Sekolah Menangah Sultan Sulaiman.

Saya ditempatkan di-Sekolah Menegah Sultan Sulaiman untuk menyambung pelajaran saya semasa membesar di Terengganu. Sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah bistari pada masa itu dan mungkin hinga sekarang. Terletak dipingir pantai Laut Cina Selatan, Sekolah ini sangatlah selesa  tempat menimba ilmu. Guru2 yang berutgas  tahun enampulohan kebanyakannya guru2 yang baru kembali daripada berlatih dari seberang laut terutama sekali dari England. Abang saya yang sulung termasuk salah saorang guru “Kirby” yang mengajar di sekolah itu, malah beliau abang saya dan juga saorang guru disiplin yang sangat di geruni pelajar. Beliau juga pernah menjadi warden asrama dan guru jimnastik dan sukan Rugby. Pendek kata beliau menjadi suatu tekanan yang paling teruk dalam hidup saya semasa dalam sekolah menegah. Saya besa mengalami tamparan beliau tiga kali dalam jangkan menjadi saorang murid dan ini takan say lupa seumur hidup. Walaubagaimanapun tempeleng yang paling  hebat dan pedih dia lontarkan kemuka saya berlaku setahun dua yang lalu bila beliau meluahkan betapa kecewanya dia atas kehidupan saya kini. “ You are a disappointment!.” Bila umur sudah lebihi 60han, ini satu tamparan yang sangat menyedihkan.
Saya tetap menghormati abang sulung saya dan terhutang budi atas segala nikmat yang saya dapat kecapi oleh sebab dia abang saya. Beliau pernah mangakatakan yang betapa susahnya bagi dia bila terpaksa membuat pilihan untuk memilih saya untuk menjadi anak angkat pada masa saya dilahirkan besama kembar saya. Kami adek2 selalu diperigatkan oleh emak atas jasanya dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk membesarkan kami dengan cukup berpelajaran. Saya tidak pernah lupakan akan jasa Cikgu Razali Abdul Mutalib yang juga dikenali dikalangan rakan2 sebagai ‘Spike’. Dia adalah salah saorang yang menjadi dorongan dan idola dalam hidup saya hingga sekarang.

Salah satu dorongan yang abang saya melekatkan atas minda saya ialah sifat suka membaca novel, komik dan megazin termasuklah Playboy yang pada masa itu boleh dikatakan sukar untuk perlolehi dan penuh dengan artikal yang bermutu dan menarik. Pada tiap bulan kami menungu degan penuh harapan ketibaan komik DC dan Marvel yang abang saya membuat ‘subscription’. Abang kembar saya dan saya juga sangat bertuah dari segi mendapat kemudahan bahan membaca dan ini meningkatkan mutu bahasa Inggeris kami. Oleh kerana kepintaran pemandangan beliau yang jauh, beliau membawa pulang dari England buku2 yang sukar di dapati di Malaysia pada masa itu. Ini termasuklah novel romantic dan lucah yang menjadi popular pada zaman itu. ‘Candy”, Lady Charteley’s Lover. My Secret Life, The Before Midnight Scholar, inilah nama2 buku2 yang saya baca secara curi2 dari bawah katil bilek abang saya.
Selain dari bahan pembacaan abang saya juga mempunyai satu koleksi album, atau piring hitam music yang pada masa itu sukar di perolehi dimana2 kedai tempatan. Kebanyakannya ala Jazz dan Folk Music. Kami kembar dua beradik selau kunjung kerumah beliau yang terletak didalam kawasan sekolah dan menghiburkan hati dengan music barat yang juga pada masa itu bukan banyak orang dapat mempunyai. Kami dikenalkan kepada artis tershohor Jazz saperti Quincy Jones, Ramsey Lewis, Cannon Ball, Theolonius Monk, Ela Fitzgerald, Nat King Cole, dan banyak lagi. Nama2 ini pada masa itu belum lagi di kenali orang di Malaysia tampa pendedahan yang kami dapat jasa abang kami.
Sekali sekala kami di ajak menonton wayang gambar bersama beliau terutama sekali bila ada tayangan cerita Samurai Jepun dan Kung Fu Cina. Hanya dua pangung wujud di-Kuala Terenggnau pada masa itu, menonton wayang menjadi satu ruang masa dimana jalinan tali persaudaraan berlaku diantara tiga beradik kami. Selalunya kami akan dibelanja makan Koa Teow Cina di Kampung Cina sebelum menonton dan tidak mudah di lupai detik2 begini bersama abang kami saorang guru disiplin yang di geruni oleh semua murid Sekolah Menengah Sultan Sulaiman sekitar tahun enampulohan.

Hidup DiDarul Iman

Pahit Manis hidup di Bumi Allah – Darul Iman.
Terengganu pada tahun 1962 jauh beza dengan Terengganu yang baru saja saya melawat hampir satu bulan yang lalu, (Bulan Januari 2016). Bukan lebih atau kurang keindahan alamnya jikalau dibandingkan tetapi perasaan ketenangan dan keindahan alam semula jadi pada masa itu sangat menarik. Memanglah kesesakan lalulintas dan pembangunan yang pesat di merata perusuk rantau negeri itu sekarang mengakibatkan sebagai kehilangan sesuatu yang tidak mungkin dirasai generasi zaman kini. Pada masa itu, berbasikal dari Istana Badariah, Batu Buruk menuju ke Bandar Kuala Terengganu yang jaraknya lebih kurang lima batu tidak jadi satu masaalah. Ini mungkin sebab iklim dan cuaca pada masa itu lebih sejuk dan kiri dan kanan jalan bermacam tumbuhan dan juga angin laut sentiasa meniup tampa dihindari oleh bangunan2 seperti yang ada sekarang. Udara mungkin indah tidaklah tercemar oleh kenderaan dan kilang2 lagi menambahkan kurangnya hawa panas seperti yang di alami sekarang.
Bandar Kuala Terengganu pada tahun enampuluhan masih banyak kampung kecil2 dan rumah kayu beratap disekitaran Bandar. Yang wujud pada masatu hanyalah setesen bas lama dan tiga pangung wayang. Sekali lagi tampa membuat pembandingan, bagi saya Bandar kecil ini pada masa dulu sangatlah memikat hati saya. Perubahan memang tidak dapat di halang dalam peredaran zaman, tetapi perubahan tampa batasan dan mengambil kira impak bagi alam sekitar pada saya sangatlah merugikan buat masa yang akan datang. Contohnya, sekarang pertukaran iklim cuaca dan kehakisan pantai sudah menjadi bukti bagaimana pembangunan bila tidak di lakukan dengan teliti akan akibat keburukan. Mungkin bangunan yang indah dan tersergam dapat menambahkan lagi pandangan mata kasar tetapi kemusnahan pada alam sekitar hanya akan di alami pada jangka yang panjang.
Satu satunya kerosakan yang paling ketara bagi keindahan alam semula jadi yang saya nampak ialah terbiarnya kawasan sawah padi yang dulunya menjadi tarikan buat mata dan hati yang memandang. Tali air yang dulunya sentiasa jernih penuh dengan ikan dan kehidupan yang lain sekarang hampir pupus dibanjiri pokok kiambang, tidak di jaga langsung. Yang lagi sedihnya kebanyakan tanah sawah dan bendang sekarang sudah menjadi tapak pembangunan dan perumahan. Apabila melihat keadaan sekarang say merasa saolah-olah kehilangan sesuatu yang ajaib bagi negeri ini, macam mati semangat alamnya. Burung2 tidak lagi meriah bekicauan dan ikan haruan, puyu dan sepat tidak lagi berlompat di tebing tali air.

Pantai Timor - Aku Datang.

Pantai Timur-Kuala Terengganu.
Laut Cina Selatan di sebelah kanan dan keindahan pemandangan sawah padi yang luas menghijau sejauh mata memandang, di sebelah kiri, mengangkat semangat saya yang sedang dalam keadaan bengang dan berat pada masa itu. Walau apa yang akan say hadapi di- Kuala Terengganu saya mulai merasa yakin yang saya dapat atasi oleh sebab saya berada di suatu alam yang baru, luas dan lapang. Tiap2 perkampungan nelayan yang saya lalui membikin hati saya mula hidup semula dan saya mula merasai keyakinan diri saya kembali sedikit demi sedikit. Saya dapat rasa kesedihan meninggal Pulau Mutiara yang saya kasihi selama ini dan saya dapat melepaskkan rindu saya pada datuk dan suadara mara, sahabat dan cinta pertama dalam hidup saya. Buat pertama kali saya rasa air mata saya mengalir membayangkan rupa kesedihan bapa angkat saya.

Kesunyian, kekosongan dan kekakuan yang saya mengalami sejak diberi matlamat untuk meningalkan segala yang diangap akan menentukan siapa saya, mulai reda dan bersurai. Disinilah ilham muncul yang berbisik di lubok hati yang kekosongan dengan suatu kesedaran, yaitu, segalanya hanya sementara, tempat yang saya angapkan rumah itu hanya tempat tumpangan. Seperti awan yang timbul dan lenyap, saya tidak ada pengkalan yang boleh dikatakan inilah tempat aku berlaboh buat selamanya. Dimana bumi aku pijak disitulah kediamanku, aku ta’terikat dan ta’akan diikat oleh apa jua dan aku tidak akan ditolak dan menolak apa jua yang melintang dihadapan perjalanan ku. Seperti air yang mengalir mencari lautan akan aku bergerak menuju Yang Maha Esa dan hanya apabila tiba dikaki arash Dia yang berhak atas diriku maka disitulah akhirnya hayat ku dan tamatnya perjalanan ku.
Yang berasal dari Kampung Selut sudah tiba dilautan Cina, yang kaku tidak berdaya sudah sampai menatap sawah melentang, pandangan dari ‘Atas Gong Batu Buruk’ hinggan ke-Gong Tok Nasek.  Satu terai ditutup dan terai yang baru dibuka untuk adegan selanjutnya, latar belakang sudah pun siap bagi mu oh pelakon hidupkanlah yang mati, serukanlah yang jauh, tiup Bangsawan ini ke udara. Sedih, gelisah, suka duka, hanya permainan hidup dan yang hidup tetap akan mati dan yang mati akan dihidupkan semula. Selamat tingal Pantai Barat, Salam Sejahtra wahai Pantai Timor; aku datang.



Dari Liang Lahad-

Saya dikejutkan dari tidur oleh satu pangilan talipon dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Terengganu yang ingin tahu tentang status Arwah Isteri saya. Pada tahun lalu saya ada menerima satu dari Jabatan ini yang mengatakan isteri saya tidak menjelaskan income tax beliau yang sudah mencecah 38 ribu ringgit, tungakan dari tarikh beliau berkhidmat sejak 2004 hingga terkini.. Saya simpan surat itu dan tidak mengambil tindakan apa2, Inin bukan hal saya untuk meiayan, ini masaaalah antara arwah isteri saya, majikan beliau yaitu KUSZA dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Isteri saya dibehenti kerja kerana kesihatan beliau dan KUSZA tidak mengambil berat tentang hal beliau pada masa itu. Ynag sangat mengecewakan KUSZA hwentikan beliau tampa pampasan atau bantuan apa2 sekali pun. Beliau dilepaskan macam tidak pernah wujud dalam kakitangan majikan itu/
Sekarang beliau dihantui hingga keliang lahad kerana tidak membayar cukai pekerja oleh JHDN yang mana mencari saya sebagai mangas untuk di peras ungut membayarkan tutntutan ini. Saya telah membaut lapuran kepada JHDN Pulau Pinang pad asatu ketika dahul berkenaan stituasi isteri saya itu dan bilan di beri tahu kepada sipemamngil pagi tadi jawapn beliau mudah saja,"Kami tidak dapat apa2 maklumay pun!" Ya, adakah ini satu lagi kesalahan saya? Ini tangung jawab pegawai HDN unutk memastikan maklumay di salurkan kepada pihak tertentu. In juga tangung jawab KUSZA untuk saelesaikan kedudukan staus arwah isteri saya dengan HDN bukan tangung jawab saya yang tidak kena mengena. Kelalain masing2 majikan menjalanakan tygas sangat mengecewakan dan apatah lagi merugikan Kerajaan dalam pekara surat menyurat dan bayaran talipon. Yang patut di tujukan semua in adalah majikan arwah isteri saya , yaitu KUSZA. Majikan ini patut diarahkan memberi alasan2 yang kukuh tentang tindak tanduk yang di ambil bagi menylaraskan hal perhentian kerja isteri saya, dan apa pampasan atau bantuan yang di salurkan pada beliau pada masa itu.
Lebih empat tahun beliau bertugas sebagai saorang pensyarah dan apabila jatuh sakit beliau di lepaskan begitu saja.Ini tidak dapat say maafkan majikan yang bukan canang majikan ini. 
Arwah isteri saya berkelulusan Masters in Linguistics dari Unversiti Carbondale bi-Illinois, USA dand beliau juga dapat ijazah mengajat bahasa Jepun dari negara itu. Layanan yang di beri KUSZA jauh mengabarkan kelebihan beliau dengan dengan gaji yang tidak setimpal bandingkan perkerja tempatan. Kami terima hakikat ini oleh sebab saya membuat keputsan untuk berhijrah dari Jepun ke-Malaysia. Ini satu keputusan yang saya sangat menyesal dalam hidup saya. Oleh sebab paka perubatan dinegeri in tidak dapat mengesahkan penyakit beliau ibu beliau membuat keputusan untuk membawa beliau pulang ke Amerika unutk dapat rawatan. Beliau diputuskan mengidap penyakit Alzheimers yand membawa maut selepas empat tahun di rumah pesakit kronic di-Illinois. Walaupun telah memeluk agama Islam, jasad beliau di-kebumukan secara agama Kristian. Ini sangatlah menyedihkan bagi saya tetapi saya terpaksa menerima hakikatnya sebab pada masa itu saya tiada mampu membuat apa2 kerana kemiskinan. Yang sangat teruk lagi hinga sekarang kerajaan Malaysia menghatui beliau untuk menjelaskan Income tax beliau dari dalam kuburnya.

  

Mencari Yang mencari.

Kebelakangan ini berberapa sahabat2 dan saudara mara yang sudah masuk hospital atau pun mati oleh sebab tertentu dan mereka sebaya umur saya ayng membuat saya memikirkan tentang masa saya pula. Kalau dah ajal tidak ada apa yang dapat saya lakukan tetatpi sebelum ajal pantang saya mengaku kalah dari apa jua lintangan yang di bentangkan dihadapan saya, saya tetap akan maju terus untuk memenuhi cita2 dan niat saya untuk menurunkan alkisah hidu say untuk jadi tatapan mereka yang minat dan mencari. Blog yang saya telah meulai pada awal tahun ini kini tidak mendapat sambutan pembaca mungkin ini kerana belum ada sebaran berkenaan wujudnya Blog ini. Mungkin oleh sebab ianya tidak menarik untuk di layani buat masa kini. Atau mungkin Bahasa saya ini masih kurang tattertib penulisannay. Walaubagaimana pun Blog ini akan bergerak selagi saya masih hidup sebab ianya adalah permintaan rakan2 saya yang tidak dapat membaca celoteh saya dalam bahasa Ingeris.
Pen Drive yang mengandungi tulisan riwayat hidup saya sudah lesap dari meja ini entah kenapa dan mengapa. Saya terpaksa uploadkan sekali lagi dari Lap top anak saya untuk menyambung cerita saya ayng berakhir di Kuala Terengganu. Sementara itu saya akan sambung kisah ini dengan menceritakan keadaan saya masa terkini. Saya tinggal bersama keluarga sepupu saya di Jalan Sungai Pinag, Rumah yang kepunyaan datuk nenek saya ini sekarang menjadi sebuah Restoran and Katering penyagaan yang di uruskan oleh sepupu saya Saleh Marikan dan Isteri beliau.Saya hanya seorang penumpang di rumah ayng asalnya rumah pusaka datuk nenek sendiri. Iin tidak jadi masaalah bagi saya sebab memangnys tidak ada niat untuk memiliki harta dalam hidup saya dan apa yang saya perlukan untuk hidup selalu ada di peruntukan oleh Yang Maha Esa. Kedua anak2 saya Karim dan Marissa telah pindah dan hidup berdikari masing2 mempunyai tempat tinggal sendiri.
Satelah hidup di luar negara hampir 25 tahun saya telah dapat merasai bermacam cork hidup dang bermacam ragam manusia berbilang bangsa. Pengalaman saya mencerminkan bermacam ragam tindak tanduk manusia yang kadangkala susah untuk saya fahami dan kadangkala mengecewakan terutama sekali tindak tanduk mereka yang saya angapkan sebagai bangsa saya sendiri di negeri ini.
Walaupun keturunan kacokan saya tidak pernah mengagapkan diri saya lain daripada bangsa Melayu yang membesar di sebuah kampung yang penduduknya boleh dikatakan seratus peratus Melayu. Saya amat sedih kerana mendapati orang Melayu adalah satu2 bangsa yang amalakan sikap tindas menindas, benci membenci dand khianat mengkhinati. In bukan shaja pendapat peribadi saya, tetapi pendapat mereka sendiri bila berbicara tentang masaalah ini. Ynag menyedihkan lagi ialah orang Melayu beagama Islam boleh di katakan satunya bangs yang sukar untuk diharapkan bila dalam kesusahan. Hidup saya dalam khalayak orang Melayu sehinga masa kin sangat penuh dengan kekcewaan hingga saya mencari rakan bangsa asaing, bangsa Cina dan India bila dalam masa terdesak. Walaubagaimana pun saya bersykur kerana ada segelintitr orang Melayu yang dapat memahami gaya hidup saya dan tidak menghukum bahkan sangup memberi pertolongan dan bantuan bila saya berkehendakan. mereka inlah yang mebuat saya inign meneruskan niat dan hajat saya untuk menulis Blog ini supaya dapat saya menyumbangakan satu tatapan hidup seorang seni dan pengembara buat dijadikan satu cabaran bagi mereka yang mencari.   

Karia ssya yang berterusan.

 Buat masa kini saya swedang coba menyapkan lukisan sepanjang seratus kakai yang ssaya mulakan pada tahun 2008. Hingga sekarang lukisan inin masih belum siap.

Kertas berukuran seratus kaki pamujang inin telah di hadiahkan kepada saya oleh sahabat saya Prof. Najib Dawa yang pada ketika itu tamat tugasnya sebaagai dekan di pusat seni. USM. Beliua minta saya buat satu lukisan yang memaparkan pemandangan sekitar Georgetown.
Buat masa sekarang saya sedang tokok tambah dan kemas kini untuk di pamirakn sekali lagi di Museum Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM>

MUngkin lukisan tidak akan siap hinga akhir hayat saya, saya selaul beri tahu mereka yang tanya saya bila nak siap. Atau bila sesiapa membelinya dengan harga yang berpayutan dan saya serahnya lepadanya kelak.


Pantai Timor Aku Datang.

Sudah hampr sebulan saya lancarkan 'OTAI Kampung Selut ini atas permintaan rakan2 Melayu saya hany dapati 95 page views. Blog saya dalam bahasa ingris, 'Ramblings of the Cheesebuerger Buddha masih dapa 185 pembaca dalam sehari walaupun saya tidak tulis lagi apa2 yang baru sejaik say mula Blog ini. Apa ini menujukan? Adakah Blog saya memang 'boring' dan tidak ada penarikan bai pembaca melayu atau orang Melayu memang tidak minat membaca? Apakira pun say akan menulis kisah hidup saya ini sebab saya telah membuat satu keputusan untuk coba sedaya upaya melakukannya sedaya upaya saya. Saya tanya diri saya adakah ini membuang masa say sahaja dan patut saya hentikan saja, tetapi saya rasa ada kemungkinan yang kerja saya ini tidak akan jadi siasia sahaja, Walaubagaimana pun biar saya coba, apa ada rugi/ Ynag penting bagi saya, saya telah menyambut cabaran rakan2 saya dan mungkin dapat menjadi karia saya ini satu lagi karia seni.

Hidup diPantai Timor

Laut Cina Selatan di sebelah kanan dan keindahan pemandangan sawah padi yang luas menghijau sejauh mata memandang, di sebelah kiri, mengangkat semangat saya yang sedang dalam keadaan bengang dan berat pada masa itu. Walau apa yang akan say hadapi di- Kuala Terengganu saya mulai merasa yakin yang saya dapat atasi oleh sebab saya berada di suatu alam yang baru, luas dan lapang. Tiap2 perkampungan nelayan yang saya lalui membikin hati saya mula hidup semula dan saya mula merasai keyakinan diri saya kembali sedikit demi sedikit. Saya dapat rasa kesedihan meninggal Pulau Mutiara yang saya kasihi selama ini dan saya dapat melepaskkan rindu saya pada datuk dan suadara mara, sahabat dan cinta pertama dalam hidup saya. Buat pertama kali saya rasa air mata saya mengalir membayangkan rupa kesedihan bapa angkat saya.
Kesunyian, kekosongan dan kekakuan yang saya mengalami sejak diberi matlamat untuk meningalkan segala yang diangap akan menentukan siapa saya, mulai reda dan bersurai. Disinilah ilham muncul yang berbisik di lubok hati yang kekosongan dengan suatu kesedaran, yaitu, segalanya hanya sementara, tempat yang saya angapkan rumah itu hanya tempat tumpangan. Seperti awan yang timbul dan lenyap, saya tidak ada pengkalan yang boleh dikatakan inilah tempat aku berlaboh buat selamanya. Dimana bumi aku pijak disitulah kediamanku, aku ta’terikat dan ta’akan diikat oleh apa jua dan aku tidak akan ditolak dan menolak apa jua yang melintang dihadapan perjalanan ku. Seperti air yang mengalir mencari lautan akan aku bergerak menuju Yang Maha Esa dan hanya apabila tiba dikaki arash Dia yang berhak atas diriku maka disitulah akhirnya hayat ku dan tamatnya perjalanan ku.
Yang berasal dari Kampung Selut sudah tiba dilautan Cina, yang kaku tidak berdaya sudah sampai menatap sawah melentang, pandangan dari ‘Atas Gong Batu Buruk’ hinggan ke-Gong Tok Nasek.  Satu terai ditutup dan terai yang baru dibuka untuk adegan selanjutnya, latar belakang sudah pun siap bagi mu oh pelakon hidupkanlah yang mati, serukanlah yang jauh, tiup Bangsawan ini ke udara. Sedih, gelisah, suka duka, hanya permainan hidup dan yang hidup tetap akan mati dan yang mati akan dihidupkan semula. Selamat tingal Pantai Barat, Salam Sejahtra wahai Pantai Timor; aku datang!