Asal Selut Pulang keSelut.

11:23 PM Shamsul 0 Comments

Masa itu tak pernah saya dengar yang ada kawan yang mati kerana cacing dalam perut atau lebih teruk lagi sebab bermandi didalam air yang kotor dan jijik itu. Kebanyakan rakan-rakan saya mati kerana ‘drug overdose’, mati disebabkan dadah semasa remaja. Sungai Pinang pada masa itu sudah terkenal dengan penyalahgunaan ganja dikalangan remaja. Ketika itu masa saya masih berusia empat atau lima tahun. Baharul Alam Football Club, merupakan sebuah kelab bola sepak juga dimana kami selalu duduk untuk menyaksikan perlawanan  sepak takraw oleh “terror-terror” punya kaki bermain, dari Jelutong dan Kampung Rawa. Kami budak-budak selalu 'high' atau 'nishan' disebabkan hembusan asap ganja yang dihisap di bawah kelab. Pada masa itu tidak pernah ada serbuan polis untuk menangkap mereka yang hisap ganja atau lebeih dikenali sebagai 'dam' di Sungai Pinang. Ynag membawa gejala dadah ialah apabila ganaj di gaantikan dengan heroin dan bermacam lagi dadah yang dimasukan dari luar dan di ciptakan dari bahan bahan kimia.
 Boleh dikatakan 90% daripada mereka yang lepak di situ, (BAFC) bekerja di Weld Quay, sebagai Pegawai kastam, Pegawai imigresen, kuli kapal dan lain-lain. Orang ‘Haba-bot’. 
“Oi! Teh, kapal apa masuk malam ni? Rajula ka, Chusan?”
“Tak tau lah, dua-dua dok sangkut tegah laut lagi tunggu kastam jalankan tugas!”
Kelab BAFC juga menjadi tempat berpolitik dan berjudi. Nama-nama  anak tempatan masa itu termasuklah, Bashah (mabuk), Teh  (putat), Meei Gong, Ali (jemuan), Hamid (hitam), Rahim Mak Iteh,  Chop (Mawa), Bakar (Mata). Dol (pengkak), Ahmad (Lokan) dan tak lupa juga Bramsa(gila), semua takut kepada Che Amad Penghulu, hero kami masa itu, ‘Keeper of the Peace’, ‘ Joe Don Baker, Kampung Selut! “Stand tall and deliver!”  Kalau ada Komplain saja dari orang kampung sebab bising, bergaduh, kacau anak-pinak orang, siap hampa, tunggu Che Ahmad mai dah gerenti dia nanti hulok satu dua biji, macam Makassim (Chirit) kena belasah bawah Kelab.
Polis masa tu jarang sekali lalu di kawasan Sungai Pinang Kampung Selut. Lalu memang cari nahas, (DOYOK!), kena lastik batu kat kaki, tapi polis masa itu pun taklah bodoh sengaja nak ronda kat situ naik basikal. Polis masa tu seluar pendek, setokin panjang, paha dengan betis jadi sasaran.  Kampung Sungai Pinang adalah satu-satunya tempat yang disegani bangsa Cina  pada masa itu, terutama sekali pada masa rusuhan perkauman. Anak-anak 'hantu' Sungai Pinang yang original sudah hilang satu persatu, kebanyakan menjadi mangsa dadah.  Anak-anak muda yang ada sekarang hanyalah pendatang yang berasal dari kampung atau mukim lain. 
Sama seperti tabiat kanak-kanak merata dunia, pantang melihat air pasang di depan rumah tanpa ingin terjun terus dan jadi Tarzan, atau ‘Morgan The Pirate.’ Masa itu Kaptain Jack Sparrow belum wujud lagi. Dalam asyik berperang seperti lanun di laut selam timbul tanpa menghiraukan apa-apa, najis hingap di atas kepala akan menjadi bahan ejekan dan gelak ketawa kawan-kawan. Satu-satu ilmu yang dipelajari bila pekara ini berlaku ialah kepercayaan seratus-peratus dan  jangan sekali-kali tidak percaya akan teguran ini dan cuba meraba diatas kepala untuk pastikan kebenaran; dimana mulanya hanya kepala sekarang tangan pun kena najis. Percayalah walupun ia hanya gurauan, dan cara membersihkan, selam jangan timbul di tempat yang sama, malah jangan timbul sehingga rambut disyampu betul-betul dengan selut. Basuh elok-elok selut di kepala sebelum timbul. Dulu kami tidak diajar berselawat jadi dengan keyakinan sajalah terima hakikatnya yang kepala kami sudah dicuci bersih dengan syampu semula jadi iaitu selut!
Bersambung...

0 comments: