Terima kasih Prof Zakari Ali.

12:12 AM Shamsul 0 Comments

Sudah lama says abaikan Blog ini sebab tiada sambutan dari pembaca dalam Bahasa Kebangssan yang minat sangat dengan cerita saya ini. Setelah membaca Prof. Zakaria Ali di FaceBook kata kata resmi pelancaran PEN- Angkatan Penulis Negeri Sembilan baru baru ini, saya rasa tercabar semangat untuk tidak berputus asa dan sambung hajat saya untuk menulis Blog ini sedaya upaya saya. Prof. Z juga seorang pelukis yang saya minati dalam penulisan beliau telah membuka mata hati saya untuk menyambung tulisan saya di Blog ini walau ada atau tiada orang minat membacanya. Ini bukan tujuan saya pada hakikatnya, saya menulis dalam Bahasa Melayu ini dengan harapan supaya dapat berkongsi pengalaman hidup dengan mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Inggris. 
Blog, Otai Kampung Selut ini boleh dikatakan hasil terjemahan dari Blog saya yang saya tulis dalam bahasa Inggris yang bertajuk -Ramblings of the Cheeseburger Buddha yang saya mula menulis pada tahun 2005 semasa saya menetap di-Kuala Terengganu. Ianya didoronig oleh sahabat karib saya Encik Fadli Mubin seorang computer engineer dan juru gambar terkenal pada masa kini. Blog dalam Bahasa Inggris ini sekarang hampir  mencecah 2000 entry dan menerima lebih daripada 520 Ribu 'Hit' di Internet. Berbanding dengan Blog OTAI Kampung Selut yang mendapat 1400 'hits' dalam tempoh hampir tiga tahun, sangat jauh bezanya dan tidak memeransangkan. . 
Terima kasih saya kepada Prof.Z. atas tulisan beliau sempena pelancaran Ke41 -PEN, Negeri Sembilan yang dikongsikan di Facebook. Ia memberi semangat untuk saya tidak berputus asa atas urusan saya ini. Biar bahasa saya tunging langang, lentang pukang pun saya akan coba tulis dan kongsi hidup saya ini yang sentiasa mencari pengenalan diri sendiri. 
Thanks my friend.






0 comments: