Anak saya Dilahirkan Di-Asunta Hospital - PJ. -1973
Saya bertemu dengan
bakal isteri saya pada tahun tujuhpuloh tiga di-Terengganu dimana kami berdua
becuti. Beliau bera sal dari Marshfield,
Wisconsin, Amerika Syarikat dan pada masa itu saorang pelajar pertukaran,
‘Exchange Student’ dari Universiti
Stevens Point, Wisconsin. Di-Institute Teknoloji MARA, Shah Alam beliau
mengambil kursus dalam bidang Bisness Management dan khasnya dalam bidang
Komputer Program. Selepas tamat kursus beliau ditawar menjadi pensyarah di-ITM
dalam bidang yang sama. Pertemuan kami pada mulanya hanyalah sekadar berkenalan
tetapi ianya menghasilkan saorang anak.
Kami buat keputusan
berkahwin sebelum keadaan menjadi buah mulut orang. Kami bernikah dirumah Ma’Cak
di Sungai Pinang dimana isteri saya juga memeluk ugama Islam dengan di beri
nama barunya Nazrah binti Abdullah dan anak yang di lahirkan beberapa bulan
kemudian diberi nama Nazri Bahari yang dilahirkan di- Asunta Hospital Petaling
Jaya. Kelahiran beliau tiba dengan secara mengejut sebab awal dua minggu dari
tarikh yang dikirakan. Saya mendapat berita ayng saya menjadi saorang ayah
ketika menerima pangilan talipon dari saorang jururawat di Hospital Asunta
semasa bekerja. Terkejut bukanlah perkataan yang dapat membayangkan perasaan
saya pada ketika itu, tercengang dan bler mengunakan expresi moden. Pagi itu
juga saya mengambil cuti dan membuat persiapan bertolak ke-KL.
Pada hari yang sama
kaum Cina sedang meraikan hari melawat yang mati di-jerat dan akibatnya tiada
lagi tiket untuk kapal terbang, bas ataupun teksi untuk saya buat perjalanan.
Dengan dua beg yang penuh dengan kelengkapan bayi yang disediakan oleh isteri
saya, saya menaiki feri dan menyerah nasib saya agar dapat kenaikan di-
Butterworth, Insha’Allah ada satu teksi yang dapat membawa saya hanya sampai
Ipoh pada hari itu dan sya tidak fikir dua kali menaikinya. Saya tiba di-Ipoh
hampir maghrib dan hujan renyai2 apabila saya di tinggalkan di tepi jalan di
bawah lampu letrik berwarna kuning. Airmata saya mengalir suam dipipi saya dan
saya merasa takut buat diri dan isteri saya.
Sauah kereta tiba2
berhenti dihadapan saya dan saorang India yang membawanya bertanya kemana saya
nak pergi. Salepas menerima jawapan saya beliau ajak saya bersmanya ke-KL hala
tujuan beliau juga, katanya. Beliau meminta
maaf dengan saya sebab jad kebiasaan memainkan kesset tape yang mengandungi
pemujaan kepada Lord Ganesha sebagai satu amalan semasa memandu kereta. Saya
tidak kisah jikalau beliau memainkan rock and roll pada masa itu, asalkan saya
sampai ke-Hospital Asunta dimana isteri saya kesorangan menanti saya. Tetapi
mengikut keterangan beliau, Lord Ganesha yang berkepala gajah itu diangapkan
penolong mereka yang menghadapi kesusahan tatkala dalam perjalanan dan Dieti
ini juga dikatakan melindungi kanak2 dari
segala ancaman dan kesusahan.
Kami tiba dipintu
Hospital pada lewat malam dan saya dengan segera mencari bilek isteri saya di
tempatkan. Apabila menatap wajah saya di muka pintu bilek saya lihat airmata
beliau mengalir dengan spontan walaupun senyuman masih tercatit di wajahnya.
Bertapa sedih dan gembira saya merasai melihat wajah isteri saya. Sedih sebab
beliau kesaorangan sepanjang hari menghadapi kelahiran anak dan gembira sebab
beliau saorang yang penuh semangat dan berani mengatasi segala cobaan yang di
hadapi. Saya diberi tahu yang beliau telah membawa kereta Volks Wagon buruk
kami dari Shah Alam untuk melahir anaknya.
Oleh sebab kelewatan masa saya di benar melihat anak saya dari luar
cermin sahaja.
Sedih juga cerita mamu. sob sob
ReplyDelete