Sunni Atau Syiah!

Alhamdulillah! Ramadan sudah berlalu dan umat Islam seMalaysia dapat menyambut perayaan Aidil Fitri dengan aman dan sempurna. Pagi ini dalam bertafakur menentukan hal ehwal agama Islam bagi diri dan bagi tahap global, ( I do this often), satu satunya masalah yang say rasa sangat perlu diselesaikan oleh Umat Islam sedunia adalah masalah madzhab  terutama sekali mazhab Syiah dan Sunni. Masalah yang sudah berlangsung sejak wafatnya Rasulullah, hingga sekarang masih menjadi satu dosa yang besar bagi kita umat Islam apa jua mazhab yang kita ikuti. This problem has to be resolved at the highest level of the Muslim Institutions, universally. 
Malaysia can take up the mantel and I ask Tok Guru Haji Hadi Awang, as a leader in leading this search for this reconciliation. I have very great faith in Tok Guru's wisdom and religious understanding and he is a very dedicated and strong Muslim leader in the eyes of the Muslim World. He should have the backing of the Malaysian Government and the Muslims of this country. 
Inilah satu satunya Jihad yang boleh dilakukan sekiranya Islam perlu membuat perubahan yang kukuh dan kekal damata dunia. Untuk mencari penyelesaian dalam perkara ini patut dianggap lebih wajib dari mewujudkan hukum hudud di negara ini.
WallahuAlam.
Inilah satu lagi buah fikiran bernilai dua kupang tanpa GST saya hari in. 



Kitalah punca kerosakan Alam Sekitar.

 Tahap keadaan Alam Sekitar di negeri ini sangatlah menguatirkan dan ini satu halnya yang patut dikaji dan diselesaikan dengan rapi oleh pihak tertentu. Jabatan Alam Sekitar Malaysia perlu mengambil langkah yang pro-active dengan lebih peka tentang kerosakan dan kecemaran Alam kita dengan memantau tiap tiap sudut dan pastikan dapat mengambil tindakan atas tapak tapak dan premis dimana bermulanya bahan bahan pencemaran, 'source of origin'. 

Pulau Pinang mempunyai sungai utamanya masih di-kirakan sungai mati berbanding dengan sungai ini 50 puluh tahun lalu. Ini kerana terdapat banyak 'sources of effluence' disepanjang aliran Sungai Pinang yang bermulanya di Ayer Hitam dan berakhir di laut. Kalau di kajikan terdapat beberapa  punca saluran kecemaran yang berasal dari tempat tempat cuci kenderaan seperti bas dan kereta yang terletak berhampiran sungai. Juga terdapat kilang sembelih dan potong daging di tebing sungai di mana darah dan sisa bo hazard sentiasa menerap kedalam sungai. Juga terdapat beratus bengkel motosikal dan kereta  yang tidak mengambil tindakan untuk menjaga premis dan membuang minyak kotor ke dalam longkang di mana ianya akan akhirnya dibawa air masuk kedalam sungai. Sampah sarap juga sentaisa jadi masalah apabila terdapat mereka yang tidak ambil kira membuang sisa makanan dalam bag plastik dan lain lain kedalam sungai sebab mudah dilakukan. Kesudahanya apakah cara untuk kita memulihkan Sungai Pinang satu satu sungai yang paling tercemar di negara ini?











        

Pendapat bernilai tiga puluh sen.

Ada kalanya kita terpaksa melakukan sesuatu yang kita fahami akan kita kesal tetapi demi kemakmuran dan keamanan sejagat kita tabahkan hati dan lakukan juga. menyumbang sedikit sebanyak kepada tabung negara sepertimana yang sedang di lakukan segenak rakyat yang berbilang bangsa di negara kita adalah bukan hanya semata mata sebab wang. Wang yang diperlukan untuk membayar hutang piutang negara memang tidak dapat dilansirkan oleh wang yang hasil dari kutipan derma ini. Yang perlu direnungi adalah kesanggupan rakyat jelata menderma demi kepentingan Negara dan bangsa yang dinamakan Bangsa Malaysia. Dimata negara negara asing in adalah satu lagi keunikan Negara ini, yaitu Rakyatnya cakap dan bikin, bukan cakap tak seperti bikin. Dengan pelaksanaan sumbangan sebegini kita dengan secara automatik dapat menebus maruah negara kita dimata dunia.

Pada tahap tempatan pula sumbangan wang yang datang dari segenap pelosok Negara dan dari yang mampu dan yang tidak, ianya dapat menyatukan siratulrahim rakyat negara ini tidak kira keturunan, bangsa atau fahaman politik. Inilah makna berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tanpa persoalan la gi benar atau salah. Jikalau tidak mampu tidak dipaksa, tidak setuju tak jadi masalah, tapi yang diseru, jangalah jadi penghalang seperti batu api tanpa hala tujuan. Jangan ugut Kerjaan yang baru menyusu tak sampai sebulan dengan kata kata pesat dan fikiran fikiran yang tak berasas, kadangkala hanya spekulasi semata mata kerana tidak puas hati atas pilihan rakyat dalam PRU14. Rakyat dengan hampir sebulat suara telh membuat pilihan, siapa yang memerintah dan siapa yang jadi pembangkang, tunggu lah dengan kesabaran dimana kedua dua pihak ini akan bertempur di kerusi parliament kelak.
Allah cipta manusia dengan mempunyai satu mulut dan dua telinga atas sebab supaya kita mendengar lebih dari bercakap.
WallahuAlam. 




   

Raj2 Melayu Tak bermasalah, makan cukup hidup mewah.

Ada mereka yang susah hati takut kedudukan Raja2 Melayu akan tergugat pada masa akan datang dan ada pula yang dengan tak sabar nak buka pintu UITM kepada bangsa lain daripada Bumiputra. Ada yang anggapkan itu dan ini yang kerajaan baru ini patut mengambil tindakan serta merta. Sungguh sedih melihat kebodohan dan sifat gelojoh dan tak bertanggung jawab mereka in yang mengambil kesempatan pada masa kerajaan baru nak tumbuh gigi ini mula mengatur langkah. Tak sabar sabar langsung untuk menembakan pendapat yang dulu hanya tersirat dalam hati sebab tertentu. Ada yang hendak tonjolkan nama masing masing yang akulah pejuang bangsa dan agama dan hanya aku lah yang memikirkan tentang kepentingan rakyat pada masa ini.

Simpanlah dulu semua pendapat pendapat yang memang tak dapat diselesaikan dan hentikan lah meluahkan perasaan yang akan menimbulkan syak wasangka di antara satu sama lain, Tiap tiap masalah ada masa dan tempatnya untuk di selesaikan dengan lebih rapi dan saksama jikalau diberi masa; ini bukan masanya. Yang penting ialah menubuhkan kerajaan yang kita semua harapkan yaitu kerajaan yang dapat memulihkan negara ini daripada belenggu dengan gejala rasuah, hutang piutang, dan ketelusan menjalankan tugas masing masing dari pucuk pemerentah ke akar umbi. 
WallahuAllam.          


Saekor anjing menyalak ke bukit?

Tidak beberapa hari lagi kita akan memilih kerajaan baru yang akan memerintah negara kita Malaysia ini dan hingga kini bermacam kerenah telah di gali dan dilempar di khalayak ramai dari semua pihak. Kelemahan, kebodohan, kelalaian, sifat tamak, sifat enggan bertolak ansur, tuduh menuduh, caci mencaci, apa saja yang boleh digunakan sebagai peluru dan senjata sudah digunakan untuk, menghukum, menghina, menjatuhkan maruah dan memprovokasikan keaddaan supaya negara ini menuju ke arah kejahilan dan purak puranda. Teruk, memang teruk sekali, satu satu negara yang bermegah dengan kekayaan berbilang bangsa dan budaya, agama dan kefahaman, sekarang tampilkan wajah yang paling bodoh dan memalukan. Semata mata untuk menegakan kebenaran dan keikhlasan masing masing kononya, membela bangsa dan negara, demi untuk masa depan anak cucu katanya!

Mereka yang berhemah, berwibawa dan ber berpengalaman di penjara, di usir dan tidak kira umur dan jasa jasa mereka dahulu, sekarang dihina dan dicaci oleh mereka yang jadi Pa'turut dan ini bukan hanya orang Melayu tetapi  bagi semua bangsa sama saja. Yang Melayu hina Cina dan bangsa bangsa lain dan yang Cina hina Melayu sma saja tampa batasan, inilah mereka yang patut kita pangkah untuk menjadi wakil kita perentah negara kita ini. Memang sesuailah negara kita digelar negara Kleptokrasi! Negara yang penuh dengan kekotoran, kejijikan dan parah dengan korupsi dan perkauman. 

Apa lagi nak di katakan, undi tetap kita undi, pilih terpaksa kita pilih keran mengharapkan pagar pagar sudah kenyang memakan padi. Sebelum rakyat berlengu kebuluran, kita perlu perubahan dan perubahan hanya dapat kita laksanakan dengan memangkah dengan penuh kepercayaan yang waras dan kebijaksanaan. Masa depan kita jangan berakhir pemerintahan darurat akibat kecelakaan tumpah darah dan purak puranda yang dicetus oleh kebodohan kita sendiri. Sabar, toleransi, saling hormat menghormati, ini bukan mustahil bagi kita, jangan jadi mangsa tamak dan kebuluran mata wang dan umpan perkauman.
WallahuAlam!
Hidup Negaraku! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! 








Hidup Rafizi!

Di facebook ada terdapat satu link yang menyatakan mengikut kajian yang dilakukan, garam laut yang kita makan sekarang tercemar dengan plastik. Ini tidak dapat dikesan dengan mata kasar, tetapi setelah dikaji siasat perkara ini memang nyata. Ada pepatah dari Iran yang bermaksud, " Bila garam yang kita harap dapat mengawet makanan dengan cara asli sudah tercemar pada apa lagi yang dapat kita dapat bergantung untuk menyimpan makanan. Maaf bahasa say kurang memuaskan, tapi pendek kata kita sekarang sudah sampai ke tahap merunsingkan. Kalau garam dilaut mengandungi plastik apatah lagi ikan dan segala makhluk di laut yang lain? Inilah satu satunya akibat manusia membuang sampah plastik sewenang wenangnya dimerata rata.

Menyentuh perihal Politik Negara, saya calonkan Rafizi Ramli sebagai Menteri Kewangan bila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara ini. Sepanjang kempen pilihan raya hingga sekarang, Beliau adalah salah seorang penceramah yang sangat berhemah, berpengetahuan dan sangat disegani Rakyat tidak kira bangsa. Saya sangat tertarik dengan gaya dan kebolehan beliau menghadapi segala rintangan yang dilempar terhadap beliau selama ini. Orang Melayu tidak kira mana mana pihak patut berbanga adanya seorang wira sebegini yang waras dan berpotensi memimpin Negara kita. Beliau, Rafizi ialah garam yang tulen belum tercemar.      






Hidup Rakyat! Hidup Negara!

Sudah sampai masanya untuk asah kapak, parang, lembing pendek kata apa saja yang boleh diasah untuk menghadapi ancaman yang akan kita hadapi sesudah selesai pilihanraya ke-14 ini kelak. Tapi tak payah, sekarang banyak macam senjata api yang dapat dibeli di sana sini, layar saja Internet ni pun, machine gun pun mungkin ada dijual. Hantar semua anak bini, tok nenek balik kampung, lebih selamat bagi mereka. Kita akan jadikan bandar ini padang jarak padang tekukur! Ya! Sudah sampai masanya kita ubah! Biar mati anak, jangan mati bangsa dan agama! Takkan Melayu hilang di dunia, ayuh bangsaku kita amok seperti datuk' nenek kita dulu, kit mandi darah dan mati syahid! Hidup Malaysia!

Ini dia sentimen yang saya mula kerap terdengar dikalangan sahabat sahabat saya bila berlepak dan sembang hal politik dan masa depan negeri ini. Walaupun tidak sepedas yang seperti yang saya jelaskan, yang memang tersirat dalam hati memang tak lari jauh perasaannya. Sedih dan menakutkan, dan kalau boleh nak tutup telinga dan pejam mata, buat tak tau,pangkah saja bila masanya dan serah kepada Allah akan keputusan dan akibatnya. Semoga kita semua buka mata dan lihat dari sudut hati masing apakah yang kita hadapi sekarang dalam tempoh tiga minggu ini. Masa depan negara yang kit semua kasihi ini sekarang tergantung pada kebijaksanaan dan prihatin tiap2 seorang yang mengaku dirinya rakyat Malaysia. 

Jangan dengar saja ceramah, bangun dan soal tiap tiap ahli yang akan dilantik, pastikan kelantaikan mereka berbaloi bagi kita. Jangan shok terima janji janji kosong dan pastikan kebolehan dan kearifan melakukan kerja yang di lantikan. Rakyat sudah muak menjadi kerbau yang di heret ke tempat potong oleh mereka yang anggapkan semua boleh di beli dengan mata wang. Reformasi Ya! Tapi reformasi kali ini mesti berkesan demi masa depan kita dan anak cucu kita. Hidup Rakyat!, Hidup Negara! Sebelum nasi menjadi bubur, renung renungkanlah, kalau nak asah, ashalah minda dan mata hati sendiri dulu belum kita asyik nak cantas orang lain.