Dari Liang Lahad-
Saya dikejutkan dari tidur oleh satu pangilan talipon dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Terengganu yang ingin tahu tentang status Arwah Isteri saya. Pada tahun lalu saya ada menerima satu dari Jabatan ini yang mengatakan isteri saya tidak menjelaskan income tax beliau yang sudah mencecah 38 ribu ringgit, tungakan dari tarikh beliau berkhidmat sejak 2004 hingga terkini.. Saya simpan surat itu dan tidak mengambil tindakan apa2, Inin bukan hal saya untuk meiayan, ini masaaalah antara arwah isteri saya, majikan beliau yaitu KUSZA dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Isteri saya dibehenti kerja kerana kesihatan beliau dan KUSZA tidak mengambil berat tentang hal beliau pada masa itu. Ynag sangat mengecewakan KUSZA hwentikan beliau tampa pampasan atau bantuan apa2 sekali pun. Beliau dilepaskan macam tidak pernah wujud dalam kakitangan majikan itu/Sekarang beliau dihantui hingga keliang lahad kerana tidak membayar cukai pekerja oleh JHDN yang mana mencari saya sebagai mangas untuk di peras ungut membayarkan tutntutan ini. Saya telah membaut lapuran kepada JHDN Pulau Pinang pad asatu ketika dahul berkenaan stituasi isteri saya itu dan bilan di beri tahu kepada sipemamngil pagi tadi jawapn beliau mudah saja,"Kami tidak dapat apa2 maklumay pun!" Ya, adakah ini satu lagi kesalahan saya? Ini tangung jawab pegawai HDN unutk memastikan maklumay di salurkan kepada pihak tertentu. In juga tangung jawab KUSZA untuk saelesaikan kedudukan staus arwah isteri saya dengan HDN bukan tangung jawab saya yang tidak kena mengena. Kelalain masing2 majikan menjalanakan tygas sangat mengecewakan dan apatah lagi merugikan Kerajaan dalam pekara surat menyurat dan bayaran talipon. Yang patut di tujukan semua in adalah majikan arwah isteri saya , yaitu KUSZA. Majikan ini patut diarahkan memberi alasan2 yang kukuh tentang tindak tanduk yang di ambil bagi menylaraskan hal perhentian kerja isteri saya, dan apa pampasan atau bantuan yang di salurkan pada beliau pada masa itu.
Lebih empat tahun beliau bertugas sebagai saorang pensyarah dan apabila jatuh sakit beliau di lepaskan begitu saja.Ini tidak dapat say maafkan majikan yang bukan canang majikan ini.
Arwah isteri saya berkelulusan Masters in Linguistics dari Unversiti Carbondale bi-Illinois, USA dand beliau juga dapat ijazah mengajat bahasa Jepun dari negara itu. Layanan yang di beri KUSZA jauh mengabarkan kelebihan beliau dengan dengan gaji yang tidak setimpal bandingkan perkerja tempatan. Kami terima hakikat ini oleh sebab saya membuat keputsan untuk berhijrah dari Jepun ke-Malaysia. Ini satu keputusan yang saya sangat menyesal dalam hidup saya. Oleh sebab paka perubatan dinegeri in tidak dapat mengesahkan penyakit beliau ibu beliau membuat keputusan untuk membawa beliau pulang ke Amerika unutk dapat rawatan. Beliau diputuskan mengidap penyakit Alzheimers yand membawa maut selepas empat tahun di rumah pesakit kronic di-Illinois. Walaupun telah memeluk agama Islam, jasad beliau di-kebumukan secara agama Kristian. Ini sangatlah menyedihkan bagi saya tetapi saya terpaksa menerima hakikatnya sebab pada masa itu saya tiada mampu membuat apa2 kerana kemiskinan. Yang sangat teruk lagi hinga sekarang kerajaan Malaysia menghatui beliau untuk menjelaskan Income tax beliau dari dalam kuburnya.
0 comments: