Mencari Ilham dibumi Allah.

Chalet yang dibinakan dengan sumbangan daripada arwah saorang Arkitek dari Pulau Pinang,

Kelihatan mereka yang datang dari Spanyol sedang bersedia untuk bertolak keuar dari SRI Lovely.


Pa'Lang penjaga kawasan di SRI LOVELY.

Kelihatan chalet lama dan baru di belakang . SRI LOVELY atau Lintang Organic Valley ini terletak di kawasan perkampungan Lintang, Belantik Dalam, Sik Kedah. Dua jam pandu kereta dari Pulau Pinang.

Banyak sukarelawan datang dari luar negara untuk mempelahari tentang cara menanam Padi organic disini. Merek tertarik dengan keindahan dan sifat kasih mesra diantara penduduk disini dangan tetamu yang kunjung kemari.

Rakan2 muda yang menjadi tungak penyelarisan tempat ini. Mereka memberi dorongan bagi say yang pada mulanya sangka yanfg tiada harapan untuk sector pertanina bagi generaasi muda sekarang.


Menuju keColombia dan Equador

Pada semester seterusya saya buat keputusan untuk melawat Negara2 disebelah selatan USA iaitu ke-Colombia dan Equador. Setlah membuat pesiapan  membawa satu 'back pack' dan sebuah khemah yang saya gunakan ke-SouthWest States itu, saya bertolak menaiki kapal terbang dari Green Bay ke-Miami, Florida. Di-Miami Airport saya menemui saorang remaja dari Colombia dalam perjalanan pulang kenegeri itu. Beliau member saya berberapa petunjuk dan nasihat berkenaan dimana patut saya pergi dan apa yang patut saya lakukan dan jauhi. Saya naiki 'Air Bianka' menuju kebandar Cartajena diutara Negeri Colombia dan mulai perjalanan saya dari situ.
Perjalanan yang membawa saya kearah selatan memakan masa empat belas jam menaiki bas yang dengan dipandu laju medaki pergunungan Andes. Perjalanan itu sangat menakutkan sebab kami melalui lereng2 bukit yang merbahaya terutama sekali diselekoh2 yang tajam. Saya akhirnya serah diri saya ketangan  drebar bas yang saya percaya sudah berkali2 membuat perjalanan itu. Tempat yang saya pileh untuk singgah diperjalanan itu ialah suatu pecan kecil yang bernama Sylvia. Tidak apa2 sebab yang saya berbuat keputusan ini hanya tertarik kedudukannya ditengah2 perjalanan diantara Cartagena dan sempadan Equador dan Colombia. Perjalanan itu melalui Bandar2 Medellin dan Cali dan berhenti dibandar2 untuk melawat museum2 disitu sambil membuat lakaran ditempat2 yang menarik. Disatu museum yang saya melawat terdapat barangan purba topeng2 yang diperbuat dari emas, batu2 berwarna seperti lapis lazuli dan topeng atau tengkorak di perbuat dari Kristal. Barang2 ini di jumpai didalam tapak galian pyramid Inca dan Maya.
          Sylvia adalah suatu kawasan yang indah landscape                                               pergununganya dan ditengah2 kawasan perkampungan kecil itu terdapat sabuah gereja yang besar terletak di tengah2 Plaza dan sentiasa di penuhi orang. Kebanyakan bandar2 di Nergera Selatan mempunyai tempat orang berkumpul, bersiar2 dan menjalankan aktviti senaman dan lain ynag dipangil ‘Plaza.’ Selalunya terdapat juga tugu pahlawan saorang Generale menunggang kuda ias itu yang bernama Simon Bolivar pemberontak yang melepaskan Colombia dari penjajah.  
Silvia adalah satu perkampungan yang terletak tidak jauh daripada jalan raya yang dipangil Panamerican Highway, diantara Bandar kecil Popayan dan Cali. Pada tiap2 hari Selasa pecan kecil ini akan menjadi hidup dengan tumpuan ramai penduduk tempatan yang datang dari kawasan pergunung di keliling daerah itu untuk berjual beli dipasar ‘minggu’ itu. Pasar minggu itu yang sangat terkenal dikunjungi oleh puak Indios yang dipangil Guambiano Indians. Mereka in jarang kelihatan pada hari2 lain dan dating kesitu dengan segala macam barang dan ternakan seperti, kuda, lembu, kambing dan juga kain tradisi ayamaman mereka yang saya beli yang dipangil ponco. Kaian tebal seperti selimut ini sangat practical untuk tempat2 sejuk dan boleh juga digunakan sebagai selimut atau alasan tidur atas tanah.
Saya sangat tertarik dengan Puak Guambianos ini terutama sekali dengan keunikan pakaian seragam mereka yang mana sijantan pakai ponco yang berwarna biru dipangil ruanas dan seluar dan buju juga warna yang sama da n ‘diliningkan’ dengan warna merah jambu. Mereka memakai topi yang sama, yaitu sejenis ‘Bowler’ hat warna biru tua dan kasut boot mereka dengan stoking tinggi membuat mereka serperti satu kontigen askar.  Mereka hidup berdikari dengan mencucuk tanam dan berternak .
Semasa berkehmah ditepi anak sungai yang airnya boleh di minum tampa memasak, saya serigkali dukerumuni kanak2 dari rumah2 berdekatan dan mereka menjadi teman saya hinga larut malam. Mereka tertarik dengan kerja lakaran2 dan water color painting yang saya lakukan dan turut sama belajar dari saya cara melukis dengan cat ini. Kehadhiran kanak2 dimanajua saya berdad dalam perjalanan adalah satu anugerah yang meyakinkan keselamatan saya disitu. Keran kulit saya yang gelap sedikit mereka pada mulanya sangka yang saya berasal dari Mexico.
Saya dapat bekenalan dengan saorang remaja yang sangat lemah lembut orangnya dan minat melukis dan berberapa hari bekenalan saya dejemput bekhemah didalam kawasan rumah beliau dimana saya dapat berjalan2 lebih jauh meningal barang2 dan kehmah saya tampa ragu2. Beliau menunjukan kepada saya kerianya yang dibuat atas kertas lekat didinding bilek dengan menguna hannya satu brush dan color murah dan terhad warnanya. Saya rasa sangat simpati dengan beliau dan menghadiahkan berberapa size brush dan cat air yang saya bawa. Nama beliau ialah Jesus di sebut, Hay-soos.
Hampir seminggu disitu saya meninggalkan Silvia dan bertolak balik ke Bandar kecil Popayan dimana saya menaiki bas ekspress menuju ke selatan kesebuah Bandar yang kecil juga yang bernama Pasto. Bandar ini terletak berhampiran dengan sempadan diantara Colombia dan Equador. Selepas menaiki Mini Bas yang di penuhi dengan penduduk tempatan dengan Tok, Nenek, cucu, cicit dan ayam2 mereka, kami menghala ke Bandar Popayan. Distation bas Popayan saya diberitahu yang ada sebuah bas Ekspress yang akan bertolak menuju kebandar Pasto dalam masa yang singkat kalau mis ta’ada bas algi hingga dua atau tiga hari lagi. Saya bergegas menangkap Bas itu tamapa membeli apa2 minuman atau makanan buat bekal.
Sekali lagi bas eksspress itu dibawa macam lumba bas dipergunungan Andes dan perut kecut memandang gaung2 yang melongsur jauh kebawah dan lereng2 bukit yang satu dua inci lagi akan mencium cermin sideview bas. Naik, turun, brake tekan minyak dan swing bas keluar masuk mengelakan kenderaan datang dari hadapan. Selama lapan jam kami di cabari oleh drebar bas yang memasang lagu2 Colombianos dengan kuatnya malaui speaker di atas kepala kami. Dalam bas terdapat saorang Treveler Perancis dan saorang Jepun. Bertiga kami meluangakan masa berkenalan dan saya dapati yang rakan baru saya keduanya pun baru berkenalan.
Setibanaya diPasto kami ketiga mambuat keputusan untuk menukar wang kami dibank situ sebab slepas Bandar kecil ini tidak mungkin lagi ada tempat yang dapat kami lakukannya. Kami dengan gembiranaya mendapati ada satu bank yang buka dan melangakah masuk dengan mengalas bag pack masing2 macam nak rompak bank. Saorang kulit puteh saorang kuning dan saorang coklat. Dalam bank banuak warga tempat yang sedang beratur dan semua paling melihat kami jijak masuk kebank. Ianya sangat mencurigakan memandangkan dua orang sekuriti yang duduk kekiri dan kekanan hujung kaunter bank dengan memluk senapang gajah masing2 sedang mengushar kami.
Setelah dapat memahami dan menguruskan pertukaran wang kami bergerak keluar dari situ dengan lebeh takut sebab tiap2 saorang memeluk kedada masing2 satimbun wang kertas bernilai lima Pesos sekeping sebab bank kehabisan wang bernilai yang lebih tinggi! Ketiga kami keluar sambil tertawa dalam ketakutan memandangkan situasi yang kami berada macam     Butch Cassidy and Sundance Kid tengah muluru keluar sesudah merompak bank diColombia. Tiba diluar kami cepat2 perosok semua wang kertas into masuk kedalam bag pack takut diintai peromapk lain. Tampa lengah lagi kami cari Hotel berdekatan dan ketiga2 kami duduk dalam satu bilek yang besar disitu .

Esok harinya kami bertolak bersama2 menuju station bas dan menaiki bas yang membawa kami kesempadan Equador yaitu satu pecan kecil yang bernama Impiales. Disini kami ketiga menyeberangi masuk keEqaudor dengan melaui satu pejabat immigration yang berfungsi pejabatnya dalam kontena kecil dan dua orang pegawai. Setelah menunjukan dipeta dunia besar yang lekat disatu dinding pejabat itu dimana terletaknya negeri asal saya , yaitu Malaysia dan dengan susah payah berbahasa menerangakan mengapa saya ingin ke Eqaudor, Passport saya dochop dan saya mengatur langkah dari situ tampa menoleh kebelakang.

Mula wujudnya Cheeseburger Buddha

Untuk menampung sara hidup saya, saya bekerja abagi saorang ‘security guard’ dengan sebuah sharikat bernama J&J Secuirty. Salah satu tempat yang saya ditugaskan ialah sabuah kilang yang pernah pada perang dunia ke2 mengeluarkan kereta kebal jenis ‘Sherman Tanks’. Tetapi pada masa itu menghasilkan Kren atau kereta cakok. North West Engineering adalah satu2 kilang terbesar didaerah MidWest Amerika Selatan. Saya ditugaskan pada malam hari sebab bersekolah pada siangnya dan satu2 tugas kami dua orang ialah melakukan perjalanan dan mengunci jam yang kami galas bersama kami pada tiap2 sudut di mana terletaknya jam untuk dikuncikan sebagai menanda yang kami telah berlalu disitu, ‘Punching the clock’. Dari mula hinga ke pendhujung jalan yang melalui segenap perusok kilang dari tingkat atas pejabat dimana pelan induk dilukiskan ketempat mana Kren hampir siap dicat memakan masa hampir dua Jam.
 Teman saya yang bernama Vincent Kehoe berasal dari Kanada dan beliau pendiam dan sangat mudah bekerja denganya. Hanya satu masalah yang saya hasapi dengan beliau, yaitu beliau saorang yang selekeh  mungkin tidak mandi dua tiga hari dan rambut sentiasa dibasahi peluh. Saya percaya yang beliau saorang peminum arakm, a drunk, bila tidak bertugas. Badanya gemok dan perut boroi membuat beliau kelihatan hamper tumbang bila berjalan. Apa kirapun beliau tidak pernah bermasalah dengan saya tambah sentiasa menasihati saya tentang pelajaran saya.

Pada masa itu saya mula membaca gaya fikiran Jedu Krishnamurti dan Alan Watts yang saya jumpa di Library UWGB semasa bekerja sambilan sebagai penolong Librarian sebagai work srudy. Saya sangat tertarik dengan falsafah hidup yang diujarkan oleh tokoh kontamporari falsafah ini dan hingga sekarang maseh meneliti akan ajaran2 mereka yang mencabarkan pemikiran saya. Pada satu ketika semasa mengabil rehat disabauah tempat makan McDonald dimana saya di arahkan berada disitu untuk memastikan yang remaja2 yanguat  kunjungi tempat itu tidak berkelakuan tidak senonoh seperti melempar makanan atau bergadoh sama sendiri yang saling berlaku. Saya duduk membaca buku Aalan Watts disebelah tangan dan memegang doulble Cheeseburger ditagan sebelah lagi. Di luar bangunan snow bertimbun puteh, didalam panas hingga saya berpeluh kerana memakai uniform dan dilapisi baju dan seluar panjang memanaskan badan di musim sejuk, ‘Long Johns’. Tnegah ashik membaca saya terpegun dengan keadaan saya itu dimana saya berbelah bagi (dichotomy) diantara sejuk dan panas, luar dan dalam, membaca buku “The Way Of Zen’, yang bertemakan Buddhism dan memakan Cheeseburger yang mana bercangah dengan ajaran Buddha tak makan daging. Kamu nilah Cheeseburger Buddha! Sejak hari itu saya namakan persona saya sebagai Cheeseburger Buddha dan Blog saya dalam bahasa Inggeris juga mengunakan ‘Ramblings of the Cheeseburger Buddha’. Kartoon yang saya jadi kan watak Cheeseburger Buddha juga saya lukiskan untuk menonjolkan buah2 fikiran saya yang agak lucu atau sinis. Beliau menyerupai saorang sami Buddha Jepun, atau Zen Master.

Dato' Sam

Sampai Green Bay saya dapati yang bekas isteri dan anak saya telah bertolak ke-Germany dimana isteri saya dapat pekerjaan mengajar sekolah untuk pasukan tentra disana. Saya yang pada masa itu tiada tempat tinggal dan hanya mempunyai kereta yang sudah remuk sebelah dan apa2 yang berada didalamnya tiba2 merasa kesaorangan dan sangat tertekan. Saya buat keputusan maminta tulong dengan saorang sahabat baik saya bernama Francis Wilson dan beliau yang pada masa itu juga sedang menghadapi perceraian denga isterinya bagi saya kuci rumahnya untuk diguna.
Saya ingat benar akan peristiwa yang sangat menikam hati itu apabila saya dudok ditangga ruma beliau dan memandang kereta Chevy Impala saya yang telah membawa saya dalam satu perjalanan yang penuh dengan cabaran itu dengan hati yang sedeh dan resah. Saya hidup tidak bermakna lagi dan ambil keputusan memakhirkan hayat saya hari itu juga. Tetapi sebelum mengambil tindakan yang drastic itu saya teringat untuk bercakap dengan abang saya Razali di-Malaysia sebab saya pasti yang dia akan dapat member sesuatu nasihat atau pertujukan bagi saya pada masa itu. Selama tujuh tahun meninggalkan Malaysia saya tidak pernah menghubungi sesiapa pun.  Pada hari itu saya dengan tak sangka dapa menghubungi rumah abang saya di-Kuala Terengganu tetapi di beri tahu oleh orang gajinya yang abang saya tiada dirumah. Saya rasa sangat kesal dan mengeluarkan perkataan ‘Shit!” k etalipon dan didengari orang gaji itu. Beliau berkata, ayah kamu ada cakaplah dengan dia. Saya cepat2 meminta maaf dan minta dia dapatkan ayah saya. Saya becakap dengan ayah sama seperti beliau berada di satu bilek dengan saya dan saya menceritakan keadaan saya pada beliau. Inilah kali pertama saya biasa meluahkan persaan saya pada beliau.
Setelah mendengar segala yang saya sampaikan beliau ketawa dan ketawanya yang sangat saya kenali itu membuat saya lagi berang. Tetapi apa yang beliau katakana lepas itu membuat saya memikirkan dua kali. Beliau berkata, “Apa la lu susah hati, ini lu punya karma la, ia lu punya anak punya karma dan saya punya jugak la. Lu jaga lu punya karam, dia akan jaga dia punya sama saya pun jaga saya punya jugak. Sudah la jala terus jangan tengok belakang, jangan takut2 lagi, terus hidup la!” Selepas mendengar hujah ayah saya yang mudah dan mendalam itu saya macam ditampar dan baru rasa hilang segala resahan dan tekanan yang saya hadapi dan terus saya kePamperin Park yang berdekatan rumah itu dan duduk mula menulis tentang perjalanan saya.
Di-universiti saya dapat menumpang disana sini dengan rakan2 yang kebanyakan mula datang dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka di-UWGB. Saya digelarkan Dato’ Sam kerana selalu diundang bila ada masaalah yang perlu diselesaikan diantara mereka terutama sekali bila bermasaalah dengan warga tempatan. Pada mulanya apabila mendengar yang ada siswa dari Malaysia akan datang melanjutka pelajaran disitu saya mengundurkan diri dan jarang2 sekali berada dekat pejabat dekan dan registra kedua2 shabat saya. Bagaimanapun suatu hari saya ditahan oleh registra dna beliau meminta tolong saya dengan masaalah saorang murid pertama dating kesitu. Murid tersebut engan ke hospital dan gaduh kesakitan dikepala,  pening dan takut. Saya minta beliau dan ditemani saorang lagi murid bersamanya kerumah saya. Masa itu saya tinggal di’farmhouse, jalan Humboldt.’ Disitu saya tidurkan beliau diatas katil dan dengan diperhatikan kawanya say abaca AlFatihah dan meminta Allah mebantu saya untuk menyembuhkan si sakit, Saya letak tangan didahi beliau dan beliau terus lena. Saya terkejut tapi tidak kata apa2 dan suruh kawanya tidur di belah beliau malam itu.Pada esok harinya dalam perjalanan ke unniversiti sisakit bertanya. “Encik Bahari, say minta maaf nak Tanya sikit. Kelmarin apa Encik buat kat saya?” Saya jawab, “How do you feel now? Okay? Don’t ask.” Dari hari itu saya jadi orang tua disitu yang digelarkan Dato’ Sam.

Angelo DiBenedetto - Pelukis Terkenal

Saya tinggal bersama Angelo dan dua ekor anjing beliau Tudor saekor anjing jenis Golden retriever yang tinggi badanya hamper kebahagian pingang saya dan anjing betina yang selalu menyalak bila lihat saya. Bangunan yang dijadikan studio itu pada suatu ketika dulu ialah bangunan dimana emas di proseskan dan Angelo menyewa dan mejadikanya Art Studio beliau. Saya diarahkan meluangkan masa saya di situ dan coba membuat karia2 sendiri pada masa yang sama. Bila kesaorangan pada waktu malamnya ia sangat mengerunkan kerana kesunyian dan perasaan ditemani muka2 yang memrhati saya dari sekeliling bilek itu hasil karia pelukis yang sangat mahir itu. Dalam pada itu saya berasa sangat bertuah berada disitu menjadi saksi akan ciptaan beliau.

He was temperamental, once knocking Jack Kerouac down because the author insulted an opera singer. Angelo DiBenedetto was gifted, outspoken and opinionated, and always listed as one of America’s foremost artists in the 20th century. When he lived in the interior of Haiti for 19 months, he was initiated into the voodoo cult. His chosen home, far from the collectors and galleries and museums that bought his creations, was a tiny Victorian town with one gravel road reaching it
==In 1976, the Colorado Judicial Department held a contest to choose an artist to paint a huge mural for the ceiling of the breezeway of the new Colorado Judicial Building. From the 22 finalists, they chose Angelo. He had studied mural painting at Harvard University and later in Mexico with Diego Rivera and had painted many murals in the two countries. But this was the largest mural in America at 300 feet long and 10 feet high, a whopping 3,000 square feet. The 74 panels created for the mural each weighed 100 pounds and were made of cement asbestos, an inert material that wouldn’t attack the paint. (The asbestos probably contributed, along with his lifelong smoking habit, to his death from cancer in 1992.)


Saya tingaal bersama Angelo dan anjing2nya selama seminggu  dan dalam masa itu saya dibawa bertemu sahabat beliau sepasang suami isteri yang menjalankan usaha seramik, Tempat mereka tidak jauh dari Central City yang bernama ‘Black Hawk’. Pada suatu pagi saya member tahu kan mimpi yang saya alami pada malam itu. Dalam mimpi itu saya diberitahu yang saya in saorang ‘Ecclectic’, suatu perkataan yang tidak pernah saya dengar sebelum itu. Saya terkejut dari mimpi itu dan menuliskan perkataan tersebut diatas kertas dengaan ejaan mrngikut bunyinya, Eklektik supaya tidak lupa. Oleh swbab itu Angelo membawa saya kerumah kawanya dimana terdapat dalam simpanan beliau sabuah buku yang berjodol, “The Book Of Secrets”. Mengikut kenyataan pada muka pertama buku itu ianya hanya di cetakan 87 buah sahaja. Ianya buku yang tebal berwarna hitam kulit kerasnya dan mengandungi segala ilmu2 yang terdapat dalam sejarah manusi. Dari ilmu2 kuno India, Egypt, Cina, Greece dan lain2 lagi. Is juga di penohi dengan gambar warna bermutu tinggi mengambarkan pelbagai rajah berkenaan subject yang dibincangkan. Buku yang bersaiz A2 itu dipinjamkan pada saya dengan amaran menjaganya dengan baik semasa bersama Angelo.
Didalam buku terdapatlah satu bahagian yang menerangkan pa itu Ecclectic yang asalnya satu falsafah hidup mengikut satu ajaran di-Greece. Ringkasnya, ia adalah satu fahaman bagisesaorng yang dalam pengalaman hidupnya sering mengambil atau mengutip apa yang paling mustahak dan boleh diguna dalam hidup dan melepaskan yang lain, “ One who picks and choose the best of all possibilities life experiences has to offer and drop the rest.”

Saya dibawa oleh Angelo dan kedua rakan seni beliau ke Denver pada suatu hari untuk menyaksi karia beliau di siling Denver Hall of Justice dan pada waktu malamnya bermakan malam direstoran India selepas itu menonton wayang yang berjodol “The Pride and Passion” yang di lakonkan oleh Kirk Douglas. Cerita ini meriwayatkan kisah hidup saorang seniyang sangat terkenal yaitu Vincent Van Gogh. Filem yang hitam puteh itu sangat mencuit hati saya dan bila dapat menontonya dengan ketiga orang seni yang sangat matang itu ialah suatu anugerah yang tidak dapat di lupa. Pada malam itu juga saya membuat keputusan yang perjalanan saya sudah berakhir dan membuat persiapan pada esok harinya untuk pulang ke-Green Bay.

Central City, Colorado.

Banyak kerenah yang berlaku dalam perjalanan saya yang tidak dapat saya ceritakan dengan terperinci oleh sabab sudah kurang jelas peringatan saya dan kebanyakanya tidak begitu menarik. Sampai di-Denver kami berpisah dan saya mulai menuju kearah destinasi saya di-Colorado yaitu sabuah pekan kecil yang di namakan Central City,Colorado. Pekan in terletak di kawasan pergunungan dan asalnya pada satu masa yang lampau sebagai satu kwasan perlombongan emas atau Gold Mining Town. Ianya sekerang telah dijadikan pekan bersejarah yang dilawati turist, Tourist Town. Matlamat saya ialah melawati saorang pelukis yang terkenal disitu yang bernama Angelo De Benedetto berusia dalam linkongan 60 puluhan pada masa itu. Saya diberi alamat beliau olah rakan saya di-Green Bay dengan harapan supaya saya mesti kesitu jikalau berada di-Colorado.

The City of Central, commonly known as Central City, is the Home Rule Municipality in Gilpin and Clear Creek counties that is the county seat and the most populous municipality of Gilpin County, ColoradoUnited States.[6] The city population was 663 at the 2010 United States Census.[7] The city is a historic mining settlement founded in 1859 during the Pike's Peak Gold Rush and came to be known as the "Richest Square Mile on Earth". Central City and the adjacent city of Black Hawk form the federally designated Central City/Black Hawk Historic District. The city is now a part of the Denver-Aurora-Lakewood, CO Metropolitan Statistical Area.
Sampai saya di-Central City pada petang hari dan letak kereta berhampiran sabuah bangunan yang tingginya tiga tingkat dan usianya entah berapa lama. Saya dapati hanya satu restoran yang ada disitu yang entah mengapa dinamakan ‘The Mermaid Restaurant’.  Didalam terdapat berberpa orang pelangan yang sedang makan dan minum dan mereka memandang kearah saya dengan pertanyaan dimuka masing2. Saya bercerita kepada mereka perjalanan dan niat saya berjumpa dengan Angelo, tuan yang empunya bangunan tersebut. Setelah mendengar cerita saya, saya dilayan dengan lebih mesra dan di belanjai makan dan minum oleh berberapa mereka disitu.
Didinding restoran terdapat benyak lakaran2 yang di lukiskan di atas Napkin oleh mereka yang melawati tempat itu dan saya turut juga meninggalakan berberapa karia saya untuk di gantung bersama buat kenangan. Angelo, pada masa itu tidak berada disitu buat masa itu sebab keDenver dimana beliau baru siap lukisan muralnya disiling bangunan ‘Denver Hall of Justice’. Mural ini mempunayi 152 wajah2 pengasas undang2 didalam sejarah dunia, “Law Givers.” Ia termasuk Mahatma Ghandi, Madam SunYat Sen, John F. Kenedy, Socrates dan sebagainya. Lukisan in berukuran 7 kaki tinggi tiap2 satunya. Beliau juga seringklai diundang menjadi tetamukhas diTV PBS atau Public Broadcasting Station di-USA.  
 Setalah menerima pangilan talipon yang member tahu beliau ada saorang pelajar yang sedang menungu beliau di dalam keretanya yang dikelilingi salji bertimbun enam kaki tinggi malam itu Angelo bergegas kembali ka-Central City malam itu juga dan mendapati saya lena dalam kereta kesejukan. Beliau dengan marahnya membawa saya masuk kekediamannya dan menyiapkan tempat tidur saya di satu bilek kecil khas untuk sesiapa yang datang mengunjungi beliau.
Pda pagi itu saya dikejutkan Angelo untuk sarapan pagi dibahagian dapur yang juga bilek makan beliau. Makan paginya termasuk cereal atau bijian campur terdapt hampir satu guni besar yang dicampur susu dan termasuk sabiji pisang degan sekeping roti. Inilah makanan saya tiap2 hari katanya sambil kami makan. Ianya sederhana tetapi banyak oleh sebab kerapkali salji mambuatkan mendapatkan makanan dari luar sukar sekali. Dikeliling bilek itu juga terdapat pelbagai arca2 yang antic dan ia termasuk satu patung Kuan Yin yang diperbuat dari kayu.

Selapas makan saya diperkenalkan dengan studio Angelo yang seperti gudang tiga tingkat besarnya penuh dengan karia2 beliau yang dah siap dan maseh belum. Tingkat tas sekali ialah tinkat dimana wujudnya studio lukisan beliau dan disini terdapat lukisan2 dilukiskan dengan charcoal atau arang dan compte crayon berwarna kemerahan watak2 yang dilukiskan di mural yang baharu siap pada siling Denver Hall of Justice. Lukisan2 muka dan tubuh badan tiap2 pengasas undang2 dunia dalam sejarah, Law Givers’, dipamerkan dalam keadaan lakaran atau ‘Study Drawings’.  Dikelilingi lukisan2 ini sangatlah mengkagumkan dan memeransang bagi saya yang sedang maseh mencari ilmu seni seseorang yang tulen. Saya berasa berada dalam studio saorang seni yang unggul dan berkaliber tinggi.

Perjalanan menuju Denver, Colorado.

Hampir pagi satelah memandu berjam2 dalam keadaan sejuk dan setelah mengalami pelbagai kecemasan, badan saya mulai rasai hilang tenaga dan saya tidak dapat mersai tangan yang mengengami steering wheel lagi. Saya buat keputusan berhenti dan tidur ditepi jalan menungu ketibaan pagi hari bedekatan satu kawasan yang saya ternampak ada lampu dan bangunan2, saya berehat disitu buat keselamatan. Saya terjaga dan mendapati matahari sudah muncul dilangit dan saya berada berdekatan dengan sebuah kedai runcit yang di kunjungi berberaba orang tempatan disitu. Apabila masuk kekedai itu saya diberi pandagan yang tidak menyenangkan membuat saya lekas membeli kopi panas dan sebiji roti buat sarapan pagi dan berundur dari situ dengan secepat mungkin. Begitulah pengalaman saya merentasi Highway 666 diantara pekan Gallup dan Durango.
Sejam lebih kemudian saya tiba di-Albuquerque dimana saya terus menuju keuniversiti Albuquerque dan meletak kereta di parking lot disitu. Saya memberi tahu keadaan saya kepada saorang penjaga kereta di situ dan beliau memberi izin supaya kereta saya tidak akan digangu. Disitu saya membuat pangillan talipon kepada Dekan Pusat Seni di-Univesiti di- Green Bay, Mr.Jerry Olsen, yang juga sahabat dan peminat saya dan sentiasa meneliti perjalanan saya. Saya memberi tahu akan situasi saya yang perlukan bantuan wang untuk menyambung perjalanan ke-Colorado. Jerry menyatan yang dia dapat menghantarkan wang itu tetapi mesti dapatkan alamat dan akan memakan dua atau tiga hari.

Untuk memendekan cerita saya akhirnya bertolak mennuju ke Colorado dengan jalan yang sama yaitu Highway 666. Tiada satu yang berlaku pada hari itu tetapi bila saya mulai keluar pecan Durango saya ditahan oleh saorang lelaki berkulit puteh yang hanya memakai seluar dalam dan berkaki ayam. Dia mengepit pakaian sambil menjekek2 kerana kesejukan tapak kaki menjejak tanah bersalji itu. Apa pulak ni?! Saya bertanya dalam hati sambil berhenti ditepi jalan untuk memberi bantuan. Selepas mengenakan seluar dan sepasang kasut yang saya berikan padanya kami menolak ke-arah Denver. Di dalam perjalanan beliau beceritakan perihal keadaan beliau yang malam itu bermalam di sabuah park berdekatan dan apda paginya di rompak oleh sekumpulan warga Mexico.