Ahli Kumpulan Silat Seni Gayung Malaysia - Terengganu - 1965
Kedua beradek kami memasuki kumpulan First Terengganu Scouts Troop dan
pada suatu masa telah ke Pulau Pinang untuk merayakan Majlis Jambori Pertama Malaysia yang ulungkali diadakan di-negeri
ini. Jambori tersebut diadakan di-Telok Bahang dan berberapa Negara Asing turut
mengambil bahagian. Saya sangat minat
menjadi saorang pengakap; saya sangat gemarkan Kamping di mana saja.
Dalam tingkatan tiga saya masuk
menjadi saorang ahli Silat Seni Gayong Malaysia dan berguru dibawah dengan
saorang guru yang sangat unik orangnya. Encik Abu Johan yang dikenali sebagai
Pa’ Abu pada masa itu memegang jawatan Ketua Pejabat Ugama Terengganu. Beliau
yang berpelajaran tinggi di-Britain juga pernah menjadi Pegawai Daerah di-Kuala
Berang, Ulu Terengganu. Pa’Abu dan Isterinya berasal dari Lasa, Perak. Beliau
mempunyai ilmu dan pengalaman yang sangat tinggi dan disegani oleh segala
lapisan yang kenali beliau. Saya dikenalkan ajaran Islam yang lebih mendalam
oleh beliau dan keluarganya semasa menjalankan latihan Silat disudut belakang
Rumah Kakitangan Kerajaan beliau terletak ditepi laut dekat pantai Batu Buruk.
Melalui Pa’Abu Johan saya juga dapat
dua ladi guru yang menjadi petunjuk dan pengajar atau ‘mentor’ dalam hidup
saya. Saorang daripada adalah Tengku Azmil yang berasal dari Kedah dan beliau
juga saorang guru silat yang sangat terkena dengan kehandalanya. Rumah beliau berdekatan dengan rumah saya dan
saya sering luangkan masa bersamanya dan keluarga beliau. Pada hujung minggu
kami kerapkali pergi memburu dan memancing dimerata tempat bersama ra kan
beliau Dato’ Arifiin Zakaria (aruah). Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah berberapa
daerah di Terengganu termasuk di-Kemaman dan Daerah Marang. Menemani kedua2
mereka pergi memburu secara tidak langsung Pa’Cik Pin menjadi guru saya yang
selalu menegur dan tunjuk ajar apa2 yang saya tidak fahami tentang hal ehwal
hidup. Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Ketengah, Terenganu dan sebelum
meningal pernah menjadi penasihat kepada Almarhum Sultan Mahmud pada tahun
Sembilan puluhan.
0 comments: