Saya tinggal bersama
Angelo dan dua ekor anjing beliau Tudor saekor anjing jenis Golden retriever
yang tinggi badanya hamper kebahagian pingang saya dan anjing betina yang
selalu menyalak bila lihat saya. Bangunan yang dijadikan studio itu pada suatu
ketika dulu ialah bangunan dimana emas di proseskan dan Angelo menyewa dan
mejadikanya Art Studio beliau. Saya diarahkan meluangkan masa saya di situ dan
coba membuat karia2 sendiri pada masa yang sama. Bila kesaorangan pada waktu
malamnya ia sangat mengerunkan kerana kesunyian dan perasaan ditemani muka2
yang memrhati saya dari sekeliling bilek itu hasil karia pelukis yang sangat
mahir itu. Dalam pada itu saya berasa sangat bertuah berada disitu menjadi
saksi akan ciptaan beliau.
He was temperamental, once knocking Jack Kerouac down because the author insulted an opera singer. Angelo DiBenedetto was gifted, outspoken and opinionated, and always listed as one of America’s foremost artists in the 20th century. When he lived in the interior of Haiti for 19 months, he was initiated into the voodoo cult. His chosen home, far from the collectors and galleries and museums that bought his creations, was a tiny Victorian town with one gravel road reaching it
==In 1976, the Colorado Judicial Department held a contest to choose an artist to paint a huge mural for the ceiling of the breezeway of the new Colorado Judicial Building. From the 22 finalists, they chose Angelo. He had studied mural painting at Harvard University and later in Mexico with Diego Rivera and had painted many murals in the two countries. But this was the largest mural in America at 300 feet long and 10 feet high, a whopping 3,000 square feet. The 74 panels created for the mural each weighed 100 pounds and were made of cement asbestos, an inert material that wouldn’t attack the paint. (The asbestos probably contributed, along with his lifelong smoking habit, to his death from cancer in 1992.)
Saya tingaal bersama
Angelo dan anjing2nya selama seminggu dan
dalam masa itu saya dibawa bertemu sahabat beliau sepasang suami isteri yang
menjalankan usaha seramik, Tempat mereka tidak jauh dari Central City yang
bernama ‘Black Hawk’. Pada suatu pagi saya member tahu kan mimpi yang saya
alami pada malam itu. Dalam mimpi itu saya diberitahu yang saya in saorang
‘Ecclectic’, suatu perkataan yang tidak pernah saya dengar sebelum itu. Saya
terkejut dari mimpi itu dan menuliskan perkataan tersebut diatas kertas dengaan
ejaan mrngikut bunyinya, Eklektik supaya tidak lupa. Oleh swbab itu Angelo
membawa saya kerumah kawanya dimana terdapat dalam simpanan beliau sabuah buku
yang berjodol, “The Book Of Secrets”. Mengikut kenyataan pada muka pertama buku
itu ianya hanya di cetakan 87 buah sahaja. Ianya buku yang tebal berwarna hitam
kulit kerasnya dan mengandungi segala ilmu2 yang terdapat dalam sejarah manusi.
Dari ilmu2 kuno India, Egypt, Cina, Greece dan lain2 lagi. Is juga di penohi dengan
gambar warna bermutu tinggi mengambarkan pelbagai rajah berkenaan subject yang
dibincangkan. Buku yang bersaiz A2 itu dipinjamkan pada saya dengan amaran
menjaganya dengan baik semasa bersama Angelo.
Didalam buku terdapatlah
satu bahagian yang menerangkan pa itu Ecclectic yang asalnya satu falsafah
hidup mengikut satu ajaran di-Greece. Ringkasnya, ia adalah satu fahaman
bagisesaorng yang dalam pengalaman hidupnya sering mengambil atau mengutip apa
yang paling mustahak dan boleh diguna dalam hidup dan melepaskan yang lain, “
One who picks and choose the best of all possibilities life experiences has to
offer and drop the rest.”
Saya dibawa oleh Angelo
dan kedua rakan seni beliau ke Denver pada suatu hari untuk menyaksi karia
beliau di siling Denver Hall of Justice dan pada waktu malamnya bermakan malam
direstoran India selepas itu menonton wayang yang berjodol “The Pride and
Passion” yang di lakonkan oleh Kirk Douglas. Cerita ini meriwayatkan kisah
hidup saorang seniyang sangat terkenal yaitu Vincent Van Gogh. Filem yang hitam
puteh itu sangat mencuit hati saya dan bila dapat menontonya dengan ketiga
orang seni yang sangat matang itu ialah suatu anugerah yang tidak dapat di
lupa. Pada malam itu juga saya membuat keputusan yang perjalanan saya sudah
berakhir dan membuat persiapan pada esok harinya untuk pulang ke-Green Bay.
Banyak kerenah yang
berlaku dalam perjalanan saya yang tidak dapat saya ceritakan dengan terperinci
oleh sabab sudah kurang jelas peringatan saya dan kebanyakanya tidak begitu
menarik. Sampai di-Denver kami berpisah dan saya mulai menuju kearah destinasi
saya di-Colorado yaitu sabuah pekan kecil yang di namakan Central
City,Colorado. Pekan in terletak di kawasan pergunungan dan asalnya pada satu
masa yang lampau sebagai satu kwasan perlombongan emas atau Gold Mining Town.
Ianya sekerang telah dijadikan pekan bersejarah yang dilawati turist, Tourist
Town. Matlamat saya ialah melawati saorang pelukis yang terkenal disitu yang
bernama Angelo De Benedetto berusia dalam linkongan 60 puluhan pada masa itu.
Saya diberi alamat beliau olah rakan saya di-Green Bay dengan harapan supaya
saya mesti kesitu jikalau berada di-Colorado.
Sampai saya di-Central
City pada petang hari dan letak kereta berhampiran sabuah bangunan yang
tingginya tiga tingkat dan usianya entah berapa lama. Saya dapati hanya satu
restoran yang ada disitu yang entah mengapa dinamakan ‘The Mermaid
Restaurant’. Didalam terdapat berberpa
orang pelangan yang sedang makan dan minum dan mereka memandang kearah saya
dengan pertanyaan dimuka masing2. Saya bercerita kepada mereka perjalanan dan niat saya berjumpa dengan Angelo, tuan yang empunya bangunan
tersebut. Setelah mendengar cerita saya, saya dilayan dengan lebih mesra dan di
belanjai makan dan minum oleh berberapa mereka disitu.
Didinding restoran
terdapat benyak lakaran2 yang di lukiskan di atas Napkin oleh mereka yang
melawati tempat itu dan saya turut juga meninggalakan berberapa karia saya untuk
di gantung bersama buat kenangan. Angelo, pada masa itu tidak berada disitu
buat masa itu sebab keDenver dimana beliau baru siap lukisan muralnya disiling
bangunan ‘Denver Hall of Justice’. Mural ini mempunayi 152 wajah2 pengasas
undang2 didalam sejarah dunia, “Law Givers.” Ia termasuk Mahatma Ghandi, Madam
SunYat Sen, John F. Kenedy, Socrates dan sebagainya. Lukisan in berukuran 7
kaki tinggi tiap2 satunya. Beliau juga seringklai diundang menjadi tetamukhas
diTV PBS atau Public Broadcasting Station di-USA.
Setalah menerima pangilan talipon yang member
tahu beliau ada saorang pelajar yang sedang menungu beliau di dalam keretanya
yang dikelilingi salji bertimbun enam kaki tinggi malam itu Angelo bergegas
kembali ka-Central City malam itu juga dan mendapati saya lena dalam kereta
kesejukan. Beliau dengan marahnya membawa saya masuk kekediamannya dan
menyiapkan tempat tidur saya di satu bilek kecil khas untuk sesiapa yang datang
mengunjungi beliau.
Pda pagi itu saya
dikejutkan Angelo untuk sarapan pagi dibahagian dapur yang juga bilek makan
beliau. Makan paginya termasuk cereal atau bijian campur terdapt hampir satu
guni besar yang dicampur susu dan termasuk sabiji pisang degan sekeping roti.
Inilah makanan saya tiap2 hari katanya sambil kami makan. Ianya sederhana
tetapi banyak oleh sebab kerapkali salji mambuatkan mendapatkan makanan dari
luar sukar sekali. Dikeliling bilek itu juga terdapat pelbagai arca2 yang antic
dan ia termasuk satu patung Kuan Yin yang diperbuat dari kayu.
Selapas makan saya
diperkenalkan dengan studio Angelo yang seperti gudang tiga tingkat besarnya
penuh dengan karia2 beliau yang dah siap dan maseh belum. Tingkat tas sekali
ialah tinkat dimana wujudnya studio lukisan beliau dan disini terdapat lukisan2
dilukiskan dengan charcoal atau arang dan compte crayon berwarna kemerahan
watak2 yang dilukiskan di mural yang baharu siap pada siling Denver Hall of
Justice. Lukisan2 muka dan tubuh badan tiap2 pengasas undang2 dunia dalam
sejarah, Law Givers’, dipamerkan dalam keadaan lakaran atau ‘Study
Drawings’. Dikelilingi lukisan2 ini
sangatlah mengkagumkan dan memeransang bagi saya yang sedang maseh mencari ilmu
seni seseorang yang tulen. Saya berasa berada dalam studio saorang seni yang
unggul dan berkaliber tinggi.
Hampir pagi satelah
memandu berjam2 dalam keadaan sejuk dan setelah mengalami pelbagai kecemasan,
badan saya mulai rasai hilang tenaga dan saya tidak dapat mersai tangan yang
mengengami steering wheel lagi. Saya buat keputusan berhenti dan tidur ditepi
jalan menungu ketibaan pagi hari bedekatan satu kawasan yang saya ternampak ada
lampu dan bangunan2, saya berehat disitu buat keselamatan. Saya terjaga dan
mendapati matahari sudah muncul dilangit dan saya berada berdekatan dengan
sebuah kedai runcit yang di kunjungi berberaba orang tempatan disitu. Apabila
masuk kekedai itu saya diberi pandagan yang tidak menyenangkan membuat saya
lekas membeli kopi panas dan sebiji roti buat sarapan pagi dan berundur dari
situ dengan secepat mungkin. Begitulah pengalaman saya merentasi Highway 666
diantara pekan Gallup dan Durango.
Sejam lebih kemudian
saya tiba di-Albuquerque dimana saya terus menuju keuniversiti Albuquerque dan
meletak kereta di parking lot disitu. Saya memberi tahu keadaan saya kepada
saorang penjaga kereta di situ dan beliau memberi izin supaya kereta saya tidak
akan digangu. Disitu saya membuat pangillan talipon kepada Dekan Pusat Seni di-Univesiti
di- Green Bay, Mr.Jerry Olsen, yang juga sahabat dan peminat saya dan sentiasa meneliti
perjalanan saya. Saya memberi tahu akan situasi saya yang perlukan bantuan wang
untuk menyambung perjalanan ke-Colorado. Jerry menyatan yang dia dapat
menghantarkan wang itu tetapi mesti dapatkan alamat dan akan memakan dua atau tiga
hari.
Untuk memendekan cerita
saya akhirnya bertolak mennuju ke Colorado dengan jalan yang sama yaitu Highway
666. Tiada satu yang berlaku pada hari itu tetapi bila saya mulai keluar pecan
Durango saya ditahan oleh saorang lelaki berkulit puteh yang hanya memakai seluar
dalam dan berkaki ayam. Dia mengepit pakaian sambil menjekek2 kerana kesejukan
tapak kaki menjejak tanah bersalji itu. Apa pulak ni?! Saya bertanya dalam hati
sambil berhenti ditepi jalan untuk memberi bantuan. Selepas mengenakan seluar
dan sepasang kasut yang saya berikan padanya kami menolak ke-arah Denver. Di
dalam perjalanan beliau beceritakan perihal keadaan beliau yang malam itu
bermalam di sabuah park berdekatan dan apda paginya di rompak oleh sekumpulan
warga Mexico.
Dari Phoenix saya mula
bertolak kearah timur semula untuk menuju kedestinasi ketiga saya, yaitu the
Stata of Colorado. Pada pertamakalinya saya
ditahan polis Highway Patrol yang mengekori saya dan menahan sebaik saya
masuk susur keluar ke-Highway menuju
sempadan New Mexico dan Colorado. Saya di minta lessen dan dirurh tungu dalam
kereta sementara beliau membuat siasatan lanjut melaui computer didalam
kenderaanya. Sebentar kemudian beliau memulangkan lessen saya dan bila ditanya
sama ada saya membuat apa2 kesalahan dia kata tidak. Beliau member tahu saya
yang kereta saya sama rupa bentuknya dengan kereta yang direpotkan melangar
dari meningalkan tempat kejadian, ‘hit and run vehicle’.
Saya sambungkan
perjalanan menuju ke-Gallup, sabuah Bandar yang kecil dimana saya dapat menuju
utara ke-Colorado dan seperti biasa saya tidak kira sangat siang atau malam
membuat perjalanan. Pada masa itu juga wang saya sudah mulai berkurangan jadi
saya terpaksa memastikan sampai ka-destinasi saya secepat mungkin. Jika
dipandang balik kebanyakan tindakan dan risiko yang saya ambil sepanjang
perjalanan itu memang tidak masuk akal.
Saya menaruh penuh kepercayaan kepada kereta Cehvy Impala yang saya memandu itu
dan tidak terlintas di hati apa akan terjadi jikalau ianya rosak atau kehabisan
minyak.
Setiba saya di-Gallup,
New Mexico, saya mulai muju kearah
selatan dan jalan yang sepanjang 65 batu itu akan membawa saya ke sempadan New
Mexico dan Colorada disebuah lagi Bandar yang kecil yang bernama Durango. Jalan
in terletak dikawasan Navajo Reservation atau perkampungan Native Amerikan,
puak Navajo. Jalanya lurus dan tiada apa2 kediaman atau lampu disepanjang jalan
dua hala itu. Pada satu ketika saya Nampak ada lampu kereta menuju saya dari
jauh, sekejap ada sekejap hilang oleh sebaba jalan yang melalui curang tinggi
dan rendah. Hujan renyai membasahi muka jalan dan kirikanan gelap gulita.
Kian lama makin dekat
sepasang lampu itu dan pada mulanya saya tidak merasa hirau senhingalah
iahampir dakat dan saya rasa pelik seakan2 beliau memakan disebelah jalan yang
saya berada. Untuk memastikanya saya turunkan tingkap dan perhatikan garisan
kuning di atas jalan dan dapati memang betul yang kereta didepan saya menuju
dan akan bertembung dengan saya jikalau saya tidak lakukan sesuatu dengan
cepat. Saya buat keputusan membalas steering kereta saya ke kiri supaya
pertembungan akan berlaku pad sebelah pessenjer dan dengan kuatnya kereta itu hentam
kereta saya hingan memusing dia atas jalan disebabkan juga basah jalan itu.
Tindakan saya serta
merta setelah selesai berlakunya kemalangan itu ialah keluar dari kereta dan
memasti yang lampu masih menyala dan enjin masih hidup. Sudah pasti keduanya
tiada mengalami kerosakan saya memandang kereta yang baru sudah hentam saya dan
dapati ia sudah jauh meningalkan saya dengan kelihatan hanya dua lampu merah
sekejap ada sekejap hilang. Saya terus masuk kedalam kereta dan meneruskan
perjalanan. Peristiwa ngeri itu saya tidak fikir banyak, yang musthak ialah
saya dapat kedestinasi yang saya tujukan. Jam di dash board kereta menunjukan
yang ianya jam satu pagi pada masa itu.
Berberapa minit
berlepas dari situ saya ternampak ada orang bederi di tepi jalan dan
menghulurkan tangan dengan ibu jarinya keatas meminta tumpang kereta saya.
Tampa memikirkan apa2 saya berhenti dan benarkan diamasuk tetapi dia tidat buka
pintu sebaleh pessenjer dan terpaksa masuk di sebelah driver’s seat. Pada
masaitlah baru saya sedar bertapa teruknya perlangaran yang berlaku hingga sebelah
kanan kereta saya leper dari depan kebelakang, kedua2 pintu tidak dapat di buka
Sama sekali.
Penumpang yang baru
saya kutip dar tepi jalan itu ialah saorang tuan Native Amerikan puak Navajo
dan beliau terus bertanya kemana yang saya hala tujuan sa ya. Saya dengan tidak
emeikir banyak kata .ke-Denver, Colorado. Beliau dengan tegas dank eras berkata
saya tidak dapat kesana pada mealam itu, tidakah saya mengikut berita di radio
yang member amaran tentang salji yang sedang turun dengan tabalnya dimerata
kawasan di situ? Saya berkata didalam hati, saya tiada pilihan, duit saya hanya
mencukupi untuk sampai ke-Denver, tetapi saya tidak berkata apa2. Samapai ke
pekan Durango orang tua penumpang saya turun dan dengan amaran terakhirnya
menuju kehala bangunanan berdekatan dan saya setelah memandangkan beliau tiada
kelihatan lagi, bertolak menuju kearah Denver.
Tidak jauh satu
kilometer dari pecan itu kereta saya berhenti dan walaupun tayarnya memusing
badanya tidak bergerak. Saya keluar dan membuat pereksaan dan saya dapati perut
kereta tergantung atan salji yang tebal. Dengan penuh curiga saya mula berundur
dengan perlahan dan mujurlah tayar kereta mulai dapat mencenkam muka jalan dan
kereta dapat begerak. Saya hanya ada satu pilihan iaitu pusing balik dan dengan
keadaaan minyak kereta yang baki boleh sampai ke Albuquerque, New Mexico.
Disitu peluang saya mendapat bantuan mungkin lebeh mudah daripada pekan2 kecil
berdekatan perkampungan puak Navajo, ‘Navaho Reservation’.( perhatian- bunyinya sebutan Navajo ialah Navaho, bukanya jo tetapi ho.)
Tergerak dalam hati
saya yang menyatakan, siapa boleh percaya yang peristiwa sebegini boleh berlaku
dan bagaimana saya mencoba menceritkan ianya tak akan dapat mengambarkan
kejadian itu dengan tepat, ‘Words could never describe what I experienced.”
Oleh kerana saya tidak yakin yang saya boleh menulis dalam Bahasa Malaysia oleh
sebab serinkali menulis dalam bahasa dan berfikir dalam Inggeris, saya tidak
terfirkir mencobainya. Inilah pertama kali saya menulis kisah perjalanan hidup
saya dalam bahasa Melayu dan setakat ini tulisan saya ini berlaku di-dalam pondok
bertempat disabuah kampong yang bernama Lintang dekatan Belantik, daerah Sik, Kedah. Saya dapat dorongan dari
sahabat saya yang dikenali sebagai ‘Apek’ beasal dari Kota Aur berdekatan
Belantik dan Empangan Muda.
Tempat Cochis menapak
adalah didaerah yang di namakan Organ Pipes National Monument satu daerah
pergunungan yang paling selatan sekali sebelum menemui Sonora Desert dan
sempadan diantara US dan Mexico. Saya tinggalkan kereta di tempat yang agak
tersembunyi khuatir dicuri ornag dan masuk kawasan pergunugan untuk melihat
dengan ledih dekat kawasan itu. Dinamakan Organ Pipes sebab bentuk yang aneh
batu2 disitu yang berdiri tegak seperti tiang dan pipe organ ayng terdapat
didalam gereja2 besar dinegara barat. Ini satu lagi keindahan alam yang sangat
menakjubkan dipandang dan saya berasa bertuah dapat mata kepala sendiri ciptaan
Yang Maha Pencipta.
Dari situ saya gerak
menuju kearah barat lagi hinga kesuatu tempat yang bersejarah yang dinamakan
Fort Bowie. Tiada saoran manusia pun saya bertemu disitu malah dalm perjalanan
saya lebih serauts kilometer tidak ada sebiji kereta pun yang saya menemui. Di
Fort Bowie, adalah sabuah pengkalan askar pada zaman yang lampau dan digunakan
oleh puak kulit puteh bila beroperasi menentang Native Amerikan didaerah itu.
Di luar pengkalan itu terdapat satu perkuburan kecil dengan papan tanda kecil
memparkan terletaknya kubur2 isteri dan anak Geronimo.
Saya bertolak darisitu
menyambung perjalanan menuju kearah Bandar yang popular namanya dalam filem
cowboy, yaitu Tucson, Arizona. Keunikan Bandar lagenda ini ialah kebanyakan
baguanan2 dibina berciri Adobe stile of Aechitecture, atau mengikut cirri Latin
America terutama di-Mexico. Bangunan disitu juga kebanyaknya dicat berwarna
warni terutama ditempat2 hiburan dan makanan. Terleibu tak hamper dengan
sempadan Mexico dan USA ianya menjadi tempat penuh beaktivitikan pernyagaan dan
pertukaran barang diantara kedua2 negara termasuk barang2 yang diseludup.
Akhirnya saya setelah
bermalam dua malam disitu saya tingalkan Bandar tersebut dan menuju ke-Phoenix,
ibu Negara State of Arizona. Saya menetap beberapa hari di Phoenix dan
dapat berehat daripada perjalanan yang telah say tempohi sebelunya. Saya
menumpang dirumah rakan kepada rakan saya yang tinggal di Green Bay. Tidak apa2
yang menarik berlaku semesa saya dimsitu dan oleh sebab tuan rumah sibuk dengan
kerjanya saya tidak kemana2.
Perjalanan saya
disambung semula menuju hala kebarat yang lalui satu lagi yang sangat
bersejarah dalam kehidupan suku Native Amerikan yang diketuai oleh Cochis.
Beliau juga adalah saorang Native Amerikan yang menetang puak kulit puteh
habishabisan. Dalam perjalanan itu saya singah untuk bermalam ditepi sabuah sungai
kecil yang mempunyai kolam air panas ditebing sungai yang airnya dingin.
Sesudah ma=emasang khemah saya merendam sebentar dalam lubok air panas yang
melegakan tubuh badan saya dari keletehan . Saya ternamapk satu sign yang
ditulis tangan dan di gantung dipemukaan jalan yang kelihatan jarang diguna
menaytakan ‘Hot spring’ dan itu yang menarik saya kesitu.
Selapas mandi saya
duduk dihadapan khemah mengadap sugai dan berdiang memanaskan badan dengan
ungun apai yang saya nyalakan dari kayu yang saya kutip di sekitar khemah saya.
Saya susuk bertafakur merenungkan lambaian api ynag menyerah kawasan
disekeliling saya. Tidak lama kemudian saya mersai yang ada sesuatu yang
memerhatikan saya dari belakang dna mula merasa curiga, bulu ruma saya mula
menegak dan saya bertanya2 berani menolaeh kebelakng atau tidak. Akhirnya
dengan menabahkan hati saya menoleh kebelakang dengan perlahan dan terperanjat
melihat enam ekor rusa berdiri tegak memandang saya dengan mata bulat beratur
dari yang besar hinga yang kecil sekali. Mereka kelihhatan macam terpukau
dengan keadaan saya disitu. Cahaya api membuatkan pemandangan itu ‘Sureal’ dna
saya dengan perlahan coba mendapatka kemera saya dan pegerkan saya itu membuat
merika lari.
Pada esok harinya kami
bertolak menuju kearah selatan kesuatu Bandar yang kecil bernama Silver City
dan tujuan kami ialah melawat Gila , disebut Hila, National Monument. Tempat
ini dikatakan adalah tempat dimana Geronemo ketua puak Aapache telah majdikan
tubu puak beliau masa menentang Cavalry kulit puteh yang memburu mereka.
Geronemo adlah pahlawan native American yang sangat terkenal dalam sejarah
mengenai kezaliman kulit puteh terhadap puak suku Native Amerikan dlam ssatu
pertempuran isteri dan saorang anak lelaki beliau telah terbunuh. Beliau
akhirnya tertewas dan ditangkap. Beliau dan puaknya telah di hokum buang daerah
keselatan Negeri Florida, tempat yang paling teruk penuh dengan hidupan liar
seperti alligator dan lain2, tempat yang jauh berbeza darimana kebiasan hiddup
mereka. Kebanyakan mereka mati dalam perjalanan.
Kami tiba di kawasan
Gila National Monument petang hari dan tempat itu hampir tutup. Tetapi kami
sempat mendaki muka bukit mana terletaknya gua besar, kubu Geronimo. Tempatnya
terletakkira 2oo kaki mengikut maklumat yang disediakan dipejabat Tourist
Information Center disitu. Kami keluar dari situmeng ekori Ranger yang bertugas
disitu dan satelah beliau tingaalkan kami, kami patah balik untuk membuat
siasatan lebeh terperinci pada malam hari. Kami mula mendaki muka bukit yang
disediakan dengan kemudahan yang sediakan untuk para tourist membuat demekian.
Tiba kami dimuka gua tempat perlindungan Geronimo kami dengan penuh curiga
membuat keputusan memasukinya dalam gelap.
Tidak ada apapun di
dalam gua yang besar itu, hanya batu hamparan yang lebar dan menghadapi muka
gua. Duduk sebentar di delakan gua dan mengadap mukanya dimana hanya ternampak
bintang dilangit dna kedengaran air sungai yang mengalir dicelah batu2 jeram
200 ratus kaki dibawah. Dengan perasaan agak kecewa sebab usaha kami tidak
berbaloi kami buat keputusan meningalkan tempat itu.
Keesokan harinya Jerry
member tahu saya yang beliau tidak ingin menyyambung perjalanan dan hedak balik
ka-Green Bay . Dia tidak membei alasan apa2 dan saya tidak tanya apa sebabnya. Bandar
yang paling dekat dengan Kota Batu terletak diselatan Texas namanya saya sudah
lupa. Disitu terdapat perkhidmatan bas Greyhound untuk membawa rakan remaja
saya itu pulang. Saya tidak begitu kesal akan peningalan beliau sebab saya rasa
itu telah ditakhdirkan dan saya henya ada diri sendiri untuk bertangung jawab.