Tiap tiap gambar ada ceritanya.

9:09 PM Shamsul 0 Comments

 Disebalik tiap tiap gambar ad ceritanya, ada masa dan tempatnya ada keindahan dan keistimewaannya baik atau buruk. Gambar menyimpan sekeping memori pada sijurugambar bukan hanya sebab ianya unik atau cantik. Gambar ini diambil pada waktu subuh dan diambil dikaki bukit Kampung Lentang dimana terdapat perusahan padi organic yang terkenal di dunia.

Kenangan yang dapat direnungkan melihat gambar ini adalah masa saya bersama seorang budak bernama Awi anak Apek telah masuk dan bertungkus lumus mencuci kolam ini. Bunga bunga teratai yang dilihat disini belum lagi wujud pada masa itu.

Satu satunya tempat berkumpul bagi  orang Melayu di daerah Jelutung yang kini tunggu masanya untuk dipupuskan. Tempat ini disenaraikan sebagai kawasan larangan oleh sebab kegiatan dadah. Kesedihan memandangkan keadaan orang Melayu terutama sekali kaum nelayan di sini tidak ubahlah seperti hidup sebagai pendatang di negeri sendiri.   

Telor pedukang memang sedap bang, sekilo boleh cecah 20RM, tapi nak dapat sekilo tu memang payahlah. 

Ibarat hidup seperti burung dalam sangkar tergantung diatas air. 

Tabung ini saya lukiskan untuk sahabat saya bagi meraikan Tahun Baru Cina. Kalau karia saya ini telah mendorong semangat budak ini untuk menjadi seorang  seni, Alhamdulillah, tercapai niat saya. 

Di tengah tengah unggun api in terdapat satu lembaga yang seolah olah sedang membakar seorang bayi! Ya itu hanya khayalan say saja, tapi renunglah baik baik. Gambar yang diambil tengah malam di kaki bukit Kampung Lentang ini sangat menyeramkan bagi setengah mereka dan hanya satu keping gambar biasa saja bagi yang lain.

0 comments:

Satu peringatan buat diri sendiri.

9:10 PM Shamsul 0 Comments

Ada kalanya dalam perjalanan hidup ini kita akan bertembung dengan cabaran yang akan membuat kita kaku dan kadangkala naik berang hingga tak terkawal, inilah masanya kita kena undur setapak dua dan minta perlindungan Allah supaya di beri kesabaran. Selalaunya Allah tidak sempat wujud dalam minda apabila nafsu marah tampil degna mengejut dan meluak hingga berlaku sesuatu yang tidak diingini atau yang mendatangkan kemudaratan bagi kita. Perkara remeh temeh jadi satu penyakit kanser, oleh sebab    seekor nyamuk, habis dibakar satu kampung. Inilah penyakit sifat amarah yang terdapat bagi tiap tiap manusia dan penawarnya adalah, sifat sabar. Mereka yang mengalami penyakit ini dinasihat berzikir dengan Nama Allah, Ya Sabur. 
Lebih enam puluh tahun saya membawa sifat marah ini dalam diri hingga selalu di tegur adik beradik, sanak saudara, kawan dan rakan, "Hang ni kepala angin! Hang ni panas baran! Hang ni macam time bomb, tunggu nak meletup saja!"  Memang payah nak buang tabiat ini dan ianaya patut di cabut buang dari akar unjang lagi jukalau hidup kita ini  tidak dihantui oleh  sifat yang hanya dapat mendatangkan kemudharatan bagi kita dan mereka yang kita kasihi dan hormati. Sebelum nak marah renung renunglah diri sendiri dan ambil lah jalan yang lebih memanfaatkan atau yang lebih pintar dan bijaksana untuk memadamkan api  yang mengancam untuk membakar akal fikiran dengan sifat marah. 




   

0 comments:

Sembang Bab Penyakit.

10:10 PM Shamsul 2 Comments

Kalau sembang di kedai kopi, warung tepi jalan atau di surau dan masjid bagi mereka yang sama berumur dengan saya, (tahun depan tujuh puluh), topic yang paling diminati adalah, penyakit. Tiga macam penyakit yang sering dibincang ialah, kencing manis, darah tinggi dan lain lian. Bila timbul saja bab penyakit masing masing ada cerita untuk dibentang buat tatapan semua yang hadzir. Tiap tiap episode yang di kongsi kadang kala sangat terperinci dan dapat membuat pendengar tercengang. Tiap penyakit itu ada ubatnya dan dalam golongan yang hazir tetap ada satu dua paka yang tidak kurang dengan nasihat dan petuah tentang cara mengobat atau pencegahan dari kena sesuatu panyakit.

Saya selalu tarik diri daripada terlibat dalam debat dan hujjah mengenai kencing manis dan darh tinggi sebab ianya tidak medatangkan manfaat bagi saya. Silap saya, tapi bagi saya bila terlampau banyak berbual tentang penyakit ini serupalah dengan mengundang penyakit itu.  Macam kita seru seru pulak kata orang lama dengan menyebut -nyebut nama sesuatu penyakit itu berulang kali. Ini satu amalan yang tidak sihat dari segi daya pemikiran manusia. Minda kita sama seperti spange yang menerap ayer, ia akan mengutip dan mengumpul setiap maklumat yang dihidangkan dan menjadikanya bahan untuk rujukan buat memenuhi akal bila masa lapang. Ia bisa tokok tambah lagi apa yang didengar dan akhirnya bhan bahan ini menjadi satu kepercayaan minda intu sendiri dan boleh mengakibatkan mulanya satu satu penyakit.

Oleh itu jauhilah daripada mengisi masa lapang bersama rakan dengan bersembang bab penyakit. Kalau perlu dilakukan biarlah secara seimbas sahaja. Baik lagi kalau mengongsi pendapat tentang ekonomi atau kedudukan negara buat masa ini. Banyak lagi topik lain yang lebih manfaatkan daripada siapa kena kerat kaki atau siapa baru kena stroke. Saya tak kata salah, tapi saya hanya beri nasihat jangan terlampau layan sangat.
Wallahualam.         




   

2 comments:

Yang mengenal diri.

8:32 PM Shamsul 1 Comments




Sepanjang hayat hidup ini kita akan mendapat bermacam ragam manusia yang kita anggapkan sahabat, rakan, kawan dan juga terkadang musuh pun ada juga. Sudah jadi lumrah hidup ini kita tidak akan lepas dari tali persahabatan dan silaturahim; kita satu spesi yang memerlukan kenalan dan pergantungan satu sama lain. Dalam hidup saya ini saya tidak memartabatkan seseorang itu lebih tinggi atau rendah kedudukanya dari saya. Kalau dari sudut agama dan keimanan, hanya Allah dan Rasulnya yang saya iktiraf sebagai mempunyai kedudukan yang istimewa tinggi daripada kedudukan saya sendiri.
Ada mereka yang saya hormati oleh sebab tertentu, umur dan taraf kejayaan masing masing, ilmu dan pemahaman yang telah dicapai dalam bidang masing masing, juga khidmat mereka demi kemanusiaan dan alam sekitar; mereka ini saya hormati tetapi saya tidak mersai yang mereka lebih tinggi taraf kedudukan dalam hidup saya ini atau rendah. Begitu juga mereka yang sepanjang hayat menerima kesukaran dan segala cobaan sebagai daif dan kemiskinan, keburukan dan kehinaan; mereka saya tidak anggap rendah kedudukan mereka dari saya. Saya melihat kewujudan yang Maha Esa dalam tiap tiap insan yang saya jamah secara langsung atau dengan cara tidak.
 Tiap tiap insan ada keinginannya masing, iaitu untuk menerima kejayaan, ketentrama, ketenangan dan kemesraan dalam hidup masing masing dan bagi saya kalau dapat saya membantu seseorang mencapai hasrat mereka walau bagaimana kecil sekalipun, saya rasa saya sudah berjaya dalam hidup saya buat masa itu. begitu juga kalau saya jadi penerima bantuan dari orang lain, ini saya anggap sebagai satu rahmat dari Yang Maha Pemurah. 
 Hayat hidup kita yang seumpama satu musim ini tiada bermakna kalau dihabiskan dengan mengerja harta dan kemewahan tampa menghirau kesusahan orang lain yang mampu kita membantu. Hakikatnya, Allah yang memberi dan Dialah yang menerima, kita hanya melakukan kehendakNya.
WallahuAlam.        



1 comments:

Kebersihan itu separuh iman.

6:48 AM Shamsul 0 Comments

Satu satunya masalah yang dihadapi oleh Hospital besar Kota Bharu ialah masalah nyamuk! Orang tak sakit pun boleh jadi sakit sebab nyamuk. Sedih melihat satu satunya bandar yang diurus kuat berasaskan ajaran Islam pada zahirnya sangat kotor Sampah sarap didapati merata jalan jalan raya dan tandas tandas awam takut nak guna. Lihatlah stesen bus dekat Tesco tempat saya turun bas dari Pulau Pinang pun cukup ambil buat ukuran. Manakah sifat gotong royong orang Melayu menjaga kebersihan tempat sendiri? Kalau nak adakan rapt umum bantah itu dan ini wah cukup dengan melabur ribu ribu T-Shirt lagi, kenapa tak dapat adakan rapat umum cuci alam sekitar tempat kita makan dan buat najis ini dengan minat yang sama?   


Rakyat negara ini berazam untuk menjadi sama setanding dengan negara negara maju tetapi mentaliti rakyat negar ini kebanyakanya masih bersamal sifat rakyat 3rd. world country. Kalau tegur pasti salahkan kerjaan atau Majlis Bandaran tetapi buang sampah ikut sesuka hati macam tak ada tempatnya langsung, baik tua atau muda. Kemarin bersama  kakak saya dalam kereta kami melihat sepasang suami isteri molek molek ada campak sa bungkusan sampah ke tepi jalan raya macam tajadi hal saja. Sedih amat sedih bila perkara begini sering jadi amalan orang kita. Sampai bila kah kita akan berkelakuan macam ni?

Kita sangat gemar dengan tata tertib dan gaya hidup orang Jepun dan Korea dan tiap tiap hari menonton drama mereka di kaca TV, kenapa tak boleh kutip perangai mereka yang jaga kebersihan alam sekitar mereka dengan penuh perhatian?  Kalau naik bas express dan singgah di perhentian bas dan jijik nak guna tandas awam yang kena bayar pulak tu! Kita dah masuk alaf baru kononya tapi hidup kita tak beza dengan dua puluh tahun yang lalu, apa hal? Saya rasa malu melihat warga asing yang melawat negara ini masuk tandas di perhentian bas tiap tiap kali bas express berhenti pertengahan perjalanan, apa  kamak perasaan mereka tentang gaya dan nilai hidup kita.

0 comments:

Terima Kasih Ayu dan Fadli Mubin dan anak anak.

10:30 PM Shamsul 0 Comments

Macam nasihat Pok Piy, "Nana hentam saja, orang baca ta' baca belakang kira, ni cerita Nana sapa suka baca, cerita tu tetap cerita." Saya baru balik dari pantai timor setelah melawat Kota Bharu dan Kuala Terengganu dengan hajat nak jengok anak saudara masuk wad di Kota Bharu. Tiga hari saya tinggal di rumah kawan saya Fadli Mubin yang berasal dari Kuala Terengganu bersama isteri dan anak anak beliau. Saya kenal Fadli sejak tahun 1999 lagi dimana saya dan keluarga saya tinggal di Pantai Putri, Tok Jembal, Gong Badak, Terengganu.  Arwah Isteri saya pada masa itu adalah seorang pensyarah yang mengajar Bahasa Inggris dan Bahasa Jepun di KUSZA atau Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin pada masa itu. Saya bekerja sebagai seorang pegawai keselamatan pekerja di tapak loji minyak Petronas di Kerteh, Terengganu dan Gebeng, Kuantan.
Saya mulai berkenalan Fadli Mubin apabila saya ke cuber cafe di Gong Badak untuk membuat kerja berkenaan dengan buku buku lakaran saya pada masa lapang saya masa itu. Fadli tertarik dengan buku buku saya itu dan bercadang untuk membantu saya melaksanakan niat saya itu. Tali persahabatan kami menjadi lebih erat pada masa kemasa apabila kami dapati yang kami mempunyai kelebihan masing masing yang dapat kami berkongsi. Fadli adalah seorang computer engineer yang mendapat latihan di England pada tahun lapan puluhan dan beliau bagi saya adlah seorang yang sangat minat dalam jurusan photography. Fadli mempunyai banyak peminat peminat dalam bidang ini melalui Internet sebab beliau paka technical dalam cara menggunakan kamera. Karia karia beliau dapat di lihat pada laman FLIKR dalam internet. Beliau juga   menasihati saya untuk menulis Blog tentang kisah perjalanan hidup saya pada tahun 2004. 

Bersama sama beberapa sahabat yang lain kami banyak meluang masa dikedai kopi tepi jalan di Paloh, tidak jauh dari Gong Badak. Disini sambil minum dan makan kami besembang tentang Ugama dan falsafah. kadang kadang kami sembang sampai subuh pagi dan banyak ilmu yang saya dapati dari kawan kawan saya yang semuanya bukan canang orang, masing masing pak dalam bidang sendiri dan boleh dikatakan fasih tentang hal Ugama. Disinilah saya mula mendekati Islam dengan lebih dalam lagi. 

Kenalan saya dengan Fadli sejak kami mula berkenalan tidak putus hingga sekarang. Kami sentiasa menghubungi satu sama lain apabila saya kepantai timur atau melalui Internet apabila ada perkara pekara menarik yang kami berkongsi. Selama tiga hari saya bersama beliau dan keluarga beliau sangatlah bererti buat saya tambah tambah lagi melihat anak anak beliau yang dulu masa kami mula berkenalan dalam darjah satu sekarang sudah masuk kolej. Ayu, Isteri, Fadli suka masak dan tidak puas lah saya menikmati masakan pantai timur ala Terengganu dan Kelantan bila di situ. Singang ikan raya, Masak lemak ikan patin, mmm...dan budu!



  

0 comments:

Terima kasih Prof Zakari Ali.

12:12 AM Shamsul 0 Comments

Sudah lama says abaikan Blog ini sebab tiada sambutan dari pembaca dalam Bahasa Kebangssan yang minat sangat dengan cerita saya ini. Setelah membaca Prof. Zakaria Ali di FaceBook kata kata resmi pelancaran PEN- Angkatan Penulis Negeri Sembilan baru baru ini, saya rasa tercabar semangat untuk tidak berputus asa dan sambung hajat saya untuk menulis Blog ini sedaya upaya saya. Prof. Z juga seorang pelukis yang saya minati dalam penulisan beliau telah membuka mata hati saya untuk menyambung tulisan saya di Blog ini walau ada atau tiada orang minat membacanya. Ini bukan tujuan saya pada hakikatnya, saya menulis dalam Bahasa Melayu ini dengan harapan supaya dapat berkongsi pengalaman hidup dengan mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Inggris. 
Blog, Otai Kampung Selut ini boleh dikatakan hasil terjemahan dari Blog saya yang saya tulis dalam bahasa Inggris yang bertajuk -Ramblings of the Cheeseburger Buddha yang saya mula menulis pada tahun 2005 semasa saya menetap di-Kuala Terengganu. Ianya didoronig oleh sahabat karib saya Encik Fadli Mubin seorang computer engineer dan juru gambar terkenal pada masa kini. Blog dalam Bahasa Inggris ini sekarang hampir  mencecah 2000 entry dan menerima lebih daripada 520 Ribu 'Hit' di Internet. Berbanding dengan Blog OTAI Kampung Selut yang mendapat 1400 'hits' dalam tempoh hampir tiga tahun, sangat jauh bezanya dan tidak memeransangkan. . 
Terima kasih saya kepada Prof.Z. atas tulisan beliau sempena pelancaran Ke41 -PEN, Negeri Sembilan yang dikongsikan di Facebook. Ia memberi semangat untuk saya tidak berputus asa atas urusan saya ini. Biar bahasa saya tunging langang, lentang pukang pun saya akan coba tulis dan kongsi hidup saya ini yang sentiasa mencari pengenalan diri sendiri. 
Thanks my friend.






0 comments: