Gila National Monument.
Pada esok harinya kami
bertolak menuju kearah selatan kesuatu Bandar yang kecil bernama Silver City
dan tujuan kami ialah melawat Gila , disebut Hila, National Monument. Tempat
ini dikatakan adalah tempat dimana Geronemo ketua puak Aapache telah majdikan
tubu puak beliau masa menentang Cavalry kulit puteh yang memburu mereka.
Geronemo adlah pahlawan native American yang sangat terkenal dalam sejarah
mengenai kezaliman kulit puteh terhadap puak suku Native Amerikan dlam ssatu
pertempuran isteri dan saorang anak lelaki beliau telah terbunuh. Beliau
akhirnya tertewas dan ditangkap. Beliau dan puaknya telah di hokum buang daerah
keselatan Negeri Florida, tempat yang paling teruk penuh dengan hidupan liar
seperti alligator dan lain2, tempat yang jauh berbeza darimana kebiasan hiddup
mereka. Kebanyakan mereka mati dalam perjalanan.
Kami tiba di kawasan
Gila National Monument petang hari dan tempat itu hampir tutup. Tetapi kami
sempat mendaki muka bukit mana terletaknya gua besar, kubu Geronimo. Tempatnya
terletakkira 2oo kaki mengikut maklumat yang disediakan dipejabat Tourist
Information Center disitu. Kami keluar dari situmeng ekori Ranger yang bertugas
disitu dan satelah beliau tingaalkan kami, kami patah balik untuk membuat
siasatan lebeh terperinci pada malam hari. Kami mula mendaki muka bukit yang
disediakan dengan kemudahan yang sediakan untuk para tourist membuat demekian.
Tiba kami dimuka gua tempat perlindungan Geronimo kami dengan penuh curiga
membuat keputusan memasukinya dalam gelap.
Tidak ada apapun di
dalam gua yang besar itu, hanya batu hamparan yang lebar dan menghadapi muka
gua. Duduk sebentar di delakan gua dan mengadap mukanya dimana hanya ternampak
bintang dilangit dna kedengaran air sungai yang mengalir dicelah batu2 jeram
200 ratus kaki dibawah. Dengan perasaan agak kecewa sebab usaha kami tidak
berbaloi kami buat keputusan meningalkan tempat itu.
Keesokan harinya Jerry
member tahu saya yang beliau tidak ingin menyyambung perjalanan dan hedak balik
ka-Green Bay . Dia tidak membei alasan apa2 dan saya tidak tanya apa sebabnya. Bandar
yang paling dekat dengan Kota Batu terletak diselatan Texas namanya saya sudah
lupa. Disitu terdapat perkhidmatan bas Greyhound untuk membawa rakan remaja
saya itu pulang. Saya tidak begitu kesal akan peningalan beliau sebab saya rasa
itu telah ditakhdirkan dan saya henya ada diri sendiri untuk bertangung jawab.
0 comments: