Renungan surat Saidina Ali (RA) Kpd. Malik AlAshtar.-2

10:30 PM Shamsul 0 Comments

" Jangan kamu ingkar perintah Allah, lantaran kamu tidak mempunyai kuasa terhadap pembalasan- Nya, juga kamu tidak dapat melaksanakan pengampunan dan kasih sayang-Nya. Jangan berasa kecewa kerana memberi maaf, atau bergembira apabila menjatuhkan hukuman, dan jangan terburu-buru (untuk bertindak) mengikut hati kalau kalau kamu ada jalan yang lebih baik. Jangan sekali-kali berkata, "Aku diberi kuasa, aku memberi perintah dan aku mesti dipatuhi," kerana pastilah itu adalh korupsi hati. melemahkan agama, membawa perubahan nasib sesaorang. Jika kuasa yang kamu miliki menjadikan kamu angkuh dan bangga, maka bayangkanlah pula kehebatan kekuasaan Tuhan ke atas kamu, dna kuasa-Nya yang kamu tidak dapat mengawalnya. Ini akan mengendurakan kedegilan kamu, menahan rasa amarah kamu dan ini akan mengembalikan kewarasan kamu. Berwaspadalah daripada menyaingi Tuhan dari segi kehebatan-Nya dan meyamakan diri engkau dengan Dia dari kuasa mutlak-Nya, kerana Tuhan akan memusnahkan orang yang zalim dan akan memberi malu kepada orang yang sombong.

Hendakalah kamu, ahli keluarga kamu dan mereka yang kamu senangi, berlaku adil kepada Tuhan dan kepada manusia. Jika kamu tidak berlaku adil, kamu telah melakukan kesalahan. Dan bagi mereka yang melakukan kesalahan kepada hamba Allah, dia akan berdepan dengan Tuhan bukan dengan hamba Allah, bukan sahaja dengan hamba Allah tersebut. Allah menjadikan batal dan tidak sah hujah mereka yang menentang-Nya. Orang itu dianggap musuh Allah sahingga dia insaf dan bertaubat, sekira berlarutan melakukan kesalahan akan menyebabkan terhindarnya Rahmat Allah dan bencana daripada-Nya disegerakan kerana Allah mendengar doa mereka yang tertindas, dan sesunguhnya Allah sentiasa memerhatikan mereka yang melakukan kemungkaran."

Dipetik dari buku, "Saya pun Melayu" oleh Zaid Ibrahim.  

0 comments: