Hidup Seperti Teratai
Saya meninggalkan Pulau Pinang dengan
perasaan seperti dialam mimpi tampa emosi. Saya tidak pandang belakang kerana
sedih meninggal datuk saya yang mungkin tidak akan saya dapat menatap wajahnya lagi dan takut akan terlalu sedih meningalkan
teman yang saya kasihi sejak saya faham apa itu makna bercinta, takut kalau saya
akan kechewa meninggalkan kampung yang saya dibesarkan dan jalinan persahabatan
yang saya hargai sejak kecil lagi; saya bertolak ke-Kuala Terengganu tampa perasaan.
Yang memberi pernafasan pada masa itu hanyalah perjalanan itu sendiri dimana
saya dapat melihat satu Bandar demi satu Bandar yang kami lalui. Saya dibawa oleh
Uncle Charlie, saorang Cina sahabat bapa suadara yang kebetulanya dalam
perjalanan ke-Kota Bharu, Kelantan untuk tugas barunya. Penghijrahan saya ini
berlaku pada awal tahun 1962, umur saya dua belas tahun dan saya akan masuk
tingkatan satu billa tiba di Pantai Timor kelak. Dalam sepanjang perjalanan
yang memakan hampir dua hari itu hati saya hanya merasa kaku, saya tidak rasa
sedih atau gembira. Apa yang saya faham sekarang yang dikatakan alam ‘Limbo’.
Masa saya bertolak dari Pulau Pinang, Kampung Selut sudah tidak wujud lagi oleh sebab pembangunan yang melanda sejak tahun 1960 lagi. Habis rumah2 kayu dan hutan jeruju di kambus oleh tanah merah. Bau selut air masin hilang dan digantikan oleh baunya tanah merah, tanah bukit. Bagunan perumahan murah yang seperti reban ayam diperbuat dari batu bata didirikan berderet untuk memindahkan penduduk kampung ke rumah baru mereka. Kami tidak lagi mengharungi air pasang atau menjejak langkah dalam selut untuk keluar dari kampung. Saya bersyukur kerana dalam hidup saya ini telah dapat mengalami perasaan hidup diKampung Selut. Saya berasa banga kerana beasal dari lubang udang ketak dan ikan tembakul, dari selut saya jadikan hidup saya ini penuh dengan pengalaman yang melingkungi merata negeri dimuka bumi ini.
Bak kata Sang Buda, " Biarlah kita hidup ibaratkan bunga teratai, walaupun akar umbi tengelam didalam air selut bunganya tetap suci dan menawankan."
0 comments: