Berhijrah keKuala Terengganu -1962
Sejak tamparan itu saya merengangkan
diri dari bercampur dengan budak2 Melayu dan mulai bergaul dengan rakan2 Cina
dan Hindu. Saya kerumah mereka dan makan minum bersama dengan tidak rasa salah
atau jijik. Mereka menerima saya tampa hukuman bagi peribadi saya, Semasa di
sekolah rendah hidup seperti sebelah kaki didalam syurga dan sebelah di dalam
neraka. Saya selalu menerima pujian dalam semua bidang pelajaran kerap mencapai
markah tertingi dalam class dan adakala dalam satu sekolah yang sama darjah
dengan saya. Tetapi saya buntu dalam pelajaran Mathematik Tiap2 class ilmuhisab
saya rasa saya didalam neraka dan di seksa kerana tidak boleh campur , tolak,
bahagi atau kali dengan betul.. Guru2 yang mengajar kami pun jadi bengis dan
menghukum dengan bermacam deraan termasuk berlodehkan seluar dan jalan kabilek
Guru Besar untuk di rotan, semua kerana tidak ingat sifir; dua kali tiga?
Tiap2 hujung tahun pada Hari Ibu Bapa
saya akan naik kepentas untuk menrima hadiah2 yang saya perolehi, Bahasa
Ingeris, Seni, Intelligence Test, Tempat pertama dalam darjah dan lain. Tetapi
hidup memang dalam kedaan sengsara dan ketakutan dan tiada siapa yang dapat
saya luahkan masalah yang saya menanggung dirumah dan disekolah. Pada masa ini
juga keluarga saya telah berhijrah ke- Kuala Terengganu dan yang tinggal
di-Pulau Pinang hanya saya dan dua orang abang yang jarang saya bersapa sebab mereka juga menjadi anak angkat
orang.. Satu dibela orang Melayu dan yang lagi satu dibela oleh keluarga Cina.
Saya berusaha terus membela diri sendiri sahingalah
tiba harinya dimana watak watak yang sabenar dibongkarkan. Ia berlaku suatu
hari apabila Ma‘Cak memberi tahu bapasaudara saya yang saya akan besunat
bersama sepupu saya yang tua satu minggu daripada saya, Zakaria Marekan.
Bak perpatah Ingris,”The cat is out
of the bag.” Bapa saudara saya terus membantah sebab bagi dia saya adalah
saorang Buddhist bukan Islam dan Ma’Cak membalas yang saya adalah saorang yang boleh membaca ayat2 dari Quran
dan kerap ke mesjid. Keputusanya di buat
oleh abang saya di Terengganu untuk saya dikembalikan kepada keluarga sendiri.
Saya tidak pernah lihat bapa saudara sedih apatah lagi mengeluarkan air mata.
Dia meluahkan persaan dengan sedihnya untuk berpisah dengan saya pada satu ketika kami duduk dibenteng Padang Kota
Lama berhampiran Fort Cornwalis. Saya tidak kata apa dan tidak rasa apa2 pun,
saya hanya hangguk kepala dan menerima satu lagi cabaran yang menentukan
prubahan masa depan saya dengan tangan sentiasa terikat dan mulut terkunci.
Maka berjirahlah saya buat pertama kalinya.
0 comments: