Aku yang mencari...

4:21 AM Shamsul 0 Comments

Aku yang mencari, Dia yang ku tmui.

Dimana aku, disitu Dia.

Dimana kamu? Adakah kamu disini sepenuhnya atau hanya jazad mu sahaja yang wujud di alam ini?

Jangan hanya melihat tampa menghayati apa yang di lihat. Inilah ciptaan Yang Maha Esa, inilah suara yang dapat  kamu rasai didalam hati mu;; buka tingkap hati mu dan nikmati keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta. Senyapkan pemikiran dan bertafakur dengan alam sekitar mu kerana degna cara  ini dapat kamu mengubati kerunsingan dan serabut dalam kepala mu.

Disekeliling mu alam  ciptaan Allah berdiri tegak dan bergantung terapung dari dahan yang rendang. Alam ini penuh dengan corak dan warna yang mengagumkan lihatlah dengan mata hati mu dengarlah dengan telinga yang kosong tampa pemikiran. Kosongkan otak mu daripada segala pemikiran hanya  bila minda ini didiamkan  boleh kita menjadi saksi keindahan alam ciptaan Allah ini. 

Wahai insan yang mulia, janganlah kamulupa akan asal usul mu, dimana kamu dibesarkan, tempat tumpah darah mu. Wahai insan yang mulia lihatlah wajah mu di sekeliling mu, inilah wajah mu yang keindahan alam ini mencerminkan.

0 comments: