Nelayan Pulau Pinang tahun 60- 70han.











Apa ituThaipusam? --Pulau Pinang


Tiap2 kaum dan Agama ada adat istiadat masing2 cara menyembah dan memuja Tuhannya masing2. Sebagai masyarakat berbilang kaum kita saling menghormati adat istiadat masing2. Inilah satu2nya kekayaan budaya negara kita yang patut di hargai. 

Thaipusam bagi orang Hindu adalah perayaan menebus hutang atau mengucap kesyukuran  yang terjalin diantara manusia degan Tuhanya. Apabila sesuatu niat atau permohonan telah dilaksanakan oleh yang disembah maka mengangkat 'Kavadi" adalah satu2nya cara mengucap keshukuran bagi hamba yang terhutang budi bagi Dewa (Deity) yang di puja.. 

Di Pulau Pinang, perarakan yang bermula dari Lorong Kulit samapai keKuil Besar di atas bukit berhampiran dengan Kebun Bunga ini berlaku setahun sekali dimana mereka yang ada membuat perjanjian dengan Dewa Subramaniam menebus hutang setelah niat mereaka dimakhbulkan. 
Ada yang meminta supaya mendapat anak, ada yang mohon memulih penyakit, mendapat kerja, melulus perperehsaan dengan cemerlag dan sebagainya. Apakala permintaan dimakhbulkan maka perjanjian diantara kedua pehak ditebusi.
Kadangkala orang Cina pun ada mengambil bahagian dalam perarakan ini. Kepercayaan Hindu dan Cina memang jauh beza dari umat Islam dinegeri ini, perbezaan inlah membuat kita lebih kaya dari segi seni dan budaya apatah lagi agama. 

Bermacam cara 'menyeksa diri' atau dalam bahasa Ingeris-nya, "Self mortification", dapat dilihat  dan in bukan semata2 untuk bersensasi tetapi menepati janji dan niat individu pada masa meminta bantuan sesuatu pada mulanya.
Suasana Thaipusam sangat meriah dan berwarna warni dengan tarian dan musik yang dipasang dengan kuat hingga sakit telingga bila lalu berdekatan dengan khemah2 di tepi sepanjang jalan yang didirikan oleh badan2 kebajikan dan makanan dan minuman disediakan percuma untuk orang ramai.

Oleh sebab cuaca yang panas terik jalan2 dibasahkan supaya mereka yang berkaki ayam tidak rasa terlalu sakit tapak kaki masing diatas jalan raya.

Hampir semua yang mengambil bahagian akan membawa susu lembu yang mana akan di curah mandikan atas patung Dewa Subramaniam sebagai aksi tamat perjalan ini. Patunag ini yang diperbuat dari emas berukuran satu kaki tinggi. Patong ini kalau dilihat sekarang berwarna hitam oleh sebah kena simbahan susu lembu bertahun2 lamnya . 

Apajua kepercayaan masing2 kita patut menghormati dan kalau dapat memahami ianya menjadi ilmu tambahan bagi kita. Jangan kita menghina atau menghukum salah atau tidak, itu semua kehendak Tuhan dan agama masing2.; Lakum dinukum waliadin. 

Kekayaan ilmu dan pengalaman datangnya dari hati yang terbuka untuk menerima segalanya ciptaan Yang Maha Esa tampa segan dan ragu2, takut dan bercenderung pada sifat hukum menghukum.

Berkaria tampa batasan.




Pertanian -Amalan Zahir dan Batin. .

Bagi mereka yang mencari jalan menuju keIllahi, bercucok tanam dan megenal hasil bumi adalah satu jalan yang dapat mengeratkan sailaturahim diantara manusia dengan bumi Allah. Ianya satu ibadah yang dapat mencuci segala kecemaran yang ada pada diri rohani manusia sebab tidak ada guru yang lebih jujur dari tanah. lumpur dan tumbuh tumbuhan. 

Mencari dan berkongsi ilmu tidak kenal batasan. Kamu yang dilantik sebagai kalifah di muka bumi ini patutlah mengenal diri kamu sendiri untuk menjalankan tugas yang kamu diwariskan oleh Tuhan mu; kamu menyembah Dia dengan mencium bumi, renungkanlah.

Mereka yang akan mewarisi alam ini selepas kamu, apakah yang kamu akan tinggalkan untuk mereka? Alam yang tercemar? Bukit bukau yang kering kontang, sungai dan tasik yang berpenyakit airnya? Inilah tangung jawab kamu selagi kamu hidup di muka bumi Allah, kamu hanya menumpang.

Tidak kira panas atau hujan, tdak kira letih atau lapar, inilah amalan kamu wahai orang muda yang ingin mengenal diri. Apa itu melandak, apa itu menajak, ilmu yang kamu cari2 sedia ada ditangan kamu, tanyalah hati kamu sama mahu atau tidak. Sangup kah kamu bertitik peluh dan berairmata yang menitis kelumpur dikaki mu tampa kamu sedari, ini lah Jalan menuju keArash Allah.

Jangan kamu terima hakikatnya yang kamu tiada jalan untuk mencari makna hidup mu di muka bumi ini. Allah sentiasa menyediakan jalan bagi mu untuk beramalan dan berbakti demi bumi dan makhluk-Nya dan bagi kamu tiada alasan membazir masa mu dengan helah dan alasan. Mengabdikan diri kepada yang Maha Esa, ialah berbakti demi Alam dan makhluk ciptaan-Nya; bersujud bukan semata-mata menletak dahi mu kemuka bumi, ianya meningatkat  kamu asal usulmu, yaitu tanah.

Jangan sekali2 kamu pandang remeh akan mereka yang bertungkus lumus becucok tanam. Hasil dari titik peluh mereka adanya makanan di meja kamu; Bersyukurlah adanya petani di sawah. hargailah jasa mereka yang mengadai gaya hidup yang kamu  bergegas mencari dibandar.

- Awi - Semoga Allah Tempatkan Dikalangan orang2 Beriman.

"Kaki Mung macang Gajoh, nok urut dok luk! Awi".
'Adih,adih,adih!, molek kok! Aku lepang kang!"
 
Saya menerima berita sedih dari kawan saya Mohd. Rafi di Kuala Terengganu yang menyatakan sahabat kami Awi Pulau Duyong telah kembali kerahmatullah kelmarin. Beliau adalah salah saorang sahabat saya yang saya paling saya segani dan hormati dalam hidup saya dinegara ini sejak saya kembali dari bermaftautin di,luar negara selama 24 tahun. 
"Aboh' - Awi 

'Tiga Abdul' - kaki cincang
"Guane Wi, Mu dok cari celoh2 atak? Kang mu selit selalu!"
Tangga naik masuk ke 'Awi's Yellow House', Chalet yang didirikan
oleh Awi sejak 30 tahun yang lamapau?

Chalet2 ini teletak did alam sungai Terengganu berdekatan dengan Jambatan Sultan Mahmood. 
Awi's Yellow House adalah satunya 'Resort' yang di sebutkan didalam buku Travelers =The Lonely Planet, pada awal lagi. sebagia satu tempat yang unik untuk melawat.

Selalunya chalet2 ini di kujungi oleh backpackers dan ada yang menjadi pelawat regulat Mereka datang dari merata negeri. Kebanyakan mereka sudah menjadi sebati dengan Pulau Duyong ada yang tinggal berbulan2.



Renungan surat Saidina Ali (RA) Kpd. Malik AlAshtar.-2

" Jangan kamu ingkar perintah Allah, lantaran kamu tidak mempunyai kuasa terhadap pembalasan- Nya, juga kamu tidak dapat melaksanakan pengampunan dan kasih sayang-Nya. Jangan berasa kecewa kerana memberi maaf, atau bergembira apabila menjatuhkan hukuman, dan jangan terburu-buru (untuk bertindak) mengikut hati kalau kalau kamu ada jalan yang lebih baik. Jangan sekali-kali berkata, "Aku diberi kuasa, aku memberi perintah dan aku mesti dipatuhi," kerana pastilah itu adalh korupsi hati. melemahkan agama, membawa perubahan nasib sesaorang. Jika kuasa yang kamu miliki menjadikan kamu angkuh dan bangga, maka bayangkanlah pula kehebatan kekuasaan Tuhan ke atas kamu, dna kuasa-Nya yang kamu tidak dapat mengawalnya. Ini akan mengendurakan kedegilan kamu, menahan rasa amarah kamu dan ini akan mengembalikan kewarasan kamu. Berwaspadalah daripada menyaingi Tuhan dari segi kehebatan-Nya dan meyamakan diri engkau dengan Dia dari kuasa mutlak-Nya, kerana Tuhan akan memusnahkan orang yang zalim dan akan memberi malu kepada orang yang sombong.

Hendakalah kamu, ahli keluarga kamu dan mereka yang kamu senangi, berlaku adil kepada Tuhan dan kepada manusia. Jika kamu tidak berlaku adil, kamu telah melakukan kesalahan. Dan bagi mereka yang melakukan kesalahan kepada hamba Allah, dia akan berdepan dengan Tuhan bukan dengan hamba Allah, bukan sahaja dengan hamba Allah tersebut. Allah menjadikan batal dan tidak sah hujah mereka yang menentang-Nya. Orang itu dianggap musuh Allah sahingga dia insaf dan bertaubat, sekira berlarutan melakukan kesalahan akan menyebabkan terhindarnya Rahmat Allah dan bencana daripada-Nya disegerakan kerana Allah mendengar doa mereka yang tertindas, dan sesunguhnya Allah sentiasa memerhatikan mereka yang melakukan kemungkaran."

Dipetik dari buku, "Saya pun Melayu" oleh Zaid Ibrahim.  

Renungan surat Saidina Ali (RA) Kpd. Malik AlAshtar.-1

"Ketahuilah wahai Malik, sesunguhnya aku mengirimkan kesuatu daerah dimana kerajaan yang adil dan tidak adil telah wujud sebelum kamu. Rakyat akan menilai tindak tanduk seperti mana kamu  pada kebiasaanya kamu menilai tindak tanduk pemerintah sebelum kamu. Mereka akan berbicara tentang kamu sebagaimana menjadi kebiasaanya kamu membicarakan mengenai pemerintahan tersebut. Ynag bertakwa dikalangan adalah mereka yang ditentukan oleh Allah SWT sebagaiman yang disampaikan oleh Rasul rasul-Nya.

Jadikanlah apa-apa tindakan kamu sebagai tindakan orand yang soleh. Kawalah nafsu kamu dan kekangilah jiwa mu daripada apa yang tidak halal bagimu, kerana menahan jiwa adalah supaya ia berlaku adil sama ada suka atau pun tidak suka. Semaikan hati kamu dengan perasaan belas kasihan, kasih sayang, baik hati kepada rakyat kamu. Jangan kamu tunjukan wajah kamu seperti binatang buas dan menganggap mereka mangsa yang mudah dibaham, kerana mereka sebenarnya tergolong dua golongan:  sama ada mereka saudara seagama dengan kamu atau mereka adalah makhluk Tuhan seperti kamu juga. Kesilapan telah menyebabkan tidak sedar bahawa kelemahan itu telah menguasai diri mereka dengan melakukan perbuatan jahat dengan sengaja. Berikanlah mereka keampunan dan kemaafan sebagaiman kamu berharap Tuhan juga akan memaafkan kamu. Kamu telah lebih tinggi daripada mereka, dan yang melantik kamu lebih tinggi daripada kamu. dan Tuhan lebih tinggi dari orang yang melantik kamu. Tuhan meminta kamu memenuhi keperluan mereka, dan Tuhan menguji kamu melalui mereka...
Dari kandugan isi surat Saidina Ali (RA) kepada Gebenor yang dilantik beliau. 
Bersambung...