Renungan Keredhaan Allah
Arwah, Mamu LI (Bakoi) Pondok Nelayan Jelutong.
Renungan Keredhaan Allah
Selangkah demi selangkah, inshaAllah, saya rasa seperti hampir dengan keredaan Allah ‘Azza wa Jalla. Mungkin hanya perasaan pagi ini sahaja, namun ia mencukupi.
Kalau saya renungkannya, ia menandakan pemikiran saya tidak lagi dikongkong oleh nafsu, dan saya tidak lagi merasa menjadi hamba padanya. Saya rasa walaupun buta seketika, saya dipimpin dan dikasihi oleh Yang Maha Esa. Kasih yang tiada penghujungnya.
Di sinilah saya teringat daripada mana datangnya ilham untuk mencari keredaan Allah. Ia bukan sekadar ilham kosong, tetapi hadiah daripada seorang sahabat karib saya yang telah pergi, arwah ‘Li Bakoi’, atau lebih dikenali sebagai Mamu Li di kalangan mereka yang selalu lepak di Restoran Ikan Sembilang, Pondok Nelayan, Jelutong.
Beliau sering bertanya kepada saya,
“Apa yang paling penting didoakan bila kita pohon kepada Allah?”
Jawapannya yang beliau titipkan:
“Keredaan Allah atas segala hidup dan mati kita.”
Sehingga kini, saya masih berpegang pada nasihat itu. Inilah kenangan yang membekas dalam hati saya setiap kali soal keredaan timbul dalam hidup.
Moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh sahabatku Mamu Li, dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang dikasihi-Nya. Ameen.
Doa untuk Arwah Sahabat
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ.
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat singgahnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah dia dengan air, salji dan embun, serta sucikanlah dia daripada segala kesalahan sebagaimana Engkau sucikan kain putih daripada kotoran
#RenunganHati #RedhaAllah #LangkahKecil #PerjalananRohani #KenanganSahabat #KasihAllah #DoaUntukArwah
Tuan

0 comments: