Perjalanan menuju Denver, Colorado.
Hampir pagi satelah
memandu berjam2 dalam keadaan sejuk dan setelah mengalami pelbagai kecemasan,
badan saya mulai rasai hilang tenaga dan saya tidak dapat mersai tangan yang
mengengami steering wheel lagi. Saya buat keputusan berhenti dan tidur ditepi
jalan menungu ketibaan pagi hari bedekatan satu kawasan yang saya ternampak ada
lampu dan bangunan2, saya berehat disitu buat keselamatan. Saya terjaga dan
mendapati matahari sudah muncul dilangit dan saya berada berdekatan dengan
sebuah kedai runcit yang di kunjungi berberaba orang tempatan disitu. Apabila
masuk kekedai itu saya diberi pandagan yang tidak menyenangkan membuat saya
lekas membeli kopi panas dan sebiji roti buat sarapan pagi dan berundur dari
situ dengan secepat mungkin. Begitulah pengalaman saya merentasi Highway 666
diantara pekan Gallup dan Durango.
Sejam lebih kemudian
saya tiba di-Albuquerque dimana saya terus menuju keuniversiti Albuquerque dan
meletak kereta di parking lot disitu. Saya memberi tahu keadaan saya kepada
saorang penjaga kereta di situ dan beliau memberi izin supaya kereta saya tidak
akan digangu. Disitu saya membuat pangillan talipon kepada Dekan Pusat Seni di-Univesiti
di- Green Bay, Mr.Jerry Olsen, yang juga sahabat dan peminat saya dan sentiasa meneliti
perjalanan saya. Saya memberi tahu akan situasi saya yang perlukan bantuan wang
untuk menyambung perjalanan ke-Colorado. Jerry menyatan yang dia dapat
menghantarkan wang itu tetapi mesti dapatkan alamat dan akan memakan dua atau tiga
hari.
Untuk memendekan cerita
saya akhirnya bertolak mennuju ke Colorado dengan jalan yang sama yaitu Highway
666. Tiada satu yang berlaku pada hari itu tetapi bila saya mulai keluar pecan
Durango saya ditahan oleh saorang lelaki berkulit puteh yang hanya memakai seluar
dalam dan berkaki ayam. Dia mengepit pakaian sambil menjekek2 kerana kesejukan
tapak kaki menjejak tanah bersalji itu. Apa pulak ni?! Saya bertanya dalam hati
sambil berhenti ditepi jalan untuk memberi bantuan. Selepas mengenakan seluar
dan sepasang kasut yang saya berikan padanya kami menolak ke-arah Denver. Di
dalam perjalanan beliau beceritakan perihal keadaan beliau yang malam itu
bermalam di sabuah park berdekatan dan apda paginya di rompak oleh sekumpulan
warga Mexico.
0 comments: