Renungan surat Saidina Ali (RA) Kpd. Malik AlAshtar.-2

10:30 PM Shamsul 0 Comments

" Jangan kamu ingkar perintah Allah, lantaran kamu tidak mempunyai kuasa terhadap pembalasan- Nya, juga kamu tidak dapat melaksanakan pengampunan dan kasih sayang-Nya. Jangan berasa kecewa kerana memberi maaf, atau bergembira apabila menjatuhkan hukuman, dan jangan terburu-buru (untuk bertindak) mengikut hati kalau kalau kamu ada jalan yang lebih baik. Jangan sekali-kali berkata, "Aku diberi kuasa, aku memberi perintah dan aku mesti dipatuhi," kerana pastilah itu adalh korupsi hati. melemahkan agama, membawa perubahan nasib sesaorang. Jika kuasa yang kamu miliki menjadikan kamu angkuh dan bangga, maka bayangkanlah pula kehebatan kekuasaan Tuhan ke atas kamu, dna kuasa-Nya yang kamu tidak dapat mengawalnya. Ini akan mengendurakan kedegilan kamu, menahan rasa amarah kamu dan ini akan mengembalikan kewarasan kamu. Berwaspadalah daripada menyaingi Tuhan dari segi kehebatan-Nya dan meyamakan diri engkau dengan Dia dari kuasa mutlak-Nya, kerana Tuhan akan memusnahkan orang yang zalim dan akan memberi malu kepada orang yang sombong.

Hendakalah kamu, ahli keluarga kamu dan mereka yang kamu senangi, berlaku adil kepada Tuhan dan kepada manusia. Jika kamu tidak berlaku adil, kamu telah melakukan kesalahan. Dan bagi mereka yang melakukan kesalahan kepada hamba Allah, dia akan berdepan dengan Tuhan bukan dengan hamba Allah, bukan sahaja dengan hamba Allah tersebut. Allah menjadikan batal dan tidak sah hujah mereka yang menentang-Nya. Orang itu dianggap musuh Allah sahingga dia insaf dan bertaubat, sekira berlarutan melakukan kesalahan akan menyebabkan terhindarnya Rahmat Allah dan bencana daripada-Nya disegerakan kerana Allah mendengar doa mereka yang tertindas, dan sesunguhnya Allah sentiasa memerhatikan mereka yang melakukan kemungkaran."

Dipetik dari buku, "Saya pun Melayu" oleh Zaid Ibrahim.  

0 comments:

Renungan surat Saidina Ali (RA) Kpd. Malik AlAshtar.-1

9:31 PM Shamsul 0 Comments

"Ketahuilah wahai Malik, sesunguhnya aku mengirimkan kesuatu daerah dimana kerajaan yang adil dan tidak adil telah wujud sebelum kamu. Rakyat akan menilai tindak tanduk seperti mana kamu  pada kebiasaanya kamu menilai tindak tanduk pemerintah sebelum kamu. Mereka akan berbicara tentang kamu sebagaimana menjadi kebiasaanya kamu membicarakan mengenai pemerintahan tersebut. Ynag bertakwa dikalangan adalah mereka yang ditentukan oleh Allah SWT sebagaiman yang disampaikan oleh Rasul rasul-Nya.

Jadikanlah apa-apa tindakan kamu sebagai tindakan orand yang soleh. Kawalah nafsu kamu dan kekangilah jiwa mu daripada apa yang tidak halal bagimu, kerana menahan jiwa adalah supaya ia berlaku adil sama ada suka atau pun tidak suka. Semaikan hati kamu dengan perasaan belas kasihan, kasih sayang, baik hati kepada rakyat kamu. Jangan kamu tunjukan wajah kamu seperti binatang buas dan menganggap mereka mangsa yang mudah dibaham, kerana mereka sebenarnya tergolong dua golongan:  sama ada mereka saudara seagama dengan kamu atau mereka adalah makhluk Tuhan seperti kamu juga. Kesilapan telah menyebabkan tidak sedar bahawa kelemahan itu telah menguasai diri mereka dengan melakukan perbuatan jahat dengan sengaja. Berikanlah mereka keampunan dan kemaafan sebagaiman kamu berharap Tuhan juga akan memaafkan kamu. Kamu telah lebih tinggi daripada mereka, dan yang melantik kamu lebih tinggi daripada kamu. dan Tuhan lebih tinggi dari orang yang melantik kamu. Tuhan meminta kamu memenuhi keperluan mereka, dan Tuhan menguji kamu melalui mereka...
Dari kandugan isi surat Saidina Ali (RA) kepada Gebenor yang dilantik beliau. 
Bersambung...

0 comments:

Merenget menuju kealaf -2020

8:44 PM Shamsul 0 Comments

2019 baru tebenam buat selamanya  dan dengan beredarnya zaman remaja( teen years) kita melangkah masuk keedaran baru yaitu zaman dewasa ( young adults) , zaman keduapuluhan, zaman mebangkiti kematangan gaya hidup, zaman meninggalkan gaya kebudak budakan. Dengan melangkah  menjejak masuk kegelangang baru ini kita juga akan menghadapi cabaran cabaran yang baru dan yang lebih memerlukan kepintarran minda yang luas dan berani. Kita sudah tidak lagi tunduk kepada kekekerasan dan dominasi pihak pihak yang selama ini membolosi dan mencengkam persepsi dan pandangan mata hati kita sebab kita sudah berjaya menenmpuh masuk kealaf baru dengan hati yang sudah di ujikan dan di asakan oleh mereka yang selama ini memegang tali yang mengitkat hidung kita buat di heret dan di tambat sesuka hati mereka. Kemerdekaan kita dari konkongan pihak yang selama ini menghisap darah seperti pacat dan lintah rakyat dan bangsa sendiri oleh sebab mereka boleh, sudah tiba masanya untuk dihapuskan samasekali. Sudah cukup masanya bagi mereka yang selama mengisi perut dan hawa nafsu masing2 yang tidak mengenal akan ertinya cukup ; dibersarakan tampa imbuhan.

Kita sudah lama dipermainkan oleh mereka yang kita sendiri lantik untuk memerintah negara ini. Kita dengan penuh kepercayaan dan tinggi harapan telah menempatkan mereka di pucuk pemerintahan, tetapi malangya muka baru yang di lantik tidak jauh bezanya dengan mereka yang telah kita gulingkan; kita masih dipermainkan dengan janji2 yang kosong dan tidak terjamin. Malah hidup kita menjadi lebih teruk dan merosot sehari kesehari, akhirnya seperti kambing ternakan yang akhir harinya akan diheret ketapak penyembelehan. Apa makna hidup kita yang kita agung-agungkan bila kita pandang dengan lebih teliti segalanya hanya boneka dan wayang kulit belaka. Apa yang tulen dan bermakna tidak wujud bagi kita sebab ianya di sembunyikan di sebalik tabir propaganda yang dinamakan  mainan politik.

Sampai bila kita akan terbelengu dengan gaya hidup yang tidak kurang dari menjadikan kita hamba abdi kepada mereka yang janjinya akan melaksanakan tugas yang kita lantikan mereka demi kebahagian kita semua. Sampai bila mesti kita makan dan minum sisa mereka yang sudah kaya dan mewah tetapi masih tidak puas nafsunya selagi boleh untuk mengisi perut yang tampa batasan luasnya. Tidak cukup dengan kekayaan harta benda mereka mabukan pangkat dan gilakan kuasa hingga sanggup  melakukan apasaja untuk mencapai kehendak masing2. Jangan ditegur, usah dilarang sebab mereka ini sudah jauh dari tahap menerima apa2 nasihat atau larangan (the Untouchables), malah meraka sanggup mendera dan membunuh jika didesak berubah gaya mereka. 

Kita hidup tampa disedari dalam ancaman sama seperti orang pelarian, malang kita sebergini di negara sendiri. Pagar2 yang kita dirikan untuk mejadi benteng keselamatan untuk diri kita, pagar2 inilah yang menjadi pacat dan lintah yang menghisap darah kita. Kita Rakyat Negara ini perlu bangun dari lena dan mimpi dan sedar yang kita hidup dalam keadaan tindasan. Seditkit demi sedikit, hak asasi kita sudah di hakiskan oleh meraka yang memegang pucuk pimpinan negara kita selama ini. Sedarlah! Fikirlah sendiri! Jangan jadi berok- berok yang ada mata tapi buta, ada telingga tapi pekak. ada mulut tapi bisu. Jangan menerima menjadi mangsa sebab menjaga periuk nasi dan kepentingan sendiri; Allah Maha Kaya dan mengetahui segala apa niat dihati dan apabila kamu dikembalikan tidak sesenpun akan kamu bawa menghadapi Yang Maha Agung. Kesemua harta yang kamu kumpul dengan megah, secara haram atau halal, semuanya tidak bererti, malah akan jadi rebutan bagi anak cucu kamu. Bilakah cukup itu sudah mencukupi? Datang kamu tampa seutas benang, pulang kamu tampa dikenang. 




0 comments: