Tamat Sekolah - Mula Bekerja

8:19 AM Shamsul 0 Comments

Saya merasa bertuah kerana mendapat layanan yang bukan mudah terdapat oleh kebanyakan rakan saya yang berumur belasan tahun pada masa itu. Walau bagaimanapun keadaan hidup saya daripada tahun 1962 hinggalah tamat sekolah menengah dan dua tahun bekerja di-Terengganu pada awal tahun tujuhpulohan juga penuh dengan dugaan yang amat pahit terutamanya perhubungan saya dengan Ibu dan abang2 saya. Juga banyak kelakuan dan kerenah saya  yang saya tidak dapat dan segan untuk meceritakan; saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa untuk keampunan atas belas kasehanya. Jelas saya mengakui yang saya ini bukanlah hamba Allah yang soleh malah lebeh jauh sekali daripada itu.
Kelulusan saya pada perpereksaan Sijil SPM tidak memuaskan dan saya tidak dapat menyambung belajar katingkatan enam atau masuk mana2 kolej. Saya mula bekerja buat sementara sabagai penolong kepada saorang Doktor daripada Amerika yang pada masa itu sedang membuat kajian tantang penyakit Malaria dan Cholera di daerah Ulu Terengganu. Dengan mengikut kumpulan yang bawah tajaan Institue of Medical Researh Malaysia ini saya mendapat lagi banyak pengalaman tentang keadaan kehidupan masyarakat dalaman Melayu di kawasan Ulu Terennganu yang kini kebannyakanya tengelami air Empangan Tasik Kenyir.

Salepas tidak lama tamatnya pekerjaan itu saya dapat bertugas dengan sabuah syarikat penerbangan Helikopter sebagai saorang Radio Operator. Bristow Helikopters adalah sabuah syarikat penerbangan yang menjalankan penerbangan membawa pekerja2 dari Darat ke-pelanta minyak di-lautan Cina. Pertugasan saya memberi banyak pengalaman terutama sekali bekerja bersamaan warga Eropah termasuk Britain, Perancis, Sweden, Jerman dan lain2. Saya dapat memerhati tingkah laku  masing terhadap sesama mereka dan macam mana mereka mengangapkan warga tempatan. Bagi saya orang British sangat sombong dan megah diri lain daripada saorang Jerman atau Swede yang lebeh mesra dengan kami warga tempatan. Saya dapati orang Inggeris mengangap diri mereka sabagai orang yang ‘superior’ atas bangsa2 lain dan pantang ditegur terutamakali oleh saorang bangsa Timor. Orang Jerman tegas dan kadangkala kasar tingkah lakunya tetapi menghormati kelebehan sesaorang tampa kira bangsa.

0 comments: