara saya oleh sebab kemiskinan keluarga kami yang tidak mampu membesarkan kami kedua2 sekali.
Kepada kedua hamba Allah ini saya mengucapkan shukur Alhamdullilah kerana masih memgampuni and menerima saya sebagai adik mereka. Saya yang banyak berdosa dalam perjalanan hidup ini sangat bertuah adanya Kakak dang Abang sebegini dan disini memohon ampun dan maaf daripada kedua mereka atas segala kesalahan saya terutama sekali kelakuan saya ynag tidak dapat diterima pada masa saya remaja dahulu.
Semoga Allah cucuri rahmat atas mereka dunia dan akhirat nanti.

0 comments:

Silat Seni Gayung Pertama di Kuala Terengganu.

7:08 PM Shamsul 0 Comments

Tok Guru Silat Seni Gayong saya pernah berkata yang tiap2 guru ada menyimpan satu buah pengakhir yang dapat mengatasi mana2 lawan terutama sekali dari murid sendiri, dan buah ini di rahsiakan dan tidak di turunkan kepada sesiapa. Akhirnya buah atau pergerakan mutamad ini akan dikebumikan bersama guru itu. Ini adalah satu pengamalan yang merugikan dan ilmu akan akhirnya pupus apabila tiap2 seorang guru enggan lepaskan ilmu yang disimpanya kepada murid atau pengantinya. Inilah malangnya nasib orang Melayu pada masa sekarang. Kita berilmu hanya kadar kebolehan guru kita sahaja dan itu pun di tawarkan dengan sifat menyembunyi apa yang paling penting untuk dijadikan sekuriti buat masa depan.
Nama Tok Guru saya ialah Encik Abu Joha yang lebih terkenal dengan pangillan Pa'Abu. Beliau berasal dari Sungai Siput. Perak dan pada masa membuka gelangang kami di Kuala Terengganu beliau berjawatan sebagai Ketua Pejabat Ugama Terengganu. Beliau juga pernah menjadi Pegawi Daerah di Kuala Brang dan Ulu Terengganu. Pa'Abu adalah satu stau orang Melayu yang paling saya hormati segan atas kelebihan beliau dari apa segi hidup, biarpun Agama atau ilmu zahir dan gaya pemikiran ala Barat. Gaya dan rupa beliau sangat tampan orangnya dan beliau sangat di hormati oleh masyarakat dimana jua beliau lawati sebagai saorang pegawai kerajaan.
Walaupun membuka gelangang dibawah naungan Silat Seni Gayung Malaysia yang pada masa itu di terajui oleh Maha Guru Meor Abdul Rahman, Pa'Abu tidak pernah berguru dengan Maha Gurur Meor tetapi anak sulung beliau Faridah Abu Johan di hantar berlatih dan menjadi anak angkat Maha Guru. Pa'Abu sering menjemput Guru Guru terkenal dari rata perusok Terengganu untuk berkongsi ilmu dan kami kerap kali mengiring beliau masuk kekampung2 di Ulu Terengganu dan Kelantan mencari paka2 Silat dan jaguh2 terkenal di daerah2 negeri itu. Kami juga sering di jemput membuat persembahan pentas dimerata sekolah2 dan gelangang2 yang minat dengan gaya kami. 
Saya berminat dengan bermain kayu dan regu say ialah anak Pa'Abu ia itu Faridah abu Johan. Beliau dan saya selalu bermain di atas pentas bila di jemput dan akmi mahir dengan bermain keris dan kayu selain daripada bermain tampa senjata. Faridah adalah saorang Serikandi Melayu yand sangat pantas gerak gerinya dan di segani oleh semua murid2 yang lain. Beliau selalu menceritkan hidupnya sebagai anak angkat Meor Rahman di Singapura bersama Umi Kalsum anak pada Maha Guru itu. Faridah akhirnya berkahwin dengan Dato Ahmad Lazim, Guru Silat Seni Gayung dan menetap di Ipoh, Perak. 

      

0 comments: