Kitalah punca kerosakan Alam Sekitar.
Tahap keadaan Alam Sekitar di negeri ini sangatlah menguatirkan dan ini satu halnya yang patut dikaji dan diselesaikan dengan rapi oleh pihak tertentu. Jabatan Alam Sekitar Malaysia perlu mengambil langkah yang pro-active dengan lebih peka tentang kerosakan dan kecemaran Alam kita dengan memantau tiap tiap sudut dan pastikan dapat mengambil tindakan atas tapak tapak dan premis dimana bermulanya bahan bahan pencemaran, 'source of origin'.Pulau Pinang mempunyai sungai utamanya masih di-kirakan sungai mati berbanding dengan sungai ini 50 puluh tahun lalu. Ini kerana terdapat banyak 'sources of effluence' disepanjang aliran Sungai Pinang yang bermulanya di Ayer Hitam dan berakhir di laut. Kalau di kajikan terdapat beberapa punca saluran kecemaran yang berasal dari tempat tempat cuci kenderaan seperti bas dan kereta yang terletak berhampiran sungai. Juga terdapat kilang sembelih dan potong daging di tebing sungai di mana darah dan sisa bo hazard sentiasa menerap kedalam sungai. Juga terdapat beratus bengkel motosikal dan kereta yang tidak mengambil tindakan untuk menjaga premis dan membuang minyak kotor ke dalam longkang di mana ianya akan akhirnya dibawa air masuk kedalam sungai. Sampah sarap juga sentaisa jadi masalah apabila terdapat mereka yang tidak ambil kira membuang sisa makanan dalam bag plastik dan lain lain kedalam sungai sebab mudah dilakukan. Kesudahanya apakah cara untuk kita memulihkan Sungai Pinang satu satu sungai yang paling tercemar di negara ini?
0 comments: