Bermandi Selut DiLautan Cina.

8:24 AM Shamsul 0 Comments

Perkerjaan saya seterusnya membawa saya ke-tengah lautan Cina Selatan dimana saya bertugas di atas Kapal Pengeli, ‘Discoverer 2’ yang sedang mengali minyak disitu.  Explorasi in ditaji oleh Esso Eplration; Petronas belum wujud lagi.  Pada mulanya saya bertugas sebagai saorang Radio Operator tetapi minta ditukarkan untuk bertugas sebagai saorang ‘Rough neck’ yang kerjanya paling mencabar diatas ‘Derrick’  dimana pengalian berlaku. Pada hari pertama saya telah tercerdra ditapak tangan bila dihembab oleh paip dan terpaksa menerima rawatan Captain kapal yang juga bertugas sebagai saorang doctor masa kecemasan. Bila saya balik ke tempat tugas saya saya dinasihati   oleh supervisor berasal dari Amerika supaya sambung bekerja. Dengan keadaan dalam kesakitan saya coba sedaya upaya menjalankan tugas hinga tamat masanya. Apabila habis kerja bos saya tampiri saya dan menanya tentang tapak tangan saya yang cedera itu dan saya mengakui sudah puleh hampir seratus persen. Beliau senyum dan tepok belakang saya dan berkata jikalau saya berhenti awal tadi tidak mungkin saya akan kembali bekerja esok hari.

Selama dua bulan saya bertugas bertungkus lumus dihujani selut panas tiap kali paip sepangjang seratus kaki itu di sambung atau di cabut dari dasar laut hinga tidak tahu letih atau sakit. Akhirnya saya dinasihati berhenti kerja sebab hampir bertumbuk dengan saorang supervisor yang tidak senang hati sebab  menasihati beliau tentang mengunakan perkataan2 yang pesat dan jijik “Mother Fucker’, terhadap pekerja2 Melayu apabila marahi mereka. Sunguhpun mereka tidak faham apa yang di katakan bagi saya itu sangat kurang professional. Saya beritahu beliau yang orang Melayu sangat sensitif terutama sekali apabila menghina ibu merika. Selepas kejadian itu saya di nasihati oleh saorang Native American atau lebih dikenali ‘Red Indian’ berasal dari Huston, Texas berhenti jerja apabila saya member tahu beliau berapa gaji yang saya dapati. Beliau nasiaht supaya saya cari jalan ke-Amerika sebab baginya says berpeluang lebih lagi disana dengan sifat saya yang beliau memerhati dan sukai.

0 comments: