Keturunan kacokan Sri Lanka dan Indonesia.
Nama asal datuk saya ialah Paul
Mariano sebelum beliau memeluk agama Islam dan nama Islam yang diberikan untuk
beliau ialah Taib bin Abullah. Beliau berketurunan Singhalese iaitu keturunan
Arya yang akhirnya menetap di Sri Lanka pada zaman silam. Mak Cak kami pernah
mengatakan yang datuk saya adalah seorang ahli falsafah selain daripada seorang
pelukis. Beliau menerima bermacam nasihat dan ajaran tentang hidup dari datuk.
Agama asal datuk kami adalah agama Budha dan karia beliau yang mengambarkan kisah
riwayat Sang Buda boleh dilihatkan hingga sekarang di Wat Mahindrama (Buddhist
Temple) terletak di Jalan Terengganu, Pulau Pinang. Wat ini adalah sesuatu Wat
yang paling tua di negeri ini. Sekali sekala saya singgah untuk menghayati
karya datuk saya yang meliputi kesemua dinding-dinding di dalam bangunan tua
ini.
Datuk dan nenek kami yang bernama
Zainab binti Husin dipertemukan dan disatukan di Medan, Sumatra iaitu tempat di
mana datuk seringkali membuat persembahan di istana. Beliau dikatakan
bersahabat karib dengan Sultan pada masa itu satu kerana kedua-duanya kaki
minum. Akhirnya Sultan memperkenan untuk mengahwinkan datuk dengan sepupunya. Datuk
memeluk agama Islam di Deli berhampiran kota Medan. Dikatakan pada zaman
permerintahan Presiden Soekarno, datuk dan nenek melarikan diri ke Pulau Pinang
bersama anak-anak mereka. Ada satu ketika, Nenek menerima kunjungan dari Deli.
Terdapat dua tiga orang yang datang membawa bersama mereka kain-kain batik dan
barang hiasan emas pada tiap-tiap tahun hingga beliau meninggal dunia. Dalam
perjalanan saya ke Indonesia (2004) , saya pernah ke Medan dan ke Istana. Di
sana saya cuba untuk mendapatkam maklumat tentang keturunan saya dan tempat ibu
kami dilahirkan tetapi setelah mendapat layanan yang tidak memuaskan saya ambil
keputusan untuk lupakan saja babak ini dalam hidup kami.
Saya di manjakan oleh Nenek dan
selalu mengekori beliau kepasar di Jalan Kuantan (Kuantan Road Market) , tidak
jauh dari Sungai Pinang boleh berjalan kaki. Kuatan Road Market yang pada masa
itu sangat meriah penuh dengan orang dari berbilang bangsa menyaga dan membeli
belah menjadi tatapan bagi minda kami yang selalu penuh degan imaginasi . Nenek
selalu akan memulas telinga kami sebab mahu itu dan ini atau engan membawa ikan
(terubuk) yang di- beli hala balik. Saya merasa sangat bertuah dan megah
berjalan disisi beliau walupun kadangkala di heret dengan telinga. Kami percaya
Nenek pada masa mudanya mestilah saorang yang sangat segak dengan kulit kuning
langsat yang diturunkan kepada ibu kami dan bapa saudara kami. Beliau sangat
disegani dan dihormati oleh peduduk kampung sebab beliau sangat alim dan warok.
Dalam hidup mereka Datuk dan Nenak
mengambil bela dua orang anak angkat, yang sulung iaitu Ma’Cak dan yang bungsu
Ma’Ba terkenal dengan gelaranya, Ba-Selong. Pada masa kini hanya Ma’Ba sahaja
yang masih hidup.
Bersambung lagi......
0 comments: