Terima kasih Prof Zakari Ali.

Sudah lama says abaikan Blog ini sebab tiada sambutan dari pembaca dalam Bahasa Kebangssan yang minat sangat dengan cerita saya ini. Setelah membaca Prof. Zakaria Ali di FaceBook kata kata resmi pelancaran PEN- Angkatan Penulis Negeri Sembilan baru baru ini, saya rasa tercabar semangat untuk tidak berputus asa dan sambung hajat saya untuk menulis Blog ini sedaya upaya saya. Prof. Z juga seorang pelukis yang saya minati dalam penulisan beliau telah membuka mata hati saya untuk menyambung tulisan saya di Blog ini walau ada atau tiada orang minat membacanya. Ini bukan tujuan saya pada hakikatnya, saya menulis dalam Bahasa Melayu ini dengan harapan supaya dapat berkongsi pengalaman hidup dengan mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Inggris. 
Blog, Otai Kampung Selut ini boleh dikatakan hasil terjemahan dari Blog saya yang saya tulis dalam bahasa Inggris yang bertajuk -Ramblings of the Cheeseburger Buddha yang saya mula menulis pada tahun 2005 semasa saya menetap di-Kuala Terengganu. Ianya didoronig oleh sahabat karib saya Encik Fadli Mubin seorang computer engineer dan juru gambar terkenal pada masa kini. Blog dalam Bahasa Inggris ini sekarang hampir  mencecah 2000 entry dan menerima lebih daripada 520 Ribu 'Hit' di Internet. Berbanding dengan Blog OTAI Kampung Selut yang mendapat 1400 'hits' dalam tempoh hampir tiga tahun, sangat jauh bezanya dan tidak memeransangkan. . 
Terima kasih saya kepada Prof.Z. atas tulisan beliau sempena pelancaran Ke41 -PEN, Negeri Sembilan yang dikongsikan di Facebook. Ia memberi semangat untuk saya tidak berputus asa atas urusan saya ini. Biar bahasa saya tunging langang, lentang pukang pun saya akan coba tulis dan kongsi hidup saya ini yang sentiasa mencari pengenalan diri sendiri. 
Thanks my friend.







Ketenangan bukan hasil dari kekayaan semata2.







Ciptaan Yang Maha Esa.

Sudah lebih lima tahun saya berulang- alek ke SRI LOVELY atau tapak tanaman padi organic di Lintang, Sik Kedah. Tempat ini telah menjadi tempat saya bersamadi  apabila fikiran dah overload atau hidup ini menjadi khayalan sahaja. Hidup ini ibarat mengutip teratai tampa membasahkan jari. 

Disini saya menemui Dia Yang Maha Pencipta atas langit dan bumi dan kami bersantai sambil bersembang hal ehwal hidup ini. Siapa Kamu, Dia tanya, Saya jawab say hanya hamba Mu ya'Allah, hamba ayng hina dan penuh dengan kesalahan, Hamba Mu yang selalu menginkari kehendak MU dan selalu berpaling tadah terhadap petunjuk2 Mu.

Lama kami berborak, Yang pencipta dengan ciptaan Nya. Disinilah dapat kami mengenali diri sendiri melalui siapa diri ini dan siapa Dia. Ynag menjadi saksi hanya Alam yang sunyi dikeliling kami. 

Alam ini hanya sementara bagi kamu, Dia kata, janganlah jadikanya sebagai tempat kekal bagi mu. Satu hari kelak semuanya akan hilang lenyap tampa kewujudan mu. Carilah yang kekal dan abadi buat harta untuk kau kembali.

Ketenangan yang kamu nikmati hanyalah nikmat yang kau cari sendiri, ketenangan ini datang dari dalam dirimu sendiri.

Segala yang di bina akan runtuh dan segala yang runtuh satu hari akan dibina semula, inilah hakikat hidup yang seperti roda berpusing tampa hirau kiri dan kanan, hitam atau puteh. kau hanyalah ibarat debu ditiup angin dialam semesta ciptaan KU.  


Karia seni saya yang terkini.











Sila bersantai dalam hutan.

Untuk mengubati hati yang runsing tinggalkan tempat tidur mu dan luangkan masa dialam yang nyata..  
Sekali sekala luangkanlah masa andan menikmati keindah ciptaan Allah.

Naik perahu menuju kekaki bukit di pendalaman Empangan Muda.

Menuju ke Sungai kecil, Empangan Muda


Dimana langit dan bumi bertemu disitu kita berada.

keindahan alam dapat meneangkan fikiran dan boleh memberi semagat untuk menyediakan masakn ynag lazat.

Besiang ikan ayr tawar atas perahu menjamikan yang ikan itu memang fresh.

Belum masak siap dapur dulu supaya jika hujan pun boleh mmasak.

Makan yang paling enak ialah bila perut lapar dan masakan sendiri bersama rakan di dalam pendalaman.


Hidup sementara waktu ini...

Tiga dari Canada, satu dari Belgium dan satu dari Italy, dua lagi dari Algeria, mereka boleh memahami Bahasa Prancis semuanya, alangkah  kecilnya dunia kita ini. 

Mereka akan datang jika kamu dirikan tempat ini untuk mereka.

Masa berlalu sekejap sahaja, apa sudah kau lakukan yang dapat kamu rasa megah diri kamu?

Yang penting ialah hidup berbakti sesama kita tampa hiraukan bangsa atau jantina; menjalin tali persahabatan di dalam hutan.

Dunia mereka, alam kita, mana bezanya? Udara yang mereka bernafas datangnya dari kita dan udara yang kita sedut datangnya dari mereka.

Siapa tua dan siapa muda? Umur itu hanya angka; yang sebenar tua itu ialah yang dah lupa akan mudanya.


Aku yang mencari...

Aku yang mencari, Dia yang ku tmui.

Dimana aku, disitu Dia.

Dimana kamu? Adakah kamu disini sepenuhnya atau hanya jazad mu sahaja yang wujud di alam ini?

Jangan hanya melihat tampa menghayati apa yang di lihat. Inilah ciptaan Yang Maha Esa, inilah suara yang dapat  kamu rasai didalam hati mu;; buka tingkap hati mu dan nikmati keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta. Senyapkan pemikiran dan bertafakur dengan alam sekitar mu kerana degna cara  ini dapat kamu mengubati kerunsingan dan serabut dalam kepala mu.

Disekeliling mu alam  ciptaan Allah berdiri tegak dan bergantung terapung dari dahan yang rendang. Alam ini penuh dengan corak dan warna yang mengagumkan lihatlah dengan mata hati mu dengarlah dengan telinga yang kosong tampa pemikiran. Kosongkan otak mu daripada segala pemikiran hanya  bila minda ini didiamkan  boleh kita menjadi saksi keindahan alam ciptaan Allah ini. 

Wahai insan yang mulia, janganlah kamulupa akan asal usul mu, dimana kamu dibesarkan, tempat tumpah darah mu. Wahai insan yang mulia lihatlah wajah mu di sekeliling mu, inilah wajah mu yang keindahan alam ini mencerminkan.