Pok Pi - Portrait Sahabatku.
| Budok leni dok main doh bende gini Pi! Die minat Whatsapp, face book, rempit, lepok rame2 tepi pantai sampai pagi, bende gini mane minat nok belajor. Bayor gaji die dok emboh, jangan kate ajor bute. |
Sunni Atau Syiah!
Alhamdulillah! Ramadan sudah berlalu dan umat Islam seMalaysia dapat menyambut perayaan Aidil Fitri dengan aman dan sempurna. Pagi ini dalam bertafakur menentukan hal ehwal agama Islam bagi diri dan bagi tahap global, ( I do this often), satu satunya masalah yang say rasa sangat perlu diselesaikan oleh Umat Islam sedunia adalah masalah madzhab terutama sekali mazhab Syiah dan Sunni. Masalah yang sudah berlangsung sejak wafatnya Rasulullah, hingga sekarang masih menjadi satu dosa yang besar bagi kita umat Islam apa jua mazhab yang kita ikuti. This problem has to be resolved at the highest level of the Muslim Institutions, universally.Malaysia can take up the mantel and I ask Tok Guru Haji Hadi Awang, as a leader in leading this search for this reconciliation. I have very great faith in Tok Guru's wisdom and religious understanding and he is a very dedicated and strong Muslim leader in the eyes of the Muslim World. He should have the backing of the Malaysian Government and the Muslims of this country.
Inilah satu satunya Jihad yang boleh dilakukan sekiranya Islam perlu membuat perubahan yang kukuh dan kekal damata dunia. Untuk mencari penyelesaian dalam perkara ini patut dianggap lebih wajib dari mewujudkan hukum hudud di negara ini.
WallahuAlam.
Inilah satu lagi buah fikiran bernilai dua kupang tanpa GST saya hari in.
Kitalah punca kerosakan Alam Sekitar.
Tahap keadaan Alam Sekitar di negeri ini sangatlah menguatirkan dan ini satu halnya yang patut dikaji dan diselesaikan dengan rapi oleh pihak tertentu. Jabatan Alam Sekitar Malaysia perlu mengambil langkah yang pro-active dengan lebih peka tentang kerosakan dan kecemaran Alam kita dengan memantau tiap tiap sudut dan pastikan dapat mengambil tindakan atas tapak tapak dan premis dimana bermulanya bahan bahan pencemaran, 'source of origin'.Pulau Pinang mempunyai sungai utamanya masih di-kirakan sungai mati berbanding dengan sungai ini 50 puluh tahun lalu. Ini kerana terdapat banyak 'sources of effluence' disepanjang aliran Sungai Pinang yang bermulanya di Ayer Hitam dan berakhir di laut. Kalau di kajikan terdapat beberapa punca saluran kecemaran yang berasal dari tempat tempat cuci kenderaan seperti bas dan kereta yang terletak berhampiran sungai. Juga terdapat kilang sembelih dan potong daging di tebing sungai di mana darah dan sisa bo hazard sentiasa menerap kedalam sungai. Juga terdapat beratus bengkel motosikal dan kereta yang tidak mengambil tindakan untuk menjaga premis dan membuang minyak kotor ke dalam longkang di mana ianya akan akhirnya dibawa air masuk kedalam sungai. Sampah sarap juga sentaisa jadi masalah apabila terdapat mereka yang tidak ambil kira membuang sisa makanan dalam bag plastik dan lain lain kedalam sungai sebab mudah dilakukan. Kesudahanya apakah cara untuk kita memulihkan Sungai Pinang satu satu sungai yang paling tercemar di negara ini?
Pendapat bernilai tiga puluh sen.
Ada kalanya kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita fahami akan kita kesal tetapi demi kemakmuran dan keamanan sejagat kita tabahkan hati dan lakukan juga. menyumbang sedikit sebanyak kepada tabung negara sepertimana yang sedang di lakukan segenak rakyat yang berbilang bangsa di negara kita adalah bukan hanya semata mata sebab wang. Wang yang diperlukan untuk membayar hutang piutang negara memang tidak dapat dilansirkan oleh wang yang hasil dari kutipan derma ini. Yang perlu direnungi adalah kesanggupan rakyat jelata menderma demi kepentingan Negara dan bangsa yang dinamakan Bangsa Malaysia. Dimata negara negara asing in adalah satu lagi keunikan Negara ini, yaitu Rakyatnya cakap dan bikin, bukan cakap tak seperti bikin. Dengan pelaksanaan sumbangan sebegini kita dengan secara automatik dapat menebus maruah negara kita dimata dunia.Pada tahap tempatan pula sumbangan wang yang datang dari segenap pelosok Negara dan dari yang mampu dan yang tidak, ianya dapat menyatukan siratulrahim rakyat negara ini tidak kira keturunan, bangsa atau fahaman politik. Inilah makna berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tanpa persoalan la gi benar atau salah. Jikalau tidak mampu tidak dipaksa, tidak setuju tak jadi masalah, tapi yang diseru, jangalah jadi penghalang seperti batu api tanpa hala tujuan. Jangan ugut Kerjaan yang baru menyusu tak sampai sebulan dengan kata kata pesat dan fikiran fikiran yang tak berasas, kadangkala hanya spekulasi semata mata kerana tidak puas hati atas pilihan rakyat dalam PRU14. Rakyat dengan hampir sebulat suara telh membuat pilihan, siapa yang memerintah dan siapa yang jadi pembangkang, tunggu lah dengan kesabaran dimana kedua dua pihak ini akan bertempur di kerusi parliament kelak.
Allah cipta manusia dengan mempunyai satu mulut dan dua telinga atas sebab supaya kita mendengar lebih dari bercakap.
WallahuAlam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About
Follow Us
Popular Posts
-
Saya diberi tahu yang saya telah kena ' mild stroke' atau angin samar? dan dinasihat untuk bejaga2 dengan tekanan darah saya ayng ag...
-
Danao Toba, Sumatra. Sebuah Doa Ruhani di Alam Māyā — Sebuah Seruan Keban...
-
Menangguh atau Menunggu: Seni Mengikut Waktu Ilahi Selalu kita marah pada diri sendiri bila menangguh-nangguh kerja. Rasa malaslah, kuran...
-
Bila Kesunyian Menjadi Teman. Akan tiba satu ketika di mana pencarian tidak lagi berguna. Jawapan, walau seindah mana pun, terasa kosong...
-
We are all in the same Boat. 12 Jun 2025 – Tentang Intuisi, Wawasan, dan Siratulrahim...
-
Buah Terakhir yang Dikebumikan Tok Guru Silat Seni Gayong saya pernah berkata: “Tiap-tiap guru akan simpan satu buah pengakhir. Buah in...
-
🌸 Wirid Harian Peneguh Hati Ramblings of the Cheeseburger Buddha Bismillāh-ir-Raḥmān-ir-Raḥīm Hidup ini sering menguji hati dengan ker...
-
Tajuk: Subuh di Tepi Pusaran 22 Jun 2025 | Georgetown, Pulau Pinang | Renungan Sebelum Subuh "Selamat pagi. Aku masih cuba memaha...
-
SRI LOVELY - Lintang Organic Farm Sebuah Revolusi Sunyi di Ladang: Kisah Ladang Organik SR...
About Me
- Shamsul
- My name it means nothing, my age it means less as Bob Dylan sang in one of his ballads. I am a citizen of this planet and have tasted what life has to offer both in the east and West. I am an artist and then some, a buddhist practitioner and then some, a Muslim and a whole lot more than some. I live life in all its glory and decadence. My practice in life is to become the global rennaisance man. There is more to me than even I could imagine but I am satisfied in being who I am just an ordinary mixed up kid singing rudy toot-toot to the moon.
OTAI Kampung Selut. Powered by Blogger.
