Central City, Colorado.
Banyak kerenah yang
berlaku dalam perjalanan saya yang tidak dapat saya ceritakan dengan terperinci
oleh sabab sudah kurang jelas peringatan saya dan kebanyakanya tidak begitu
menarik. Sampai di-Denver kami berpisah dan saya mulai menuju kearah destinasi
saya di-Colorado yaitu sabuah pekan kecil yang di namakan Central
City,Colorado. Pekan in terletak di kawasan pergunungan dan asalnya pada satu
masa yang lampau sebagai satu kwasan perlombongan emas atau Gold Mining Town.
Ianya sekerang telah dijadikan pekan bersejarah yang dilawati turist, Tourist
Town. Matlamat saya ialah melawati saorang pelukis yang terkenal disitu yang
bernama Angelo De Benedetto berusia dalam linkongan 60 puluhan pada masa itu.
Saya diberi alamat beliau olah rakan saya di-Green Bay dengan harapan supaya
saya mesti kesitu jikalau berada di-Colorado.
The City of Central, commonly known as Central City, is the Home Rule Municipality in Gilpin and Clear Creek counties that is the county seat and the most populous municipality of Gilpin County, Colorado, United States.[6] The city population was 663 at the 2010 United States Census.[7] The city is a historic mining settlement founded in 1859 during the Pike's Peak Gold Rush and came to be known as the "Richest Square Mile on Earth". Central City and the adjacent city of Black Hawk form the federally designated Central City/Black Hawk Historic District. The city is now a part of the Denver-Aurora-Lakewood, CO Metropolitan Statistical Area.
Sampai saya di-Central
City pada petang hari dan letak kereta berhampiran sabuah bangunan yang
tingginya tiga tingkat dan usianya entah berapa lama. Saya dapati hanya satu
restoran yang ada disitu yang entah mengapa dinamakan ‘The Mermaid
Restaurant’. Didalam terdapat berberpa
orang pelangan yang sedang makan dan minum dan mereka memandang kearah saya
dengan pertanyaan dimuka masing2. Saya bercerita kepada mereka perjalanan dan niat saya berjumpa dengan Angelo, tuan yang empunya bangunan
tersebut. Setelah mendengar cerita saya, saya dilayan dengan lebih mesra dan di
belanjai makan dan minum oleh berberapa mereka disitu.
Didinding restoran
terdapat benyak lakaran2 yang di lukiskan di atas Napkin oleh mereka yang
melawati tempat itu dan saya turut juga meninggalakan berberapa karia saya untuk
di gantung bersama buat kenangan. Angelo, pada masa itu tidak berada disitu
buat masa itu sebab keDenver dimana beliau baru siap lukisan muralnya disiling
bangunan ‘Denver Hall of Justice’. Mural ini mempunayi 152 wajah2 pengasas
undang2 didalam sejarah dunia, “Law Givers.” Ia termasuk Mahatma Ghandi, Madam
SunYat Sen, John F. Kenedy, Socrates dan sebagainya. Lukisan in berukuran 7
kaki tinggi tiap2 satunya. Beliau juga seringklai diundang menjadi tetamukhas
diTV PBS atau Public Broadcasting Station di-USA.
Setalah menerima pangilan talipon yang member
tahu beliau ada saorang pelajar yang sedang menungu beliau di dalam keretanya
yang dikelilingi salji bertimbun enam kaki tinggi malam itu Angelo bergegas
kembali ka-Central City malam itu juga dan mendapati saya lena dalam kereta
kesejukan. Beliau dengan marahnya membawa saya masuk kekediamannya dan
menyiapkan tempat tidur saya di satu bilek kecil khas untuk sesiapa yang datang
mengunjungi beliau.
Pda pagi itu saya
dikejutkan Angelo untuk sarapan pagi dibahagian dapur yang juga bilek makan
beliau. Makan paginya termasuk cereal atau bijian campur terdapt hampir satu
guni besar yang dicampur susu dan termasuk sabiji pisang degan sekeping roti.
Inilah makanan saya tiap2 hari katanya sambil kami makan. Ianya sederhana
tetapi banyak oleh sebab kerapkali salji mambuatkan mendapatkan makanan dari
luar sukar sekali. Dikeliling bilek itu juga terdapat pelbagai arca2 yang antic
dan ia termasuk satu patung Kuan Yin yang diperbuat dari kayu.
Selapas makan saya
diperkenalkan dengan studio Angelo yang seperti gudang tiga tingkat besarnya
penuh dengan karia2 beliau yang dah siap dan maseh belum. Tingkat tas sekali
ialah tinkat dimana wujudnya studio lukisan beliau dan disini terdapat lukisan2
dilukiskan dengan charcoal atau arang dan compte crayon berwarna kemerahan
watak2 yang dilukiskan di mural yang baharu siap pada siling Denver Hall of
Justice. Lukisan2 muka dan tubuh badan tiap2 pengasas undang2 dunia dalam
sejarah, Law Givers’, dipamerkan dalam keadaan lakaran atau ‘Study
Drawings’. Dikelilingi lukisan2 ini
sangatlah mengkagumkan dan memeransang bagi saya yang sedang maseh mencari ilmu
seni seseorang yang tulen. Saya berasa berada dalam studio saorang seni yang
unggul dan berkaliber tinggi.
0 comments: