Sunni Atau Syiah!
11:23 PM Shamsul 0 Comments
Malaysia can take up the mantel and I ask Tok Guru Haji Hadi Awang, as a leader in leading this search for this reconciliation. I have very great faith in Tok Guru's wisdom and religious understanding and he is a very dedicated and strong Muslim leader in the eyes of the Muslim World. He should have the backing of the Malaysian Government and the Muslims of this country.
Inilah satu satunya Jihad yang boleh dilakukan sekiranya Islam perlu membuat perubahan yang kukuh dan kekal damata dunia. Untuk mencari penyelesaian dalam perkara ini patut dianggap lebih wajib dari mewujudkan hukum hudud di negara ini.
WallahuAlam.
Inilah satu lagi buah fikiran bernilai dua kupang tanpa GST saya hari in.
Kitalah punca kerosakan Alam Sekitar.
9:54 PM Shamsul 0 Comments
Pulau Pinang mempunyai sungai utamanya masih di-kirakan sungai mati berbanding dengan sungai ini 50 puluh tahun lalu. Ini kerana terdapat banyak 'sources of effluence' disepanjang aliran Sungai Pinang yang bermulanya di Ayer Hitam dan berakhir di laut. Kalau di kajikan terdapat beberapa punca saluran kecemaran yang berasal dari tempat tempat cuci kenderaan seperti bas dan kereta yang terletak berhampiran sungai. Juga terdapat kilang sembelih dan potong daging di tebing sungai di mana darah dan sisa bo hazard sentiasa menerap kedalam sungai. Juga terdapat beratus bengkel motosikal dan kereta yang tidak mengambil tindakan untuk menjaga premis dan membuang minyak kotor ke dalam longkang di mana ianya akan akhirnya dibawa air masuk kedalam sungai. Sampah sarap juga sentaisa jadi masalah apabila terdapat mereka yang tidak ambil kira membuang sisa makanan dalam bag plastik dan lain lain kedalam sungai sebab mudah dilakukan. Kesudahanya apakah cara untuk kita memulihkan Sungai Pinang satu satu sungai yang paling tercemar di negara ini?
Pendapat bernilai tiga puluh sen.
10:34 AM Shamsul 0 Comments
Pada tahap tempatan pula sumbangan wang yang datang dari segenap pelosok Negara dan dari yang mampu dan yang tidak, ianya dapat menyatukan siratulrahim rakyat negara ini tidak kira keturunan, bangsa atau fahaman politik. Inilah makna berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tanpa persoalan la gi benar atau salah. Jikalau tidak mampu tidak dipaksa, tidak setuju tak jadi masalah, tapi yang diseru, jangalah jadi penghalang seperti batu api tanpa hala tujuan. Jangan ugut Kerjaan yang baru menyusu tak sampai sebulan dengan kata kata pesat dan fikiran fikiran yang tak berasas, kadangkala hanya spekulasi semata mata kerana tidak puas hati atas pilihan rakyat dalam PRU14. Rakyat dengan hampir sebulat suara telh membuat pilihan, siapa yang memerintah dan siapa yang jadi pembangkang, tunggu lah dengan kesabaran dimana kedua dua pihak ini akan bertempur di kerusi parliament kelak.
Allah cipta manusia dengan mempunyai satu mulut dan dua telinga atas sebab supaya kita mendengar lebih dari bercakap.
WallahuAlam.
Raj2 Melayu Tak bermasalah, makan cukup hidup mewah.
11:53 PM Shamsul 0 Comments
Simpanlah dulu semua pendapat pendapat yang memang tak dapat diselesaikan dan hentikan lah meluahkan perasaan yang akan menimbulkan syak wasangka di antara satu sama lain, Tiap tiap masalah ada masa dan tempatnya untuk di selesaikan dengan lebih rapi dan saksama jikalau diberi masa; ini bukan masanya. Yang penting ialah menubuhkan kerajaan yang kita semua harapkan yaitu kerajaan yang dapat memulihkan negara ini daripada belenggu dengan gejala rasuah, hutang piutang, dan ketelusan menjalankan tugas masing masing dari pucuk pemerentah ke akar umbi.
WallahuAllam.
Saekor anjing menyalak ke bukit?
6:12 PM Shamsul 0 Comments
Mereka yang berhemah, berwibawa dan ber berpengalaman di penjara, di usir dan tidak kira umur dan jasa jasa mereka dahulu, sekarang dihina dan dicaci oleh mereka yang jadi Pa'turut dan ini bukan hanya orang Melayu tetapi bagi semua bangsa sama saja. Yang Melayu hina Cina dan bangsa bangsa lain dan yang Cina hina Melayu sma saja tampa batasan, inilah mereka yang patut kita pangkah untuk menjadi wakil kita perentah negara kita ini. Memang sesuailah negara kita digelar negara Kleptokrasi! Negara yang penuh dengan kekotoran, kejijikan dan parah dengan korupsi dan perkauman.
Apa lagi nak di katakan, undi tetap kita undi, pilih terpaksa kita pilih keran mengharapkan pagar pagar sudah kenyang memakan padi. Sebelum rakyat berlengu kebuluran, kita perlu perubahan dan perubahan hanya dapat kita laksanakan dengan memangkah dengan penuh kepercayaan yang waras dan kebijaksanaan. Masa depan kita jangan berakhir pemerintahan darurat akibat kecelakaan tumpah darah dan purak puranda yang dicetus oleh kebodohan kita sendiri. Sabar, toleransi, saling hormat menghormati, ini bukan mustahil bagi kita, jangan jadi mangsa tamak dan kebuluran mata wang dan umpan perkauman.
WallahuAlam!
Hidup Negaraku! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!
Hidup Rafizi!
9:04 PM Shamsul 0 Comments
Menyentuh perihal Politik Negara, saya calonkan Rafizi Ramli sebagai Menteri Kewangan bila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara ini. Sepanjang kempen pilihan raya hingga sekarang, Beliau adalah salah seorang penceramah yang sangat berhemah, berpengetahuan dan sangat disegani Rakyat tidak kira bangsa. Saya sangat tertarik dengan gaya dan kebolehan beliau menghadapi segala rintangan yang dilempar terhadap beliau selama ini. Orang Melayu tidak kira mana mana pihak patut berbanga adanya seorang wira sebegini yang waras dan berpotensi memimpin Negara kita. Beliau, Rafizi ialah garam yang tulen belum tercemar.
Hidup Rakyat! Hidup Negara!
2:52 AM Shamsul 0 Comments
Ini dia sentimen yang saya mula kerap terdengar dikalangan sahabat sahabat saya bila berlepak dan sembang hal politik dan masa depan negeri ini. Walaupun tidak sepedas yang seperti yang saya jelaskan, yang memang tersirat dalam hati memang tak lari jauh perasaannya. Sedih dan menakutkan, dan kalau boleh nak tutup telinga dan pejam mata, buat tak tau,pangkah saja bila masanya dan serah kepada Allah akan keputusan dan akibatnya. Semoga kita semua buka mata dan lihat dari sudut hati masing apakah yang kita hadapi sekarang dalam tempoh tiga minggu ini. Masa depan negara yang kit semua kasihi ini sekarang tergantung pada kebijaksanaan dan prihatin tiap2 seorang yang mengaku dirinya rakyat Malaysia.
Jangan dengar saja ceramah, bangun dan soal tiap tiap ahli yang akan dilantik, pastikan kelantaikan mereka berbaloi bagi kita. Jangan shok terima janji janji kosong dan pastikan kebolehan dan kearifan melakukan kerja yang di lantikan. Rakyat sudah muak menjadi kerbau yang di heret ke tempat potong oleh mereka yang anggapkan semua boleh di beli dengan mata wang. Reformasi Ya! Tapi reformasi kali ini mesti berkesan demi masa depan kita dan anak cucu kita. Hidup Rakyat!, Hidup Negara! Sebelum nasi menjadi bubur, renung renungkanlah, kalau nak asah, ashalah minda dan mata hati sendiri dulu belum kita asyik nak cantas orang lain.
Tiap tiap gambar ada ceritanya.
9:09 PM Shamsul 0 Comments
Telor pedukang memang sedap bang, sekilo boleh cecah 20RM, tapi nak dapat sekilo tu memang payahlah. |
Ibarat hidup seperti burung dalam sangkar tergantung diatas air. |
Tabung ini saya lukiskan untuk sahabat saya bagi meraikan Tahun Baru Cina. Kalau karia saya ini telah mendorong semangat budak ini untuk menjadi seorang seni, Alhamdulillah, tercapai niat saya. |
Satu peringatan buat diri sendiri.
9:10 PM Shamsul 0 Comments
Lebih enam puluh tahun saya membawa sifat marah ini dalam diri hingga selalu di tegur adik beradik, sanak saudara, kawan dan rakan, "Hang ni kepala angin! Hang ni panas baran! Hang ni macam time bomb, tunggu nak meletup saja!" Memang payah nak buang tabiat ini dan ianaya patut di cabut buang dari akar unjang lagi jukalau hidup kita ini tidak dihantui oleh sifat yang hanya dapat mendatangkan kemudharatan bagi kita dan mereka yang kita kasihi dan hormati. Sebelum nak marah renung renunglah diri sendiri dan ambil lah jalan yang lebih memanfaatkan atau yang lebih pintar dan bijaksana untuk memadamkan api yang mengancam untuk membakar akal fikiran dengan sifat marah.
Sembang Bab Penyakit.
10:10 PM Shamsul 2 Comments
Saya selalu tarik diri daripada terlibat dalam debat dan hujjah mengenai kencing manis dan darh tinggi sebab ianya tidak medatangkan manfaat bagi saya. Silap saya, tapi bagi saya bila terlampau banyak berbual tentang penyakit ini serupalah dengan mengundang penyakit itu. Macam kita seru seru pulak kata orang lama dengan menyebut -nyebut nama sesuatu penyakit itu berulang kali. Ini satu amalan yang tidak sihat dari segi daya pemikiran manusia. Minda kita sama seperti spange yang menerap ayer, ia akan mengutip dan mengumpul setiap maklumat yang dihidangkan dan menjadikanya bahan untuk rujukan buat memenuhi akal bila masa lapang. Ia bisa tokok tambah lagi apa yang didengar dan akhirnya bhan bahan ini menjadi satu kepercayaan minda intu sendiri dan boleh mengakibatkan mulanya satu satu penyakit.
Oleh itu jauhilah daripada mengisi masa lapang bersama rakan dengan bersembang bab penyakit. Kalau perlu dilakukan biarlah secara seimbas sahaja. Baik lagi kalau mengongsi pendapat tentang ekonomi atau kedudukan negara buat masa ini. Banyak lagi topik lain yang lebih manfaatkan daripada siapa kena kerat kaki atau siapa baru kena stroke. Saya tak kata salah, tapi saya hanya beri nasihat jangan terlampau layan sangat.
Wallahualam.
Yang mengenal diri.
8:32 PM Shamsul 1 Comments
Ada mereka yang saya hormati oleh sebab tertentu, umur dan taraf kejayaan masing masing, ilmu dan pemahaman yang telah dicapai dalam bidang masing masing, juga khidmat mereka demi kemanusiaan dan alam sekitar; mereka ini saya hormati tetapi saya tidak mersai yang mereka lebih tinggi taraf kedudukan dalam hidup saya ini atau rendah. Begitu juga mereka yang sepanjang hayat menerima kesukaran dan segala cobaan sebagai daif dan kemiskinan, keburukan dan kehinaan; mereka saya tidak anggap rendah kedudukan mereka dari saya. Saya melihat kewujudan yang Maha Esa dalam tiap tiap insan yang saya jamah secara langsung atau dengan cara tidak.
Tiap tiap insan ada keinginannya masing, iaitu untuk menerima kejayaan, ketentrama, ketenangan dan kemesraan dalam hidup masing masing dan bagi saya kalau dapat saya membantu seseorang mencapai hasrat mereka walau bagaimana kecil sekalipun, saya rasa saya sudah berjaya dalam hidup saya buat masa itu. begitu juga kalau saya jadi penerima bantuan dari orang lain, ini saya anggap sebagai satu rahmat dari Yang Maha Pemurah.
Hayat hidup kita yang seumpama satu musim ini tiada bermakna kalau dihabiskan dengan mengerja harta dan kemewahan tampa menghirau kesusahan orang lain yang mampu kita membantu. Hakikatnya, Allah yang memberi dan Dialah yang menerima, kita hanya melakukan kehendakNya.
WallahuAlam.
Kebersihan itu separuh iman.
6:48 AM Shamsul 0 Comments
Rakyat negara ini berazam untuk menjadi sama setanding dengan negara negara maju tetapi mentaliti rakyat negar ini kebanyakanya masih bersamal sifat rakyat 3rd. world country. Kalau tegur pasti salahkan kerjaan atau Majlis Bandaran tetapi buang sampah ikut sesuka hati macam tak ada tempatnya langsung, baik tua atau muda. Kemarin bersama kakak saya dalam kereta kami melihat sepasang suami isteri molek molek ada campak sa bungkusan sampah ke tepi jalan raya macam tajadi hal saja. Sedih amat sedih bila perkara begini sering jadi amalan orang kita. Sampai bila kah kita akan berkelakuan macam ni?
Kita sangat gemar dengan tata tertib dan gaya hidup orang Jepun dan Korea dan tiap tiap hari menonton drama mereka di kaca TV, kenapa tak boleh kutip perangai mereka yang jaga kebersihan alam sekitar mereka dengan penuh perhatian? Kalau naik bas express dan singgah di perhentian bas dan jijik nak guna tandas awam yang kena bayar pulak tu! Kita dah masuk alaf baru kononya tapi hidup kita tak beza dengan dua puluh tahun yang lalu, apa hal? Saya rasa malu melihat warga asing yang melawat negara ini masuk tandas di perhentian bas tiap tiap kali bas express berhenti pertengahan perjalanan, apa kamak perasaan mereka tentang gaya dan nilai hidup kita.
Terima Kasih Ayu dan Fadli Mubin dan anak anak.
10:30 PM Shamsul 0 Comments
Saya mulai berkenalan Fadli Mubin apabila saya ke cuber cafe di Gong Badak untuk membuat kerja berkenaan dengan buku buku lakaran saya pada masa lapang saya masa itu. Fadli tertarik dengan buku buku saya itu dan bercadang untuk membantu saya melaksanakan niat saya itu. Tali persahabatan kami menjadi lebih erat pada masa kemasa apabila kami dapati yang kami mempunyai kelebihan masing masing yang dapat kami berkongsi. Fadli adalah seorang computer engineer yang mendapat latihan di England pada tahun lapan puluhan dan beliau bagi saya adlah seorang yang sangat minat dalam jurusan photography. Fadli mempunyai banyak peminat peminat dalam bidang ini melalui Internet sebab beliau paka technical dalam cara menggunakan kamera. Karia karia beliau dapat di lihat pada laman FLIKR dalam internet. Beliau juga menasihati saya untuk menulis Blog tentang kisah perjalanan hidup saya pada tahun 2004.
Bersama sama beberapa sahabat yang lain kami banyak meluang masa dikedai kopi tepi jalan di Paloh, tidak jauh dari Gong Badak. Disini sambil minum dan makan kami besembang tentang Ugama dan falsafah. kadang kadang kami sembang sampai subuh pagi dan banyak ilmu yang saya dapati dari kawan kawan saya yang semuanya bukan canang orang, masing masing pak dalam bidang sendiri dan boleh dikatakan fasih tentang hal Ugama. Disinilah saya mula mendekati Islam dengan lebih dalam lagi.
Kenalan saya dengan Fadli sejak kami mula berkenalan tidak putus hingga sekarang. Kami sentiasa menghubungi satu sama lain apabila saya kepantai timur atau melalui Internet apabila ada perkara pekara menarik yang kami berkongsi. Selama tiga hari saya bersama beliau dan keluarga beliau sangatlah bererti buat saya tambah tambah lagi melihat anak anak beliau yang dulu masa kami mula berkenalan dalam darjah satu sekarang sudah masuk kolej. Ayu, Isteri, Fadli suka masak dan tidak puas lah saya menikmati masakan pantai timur ala Terengganu dan Kelantan bila di situ. Singang ikan raya, Masak lemak ikan patin, mmm...dan budu!
Terima kasih Prof Zakari Ali.
12:12 AM Shamsul 0 Comments
Blog, Otai Kampung Selut ini boleh dikatakan hasil terjemahan dari Blog saya yang saya tulis dalam bahasa Inggris yang bertajuk -Ramblings of the Cheeseburger Buddha yang saya mula menulis pada tahun 2005 semasa saya menetap di-Kuala Terengganu. Ianya didoronig oleh sahabat karib saya Encik Fadli Mubin seorang computer engineer dan juru gambar terkenal pada masa kini. Blog dalam Bahasa Inggris ini sekarang hampir mencecah 2000 entry dan menerima lebih daripada 520 Ribu 'Hit' di Internet. Berbanding dengan Blog OTAI Kampung Selut yang mendapat 1400 'hits' dalam tempoh hampir tiga tahun, sangat jauh bezanya dan tidak memeransangkan. .
Terima kasih saya kepada Prof.Z. atas tulisan beliau sempena pelancaran Ke41 -PEN, Negeri Sembilan yang dikongsikan di Facebook. Ia memberi semangat untuk saya tidak berputus asa atas urusan saya ini. Biar bahasa saya tunging langang, lentang pukang pun saya akan coba tulis dan kongsi hidup saya ini yang sentiasa mencari pengenalan diri sendiri.
Thanks my friend.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About
Follow Us
Popular Posts
-
Saya diberi tahu yang saya telah kena ' mild stroke' atau angin samar? dan dinasihat untuk bejaga2 dengan tekanan darah saya ayng ag...
-
Michelle juga saorang artist yang sangat halus dan sensitive karyanya dan kegemaran beliau hamper sama dengan saya dalam pilihan jenis musi...
-
Kaptain Zakaria Amantasha, pernah memegang jawatan Batalion Komander di-Kosovo, visionari dan berpengalaman yang luar biasa tentang hidup...
-
Tok Guru Silat Seni Gayong saya pernah berkata yang tiap2 guru ada menyimpan satu buah pengakhir yang dapat mengatasi mana2 lawan terutama s...
-
OTAI Kampung Selut (Sungai Pinang, Penang.Mal.) As targfirulLah Al GhafuruRahim! Aku pohon Restu Allah atas segala...
-
Sudah lebih lima tahun saya berulang- alek ke SRI LOVELY atau tapak tanaman padi organic di Lintang, Sik Kedah. Tempat ini telah menjadi t...
-
Disebalik tiap tiap gambar ad ceritanya, ada masa dan tempatnya ada keindahan dan keistimewaannya baik atau buruk. Gambar menyimpan sekep...
-
Tiga dari Canada, satu dari Belgium dan satu dari Italy, dua lagi dari Algeria, mereka boleh memahami Bahasa Prancis semuanya, alangkah k...
About Me
- Shamsul
- My name it means nothing, my age it means less as Bob Dylan sang in one of his ballads. I am a citizen of this planet and have tasted what life has to offer both in the east and West. I am an artist and then some, a buddhist practitioner and then some, a Muslim and a whole lot more than some. I live life in all its glory and decadence. My practice in life is to become the global rennaisance man. There is more to me than even I could imagine but I am satisfied in being who I am just an ordinary mixed up kid singing rudy toot-toot to the moon.
OTAI Kampung Selut. Powered by Blogger.
0 comments: