Ujian Zahir dan Batin dari awal lagi.

10:16 AM Shamsul 0 Comments

Dari umur satu hinga dua belas saya di besarkan memahami dua Agama sekaligus, yaitu agama Buddha dan Agama Islam. Ini adalah satu2nya perjalanan hidup saya yang sangat mencabarkan sunguhpun saya masih budak lagi. Bapa saudara engan menerima Islam pada zahirnya, beliau engan pada masa itu meninggalkan agama asal datuk iaitu agama Buddha. Beliau pernah menjalankan amalan Buddha sebagai saorang Sami di Sri Lanka dua tahun masa beliau masih remaja dan mungkin lebih tertarik dengan Agama bekenaan. Jadi saya yang bawah jagaan beliau di asuhkan oleh beliau untuk membesar sabagai saorang Buddhist. Saya dihantar belajar agama Buddha pada hari cuti hujung minggu bertempat di-Wat Mahindrama dimana terdapat hasil karya datuk saya disekeliling dinding2 Wat itu termasuk di silingnya juga. Jadi bagi saya tidak jadi masaalah sebab datuk sentiasa dikeliling dan disisi kami. Kami juga dimanjakan oleh Sami2 yang asalnya dari Sri Lanka dan kenal akan siapa asal kami.
Saya diajar selain daripada cara menyembah dan bacaan dalam bahasa Sanskrit Sutra2 Buda, belajar bahasa asal Buda yaitu bahasa Pali. Buda dikatakan mengajar dalam dua bahasa, bahasa Sanskrit dan bahasa yang di ciptakanya sendiri, yaitu ‘Pali’. Bahasa ini terdapat kebanyakanya dikalangan penganut Buda di-Negara Asia tengara seperti, Sri Lanka, Burma, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Bahasa ini boleh dikatakan satu bahasa khas untuk keagamaan Buddhisme.

Masaalahnya di rumah sukar diatasi sebab tiada siapa lain daripada bapa saudara dan saya yang ketahui akan dilema hidup yang saya hadapi pada usia yang masih belum matang fikiran lagi. Kata2 Ma’Cak tentang nasib saya pada masa depan selalu membisik ditelinga meningatkan supaya saya faham secepat mungkin akan keadaan sebenarnya. Saya terpaksa menerima hakikatnya yang hidup saya ini lain pada yang lain. Saya ada peranan hidup yang luar jangkaan dan perlu dilaksanakan dengan perihatin demi kepentingan semua yang ada kait mengait dengan perjalanan hidup saya. Untuk menjaga ketenteraman semua pehak saya mula mengatur gaya hidup saya sebagai saorang penganut dua agama; Islam Dan Buddha. Pada masa saya di-rumah dan bergaul dengan rakan2 di-Sungai Pinang, saya saorang Muslim tampa ragu dan tiap2 Sabtu dan Minggu saya saorang penuntut agama Buddha untuk memenuhi kehendak orang yang menangung sara hidup saya. Pada jangka inilah dalam hidup saya saya mula menyoal akan ma’na hidup dan siapa diri saya dan yang paling penting apa itu Agama. Walaupun pada masa itu saya tidak faham macam apa yang saya nampak sekarang, sejak dibangku sekolah lagi saya sudah dicabar memileh agama; Allah ataupun Buddha. Di bangku sekolah, iaitu Sekolah Rendah Francis Light saya menerima tamparan pertama apabila saorang rakan Melayu mencaci ,  “ Hnag ni Kapiak!” Ini disebabkan saya tidak dibenarkan ke Mesjid untuk sembahyang Jumaat sama saperti murid2 Melayu yang lain. Ini atas arahan bapa saudara saya yang mengarahkan guru saya supaya saya dikecualikan kemesjid hari Jumaat kerana sebab2 tertentu.

0 comments: