Sekolah Menangah Sultan Sulaiman.

7:56 AM Shamsul 0 Comments

Saya ditempatkan di-Sekolah Menegah Sultan Sulaiman untuk menyambung pelajaran saya semasa membesar di Terengganu. Sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah bistari pada masa itu dan mungkin hinga sekarang. Terletak dipingir pantai Laut Cina Selatan, Sekolah ini sangatlah selesa  tempat menimba ilmu. Guru2 yang berutgas  tahun enampulohan kebanyakannya guru2 yang baru kembali daripada berlatih dari seberang laut terutama sekali dari England. Abang saya yang sulung termasuk salah saorang guru “Kirby” yang mengajar di sekolah itu, malah beliau abang saya dan juga saorang guru disiplin yang sangat di geruni pelajar. Beliau juga pernah menjadi warden asrama dan guru jimnastik dan sukan Rugby. Pendek kata beliau menjadi suatu tekanan yang paling teruk dalam hidup saya semasa dalam sekolah menegah. Saya besa mengalami tamparan beliau tiga kali dalam jangkan menjadi saorang murid dan ini takan say lupa seumur hidup. Walaubagaimanapun tempeleng yang paling  hebat dan pedih dia lontarkan kemuka saya berlaku setahun dua yang lalu bila beliau meluahkan betapa kecewanya dia atas kehidupan saya kini. “ You are a disappointment!.” Bila umur sudah lebihi 60han, ini satu tamparan yang sangat menyedihkan.
Saya tetap menghormati abang sulung saya dan terhutang budi atas segala nikmat yang saya dapat kecapi oleh sebab dia abang saya. Beliau pernah mangakatakan yang betapa susahnya bagi dia bila terpaksa membuat pilihan untuk memilih saya untuk menjadi anak angkat pada masa saya dilahirkan besama kembar saya. Kami adek2 selalu diperigatkan oleh emak atas jasanya dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk membesarkan kami dengan cukup berpelajaran. Saya tidak pernah lupakan akan jasa Cikgu Razali Abdul Mutalib yang juga dikenali dikalangan rakan2 sebagai ‘Spike’. Dia adalah salah saorang yang menjadi dorongan dan idola dalam hidup saya hingga sekarang.

Salah satu dorongan yang abang saya melekatkan atas minda saya ialah sifat suka membaca novel, komik dan megazin termasuklah Playboy yang pada masa itu boleh dikatakan sukar untuk perlolehi dan penuh dengan artikal yang bermutu dan menarik. Pada tiap bulan kami menungu degan penuh harapan ketibaan komik DC dan Marvel yang abang saya membuat ‘subscription’. Abang kembar saya dan saya juga sangat bertuah dari segi mendapat kemudahan bahan membaca dan ini meningkatkan mutu bahasa Inggeris kami. Oleh kerana kepintaran pemandangan beliau yang jauh, beliau membawa pulang dari England buku2 yang sukar di dapati di Malaysia pada masa itu. Ini termasuklah novel romantic dan lucah yang menjadi popular pada zaman itu. ‘Candy”, Lady Charteley’s Lover. My Secret Life, The Before Midnight Scholar, inilah nama2 buku2 yang saya baca secara curi2 dari bawah katil bilek abang saya.
Selain dari bahan pembacaan abang saya juga mempunyai satu koleksi album, atau piring hitam music yang pada masa itu sukar di perolehi dimana2 kedai tempatan. Kebanyakannya ala Jazz dan Folk Music. Kami kembar dua beradik selau kunjung kerumah beliau yang terletak didalam kawasan sekolah dan menghiburkan hati dengan music barat yang juga pada masa itu bukan banyak orang dapat mempunyai. Kami dikenalkan kepada artis tershohor Jazz saperti Quincy Jones, Ramsey Lewis, Cannon Ball, Theolonius Monk, Ela Fitzgerald, Nat King Cole, dan banyak lagi. Nama2 ini pada masa itu belum lagi di kenali orang di Malaysia tampa pendedahan yang kami dapat jasa abang kami.
Sekali sekala kami di ajak menonton wayang gambar bersama beliau terutama sekali bila ada tayangan cerita Samurai Jepun dan Kung Fu Cina. Hanya dua pangung wujud di-Kuala Terenggnau pada masa itu, menonton wayang menjadi satu ruang masa dimana jalinan tali persaudaraan berlaku diantara tiga beradik kami. Selalunya kami akan dibelanja makan Koa Teow Cina di Kampung Cina sebelum menonton dan tidak mudah di lupai detik2 begini bersama abang kami saorang guru disiplin yang di geruni oleh semua murid Sekolah Menengah Sultan Sulaiman sekitar tahun enampulohan.

0 comments: