Dari Phoenix saya mula
bertolak kearah timur semula untuk menuju kedestinasi ketiga saya, yaitu the
Stata of Colorado. Pada pertamakalinya saya
ditahan polis Highway Patrol yang mengekori saya dan menahan sebaik saya
masuk susur keluar ke-Highway menuju
sempadan New Mexico dan Colorado. Saya di minta lessen dan dirurh tungu dalam
kereta sementara beliau membuat siasatan lanjut melaui computer didalam
kenderaanya. Sebentar kemudian beliau memulangkan lessen saya dan bila ditanya
sama ada saya membuat apa2 kesalahan dia kata tidak. Beliau member tahu saya
yang kereta saya sama rupa bentuknya dengan kereta yang direpotkan melangar
dari meningalkan tempat kejadian, ‘hit and run vehicle’.
Saya sambungkan
perjalanan menuju ke-Gallup, sabuah Bandar yang kecil dimana saya dapat menuju
utara ke-Colorado dan seperti biasa saya tidak kira sangat siang atau malam
membuat perjalanan. Pada masa itu juga wang saya sudah mulai berkurangan jadi
saya terpaksa memastikan sampai ka-destinasi saya secepat mungkin. Jika
dipandang balik kebanyakan tindakan dan risiko yang saya ambil sepanjang
perjalanan itu memang tidak masuk akal.
Saya menaruh penuh kepercayaan kepada kereta Cehvy Impala yang saya memandu itu
dan tidak terlintas di hati apa akan terjadi jikalau ianya rosak atau kehabisan
minyak.
Setiba saya di-Gallup,
New Mexico, saya mulai muju kearah
selatan dan jalan yang sepanjang 65 batu itu akan membawa saya ke sempadan New
Mexico dan Colorada disebuah lagi Bandar yang kecil yang bernama Durango. Jalan
in terletak dikawasan Navajo Reservation atau perkampungan Native Amerikan,
puak Navajo. Jalanya lurus dan tiada apa2 kediaman atau lampu disepanjang jalan
dua hala itu. Pada satu ketika saya Nampak ada lampu kereta menuju saya dari
jauh, sekejap ada sekejap hilang oleh sebaba jalan yang melalui curang tinggi
dan rendah. Hujan renyai membasahi muka jalan dan kirikanan gelap gulita.
Kian lama makin dekat
sepasang lampu itu dan pada mulanya saya tidak merasa hirau senhingalah
iahampir dakat dan saya rasa pelik seakan2 beliau memakan disebelah jalan yang
saya berada. Untuk memastikanya saya turunkan tingkap dan perhatikan garisan
kuning di atas jalan dan dapati memang betul yang kereta didepan saya menuju
dan akan bertembung dengan saya jikalau saya tidak lakukan sesuatu dengan
cepat. Saya buat keputusan membalas steering kereta saya ke kiri supaya
pertembungan akan berlaku pad sebelah pessenjer dan dengan kuatnya kereta itu hentam
kereta saya hingan memusing dia atas jalan disebabkan juga basah jalan itu.
Tindakan saya serta
merta setelah selesai berlakunya kemalangan itu ialah keluar dari kereta dan
memasti yang lampu masih menyala dan enjin masih hidup. Sudah pasti keduanya
tiada mengalami kerosakan saya memandang kereta yang baru sudah hentam saya dan
dapati ia sudah jauh meningalkan saya dengan kelihatan hanya dua lampu merah
sekejap ada sekejap hilang. Saya terus masuk kedalam kereta dan meneruskan
perjalanan. Peristiwa ngeri itu saya tidak fikir banyak, yang musthak ialah
saya dapat kedestinasi yang saya tujukan. Jam di dash board kereta menunjukan
yang ianya jam satu pagi pada masa itu.
Berberapa minit
berlepas dari situ saya ternampak ada orang bederi di tepi jalan dan
menghulurkan tangan dengan ibu jarinya keatas meminta tumpang kereta saya.
Tampa memikirkan apa2 saya berhenti dan benarkan diamasuk tetapi dia tidat buka
pintu sebaleh pessenjer dan terpaksa masuk di sebelah driver’s seat. Pada
masaitlah baru saya sedar bertapa teruknya perlangaran yang berlaku hingga sebelah
kanan kereta saya leper dari depan kebelakang, kedua2 pintu tidak dapat di buka
Sama sekali.
Penumpang yang baru
saya kutip dar tepi jalan itu ialah saorang tuan Native Amerikan puak Navajo
dan beliau terus bertanya kemana yang saya hala tujuan sa ya. Saya dengan tidak
emeikir banyak kata .ke-Denver, Colorado. Beliau dengan tegas dank eras berkata
saya tidak dapat kesana pada mealam itu, tidakah saya mengikut berita di radio
yang member amaran tentang salji yang sedang turun dengan tabalnya dimerata
kawasan di situ? Saya berkata didalam hati, saya tiada pilihan, duit saya hanya
mencukupi untuk sampai ke-Denver, tetapi saya tidak berkata apa2. Samapai ke
pekan Durango orang tua penumpang saya turun dan dengan amaran terakhirnya
menuju kehala bangunanan berdekatan dan saya setelah memandangkan beliau tiada
kelihatan lagi, bertolak menuju kearah Denver.
Tidak jauh satu
kilometer dari pecan itu kereta saya berhenti dan walaupun tayarnya memusing
badanya tidak bergerak. Saya keluar dan membuat pereksaan dan saya dapati perut
kereta tergantung atan salji yang tebal. Dengan penuh curiga saya mula berundur
dengan perlahan dan mujurlah tayar kereta mulai dapat mencenkam muka jalan dan
kereta dapat begerak. Saya hanya ada satu pilihan iaitu pusing balik dan dengan
keadaaan minyak kereta yang baki boleh sampai ke Albuquerque, New Mexico.
Disitu peluang saya mendapat bantuan mungkin lebeh mudah daripada pekan2 kecil
berdekatan perkampungan puak Navajo, ‘Navaho Reservation’.( perhatian- bunyinya sebutan Navajo ialah Navaho, bukanya jo tetapi ho.)
Tergerak dalam hati
saya yang menyatakan, siapa boleh percaya yang peristiwa sebegini boleh berlaku
dan bagaimana saya mencoba menceritkan ianya tak akan dapat mengambarkan
kejadian itu dengan tepat, ‘Words could never describe what I experienced.”
Oleh kerana saya tidak yakin yang saya boleh menulis dalam Bahasa Malaysia oleh
sebab serinkali menulis dalam bahasa dan berfikir dalam Inggeris, saya tidak
terfirkir mencobainya. Inilah pertama kali saya menulis kisah perjalanan hidup
saya dalam bahasa Melayu dan setakat ini tulisan saya ini berlaku di-dalam pondok
bertempat disabuah kampong yang bernama Lintang dekatan Belantik, daerah Sik, Kedah. Saya dapat dorongan dari
sahabat saya yang dikenali sebagai ‘Apek’ beasal dari Kota Aur berdekatan
Belantik dan Empangan Muda.
Tempat Cochis menapak
adalah didaerah yang di namakan Organ Pipes National Monument satu daerah
pergunungan yang paling selatan sekali sebelum menemui Sonora Desert dan
sempadan diantara US dan Mexico. Saya tinggalkan kereta di tempat yang agak
tersembunyi khuatir dicuri ornag dan masuk kawasan pergunugan untuk melihat
dengan ledih dekat kawasan itu. Dinamakan Organ Pipes sebab bentuk yang aneh
batu2 disitu yang berdiri tegak seperti tiang dan pipe organ ayng terdapat
didalam gereja2 besar dinegara barat. Ini satu lagi keindahan alam yang sangat
menakjubkan dipandang dan saya berasa bertuah dapat mata kepala sendiri ciptaan
Yang Maha Pencipta.
Dari situ saya gerak
menuju kearah barat lagi hinga kesuatu tempat yang bersejarah yang dinamakan
Fort Bowie. Tiada saoran manusia pun saya bertemu disitu malah dalm perjalanan
saya lebih serauts kilometer tidak ada sebiji kereta pun yang saya menemui. Di
Fort Bowie, adalah sabuah pengkalan askar pada zaman yang lampau dan digunakan
oleh puak kulit puteh bila beroperasi menentang Native Amerikan didaerah itu.
Di luar pengkalan itu terdapat satu perkuburan kecil dengan papan tanda kecil
memparkan terletaknya kubur2 isteri dan anak Geronimo.
Saya bertolak darisitu
menyambung perjalanan menuju kearah Bandar yang popular namanya dalam filem
cowboy, yaitu Tucson, Arizona. Keunikan Bandar lagenda ini ialah kebanyakan
baguanan2 dibina berciri Adobe stile of Aechitecture, atau mengikut cirri Latin
America terutama di-Mexico. Bangunan disitu juga kebanyaknya dicat berwarna
warni terutama ditempat2 hiburan dan makanan. Terleibu tak hamper dengan
sempadan Mexico dan USA ianya menjadi tempat penuh beaktivitikan pernyagaan dan
pertukaran barang diantara kedua2 negara termasuk barang2 yang diseludup.
Akhirnya saya setelah
bermalam dua malam disitu saya tingalkan Bandar tersebut dan menuju ke-Phoenix,
ibu Negara State of Arizona. Saya menetap beberapa hari di Phoenix dan
dapat berehat daripada perjalanan yang telah say tempohi sebelunya. Saya
menumpang dirumah rakan kepada rakan saya yang tinggal di Green Bay. Tidak apa2
yang menarik berlaku semesa saya dimsitu dan oleh sebab tuan rumah sibuk dengan
kerjanya saya tidak kemana2.
Perjalanan saya
disambung semula menuju hala kebarat yang lalui satu lagi yang sangat
bersejarah dalam kehidupan suku Native Amerikan yang diketuai oleh Cochis.
Beliau juga adalah saorang Native Amerikan yang menetang puak kulit puteh
habishabisan. Dalam perjalanan itu saya singah untuk bermalam ditepi sabuah sungai
kecil yang mempunyai kolam air panas ditebing sungai yang airnya dingin.
Sesudah ma=emasang khemah saya merendam sebentar dalam lubok air panas yang
melegakan tubuh badan saya dari keletehan . Saya ternamapk satu sign yang
ditulis tangan dan di gantung dipemukaan jalan yang kelihatan jarang diguna
menaytakan ‘Hot spring’ dan itu yang menarik saya kesitu.
Selapas mandi saya
duduk dihadapan khemah mengadap sugai dan berdiang memanaskan badan dengan
ungun apai yang saya nyalakan dari kayu yang saya kutip di sekitar khemah saya.
Saya susuk bertafakur merenungkan lambaian api ynag menyerah kawasan
disekeliling saya. Tidak lama kemudian saya mersai yang ada sesuatu yang
memerhatikan saya dari belakang dna mula merasa curiga, bulu ruma saya mula
menegak dan saya bertanya2 berani menolaeh kebelakng atau tidak. Akhirnya
dengan menabahkan hati saya menoleh kebelakang dengan perlahan dan terperanjat
melihat enam ekor rusa berdiri tegak memandang saya dengan mata bulat beratur
dari yang besar hinga yang kecil sekali. Mereka kelihhatan macam terpukau
dengan keadaan saya disitu. Cahaya api membuatkan pemandangan itu ‘Sureal’ dna
saya dengan perlahan coba mendapatka kemera saya dan pegerkan saya itu membuat
merika lari.
Pada esok harinya kami
bertolak menuju kearah selatan kesuatu Bandar yang kecil bernama Silver City
dan tujuan kami ialah melawat Gila , disebut Hila, National Monument. Tempat
ini dikatakan adalah tempat dimana Geronemo ketua puak Aapache telah majdikan
tubu puak beliau masa menentang Cavalry kulit puteh yang memburu mereka.
Geronemo adlah pahlawan native American yang sangat terkenal dalam sejarah
mengenai kezaliman kulit puteh terhadap puak suku Native Amerikan dlam ssatu
pertempuran isteri dan saorang anak lelaki beliau telah terbunuh. Beliau
akhirnya tertewas dan ditangkap. Beliau dan puaknya telah di hokum buang daerah
keselatan Negeri Florida, tempat yang paling teruk penuh dengan hidupan liar
seperti alligator dan lain2, tempat yang jauh berbeza darimana kebiasan hiddup
mereka. Kebanyakan mereka mati dalam perjalanan.
Kami tiba di kawasan
Gila National Monument petang hari dan tempat itu hampir tutup. Tetapi kami
sempat mendaki muka bukit mana terletaknya gua besar, kubu Geronimo. Tempatnya
terletakkira 2oo kaki mengikut maklumat yang disediakan dipejabat Tourist
Information Center disitu. Kami keluar dari situmeng ekori Ranger yang bertugas
disitu dan satelah beliau tingaalkan kami, kami patah balik untuk membuat
siasatan lebeh terperinci pada malam hari. Kami mula mendaki muka bukit yang
disediakan dengan kemudahan yang sediakan untuk para tourist membuat demekian.
Tiba kami dimuka gua tempat perlindungan Geronimo kami dengan penuh curiga
membuat keputusan memasukinya dalam gelap.
Tidak ada apapun di
dalam gua yang besar itu, hanya batu hamparan yang lebar dan menghadapi muka
gua. Duduk sebentar di delakan gua dan mengadap mukanya dimana hanya ternampak
bintang dilangit dna kedengaran air sungai yang mengalir dicelah batu2 jeram
200 ratus kaki dibawah. Dengan perasaan agak kecewa sebab usaha kami tidak
berbaloi kami buat keputusan meningalkan tempat itu.
Keesokan harinya Jerry
member tahu saya yang beliau tidak ingin menyyambung perjalanan dan hedak balik
ka-Green Bay . Dia tidak membei alasan apa2 dan saya tidak tanya apa sebabnya. Bandar
yang paling dekat dengan Kota Batu terletak diselatan Texas namanya saya sudah
lupa. Disitu terdapat perkhidmatan bas Greyhound untuk membawa rakan remaja
saya itu pulang. Saya tidak begitu kesal akan peningalan beliau sebab saya rasa
itu telah ditakhdirkan dan saya henya ada diri sendiri untuk bertangung jawab.
Selepas sarapan pagi
bersama tuan rumah suami isteri yang sangat pemurah itu kami betolak menuju
ke-New Mexico. Di kiri kanan jalan dahan2 di pohon diliputi ais atau frost yang
berkilauan dipancar chahaya mata hari yang sedang mendaki kelangit yang biru
tampan setitik awan untuk mencemar kebiruanya, ‘clear blue sky all the
way.’ Diiringi lagu2 John Denver yang
popular pada masa itu kami begerak masing2 diam tidak berkkata apa2 hanya
merenungkan diri dan menikmati keindahan landscape yang kami lalui sepanjang
jalan yang lengang tampa banyak
kenderaan lain berbatu2,’ just you and me, Jerry old boy, against the cold wind
passing by’.
Albuquerque, New
Mexico, namanya membawa peringatan sejarah silam Kot Melaka yang dirobohkan
oleh Portuguese dibawah seragan yang di ketuai oleh De Albuquerque. Jerry dan saya
singgah disebah bengkel kereta untuk menukar minyak hitam dan membuat engine
check sersedikit sebelum teruskan perjalanan. Mengikut peta ayng kami bawa
bersama satu2 tempat yang menarik yang paling dekat ialah Daming, dimana
terletak,’The City of Rocks,” atau kota batu. Ini telah menjadi keputusan untuk
bermalam disitu.
The
City of Rocks, mengikut papan kenyataan disitu adalah suatu landscape
semula jadi akibat letupan gunung atau gempa bumi. Terletak ditengah ‘Prairie Landscape’, tanah
yang rata diselimuti rumput tinggi, kelihatan dari jauh seperti sabuah kota
yang penuh dengan bangunan tinggi dan bila dekat ianya hanyalah batu2 gergasi
yang ditolak keluar dari muka bumi. Batu2 ini sama dengan ayng didapati
disungai dan ditepi pantai, bulat dan berwarna coklat tua. Ini rupa bentuk dan
warna batu sangatlah belainan dari kawasn sekiling nya.’’
Kami memasang khemah
sampai saja disitu dan mungkin sebab keletehan Jerry terus masuk dan terlena
dalamnya. Saya sedang memerhati sabuah bukit yang berbentuk meja tidak beberapa
jauh dari kawasan Kota Batu dan timbul perasaan yang ingin tahu apakah yang
berada di atasnya. Di kenali sebagai ‘Mesa’ dalan bahasa Spaniol, ia juga
dipanggil ‘Table top Mountain’ dan bukit2 yang berbentuk begini banyak abnyak
terdapat merata di-South West. Dengan
tampa memikir banyak saya terus atur langkah menuju kearah bukit tersebut
dengan ingatan yang saya akan sampai dan kembali belum gelap.
Perjalanan saya memakan
masa selama lebeh kuran setengah Sesampai saya disitu saya dapati hari sudah
mula gelap dan matahari hampir tengelam meningalkan kesan ‘Sunset’ yang
mengkagumkan di langit sejauh mata memandang membuatkan saya sebak dan melangut
ke atas sambil berucap,Subhanallah! mobil
home yang berkhemah berdekatan dengan khemah kami saya rasa bernasi baik sebab
hala balik saya dapat menuju kea rah itu kelak. Dalam keadaan kalang kelibut
untuk datang kebukit itu saya tidak membawa lampu picit.
Sambil saya nikmati
keindahan alam desekeliling saya tedengar dari jauh salakan anjing mungkin Cayote
atau Prarie Dog, sayup dibawah sahut menyahut dari satu lokasi kelain. Saya
tidak rasa khuatir sebab tidak mungkin merekanya boleh memanjat bukit ini
walaupun tidak begitu tinggi. Tidak pernah saya seumur hidup sehingga masa itu
menatapi langgit yang penuh degang bintang2 bekerlipan seperti taburan mutiara
disekeliling saya. Betapa indahnya tadapat saya bandingkan dan saya coba
bayangkan perasaan suku Native American yang pada zaman lampau berdiri disitu
seperti saya betapa danmenadak tangan kelangit sambil menyahut “O Great Spirit,
Mighty Wakan Tanka! I thank you for showing this to me!”
Salepas selesai persaan
saya pada waktu itu saya kembali ke reality yang saya hadapi, yaitu meninggal
tempat itu sebelum mati kesejukan. Dengan penuh persaaan curiga saya mula
mendaki turun dalam gelap curang bukit meraba2 dan melongsur hingga luka dan
lebam tubuh badan saya hinga sampai kaki bukit. Menunduk kepala terhadap sang
bukit saya mula mengatur langkah kearah Kota Batu malangnya chaya lampu yang
pada awalnya saya harapkan akan menjadi tumpuan saya menuju sudah tidak ada
lagi! Saya rasa cemas dna mula khuatir yang saya dapat sampai keKota Batu dalam
gelap. Dengan tiada pilihan saya berjalan dan perjalanan kembali saya menjadi
satu mimpi yang ngeri dimana kaki saya terjerumus masuk satu lobang ke satu
lobang dan rumput yang panjang menjadi seperti hutan yang menahn pergerakan
saya tiap langkah. cabaran yang sangan menakutkan. Akhirnya tiba
saya membuat saya firkirkan betapa bodoh tindakan saya untuk mendaki Mesa
tersebut. Saya sesat dalam mencari khemah kami dalam gelap. Tiap2 lorong dan
diantara batu gergasi membawa saya ke jalan yang lain dan bunyian bermacam
dikeliling saya menakutkan sebab saya tidak mempunyai lampu apa2. Saya telah
melilau dalam gelap hamper dua jam sebelum menemui khemah dan tampa menangal
pakaian saya rebah diri dan terus pengsan.
Proposal saya pendek
kata diterima tampa soalan. Saya di beri green light atau lampu hijau tampa
ditemu duga. Dengan ini saya mula langkah keluar kampus dari Green Bay, Wisconsin menuju London,
England dimana secara kebetulan serombongan
pelajar dari UWGB akan kesana untuk
melakukan study tour atau lawatan sambil belajar masing2, saya turutkan diri.
Di- London mulalah pembukaan terai creativity saya memnikmati apa itu maknanya
berkaria sabagai saorang pelukis jalanan. Selain daripada dapat menonton
galeri2 yang terungul di dunia, saya juga dapat berkenalan dengan rakan2 dari
UWGB yang saling bertanya apa yang saya lukis pada hari itu apabila kami pulang
kerumah tumpangan kami pada malam hari.
Saya juga sempat
membuat lawatan ke-Wales dan berjumpa degan abang sulung saya Razali yang pada
masa itu sedang membuat Masters Degree beiiau disalah satu Univesiti disitu
(Rexam?). Walaupun hanya besama beliau dan rakan2nya ahnya dua hari saya
berpeluang melawat Bandar kecil yang menarik seperti Chester dimana terdapat
bangunan sejarah Tudor yang unik reka bentuk dan sejarahnya. Degan pengalaman
sebigini saya membuat keputusan untuk sentiasa membawa dan mengisi buku lakaran
saya sebagai journal dairi ( I decided to keep an ongoing journal henceforth).
Saya memileh satu
perjalanan ke-daerah selatan US atau ,’The Southwest States’ yang yang termasuk
New mexico, Aeizona dan Colorado. Saya saya sejak awal lagi sang menarik dengan
negeri2 inisebab disini terdapat tempat Native Anerican dan sejarah mereka.
Perjalanan ini telah dilakukan dengan membawa kereta Chevy Impala yng say beli
dengan harga du dollar US iut. Saya jyga ditemani oleh Jerry Sule anak Charles
Suke yang pada masa itu brumur 1117 tahyn. Kami bertolak dari Green Bay degan
kereta yang berisi banyak ‘Ration’ malanan dalam tin dan satu ttwo man tent,
kemah ynag memuat dua orang.
Kami terus begerak
menghala ke selatan melalui negeri2 seperti Illinois, Infiana Iowa dan Oklahoma
dimana kami berhenti untuk melawat Museum of natural History disitu. Kami
sangat tetarik dengan pameran sejarah silam Native American yang hari ini
sangat benci dengan pangilan Red Indians pada diri mereka.Walaupun dlam keadaan
;tight budget’, saya beli sabuah berkenaan kehidupan Native American yang
didokumentasikan dalam bentuk lukisan dan lakaran oleh saorang pelukis kulit
puteh yang dapat ‘capture’gaya kehidupan suku2 Native American di zaman yang
lampau. Kami singah akhirnya di- Kansas di sebuah Bandar yang kecil dimana
tingalnya sekelamin peladang ‘ranchers’ yang alamat mereka diberi kepada saya
oleh saorang sahabat juga pelukis di UWCB.
Mereka tertarik dengan
Jerry sebab gelagatnya yang sentiasa ingin tahu, apa itu dn apa ini. Pada esok
harinya kami dibawa ke Sunday Church Service dipekan hamper yaitu bernama
Udall, Kansas. Apa yang menarik tentang pecan ini bagi saya ialah segalanya
teratur dan cantik sama seprti yang trdapat didalam filem2 Walt Disney
bertemakan penghidupan dipekan seperti begini.
Gereja ayng kecil itupun termasuklah dalam perasaan yang sama, ianya seperti
satu arca yang semula jadi bukan sesuatu yang wujud memakan masa yang lama,
developed and evolved over time. Pendek kata macam satu set movie.
Padre yang membei
khutbah dimimbar pada pagi itu juga out of character dan khutbah atau sermon
beliau tidak jauh beza dari apa yang kita dengar didalam Zendo dimana Zen
master meberi Daharma talk atau khutbah menurut pelajaran Zen Buddhism.
Contohnya, sudah makan basuhlah pingan dan cawan kamu. Berjubah hitam dengan
rambut rapat hamper botak, jikalau saya pejam mata tidak mungkin saya rasa
berada dalam satu Buddhist temple dan bukan dalam gerja atau chapel yang kecil
dipenuhi dengan pa’cik dan ma’cik kulit puteh.
Saya mengikuti service
pagi itu dengan penuh persaan dan tafakur termasuklah menrima cathicasm yang
dimana bersamaan semua jemaah yang hadzir saya berlutut dihadapan Padre
disebelah Jerry Sule dan menerima sekeping roti yang di letak di atas lidah
saya dan meminum seteguk wine yang disuap ke mulut saya saya di bless, In the name of the Father, The
Son and the Holy Spirit…Amen. Mengikut segala pendapat para ulama’ Islam saya
sudah murtad, tetapi mengikut hati yang berlutut dihadapan Padre yang ‘out
ofcharacter didalam gereja kecil yang wujud seperti satu set Disney movie itu,
saya hanya memainkan peranan saya sahaja sebagai pemerhati atau saksi akan satu
upcara yang dimainkan untuk penglaman saya dalam perjalanan hidup saya. Bak
pepatah Melayu, seglanya berlaku seperti hujan keatas daun keladi.
WallahuAllam.
Degree yang saya buat
di pangil Independent Study oleh sebab saya yang merekakan bentuk degree itu
melalui suatu program yang di pioneerkan oleh Universiti Wsconsin Di- Madison.
Program yang ber tajuk ‘University Without Walls’ ini memberi peluang pada
pelajar yang layak membentuk degree sendiri dengan berberpa sharat. Pelaja
mestilah menerima grade point average tidak kurang dari 3.5 dan menulis
proposal tentang matlamat dan cara mencapaikan matlamat itu. Kertas proposal
itu akan dibaca dan ditimbang oleh empat orang Fekalti dan dapat persetujuan
meraka yang program yang dicadangkan
boleh dilakukan, Akhir sekali pelajar akan dintemuduga oleh member Fekalti yang
berkenaan.
Kertas kerja yang saya
tulis dan serahkan kepada ketua fekalti dalam jurusan seni menghujahkan hasrat saya kenapa dan mengapa
saya memileh gaya sebegini. Pertama saya
menyatakan yang saya ingin melakukan pelajaran saya sebagai saorang Artist
diluar studio dimana dapat say mempelajari seni semasa dalam perjalanan. Satu2
sebabnya saya ingin membuat sedimikian ialah setelah memmenuhi dua semester
credit saya dapati studio bukan tempat saya dapat meluahakan kebolehan saya
sebagai pelukis saya hanya membuang masa kerana tidak belajar apa2 yang baru
atau unik. Saya perlu keluar dari Kampus dan lakukan ciptaan saya atas jalan,
‘Art in the Street’.
Saya juga menegaskan
yang minat saya buka sahaja menjadi saorang pelukis yang handal tetapi juga
mepunyai kebolehan mengunakan kehandlan saya itu sebagai alat berkomunikasi
dikhalayak ramai atau ‘ communicating with the lay person in the street about
Art.’ Selalunya saya dapati pelukis2 kurang maher atau engan membincang karia2
mereka bila disoal oleh mereka yang tidak memunyai apa2 fahaman tentang seni
atau lukisan. Dan juga saya dapati kebanyakan pelukis tidak dapat melakukan
karia mereka bila di tontoni oleh orang ramai. Ini dapat diataskan dengan
melakukan lukisan dimana jua saya berada bagi mendokumenkan perjalanan saya.
Saoran artist yang saya
angapkan complete atau whole, yang berisi, bukan dia ayng boleh melukis dengan
handal sahaja atau dapat mengingati sejarah tentang pegerakan seni dalam
sejarah, ianya boleh berbincang seni dari sudut apa sahaja, maupun politic,
ugama, falsafah atau macam mana hendak tukar tayar kereta. Ini tidak dapat
dipelajari dalam studio, ianya terpaksa diterokai melalui pengalaman dalam
hidup dari hari kesehari dan daari satu environment ketempat yang lain.
Umpamanya melakukan lakaran dikedai kopi tepi jalan akan mengundang pengalaman
yang berbeza dari membuat lakaran di lobi hotel 5 bintang. Sekurannya komen
yang akan diterima akan jauh berbeza tentang apa itu lakaran dan kenapa
setengah orang boleh dan yang lain tidak. Atau seni lakaran itu semata2
membuang masa tiada faedah apa2 pun.