Kenal Diri Kamu..

Kau yang mengenal dirimu, Insha'Allah akan mengenal tuhan mu. Ini adalah kata2 para Rasul dan banyak lagi agama2 dan para falsafah dalam sejarah manusia. Mengenal diri ada satu2nya ilmu yang wajib dipraktikkan  oleh sesiapa yang mencari kebenaran dalam hidupnya. Ianya batu asas untuk mendirikan sesuatu amalan maupun sembahyang ataupun gaya pemikiran sendiri. "Know Thyself'" Kenal diri kamu, terdapat di ukir pada dipalang pintu masuk ke bilik  suci "Oracle" di Delphi, Greece dan ia juga terdapat di pintu masuk ke alam Barzakh mengikut tulisan Dante Alighieri, penulis Itali yang menceritakan perjalanan beliau dalam bentuk puisis yang dikenali sebagai, "The Divine Comedy." ke alam akhirat, yaitu, surga dan neraka dan alam barzakh. 
Tidak payah melihatkan sebab2 yang sangat mendalam ini untuk kita fahami betapa mustahak nya bagi kits untuk mengenal diri sendiri yang sebenar nya. Segala kekeliruan berlaku oleh sebab kita tidak meng soal tentang siapa kita sebenar nya dari segi physical dan spiritual, atau Rohani dan Jasmani, Mengenal diri adalah satu2 nya kewajipan utama bagi kita dan kita yang mengenal diri sendiri dapat menjadi pemerhati tentang gaya hidup kita dimuka bumi ini. Dengan mengenal diri kita dapat berbakti untuk segalanya yang diwasiat  kita untuk menjadi khalifah dimuka bumi Yang Maha Esa. " Mengenal orang lain dianggap satu kelebihan, mengenal diri sendiri adalah satu anugerah." 
      

Lepak rumah Na di Kuale Ganu.












Lawatan say terkini ke "Rumah Kuning - Awi's Yellow House.
















Mereka yang saya kasih dan segani.

 Tidak dapat dinilai bertapa banyak jasa dan kasih sayang yang saya telah dicucuri oleh Kakak saya sejak kecil lagi. beliau yang kenali saya, gaya hidup sya dan perangai saya tidak pernah menghukumi saya malah dia selaly mendoakan supaya saya akan balik ke pangkal jalan sebagai seorang Muslim yang di redha' Allah. Semoga doa beliau do makhbul Allah(SWT) untuk saya.  

Salah seorang dalam hidup saya yang sangat saya segan dan hormat ialah abang sulong saya. Beliau dengan tidak secara langsung telah mengaturkan perjalanan hidup saya sejak saya dilahirkan salah seorang daripada kembar yang dilahirkan. beliau lah orang yang memilih saya dibesarkan oleh bapa saudara saya oleh sebab kemiskinan keluarga kami yang tidak mampu membesarkan kami kedua2 sekali.
Kepada kedua hamba Allah ini saya mengucapkan shukur Alhamdullilah kerana masih memgampuni and menerima saya sebagai adik mereka. Saya yang banyak berdosa dalam perjalanan hidup ini sangat bertuah adanya Kakak dang Abang sebegini dan disini memohon ampun dan maaf daripada kedua mereka atas segala kesalahan saya terutama sekali kelakuan saya ynag tidak dapat diterima pada masa saya remaja dahulu.
Semoga Allah cucuri rahmat atas mereka dunia dan akhirat nanti.


Silat Seni Gayung Pertama di Kuala Terengganu.

Tok Guru Silat Seni Gayong saya pernah berkata yang tiap2 guru ada menyimpan satu buah pengakhir yang dapat mengatasi mana2 lawan terutama sekali dari murid sendiri, dan buah ini di rahsiakan dan tidak di turunkan kepada sesiapa. Akhirnya buah atau pergerakan mutamad ini akan dikebumikan bersama guru itu. Ini adalah satu pengamalan yang merugikan dan ilmu akan akhirnya pupus apabila tiap2 seorang guru enggan lepaskan ilmu yang disimpanya kepada murid atau pengantinya. Inilah malangnya nasib orang Melayu pada masa sekarang. Kita berilmu hanya kadar kebolehan guru kita sahaja dan itu pun di tawarkan dengan sifat menyembunyi apa yang paling penting untuk dijadikan sekuriti buat masa depan.
Nama Tok Guru saya ialah Encik Abu Joha yang lebih terkenal dengan pangillan Pa'Abu. Beliau berasal dari Sungai Siput. Perak dan pada masa membuka gelangang kami di Kuala Terengganu beliau berjawatan sebagai Ketua Pejabat Ugama Terengganu. Beliau juga pernah menjadi Pegawi Daerah di Kuala Brang dan Ulu Terengganu. Pa'Abu adalah satu stau orang Melayu yang paling saya hormati segan atas kelebihan beliau dari apa segi hidup, biarpun Agama atau ilmu zahir dan gaya pemikiran ala Barat. Gaya dan rupa beliau sangat tampan orangnya dan beliau sangat di hormati oleh masyarakat dimana jua beliau lawati sebagai saorang pegawai kerajaan.
Walaupun membuka gelangang dibawah naungan Silat Seni Gayung Malaysia yang pada masa itu di terajui oleh Maha Guru Meor Abdul Rahman, Pa'Abu tidak pernah berguru dengan Maha Gurur Meor tetapi anak sulung beliau Faridah Abu Johan di hantar berlatih dan menjadi anak angkat Maha Guru. Pa'Abu sering menjemput Guru Guru terkenal dari rata perusok Terengganu untuk berkongsi ilmu dan kami kerap kali mengiring beliau masuk kekampung2 di Ulu Terengganu dan Kelantan mencari paka2 Silat dan jaguh2 terkenal di daerah2 negeri itu. Kami juga sering di jemput membuat persembahan pentas dimerata sekolah2 dan gelangang2 yang minat dengan gaya kami. 
Saya berminat dengan bermain kayu dan regu say ialah anak Pa'Abu ia itu Faridah abu Johan. Beliau dan saya selalu bermain di atas pentas bila di jemput dan akmi mahir dengan bermain keris dan kayu selain daripada bermain tampa senjata. Faridah adalah saorang Serikandi Melayu yand sangat pantas gerak gerinya dan di segani oleh semua murid2 yang lain. Beliau selalu menceritkan hidupnya sebagai anak angkat Meor Rahman di Singapura bersama Umi Kalsum anak pada Maha Guru itu. Faridah akhirnya berkahwin dengan Dato Ahmad Lazim, Guru Silat Seni Gayung dan menetap di Ipoh, Perak. 

      

Johan Hamid telah meninggla dunia.

Adik bongsu aku Johan Hamid mati semalam dan ditanam tengah malam dikawasan perkuboran masjid Jamek Gelugor. Beliau yang masih muda dan sangat aktif, selalu mesra dan menghiburkan sifatnya, tiba2 jatuh sakit dan dalam berberapa bulan saja jadi tengkorak hidup dan mati akhirnya dalam Wad di Hospital Besar, Pulau Pinang. Aku tertanya adakah ini sebab kena kencing tikus atau kenching orang? Pakar2 dihospital swasta Lam Wa Ee tiada ada jawapan yang sah dan begitu juga mereka dihospital besar, jadi kematian beliau adalah satu misteri ataupun boleh dikata mati katak.
Permergian beliau sangat menyentuhhati saya dan saya rasa kesal kerana tidak dapat berbuat apa2 untuk meringankan nasibnya dalam hidup dan mati. Beliau dibesarkan di rumah anak yatim Pulau Pinang dan sangat terkenal dikalangan mereka disitu oleh sebab sifat lembut dan penyayang yang menjadi identiti beliau samaada dengan adik beradik ataupun sahabat andai. Walaupun mulutnya lantang tetapi jiwa beliau tetap lembut dan suka menghibur hat mereka dalam kesusahan. Walaupun tidak beristeri beliau mengambil anak angkat untuk memenuhi kehidupan beliau dan beliau sangat di kasihi mereka yang kenali akan hati beliau.
Apa jua sebab sabit kematian adik aku ini hanya Allah yang ketahui, tetapi hidup beliau akan dikenang selamanya terutama sekali mereka di-Taman Sadon, Pulau Pinang.
Johan adalah anak bongsu daripada lapan orang adikberadik dan bbeliau di besarkan di rumah anak Yatim apabila ayah beliau meninggal dunia Ayah beliau, Hamid Bin Talib juga pernah menjadi yah angkat saya sejak di lahirkan hinggalah saya berumur 12 tahun. Hamid Bin talib atau nama sebenarnya, Paul Nanda s/o Paul Mariano adalah saorang Buddhist sahingga beliau berkhawin pada umur 40ha; beliau khawin lewat. Beliau bertugas sebagai Stor Keeper diperlabohan Persuruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang atau Penang Port Commission, (PPC) pada tahun 40han dan berkhidmat dengan majikan itu sepanjang hayat beliau. 
Walaupun hidup di kalangan orang Melayu bapa saudara saya, atau Pa'penakan saya jarang sekali bercampur dengan orang Melayu dan beliau lebih minat bergaul dengan orang Cina. Mungkin sebab beliau engan memeluk agama Islam dan minat lebih kepada ajaran Buddha, beliau lbih rapat dengan mereka yang manganut agama Buddha itu. Saya sebagai anak angkat juga dibesarkan dengan mempelajari agama pilihan beliau itu. Bapa saudara sya memeluk agama Islam apabila bersiteri saorang Muslim dari Sungai Pinang.
Beliau meninggal dunia apabila terkena strok semasa membawa van masuk ke Brown Gardens dan saya yang kebetulan pulang dair Amerika pada masa itu terpaksa membawa jenazah beliua pulang ke rumah. Mungkin ini takhdir Allah bagi saya sempat berjasa kepada be,iau kali terakirnya. 





Kenalilah diri kamu.

Kepada mereka yang menjalani hidup degan tertumpu pada masa hadapan,ingatlah yang masa hadapan ada di hadapan kamu, hidup dalam masa kini  dengan tumpuan kamu kepada apa yang sedang berlaku buat masa sekarang lebih bermakna dari memikirkan apa akan berlaku pada esok harinya. Segala pergerakan yang kita lakukan pada saat ini akan menentukan apa yang akan berlaku pada masa depan kelak jadi lakukanlah apa jua yang dilakukan itu dengan penuh prihatin dan kushuk sebab ianya akan menjadi penentuan bagi masa depan; baik elok atau buruk.
Janganlah selalu merasa yang ada benda lain, masa lain dan tempat lain yang perlu kita fikirkan pada masa sekarang, apa yang di kejarkan ada disisi yang mengejar tidak lari sejengkal sekali pun. Yang mustahak ialah menumpu sepenuhnya pada apa yang sedang dilakukan walau bagaimana remeh temeh sekali atau sangat membosankan; lakukanya seolah tiada hari esok. Inilah yang diamalkan oleh mereka yang faham akan ertinya siapakah diri mereka. Pada mereka yang mengenal diri sendiri dengan teliti, masa dan perjalanan atau pergerakan tidak ada bezanya, ianya satu pegerakan spotan. Bila kita berjaya melakukan segalanya yang kita amal dalam hidup ini dengan spotan, tampa apa2 permikiran buat masa depan atau apa yang dah berlaku masa silam, segala gerak langkah akan datang dari batin kita dan ianya satu pergerakan yang mutamad dan berkesan dari segi asasnya. 
Tiada yang lebih mustahak bagi manusia lain daripada tujuan untuk mengenal diri yang asal, diri yang wujud sebelum dilahirkan ke muka bumi ini. "Dia yang mengenal dirinya, akan kenal lah Tuhanya." in adalah satu2nya sabda Rsaul Allah kepada umat Muslim dan patulah kita faham dan amalkan sabda ini sebab ianya adalah satu2nya teguran dan pengajaran yang paling tepat untuk kita yang beriman. Apakah matlamat hidup seorang manusia kalau bukan untuk beriman dan beribadad sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta; soalanya ialah kenalkah kamu siapa itu yang sembah dan siapa yang disembah.