Pendapat bernilai tiga puluh sen.
Ada kalanya kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita fahami akan kita kesal tetapi demi kemakmuran dan keamanan sejagat kita tabahkan hati dan lakukan juga. menyumbang sedikit sebanyak kepada tabung negara sepertimana yang sedang di lakukan segenak rakyat yang berbilang bangsa di negara kita adalah bukan hanya semata mata sebab wang. Wang yang diperlukan untuk membayar hutang piutang negara memang tidak dapat dilansirkan oleh wang yang hasil dari kutipan derma ini. Yang perlu direnungi adalah kesanggupan rakyat jelata menderma demi kepentingan Negara dan bangsa yang dinamakan Bangsa Malaysia. Dimata negara negara asing in adalah satu lagi keunikan Negara ini, yaitu Rakyatnya cakap dan bikin, bukan cakap tak seperti bikin. Dengan pelaksanaan sumbangan sebegini kita dengan secara automatik dapat menebus maruah negara kita dimata dunia.Pada tahap tempatan pula sumbangan wang yang datang dari segenap pelosok Negara dan dari yang mampu dan yang tidak, ianya dapat menyatukan siratulrahim rakyat negara ini tidak kira keturunan, bangsa atau fahaman politik. Inilah makna berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tanpa persoalan la gi benar atau salah. Jikalau tidak mampu tidak dipaksa, tidak setuju tak jadi masalah, tapi yang diseru, jangalah jadi penghalang seperti batu api tanpa hala tujuan. Jangan ugut Kerjaan yang baru menyusu tak sampai sebulan dengan kata kata pesat dan fikiran fikiran yang tak berasas, kadangkala hanya spekulasi semata mata kerana tidak puas hati atas pilihan rakyat dalam PRU14. Rakyat dengan hampir sebulat suara telh membuat pilihan, siapa yang memerintah dan siapa yang jadi pembangkang, tunggu lah dengan kesabaran dimana kedua dua pihak ini akan bertempur di kerusi parliament kelak.
Allah cipta manusia dengan mempunyai satu mulut dan dua telinga atas sebab supaya kita mendengar lebih dari bercakap.
WallahuAlam.
0 comments: