Sembang Bab Penyakit.
Kalau sembang di kedai kopi, warung tepi jalan atau di surau dan masjid bagi mereka yang sama berumur dengan saya, (tahun depan tujuh puluh), topic yang paling diminati adalah, penyakit. Tiga macam penyakit yang sering dibincang ialah, kencing manis, darah tinggi dan lain lian. Bila timbul saja bab penyakit masing masing ada cerita untuk dibentang buat tatapan semua yang hadzir. Tiap tiap episode yang di kongsi kadang kala sangat terperinci dan dapat membuat pendengar tercengang. Tiap penyakit itu ada ubatnya dan dalam golongan yang hazir tetap ada satu dua paka yang tidak kurang dengan nasihat dan petuah tentang cara mengobat atau pencegahan dari kena sesuatu panyakit.Saya selalu tarik diri daripada terlibat dalam debat dan hujjah mengenai kencing manis dan darh tinggi sebab ianya tidak medatangkan manfaat bagi saya. Silap saya, tapi bagi saya bila terlampau banyak berbual tentang penyakit ini serupalah dengan mengundang penyakit itu. Macam kita seru seru pulak kata orang lama dengan menyebut -nyebut nama sesuatu penyakit itu berulang kali. Ini satu amalan yang tidak sihat dari segi daya pemikiran manusia. Minda kita sama seperti spange yang menerap ayer, ia akan mengutip dan mengumpul setiap maklumat yang dihidangkan dan menjadikanya bahan untuk rujukan buat memenuhi akal bila masa lapang. Ia bisa tokok tambah lagi apa yang didengar dan akhirnya bhan bahan ini menjadi satu kepercayaan minda intu sendiri dan boleh mengakibatkan mulanya satu satu penyakit.
Oleh itu jauhilah daripada mengisi masa lapang bersama rakan dengan bersembang bab penyakit. Kalau perlu dilakukan biarlah secara seimbas sahaja. Baik lagi kalau mengongsi pendapat tentang ekonomi atau kedudukan negara buat masa ini. Banyak lagi topik lain yang lebih manfaatkan daripada siapa kena kerat kaki atau siapa baru kena stroke. Saya tak kata salah, tapi saya hanya beri nasihat jangan terlampau layan sangat.
Wallahualam.
Saya rasa it cuts both ways.
ReplyDeleteOn the good side mengingati sakit dan kematian membawa keinsafan.
Tapi ramai juga yang meleret sampaikan segala umpat dan keji turut di luah, nauzubillahiminzalik.
This is very true! Thanks for the reminder.
ReplyDelete