Lakaran semasa berada di Aleutian Chain, Lautan Bering- Alaska.

4:57 AM Shamsul 0 Comments

Ini adalah  yang di pangil 'Skif'. Bot ini akan di lancar apabila jaring pukat  jerut akan dinaikan kedalam kapal. Ianya adalah bot bantuan. Skif ini sudah tidak diguna lagi dan tersandai didarat.  Pada mata kasar pemandangan sebegini tiada apa keindahannya, tetapi bagi saya ini satu pemandangan yang unik oleh sabab tempat dan sejarahnya dan juga sebab sya berada disitu. Inlah sejarah hidup saya sebagai seorang pengembara dan pelukis yang ingin saya kongsi dengan mereka yang aka datang.

Satu2 kapal tangkap ikan yang terbakar dilaut dan ditunda kedarat.. Kawasan  ini dinamakan 'The Spit' dan ianya berdekatan dengan lapangan terbang Sand Point., Alaska. Terdapat babnyak bangkai2 kapal dan jentera lain disini sebab tanh lapang dan tiada tuan milik.

Jeep ini sudah  menjadi  bangkai besi buruk satelah  tamat usianaya.

Kapal ini dinaik kedarat untuk dibaik pulih. Ianya satu2 kapal yang paling tua diantara kapal2 yang ada disitu.

Kapal  "The Iceland" yang syaa pernah menjadi awak diatasnya semasa menangkap ikan di Lautan Bering.

Kapal "The Stevans" ini juga pupus akibat dijilat api di tengah laut. Rangkanya diperbuat dari Fiber Glass..Kesemua anak kapal ini dapat diselamatkan oleh kapal lain yang ada bedekatan. Kapal ini ditunda masuk ke pelabohan dalm keadaan ribut dan alun besar. memang menangkap ikan di Lautan Bering inin sangat merbahaya dan dikatakan jikalau tercampak kedalam laut diberi hanya dua minit sebelum badam jadi kaku kesejukan.

Rangka kapal terbang yang terhempas akibat angin kencang yang mengangkatnya dan menghempas ke bumi. Masa kejadian ianya tidak di pandu jadi tidak ada kemalangan bagi sesiapa. Angin yang kencang  dikawasan Kepulauan Aleutian tidak dapat dinafikan dan ianya akan tiba2 muncul tampa amaran. Banyak kemalangan yang berlaku di kawasan in yang tidak dilapurakn ke media masa oleh sebab kawasan in terpencil.


Sahabat saya, Robert Sergei yang  izinkan saya menukut beliau ke Alalska dari Green Bay, Wisconsin.  Beliau juga saorang jurugambar yand sangat aritstik. Saya berkenalan dengan beliau semasa kami mengadakan pameran dua orang artis di banguna Hospital Belin, di Green bay.

0 comments: