Apa2 Pon Bolehlah!

Suka dan duka dalam hidup ini bukanlah hanya kerana kaya atau miskin, kerap kalinya ia berlaku oleh sebab kita kurang berperihatin dan hidup dalam impian atau dialam maya semata2. Segala dugaan dan cobaan yang kita hadapi bukanlah semata2 untuk menindas atau mengecewakan kita, tetapi ianya untuk kita mengenali diri kita dan memmahami betapa kuat dan teguhnya keimanan kita jikalau kita menghadapi segalanya dengan kesabaran dan ketabahan hati. Hidup ini adalah satu kesengsaraan bagi manusia jelas  Gautama Buddha 2500 tahun yang lampau. Ini disebabkan sifat keinginan nafsu, kebodohan atau malas ingin tahu yang benarnya dan yang di ciptakan minda kita semata2. Mereka yang menumpu usaha seumur hidup mencari dan mengamal kebenaran  kurang dari yang menerima bulat2 apa yang di lontar kepada mereka oleh orang lain untuk mejadi pedoman hidup mereka akan hidup medrita kerap dengan tampa kesedaran diri mereka sendiri. Kesengsaraan hidup ini diakibatkan oleh Nafsu kemahuan atau dalam bahasa Inggerisnya Desire. Sifat tamak dan haloba, sifat kedekut atau bakhir, sifat tidak pernah bershukor dan lain2, termasuk dalam sifat Nafsu atau desire ini. Jalan melepaskan diri dari kesengsaraan hidup ma’nusia perlu memahami siapa itu dirinya yang asli atau tulen.
“Kau yang mengenal dirimu kenalah Tuhan mu.”
Sabda Rasul Allah (SAW).
“Kau yang mengangap diri mu kecil dan ta’ bermaana sedar kah kau akan wujudnya alam yang sangat luas penuh dengan segala keajaipan dalam dirimu?”
Saidina Ali (RA).
 Pada hakikatnya Islam itu berma’na penyerahan diri atau roh kudus kembali kepada Hak yang ampunya;  hadrat illahi. Kematian itu hanya pemulaan langkah menuju ka-Arash Allah.   Tiap2 pergerakan saya, segala langkah saya dari satu tempat kesatu tempat tampa ragu ialah oleh kerana saya menerima hakikat ini dari awal lagi dengan penuhnya walau sedar atau tidak, dalam hidup saya hingga sekarang. Segalanya telah saya serahkan kepada Yang Maha Suci, Allah yang saya kasihi tampa ragu dan was was, Insha’Allah.. Baik buruk yang berlaku dalam masa perjalanan ini hanya Dia yang menentukan dan selagi hayat di kandung badan saya akan coba sedaya upaya melakukan yang di redhai Yang Maha Pencipta, kerana tampa izin Allah tiada satu titek pun akan wujud dalam hidupku.

“Berhijrahlah Sayang demi masa mu.” Lagu dinyayikan oleh shabat saya, Professor Hasnul Jamal Saidon.     

Detik Permulaan Mengenal Siapa Diriku.

Suka dan duka dalam hidup ini bukanlah hanya kerana kaya atau miskin, kerap kalinya ia berlaku oleh sebab kita kurang berperihatin dan hidup dalam impian atau dialam maya semata2. Segala dugaan dan cobaan yang kita hadapi bukanlah semata2 untuk menindas atau mengecewakan kita, tetapi ianya untuk kita mengenali diri kita dan memmahami betapa kuat dan teguhnya keimanan kita jikalau kita menghadapi segalanya dengan kesabaran dan ketabahan hati. Hidup ini adalah satu kesengsaraan bagi manusia jelas  Gautama Buddha 2500 tahun yang lampau. Ini disebabkan sifat keinginan nafsu, kebodohan atau malas ingin tahu yang benarnya dan yang di ciptakan minda kita semata2. Mereka yang menumpu usaha seumur hidup mencari dan mengamal kebenaran  kurang dari yang menerima bulat2 apa yang di lontar kepada mereka oleh orang lain untuk mejadi pedoman hidup mereka akan hidup medrita kerap dengan tampa kesedaran diri mereka sendiri. Kesengsaraan hidup ini diakibatkan oleh Nafsu kemahuan atau dalam bahasa Inggerisnya Desire. Sifat tamak dan haloba, sifat kedekut atau bakhir, sifat tidak pernah bershukor dan lain2, termasuk dalam sifat Nafsu atau desire ini. Jalan melepaskan diri dari kesengsaraan hidup ma’nusia perlu memahami siapa itu dirinya yang asli atau tulen.Suka dan duka dalam hidup ini bukanlah hanya kerana kaya atau miskin, kerap kalinya ia berlaku oleh sebab kita kurang berperihatin dan hidup dalam impian atau dialam maya semata2. Segala dugaan dan cobaan yang kita hadapi bukanlah semata2 untuk menindas atau mengecewakan kita, tetapi ianya untuk kita mengenali diri kita dan memmahami betapa kuat dan teguhnya keimanan kita jikalau kita menghadapi segalanya dengan kesabaran dan ketabahan hati. Hidup ini adalah satu kesengsaraan bagi manusia jelas  Gautama Buddha 2500 tahun yang lampau. Ini disebabkan sifat keinginan nafsu, kebodohan atau malas ingin tahu yang benarnya dan yang di ciptakan minda kita semata2. Mereka yang menumpu usaha seumur hidup mencari dan mengamal kebenaran  kurang dari yang menerima bulat2 apa yang di lontar kepada mereka oleh orang lain untuk mejadi pedoman hidup mereka akan hidup medrita kerap dengan tampa kesedaran diri mereka sendiri. Kesengsaraan hidup ini diakibatkan oleh Nafsu kemahuan atau dalam bahasa Inggerisnya Desire. Sifat tamak dan haloba, sifat kedekut atau bakhir, sifat tidak pernah bershukor dan lain2, termasuk dalam sifat Nafsu atau desire ini. Jalan melepaskan diri dari kesengsaraan hidup ma’nusia perlu memahami siapa itu dirinya yang asli atau tulen.
“Kau yang mengenal dirimu kenalah Tuhan mu.”
Sabda Rasul Allah (SAW).
“Kau yang mengangap diri mu kecil dan ta’ bermaana sedar kah kau akan wujudnya alam yang sangat luas penuh dengan segala keajaipan dalam dirimu?”
Saidina Ali (RA).
 Pada hakikatnya Islam itu berma’na penyerahan diri atau roh-ul kudus kembali kepada Hak yang ampunya;  Hadrat Illahi. Kematian itu hanya pemulaan langkah menuju ka-Arash Allah.   Tiap2 pergerakan saya, segala langkah saya dari satu tempat kesatu tempat tampa ragu ialah oleh kerana saya menerima hakikat ini dari awal lagi dengan penuhnya walau sedar atau tidak, dalam hidup saya hingga sekarang. Segalanya telah saya serahkan kepada Yang Maha Suci, Allah yang saya kasihi tampa ragu dan was was, Insha’Allah.. Baik buruk yang berlaku dalam masa perjalanan ini hanya Dia yang menentukan dan selagi hayat di kandung badan saya akan coba sedaya upaya melakukan yang di redhai Yang Maha Pencipta, kerana tampa izin Allah tiada satu titek pun akan wujud dalam hidupku.     

Anak saya Dilahirkan Di-Asunta Hospital - PJ. -1973

Saya bertemu dengan bakal isteri saya pada tahun tujuhpuloh tiga di-Terengganu dimana kami berdua becuti. Beliau bera sal dari  Marshfield, Wisconsin, Amerika Syarikat dan pada masa itu saorang pelajar pertukaran, ‘Exchange Student’ dari  Universiti Stevens Point, Wisconsin. Di-Institute Teknoloji MARA, Shah Alam beliau mengambil kursus dalam bidang Bisness Management dan khasnya dalam bidang Komputer Program. Selepas tamat kursus beliau ditawar menjadi pensyarah di-ITM dalam bidang yang sama. Pertemuan kami pada mulanya hanyalah sekadar berkenalan tetapi ianya menghasilkan saorang anak.
Kami buat keputusan berkahwin sebelum keadaan menjadi buah mulut orang. Kami bernikah dirumah Ma’Cak di Sungai Pinang dimana isteri saya juga memeluk ugama Islam dengan di beri nama barunya Nazrah binti Abdullah dan anak yang di lahirkan beberapa bulan kemudian diberi nama Nazri Bahari yang dilahirkan di- Asunta Hospital Petaling Jaya. Kelahiran beliau tiba dengan secara mengejut sebab awal dua minggu dari tarikh yang dikirakan. Saya mendapat berita ayng saya menjadi saorang ayah ketika menerima pangilan talipon dari saorang jururawat di Hospital Asunta semasa bekerja. Terkejut bukanlah perkataan yang dapat membayangkan perasaan saya pada ketika itu, tercengang dan bler mengunakan expresi moden. Pagi itu juga saya mengambil cuti dan membuat persiapan bertolak ke-KL.
Pada hari yang sama kaum Cina sedang meraikan hari melawat yang mati di-jerat dan akibatnya tiada lagi tiket untuk kapal terbang, bas ataupun teksi untuk saya buat perjalanan. Dengan dua beg yang penuh dengan kelengkapan bayi yang disediakan oleh isteri saya, saya menaiki feri dan menyerah nasib saya agar dapat kenaikan di- Butterworth, Insha’Allah ada satu teksi yang dapat membawa saya hanya sampai Ipoh pada hari itu dan sya tidak fikir dua kali menaikinya. Saya tiba di-Ipoh hampir maghrib dan hujan renyai2 apabila saya di tinggalkan di tepi jalan di bawah lampu letrik berwarna kuning. Airmata saya mengalir suam dipipi saya dan saya merasa takut buat diri dan isteri saya.
Sauah kereta tiba2 berhenti dihadapan saya dan saorang India yang membawanya bertanya kemana saya nak pergi. Salepas menerima jawapan saya beliau ajak saya bersmanya ke-KL hala tujuan beliau juga, katanya.  Beliau meminta maaf dengan saya sebab jad kebiasaan memainkan kesset tape yang mengandungi pemujaan kepada Lord Ganesha sebagai satu amalan semasa memandu kereta. Saya tidak kisah jikalau beliau memainkan rock and roll pada masa itu, asalkan saya sampai ke-Hospital Asunta dimana isteri saya kesorangan menanti saya. Tetapi mengikut keterangan beliau, Lord Ganesha yang berkepala gajah itu diangapkan penolong mereka yang menghadapi kesusahan tatkala dalam perjalanan dan Dieti ini juga dikatakan melindungi kanak2 dari  segala ancaman dan kesusahan.

Kami tiba dipintu Hospital pada lewat malam dan saya dengan segera mencari bilek isteri saya di tempatkan. Apabila menatap wajah saya di muka pintu bilek saya lihat airmata beliau mengalir dengan spontan walaupun senyuman masih tercatit di wajahnya. Bertapa sedih dan gembira saya merasai melihat wajah isteri saya. Sedih sebab beliau kesaorangan sepanjang hari menghadapi kelahiran anak dan gembira sebab beliau saorang yang penuh semangat dan berani mengatasi segala cobaan yang di hadapi. Saya diberi tahu yang beliau telah membawa kereta Volks Wagon buruk kami dari Shah Alam untuk melahir anaknya.  Oleh sebab kelewatan masa saya di benar melihat anak saya dari luar cermin sahaja.

Kembali ke Pulau Pinang.- 1971

Mengambil nasihat si Red Indian, saya buat keputusan berhijrah kembali kakampung halaman saya yaitu Pulau Pinang untuk menempah nasib masa depan saya. Tidak berberapa lama pulang ke-Penang saya dapat pekerjaan dengan satu syrikat Belanda yang perlukan pekerja Melayu atas arahan kerajaan pada masa itu yang memerlukan supaya tiap syarikat mesti mempunyai sekurang2nya 10 persen pekerja Bumi Putera dalam syarikat itu. Dua orang kami dari Sungai Pinang telah dicadangkan, saya sebab boleh berbahasa inggeris dan sahabat saya Shukor sebagai office boy sebab beliau sunguhpun kurang bepelajaran, rajin dan beramanah.
Hagemeyer Trading Company yang terletak di-Light Street masa itu menjadi agen kepada berberapa syarikat jepun seperti Matsushita dan Nivico. Ia juga mengedar alat2 kamera Olympus dan pelbagia lagi produk dari Eropah seperti Christian Dior dan Houbigan. Tugas saya, menjadi penolong kepada ketua sales department menyapkan invoice dan lain lagi berkenaan penyagaan yang di lakukan. Saya di tempatkan di bawah berberapa ketua jabatan yang semuanya orang Cina. Saya merasa sebagai bola yang ditendang dari satu department kesatu dipartmen mengikut kehendak manager saorang Belanda.

Pada suatu hari Mr. Van De Muelen memanggil saya masuk ke pejabat beliau dan bertanya akan keadaan saya. Beliau akhirnya beri nasihat supaya saya bersabar dan coba sedaya upaya sebab beliau faham akan kedudokan saya bekerja didalam suasana yang berbilang department dan sesame mereka pun tidak bersetuju angin. Tetapi kata beliau, jikalau saya dapat atasi semua ini masa depan saya akan cemerlang. Walaupun saya saling membuat kesilapan sebab kelemahan dalam kira mengira saya pegang akan nasihat beliau dan beliau tidak pernah marah saya dengan kasar seperti yang saya saling terima dari bos2 Cina saya. Dua tahun saya berkecimpung dalam dunia penyagaan dan menghadapi segala lintangan dan dugaaan daripada dalam dan luar pejabat hingalah saya diterima dan dihormati sebagai saorang sales executive yang tidak mudah dipermainkan oleh mereka yang tidak senang dengan adanya Melayu didalam dunia yang dibolosi oleh Cina sahaja sebelum itu. Saya beljar dan boleh berbahasa Hokien cukup buat memahami apa yang di katakan dan terutama sekali memaki balik dalam bahasa itu.

Bermandi Selut DiLautan Cina.

Perkerjaan saya seterusnya membawa saya ke-tengah lautan Cina Selatan dimana saya bertugas di atas Kapal Pengeli, ‘Discoverer 2’ yang sedang mengali minyak disitu.  Explorasi in ditaji oleh Esso Eplration; Petronas belum wujud lagi.  Pada mulanya saya bertugas sebagai saorang Radio Operator tetapi minta ditukarkan untuk bertugas sebagai saorang ‘Rough neck’ yang kerjanya paling mencabar diatas ‘Derrick’  dimana pengalian berlaku. Pada hari pertama saya telah tercerdra ditapak tangan bila dihembab oleh paip dan terpaksa menerima rawatan Captain kapal yang juga bertugas sebagai saorang doctor masa kecemasan. Bila saya balik ke tempat tugas saya saya dinasihati   oleh supervisor berasal dari Amerika supaya sambung bekerja. Dengan keadaan dalam kesakitan saya coba sedaya upaya menjalankan tugas hinga tamat masanya. Apabila habis kerja bos saya tampiri saya dan menanya tentang tapak tangan saya yang cedera itu dan saya mengakui sudah puleh hampir seratus persen. Beliau senyum dan tepok belakang saya dan berkata jikalau saya berhenti awal tadi tidak mungkin saya akan kembali bekerja esok hari.

Selama dua bulan saya bertugas bertungkus lumus dihujani selut panas tiap kali paip sepangjang seratus kaki itu di sambung atau di cabut dari dasar laut hinga tidak tahu letih atau sakit. Akhirnya saya dinasihati berhenti kerja sebab hampir bertumbuk dengan saorang supervisor yang tidak senang hati sebab  menasihati beliau tentang mengunakan perkataan2 yang pesat dan jijik “Mother Fucker’, terhadap pekerja2 Melayu apabila marahi mereka. Sunguhpun mereka tidak faham apa yang di katakan bagi saya itu sangat kurang professional. Saya beritahu beliau yang orang Melayu sangat sensitif terutama sekali apabila menghina ibu merika. Selepas kejadian itu saya di nasihati oleh saorang Native American atau lebih dikenali ‘Red Indian’ berasal dari Huston, Texas berhenti jerja apabila saya member tahu beliau berapa gaji yang saya dapati. Beliau nasiaht supaya saya cari jalan ke-Amerika sebab baginya says berpeluang lebih lagi disana dengan sifat saya yang beliau memerhati dan sukai.

Tamat Sekolah - Mula Bekerja

Saya merasa bertuah kerana mendapat layanan yang bukan mudah terdapat oleh kebanyakan rakan saya yang berumur belasan tahun pada masa itu. Walau bagaimanapun keadaan hidup saya daripada tahun 1962 hinggalah tamat sekolah menengah dan dua tahun bekerja di-Terengganu pada awal tahun tujuhpulohan juga penuh dengan dugaan yang amat pahit terutamanya perhubungan saya dengan Ibu dan abang2 saya. Juga banyak kelakuan dan kerenah saya  yang saya tidak dapat dan segan untuk meceritakan; saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa untuk keampunan atas belas kasehanya. Jelas saya mengakui yang saya ini bukanlah hamba Allah yang soleh malah lebeh jauh sekali daripada itu.
Kelulusan saya pada perpereksaan Sijil SPM tidak memuaskan dan saya tidak dapat menyambung belajar katingkatan enam atau masuk mana2 kolej. Saya mula bekerja buat sementara sabagai penolong kepada saorang Doktor daripada Amerika yang pada masa itu sedang membuat kajian tantang penyakit Malaria dan Cholera di daerah Ulu Terengganu. Dengan mengikut kumpulan yang bawah tajaan Institue of Medical Researh Malaysia ini saya mendapat lagi banyak pengalaman tentang keadaan kehidupan masyarakat dalaman Melayu di kawasan Ulu Terennganu yang kini kebannyakanya tengelami air Empangan Tasik Kenyir.

Salepas tidak lama tamatnya pekerjaan itu saya dapat bertugas dengan sabuah syarikat penerbangan Helikopter sebagai saorang Radio Operator. Bristow Helikopters adalah sabuah syarikat penerbangan yang menjalankan penerbangan membawa pekerja2 dari Darat ke-pelanta minyak di-lautan Cina. Pertugasan saya memberi banyak pengalaman terutama sekali bekerja bersamaan warga Eropah termasuk Britain, Perancis, Sweden, Jerman dan lain2. Saya dapat memerhati tingkah laku  masing terhadap sesama mereka dan macam mana mereka mengangapkan warga tempatan. Bagi saya orang British sangat sombong dan megah diri lain daripada saorang Jerman atau Swede yang lebeh mesra dengan kami warga tempatan. Saya dapati orang Inggeris mengangap diri mereka sabagai orang yang ‘superior’ atas bangsa2 lain dan pantang ditegur terutamakali oleh saorang bangsa Timor. Orang Jerman tegas dan kadangkala kasar tingkah lakunya tetapi menghormati kelebehan sesaorang tampa kira bangsa.

Ahli Kumpulan Silat Seni Gayung Malaysia - Terengganu - 1965

Kedua beradek kami memasuki  kumpulan First Terengganu Scouts Troop dan pada suatu masa telah ke Pulau Pinang untuk merayakan Majlis Jambori Pertama  Malaysia yang ulungkali diadakan di-negeri ini. Jambori tersebut diadakan di-Telok Bahang dan berberapa Negara Asing turut mengambil bahagian.  Saya sangat minat menjadi saorang pengakap; saya sangat gemarkan Kamping di mana saja.
Dalam tingkatan tiga saya masuk menjadi saorang ahli Silat Seni Gayong Malaysia dan berguru dibawah dengan saorang guru yang sangat unik orangnya. Encik Abu Johan yang dikenali sebagai Pa’ Abu pada masa itu memegang jawatan Ketua Pejabat Ugama Terengganu. Beliau yang berpelajaran tinggi di-Britain juga pernah menjadi Pegawai Daerah di-Kuala Berang, Ulu Terengganu. Pa’Abu dan Isterinya berasal dari Lasa, Perak. Beliau mempunyai ilmu dan pengalaman yang sangat tinggi dan disegani oleh segala lapisan yang kenali beliau. Saya dikenalkan ajaran Islam yang lebih mendalam oleh beliau dan keluarganya semasa menjalankan latihan Silat disudut belakang Rumah Kakitangan Kerajaan beliau terletak ditepi laut dekat pantai Batu Buruk.

Melalui Pa’Abu Johan saya juga dapat dua ladi guru yang menjadi petunjuk dan pengajar atau ‘mentor’ dalam hidup saya. Saorang daripada adalah Tengku Azmil yang berasal dari Kedah dan beliau juga saorang guru silat yang sangat terkena dengan kehandalanya.  Rumah beliau berdekatan dengan rumah saya dan saya sering luangkan masa bersamanya dan keluarga beliau. Pada hujung minggu kami kerapkali pergi memburu dan memancing dimerata tempat bersama ra kan beliau Dato’ Arifiin Zakaria (aruah). Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah berberapa daerah di Terengganu termasuk di-Kemaman dan Daerah Marang. Menemani kedua2 mereka pergi memburu secara tidak langsung Pa’Cik Pin menjadi guru saya yang selalu menegur dan tunjuk ajar apa2 yang saya tidak fahami tentang hal ehwal hidup. Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Ketengah, Terenganu dan sebelum meningal pernah menjadi penasihat kepada Almarhum Sultan Mahmud pada tahun Sembilan puluhan.