Mengatur Langkah Keluar Sempadan.

9:39 PM Shamsul 0 Comments

Proposal saya pendek kata diterima tampa soalan. Saya di beri green light atau lampu hijau tampa ditemu duga. Dengan ini saya mula langkah keluar kampus  dari Green Bay, Wisconsin menuju London, England dimana secara kebetulan  serombongan pelajar dari UWGB  akan kesana untuk melakukan study tour atau lawatan sambil belajar masing2, saya turutkan diri. Di- London mulalah pembukaan terai creativity saya memnikmati apa itu maknanya berkaria sabagai saorang pelukis jalanan. Selain daripada dapat menonton galeri2 yang terungul di dunia, saya juga dapat berkenalan dengan rakan2 dari UWGB yang saling bertanya apa yang saya lukis pada hari itu apabila kami pulang kerumah tumpangan kami pada malam hari.

Saya juga sempat membuat lawatan ke-Wales dan berjumpa degan abang sulung saya Razali yang pada masa itu sedang membuat Masters Degree beiiau disalah satu Univesiti disitu (Rexam?). Walaupun hanya besama beliau dan rakan2nya ahnya dua hari saya berpeluang melawat Bandar kecil yang menarik seperti Chester dimana terdapat bangunan sejarah Tudor yang unik reka bentuk dan sejarahnya. Degan pengalaman sebigini saya membuat keputusan untuk sentiasa membawa dan mengisi buku lakaran saya sebagai journal dairi ( I decided to keep an ongoing journal henceforth).
Saya memileh satu perjalanan ke-daerah selatan US atau ,’The Southwest States’ yang yang termasuk New mexico, Aeizona dan Colorado. Saya saya sejak awal lagi sang menarik dengan negeri2 inisebab disini terdapat tempat Native Anerican dan sejarah mereka. Perjalanan ini telah dilakukan dengan membawa kereta Chevy Impala yng say beli dengan harga du dollar US iut. Saya jyga ditemani oleh Jerry Sule anak Charles Suke yang pada masa itu brumur 1117 tahyn. Kami bertolak dari Green Bay degan kereta yang berisi banyak ‘Ration’ malanan dalam tin dan satu ttwo man tent, kemah ynag memuat dua orang.
Kami terus begerak menghala ke selatan melalui negeri2 seperti Illinois, Infiana Iowa dan Oklahoma dimana kami berhenti untuk melawat Museum of natural History disitu. Kami sangat tetarik dengan pameran sejarah silam Native American yang hari ini sangat benci dengan pangilan Red Indians pada diri mereka.Walaupun dlam keadaan ;tight budget’, saya beli sabuah berkenaan kehidupan Native American yang didokumentasikan dalam bentuk lukisan dan lakaran oleh saorang pelukis kulit puteh yang dapat ‘capture’gaya kehidupan suku2 Native American di zaman yang lampau. Kami singah akhirnya di- Kansas di sebuah Bandar yang kecil dimana tingalnya sekelamin peladang ‘ranchers’ yang alamat mereka diberi kepada saya oleh saorang sahabat juga pelukis di UWCB.
Mereka tertarik dengan Jerry sebab gelagatnya yang sentiasa ingin tahu, apa itu dn apa ini. Pada esok harinya kami dibawa ke Sunday Church Service dipekan hamper yaitu bernama Udall, Kansas. Apa yang menarik tentang pecan ini bagi saya ialah segalanya teratur dan cantik sama seprti yang trdapat didalam filem2 Walt Disney bertemakan penghidupan dipekan seperti begini.  Gereja ayng kecil itupun termasuklah dalam perasaan yang sama, ianya seperti satu arca yang semula jadi bukan sesuatu yang wujud memakan masa yang lama, developed and evolved over time. Pendek kata macam satu set movie.
Padre yang membei khutbah dimimbar pada pagi itu juga out of character dan khutbah atau sermon beliau tidak jauh beza dari apa yang kita dengar didalam Zendo dimana Zen master meberi Daharma talk atau khutbah menurut pelajaran Zen Buddhism. Contohnya, sudah makan basuhlah pingan dan cawan kamu. Berjubah hitam dengan rambut rapat hamper botak, jikalau saya pejam mata tidak mungkin saya rasa berada dalam satu Buddhist temple dan bukan dalam gerja atau chapel yang kecil dipenuhi dengan pa’cik dan ma’cik kulit puteh.
Saya mengikuti service pagi itu dengan penuh persaan dan tafakur termasuklah menrima cathicasm yang dimana bersamaan semua jemaah yang hadzir saya berlutut dihadapan Padre disebelah Jerry Sule dan menerima sekeping roti yang di letak di atas lidah saya dan meminum seteguk wine yang disuap ke mulut saya  saya di bless, In the name of the Father, The Son and the Holy Spirit…Amen. Mengikut segala pendapat para ulama’ Islam saya sudah murtad, tetapi mengikut hati yang berlutut dihadapan Padre yang ‘out ofcharacter didalam gereja kecil yang wujud seperti satu set Disney movie itu, saya hanya memainkan peranan saya sahaja sebagai pemerhati atau saksi akan satu upcara yang dimainkan untuk penglaman saya dalam perjalanan hidup saya. Bak pepatah Melayu, seglanya berlaku seperti hujan keatas daun keladi. WallahuAllam.

0 comments: