Kembali ke Pulau Pinang.- 1971
Mengambil nasihat si Red Indian, saya buat keputusan berhijrah kembali kakampung halaman saya yaitu Pulau
Pinang untuk menempah nasib masa depan saya. Tidak berberapa lama pulang
ke-Penang saya dapat pekerjaan dengan satu syrikat Belanda yang perlukan
pekerja Melayu atas arahan kerajaan pada masa itu yang memerlukan supaya tiap
syarikat mesti mempunyai sekurang2nya 10 persen pekerja Bumi Putera dalam
syarikat itu. Dua orang kami dari Sungai Pinang telah dicadangkan, saya sebab
boleh berbahasa inggeris dan sahabat saya Shukor sebagai office boy sebab
beliau sunguhpun kurang bepelajaran, rajin dan beramanah.
Hagemeyer Trading
Company yang terletak di-Light Street masa itu menjadi agen kepada berberapa
syarikat jepun seperti Matsushita dan Nivico. Ia juga mengedar alat2 kamera
Olympus dan pelbagia lagi produk dari Eropah seperti Christian Dior dan Houbigan.
Tugas saya, menjadi penolong kepada ketua sales department menyapkan invoice
dan lain lagi berkenaan penyagaan yang di lakukan. Saya di tempatkan di bawah
berberapa ketua jabatan yang semuanya orang Cina. Saya merasa sebagai bola yang
ditendang dari satu department kesatu dipartmen mengikut kehendak manager
saorang Belanda.
Pada suatu hari Mr. Van
De Muelen memanggil saya masuk ke pejabat beliau dan bertanya akan keadaan
saya. Beliau akhirnya beri nasihat supaya saya bersabar dan coba sedaya upaya
sebab beliau faham akan kedudokan saya bekerja didalam suasana yang berbilang
department dan sesame mereka pun tidak bersetuju angin. Tetapi kata beliau,
jikalau saya dapat atasi semua ini masa depan saya akan cemerlang. Walaupun
saya saling membuat kesilapan sebab kelemahan dalam kira mengira saya pegang
akan nasihat beliau dan beliau tidak pernah marah saya dengan kasar seperti
yang saya saling terima dari bos2 Cina saya. Dua tahun saya berkecimpung dalam
dunia penyagaan dan menghadapi segala lintangan dan dugaaan daripada dalam dan
luar pejabat hingalah saya diterima dan dihormati sebagai saorang sales
executive yang tidak mudah dipermainkan oleh mereka yang tidak senang dengan
adanya Melayu didalam dunia yang dibolosi oleh Cina sahaja sebelum itu. Saya
beljar dan boleh berbahasa Hokien cukup buat memahami apa yang di katakan dan
terutama sekali memaki balik dalam bahasa itu.
0 comments: