Highway 666 - Antara Gallup dan Durango.

11:00 PM Shamsul 0 Comments

Dari Phoenix saya mula bertolak kearah timur semula untuk menuju kedestinasi ketiga saya, yaitu the Stata of Colorado. Pada pertamakalinya saya  ditahan polis Highway Patrol yang mengekori saya dan menahan sebaik saya masuk susur keluar ke-Highway  menuju sempadan New Mexico dan Colorado. Saya di minta lessen dan dirurh tungu dalam kereta sementara beliau membuat siasatan lanjut melaui computer didalam kenderaanya. Sebentar kemudian beliau memulangkan lessen saya dan bila ditanya sama ada saya membuat apa2 kesalahan dia kata tidak. Beliau member tahu saya yang kereta saya sama rupa bentuknya dengan kereta yang direpotkan melangar dari meningalkan tempat kejadian, ‘hit and run vehicle’.
Saya sambungkan perjalanan menuju ke-Gallup, sabuah Bandar yang kecil dimana saya dapat menuju utara ke-Colorado dan seperti biasa saya tidak kira sangat siang atau malam membuat perjalanan. Pada masa itu juga wang saya sudah mulai berkurangan jadi saya terpaksa memastikan sampai ka-destinasi saya secepat mungkin. Jika dipandang balik kebanyakan tindakan dan risiko yang saya ambil sepanjang perjalanan  itu memang tidak masuk akal. Saya menaruh penuh kepercayaan kepada kereta Cehvy Impala yang saya memandu itu dan tidak terlintas di hati apa akan terjadi jikalau ianya rosak atau kehabisan minyak.
Setiba saya di-Gallup, New  Mexico, saya mulai muju kearah selatan dan jalan yang sepanjang 65 batu itu akan membawa saya ke sempadan New Mexico dan Colorada disebuah lagi Bandar yang kecil yang bernama Durango. Jalan in terletak dikawasan Navajo Reservation atau perkampungan Native Amerikan, puak Navajo. Jalanya lurus dan tiada apa2 kediaman atau lampu disepanjang jalan dua hala itu. Pada satu ketika saya Nampak ada lampu kereta menuju saya dari jauh, sekejap ada sekejap hilang oleh sebaba jalan yang melalui curang tinggi dan rendah. Hujan renyai membasahi muka jalan dan kirikanan gelap gulita.
Kian lama makin dekat sepasang lampu itu dan pada mulanya saya tidak merasa hirau senhingalah iahampir dakat dan saya rasa pelik seakan2 beliau memakan disebelah jalan yang saya berada. Untuk memastikanya saya turunkan tingkap dan perhatikan garisan kuning di atas jalan dan dapati memang betul yang kereta didepan saya menuju dan akan bertembung dengan saya jikalau saya tidak lakukan sesuatu dengan cepat. Saya buat keputusan membalas steering kereta saya ke kiri supaya pertembungan akan berlaku pad sebelah pessenjer dan dengan kuatnya kereta itu hentam kereta saya hingan memusing dia atas jalan disebabkan juga basah jalan itu.
Tindakan saya serta merta setelah selesai berlakunya kemalangan itu ialah keluar dari kereta dan memasti yang lampu masih menyala dan enjin masih hidup. Sudah pasti keduanya tiada mengalami kerosakan saya memandang kereta yang baru sudah hentam saya dan dapati ia sudah jauh meningalkan saya dengan kelihatan hanya dua lampu merah sekejap ada sekejap hilang. Saya terus masuk kedalam kereta dan meneruskan perjalanan. Peristiwa ngeri itu saya tidak fikir banyak, yang musthak ialah saya dapat kedestinasi yang saya tujukan. Jam di dash board kereta menunjukan yang ianya jam satu pagi pada masa itu.
Berberapa minit berlepas dari situ saya ternampak ada orang bederi di tepi jalan dan menghulurkan tangan dengan ibu jarinya keatas meminta tumpang kereta saya. Tampa memikirkan apa2 saya berhenti dan benarkan diamasuk tetapi dia tidat buka pintu sebaleh pessenjer dan terpaksa masuk di sebelah driver’s seat. Pada masaitlah baru saya sedar bertapa teruknya perlangaran yang berlaku hingga sebelah kanan kereta saya leper dari depan kebelakang, kedua2 pintu tidak dapat di buka Sama sekali.
Penumpang yang baru saya kutip dar tepi jalan itu ialah saorang tuan Native Amerikan puak Navajo dan beliau terus bertanya kemana yang saya hala tujuan sa ya. Saya dengan tidak emeikir banyak kata .ke-Denver, Colorado. Beliau dengan tegas dank eras berkata saya tidak dapat kesana pada mealam itu, tidakah saya mengikut berita di radio yang member amaran tentang salji yang sedang turun dengan tabalnya dimerata kawasan di situ? Saya berkata didalam hati, saya tiada pilihan, duit saya hanya mencukupi untuk sampai ke-Denver, tetapi saya tidak berkata apa2. Samapai ke pekan Durango orang tua penumpang saya turun dan dengan amaran terakhirnya menuju kehala bangunanan berdekatan dan saya setelah memandangkan beliau tiada kelihatan lagi, bertolak menuju kearah Denver.

Tidak jauh satu kilometer dari pecan itu kereta saya berhenti dan walaupun tayarnya memusing badanya tidak bergerak. Saya keluar dan membuat pereksaan dan saya dapati perut kereta tergantung atan salji yang tebal. Dengan penuh curiga saya mula berundur dengan perlahan dan mujurlah tayar kereta mulai dapat mencenkam muka jalan dan kereta dapat begerak. Saya hanya ada satu pilihan iaitu pusing balik dan dengan keadaaan minyak kereta yang baki boleh sampai ke Albuquerque, New Mexico. Disitu peluang saya mendapat bantuan mungkin lebeh mudah daripada pekan2 kecil berdekatan perkampungan puak Navajo, ‘Navaho Reservation’.( perhatian- bunyinya sebutan Navajo ialah Navaho, bukanya jo tetapi ho.)

0 comments: