Hidup Seperti Teratai

11:16 AM Shamsul 0 Comments

Saya meninggalkan Pulau Pinang dengan perasaan seperti dialam mimpi tampa emosi. Saya tidak pandang belakang kerana sedih meninggal datuk saya yang mungkin tidak akan saya dapat menatap wajahnya  lagi dan takut akan terlalu sedih meningalkan teman yang saya kasihi sejak saya faham apa itu makna bercinta, takut kalau saya akan kechewa meninggalkan kampung yang saya dibesarkan dan jalinan persahabatan yang saya hargai sejak kecil lagi; saya bertolak ke-Kuala Terengganu tampa perasaan. Yang memberi pernafasan pada masa itu hanyalah perjalanan itu sendiri dimana saya dapat melihat satu Bandar demi satu Bandar yang kami lalui. Saya dibawa oleh Uncle Charlie, saorang Cina sahabat bapa suadara yang kebetulanya dalam perjalanan ke-Kota Bharu, Kelantan untuk tugas barunya. Penghijrahan saya ini berlaku pada awal tahun 1962, umur saya dua belas tahun dan saya akan masuk tingkatan satu billa tiba di Pantai Timor kelak. Dalam sepanjang perjalanan yang memakan hampir dua hari itu hati saya hanya merasa kaku, saya tidak rasa sedih atau gembira. Apa yang saya faham sekarang yang dikatakan alam ‘Limbo’.
Masa saya bertolak dari Pulau Pinang, Kampung Selut sudah tidak wujud lagi oleh sebab pembangunan yang melanda sejak tahun 1960 lagi. Habis rumah2 kayu dan hutan jeruju di kambus oleh tanah merah. Bau selut air masin hilang dan digantikan oleh baunya tanah merah, tanah bukit. Bagunan perumahan murah yang seperti reban ayam diperbuat dari batu bata didirikan berderet untuk memindahkan penduduk kampung ke rumah baru mereka. Kami tidak lagi mengharungi air pasang atau menjejak langkah dalam selut untuk keluar dari kampung. Saya bersyukur kerana dalam hidup saya ini telah dapat mengalami perasaan hidup diKampung Selut. Saya berasa banga kerana beasal dari lubang udang ketak dan ikan tembakul, dari selut saya jadikan hidup saya ini penuh dengan pengalaman yang melingkungi merata negeri dimuka bumi ini. 
Bak kata Sang Buda, " Biarlah kita hidup ibaratkan bunga teratai, walaupun akar umbi tengelam didalam air selut bunganya tetap suci dan menawankan."    








0 comments:

Berhijrah keKuala Terengganu -1962

10:38 AM Shamsul 0 Comments

Sejak tamparan itu saya merengangkan diri dari bercampur dengan budak2 Melayu dan mulai bergaul dengan rakan2 Cina dan Hindu. Saya kerumah mereka dan makan minum bersama dengan tidak rasa salah atau jijik. Mereka menerima saya tampa hukuman bagi peribadi saya, Semasa di sekolah rendah hidup seperti sebelah kaki didalam syurga dan sebelah di dalam neraka. Saya selalu menerima pujian dalam semua bidang pelajaran kerap mencapai markah tertingi dalam class dan adakala dalam satu sekolah yang sama darjah dengan saya. Tetapi saya buntu dalam pelajaran Mathematik Tiap2 class ilmuhisab saya rasa saya didalam neraka dan di seksa kerana tidak boleh campur , tolak, bahagi atau kali dengan betul.. Guru2 yang mengajar kami pun jadi bengis dan menghukum dengan bermacam deraan termasuk berlodehkan seluar dan jalan kabilek Guru Besar untuk di rotan, semua kerana tidak ingat sifir; dua kali tiga?
Tiap2 hujung tahun pada Hari Ibu Bapa saya akan naik kepentas untuk menrima hadiah2 yang saya perolehi, Bahasa Ingeris, Seni, Intelligence Test, Tempat pertama dalam darjah dan lain. Tetapi hidup memang dalam kedaan sengsara dan ketakutan dan tiada siapa yang dapat saya luahkan masalah yang saya menanggung dirumah dan disekolah. Pada masa ini juga keluarga saya telah berhijrah ke- Kuala Terengganu dan yang tinggal di-Pulau Pinang hanya saya dan dua orang abang yang jarang saya  bersapa sebab mereka juga menjadi anak angkat orang.. Satu dibela orang Melayu dan yang lagi satu dibela oleh keluarga Cina.
 Saya berusaha terus membela diri sendiri sahingalah tiba harinya dimana watak watak yang sabenar dibongkarkan. Ia berlaku suatu hari apabila Ma‘Cak memberi tahu bapasaudara saya yang saya akan besunat bersama sepupu saya yang tua satu minggu daripada saya, Zakaria Marekan.

Bak perpatah Ingris,”The cat is out of the bag.” Bapa saudara saya terus membantah sebab bagi dia saya adalah saorang Buddhist bukan Islam dan Ma’Cak membalas yang saya  adalah saorang yang boleh membaca ayat2 dari Quran dan kerap ke mesjid. Keputusanya di  buat oleh abang saya di Terengganu untuk saya dikembalikan kepada keluarga sendiri. Saya tidak pernah lihat bapa saudara sedih apatah lagi mengeluarkan air mata. Dia meluahkan persaan dengan sedihnya untuk berpisah dengan saya pada satu ketika kami duduk dibenteng Padang Kota Lama berhampiran Fort Cornwalis. Saya tidak kata apa dan tidak rasa apa2 pun, saya hanya hangguk kepala dan menerima satu lagi cabaran yang menentukan prubahan masa depan saya dengan tangan sentiasa terikat dan mulut terkunci. Maka berjirahlah saya buat pertama kalinya.

0 comments:

Ujian Zahir dan Batin dari awal lagi.

10:16 AM Shamsul 0 Comments

Dari umur satu hinga dua belas saya di besarkan memahami dua Agama sekaligus, yaitu agama Buddha dan Agama Islam. Ini adalah satu2nya perjalanan hidup saya yang sangat mencabarkan sunguhpun saya masih budak lagi. Bapa saudara engan menerima Islam pada zahirnya, beliau engan pada masa itu meninggalkan agama asal datuk iaitu agama Buddha. Beliau pernah menjalankan amalan Buddha sebagai saorang Sami di Sri Lanka dua tahun masa beliau masih remaja dan mungkin lebih tertarik dengan Agama bekenaan. Jadi saya yang bawah jagaan beliau di asuhkan oleh beliau untuk membesar sabagai saorang Buddhist. Saya dihantar belajar agama Buddha pada hari cuti hujung minggu bertempat di-Wat Mahindrama dimana terdapat hasil karya datuk saya disekeliling dinding2 Wat itu termasuk di silingnya juga. Jadi bagi saya tidak jadi masaalah sebab datuk sentiasa dikeliling dan disisi kami. Kami juga dimanjakan oleh Sami2 yang asalnya dari Sri Lanka dan kenal akan siapa asal kami.
Saya diajar selain daripada cara menyembah dan bacaan dalam bahasa Sanskrit Sutra2 Buda, belajar bahasa asal Buda yaitu bahasa Pali. Buda dikatakan mengajar dalam dua bahasa, bahasa Sanskrit dan bahasa yang di ciptakanya sendiri, yaitu ‘Pali’. Bahasa ini terdapat kebanyakanya dikalangan penganut Buda di-Negara Asia tengara seperti, Sri Lanka, Burma, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Bahasa ini boleh dikatakan satu bahasa khas untuk keagamaan Buddhisme.

Masaalahnya di rumah sukar diatasi sebab tiada siapa lain daripada bapa saudara dan saya yang ketahui akan dilema hidup yang saya hadapi pada usia yang masih belum matang fikiran lagi. Kata2 Ma’Cak tentang nasib saya pada masa depan selalu membisik ditelinga meningatkan supaya saya faham secepat mungkin akan keadaan sebenarnya. Saya terpaksa menerima hakikatnya yang hidup saya ini lain pada yang lain. Saya ada peranan hidup yang luar jangkaan dan perlu dilaksanakan dengan perihatin demi kepentingan semua yang ada kait mengait dengan perjalanan hidup saya. Untuk menjaga ketenteraman semua pehak saya mula mengatur gaya hidup saya sebagai saorang penganut dua agama; Islam Dan Buddha. Pada masa saya di-rumah dan bergaul dengan rakan2 di-Sungai Pinang, saya saorang Muslim tampa ragu dan tiap2 Sabtu dan Minggu saya saorang penuntut agama Buddha untuk memenuhi kehendak orang yang menangung sara hidup saya. Pada jangka inilah dalam hidup saya saya mula menyoal akan ma’na hidup dan siapa diri saya dan yang paling penting apa itu Agama. Walaupun pada masa itu saya tidak faham macam apa yang saya nampak sekarang, sejak dibangku sekolah lagi saya sudah dicabar memileh agama; Allah ataupun Buddha. Di bangku sekolah, iaitu Sekolah Rendah Francis Light saya menerima tamparan pertama apabila saorang rakan Melayu mencaci ,  “ Hnag ni Kapiak!” Ini disebabkan saya tidak dibenarkan ke Mesjid untuk sembahyang Jumaat sama saperti murid2 Melayu yang lain. Ini atas arahan bapa saudara saya yang mengarahkan guru saya supaya saya dikecualikan kemesjid hari Jumaat kerana sebab2 tertentu.

0 comments:

Keturunan kacokan Sri Lanka dan Indonesia.

6:36 AM Shamsul 0 Comments

Nama asal datuk saya ialah Paul Mariano sebelum beliau memeluk agama Islam dan nama Islam yang diberikan untuk beliau ialah Taib bin Abullah. Beliau berketurunan Singhalese iaitu keturunan Arya yang akhirnya menetap di Sri Lanka pada zaman silam. Mak Cak kami pernah mengatakan yang datuk saya adalah seorang ahli falsafah selain daripada seorang pelukis. Beliau menerima bermacam nasihat dan ajaran tentang hidup dari datuk. Agama asal datuk kami adalah agama Budha dan karia beliau yang mengambarkan kisah riwayat Sang Buda boleh dilihatkan hingga sekarang di Wat Mahindrama (Buddhist Temple) terletak di Jalan Terengganu, Pulau Pinang. Wat ini adalah sesuatu Wat yang paling tua di negeri ini. Sekali sekala saya singgah untuk menghayati karya datuk saya yang meliputi kesemua dinding-dinding di dalam bangunan tua ini.
Datuk dan nenek kami yang bernama Zainab binti Husin dipertemukan dan disatukan di Medan, Sumatra iaitu tempat di mana datuk seringkali membuat persembahan di istana. Beliau dikatakan bersahabat karib dengan Sultan pada masa itu satu kerana kedua-duanya kaki minum. Akhirnya Sultan memperkenan untuk mengahwinkan datuk dengan sepupunya. Datuk memeluk agama Islam di Deli berhampiran kota Medan. Dikatakan pada zaman permerintahan Presiden Soekarno, datuk dan nenek melarikan diri ke Pulau Pinang bersama anak-anak mereka. Ada satu ketika, Nenek menerima kunjungan dari Deli. Terdapat dua tiga orang yang datang membawa bersama mereka kain-kain batik dan barang hiasan emas pada tiap-tiap tahun hingga beliau meninggal dunia. Dalam perjalanan saya ke Indonesia (2004) , saya pernah ke Medan dan ke Istana. Di sana saya cuba untuk mendapatkam maklumat tentang keturunan saya dan tempat ibu kami dilahirkan tetapi setelah mendapat layanan yang tidak memuaskan saya ambil keputusan untuk lupakan saja babak ini dalam hidup kami.

Saya di manjakan oleh Nenek dan selalu mengekori beliau kepasar di Jalan Kuantan (Kuantan Road Market) , tidak jauh dari Sungai Pinang boleh berjalan kaki. Kuatan Road Market yang pada masa itu sangat meriah penuh dengan orang dari berbilang bangsa menyaga dan membeli belah menjadi tatapan bagi minda kami yang selalu penuh degan imaginasi . Nenek selalu akan memulas telinga kami sebab mahu itu dan ini atau engan membawa ikan (terubuk) yang di- beli hala balik. Saya merasa sangat bertuah dan megah berjalan disisi beliau walupun kadangkala di heret dengan telinga. Kami percaya Nenek pada masa mudanya mestilah saorang yang sangat segak dengan kulit kuning langsat yang diturunkan kepada ibu kami dan bapa saudara kami. Beliau sangat disegani dan dihormati oleh peduduk kampung sebab beliau sangat alim dan warok.  Dalam hidup mereka Datuk dan Nenak mengambil bela dua orang anak angkat, yang sulung iaitu Ma’Cak dan yang bungsu Ma’Ba terkenal dengan gelaranya, Ba-Selong. Pada masa kini hanya Ma’Ba sahaja yang masih hidup.
Bersambung lagi......

0 comments:

Asal Selut Pulang ke Selut 2

11:05 PM Shamsul 0 Comments

Akibat mandi air pasang, selepas keseronokan yang tak terhingga itu, saya dimandikan dengan air tawar oleh  Mak Cik kami siap dengan berus dan sabun basuh baju yang kasar. Itupun selepas dua tiga kali diselinap dengan rotan di pungung yang basah. Mak Cik kami yang dikenali sebagai Mak Cik Noney ialah orang yang mengasuh saya sejak dilahirkan dan dijadikan anak angkat oleh bapa saudara saya yang dikenali sebagai Uncle oleh seisi rumah. Nama yang sebenar ialah Hamid Bin Taib @ Paul Nanda. Kedua-dua mereka adalah adik dan abang. Mereka masih tidak berumahtangga pada masa itu. Kami merasa sangatlah bertuah dilayan oleh mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu kandung saya adalah anak yang sulung dari ketiga beradik dan merupakan anak kandung datuk dan nenek saya.

Datuk berasal dari Ceylon yang sekarang dikenali sebagai Sri Lanka dan beliau adalah seorang pelukis dan dan bertugas sebagai pelukis latar belakang untuk kumpulan Persembahan Bangsawan yang sering membuat persembahan di sekitar Nusantara pada masa itu. Mak Cik saya pernah menceritakan tentang gelagat datuk yang selalu minum arak hinga mabuk. Beliau akan pulang pada tiap-tiap malam terhuyung-hayang mabuk dan akan menyeksa anak-anak beliau dengan menyuruh menyayi dan menari. Pada suatu hari Mak Cik memberi tahu pada beliau, latar belakang untuk persembahan pada esok hari belum disiapkan. Datuk saya kembali ke pentas Bangsawan malam itu juga dan diekori oleh Mak Cik. Beliau melihat datuk saya tuang berberapa warna di atas kanvas yang besar itu dan menanggal kasutnya. Beliau kemudian memijak kaki ke atas cat yang di tuang dan berjalan merata-rata di atas kanvas dan lama kelamaan timbullah pokok-pokok yang dipenuhi dengan daun-daun melengkapi latar belakang seperti yang diharapkan oleh majikannya.


 Dalam episod yang lain, Mak Cik pernah menceritakan bagaimana datuk saya yang kesemua seisi keluarga memanggil dengan nama Sia, dalam keadaan mabuknya telah tertinggal satu peti yang penuh dengan wang kutipan hasil dari persembahan pada malam itu dalam teksi. Pemandu teksi yang menghantar datuk saya hari itu mungkin hari ini telah menjadi seorang jutawan, dan datuk saya mula hilang kepercayaan dari rakan-rakan beliau dan menjadi muflis. Minum arak ialah penyakit yang membelenggu datuk dan ayah saya. Kedua-duanya berasal dari Sri Lanka dan kedua-duanya merupakan pakar dalam kesenian masing-masing. Datuk seorang pelukis dan ayah pula seorang tukang emas. Saya dapat bersama datuk sehingga umur dua belas tahun. Saya selalu disuruh oleh datuk memicit badan beliau dengan upah sebanyak lima atau sepuluh sen yang pada masa itu tinggi nilai. Datuk suka makan sirih hinggakan misai dan jangut beliau yang  putih melepak selalu berlumuran merah seperti darah. Beliau akan meludah air sirih yang berwarna merah itu ke dalam tin yang disediakan. Telah menjadi tangungjawab saya untuk mengosongkan ‘spitoon’ atau tin ludah beliau. Suatu tugas yang cuba dielakkan oleh kesemua sepupu-sepupu kami yang juga jadi mangsa tabiat datuk. Saya sangat kasih akan beliau. Rupa beliau seakan seorang Eropah, berkulit putih, rambut, misai dan jangut pun sama. Apa paling menarik yang saya perhatikan tentang beliau ialah beliau sentiasa melakukan sesuatu seperti menulis,membaca, melukis mereka patung-patung dan haiwan dari kertas ‘Paper mache’. Jarang sekali saya melihat beliau melepak tanpa membuat sesuatu. Hingga sekarang saya memegang amalan ini dalam hidup saya. 





0 comments:

Asal Selut Pulang keSelut.

11:23 PM Shamsul 0 Comments

Masa itu tak pernah saya dengar yang ada kawan yang mati kerana cacing dalam perut atau lebih teruk lagi sebab bermandi didalam air yang kotor dan jijik itu. Kebanyakan rakan-rakan saya mati kerana ‘drug overdose’, mati disebabkan dadah semasa remaja. Sungai Pinang pada masa itu sudah terkenal dengan penyalahgunaan ganja dikalangan remaja. Ketika itu masa saya masih berusia empat atau lima tahun. Baharul Alam Football Club, merupakan sebuah kelab bola sepak juga dimana kami selalu duduk untuk menyaksikan perlawanan  sepak takraw oleh “terror-terror” punya kaki bermain, dari Jelutong dan Kampung Rawa. Kami budak-budak selalu 'high' atau 'nishan' disebabkan hembusan asap ganja yang dihisap di bawah kelab. Pada masa itu tidak pernah ada serbuan polis untuk menangkap mereka yang hisap ganja atau lebeih dikenali sebagai 'dam' di Sungai Pinang. Ynag membawa gejala dadah ialah apabila ganaj di gaantikan dengan heroin dan bermacam lagi dadah yang dimasukan dari luar dan di ciptakan dari bahan bahan kimia.
 Boleh dikatakan 90% daripada mereka yang lepak di situ, (BAFC) bekerja di Weld Quay, sebagai Pegawai kastam, Pegawai imigresen, kuli kapal dan lain-lain. Orang ‘Haba-bot’. 
“Oi! Teh, kapal apa masuk malam ni? Rajula ka, Chusan?”
“Tak tau lah, dua-dua dok sangkut tegah laut lagi tunggu kastam jalankan tugas!”
Kelab BAFC juga menjadi tempat berpolitik dan berjudi. Nama-nama  anak tempatan masa itu termasuklah, Bashah (mabuk), Teh  (putat), Meei Gong, Ali (jemuan), Hamid (hitam), Rahim Mak Iteh,  Chop (Mawa), Bakar (Mata). Dol (pengkak), Ahmad (Lokan) dan tak lupa juga Bramsa(gila), semua takut kepada Che Amad Penghulu, hero kami masa itu, ‘Keeper of the Peace’, ‘ Joe Don Baker, Kampung Selut! “Stand tall and deliver!”  Kalau ada Komplain saja dari orang kampung sebab bising, bergaduh, kacau anak-pinak orang, siap hampa, tunggu Che Ahmad mai dah gerenti dia nanti hulok satu dua biji, macam Makassim (Chirit) kena belasah bawah Kelab.
Polis masa tu jarang sekali lalu di kawasan Sungai Pinang Kampung Selut. Lalu memang cari nahas, (DOYOK!), kena lastik batu kat kaki, tapi polis masa itu pun taklah bodoh sengaja nak ronda kat situ naik basikal. Polis masa tu seluar pendek, setokin panjang, paha dengan betis jadi sasaran.  Kampung Sungai Pinang adalah satu-satunya tempat yang disegani bangsa Cina  pada masa itu, terutama sekali pada masa rusuhan perkauman. Anak-anak 'hantu' Sungai Pinang yang original sudah hilang satu persatu, kebanyakan menjadi mangsa dadah.  Anak-anak muda yang ada sekarang hanyalah pendatang yang berasal dari kampung atau mukim lain. 
Sama seperti tabiat kanak-kanak merata dunia, pantang melihat air pasang di depan rumah tanpa ingin terjun terus dan jadi Tarzan, atau ‘Morgan The Pirate.’ Masa itu Kaptain Jack Sparrow belum wujud lagi. Dalam asyik berperang seperti lanun di laut selam timbul tanpa menghiraukan apa-apa, najis hingap di atas kepala akan menjadi bahan ejekan dan gelak ketawa kawan-kawan. Satu-satu ilmu yang dipelajari bila pekara ini berlaku ialah kepercayaan seratus-peratus dan  jangan sekali-kali tidak percaya akan teguran ini dan cuba meraba diatas kepala untuk pastikan kebenaran; dimana mulanya hanya kepala sekarang tangan pun kena najis. Percayalah walupun ia hanya gurauan, dan cara membersihkan, selam jangan timbul di tempat yang sama, malah jangan timbul sehingga rambut disyampu betul-betul dengan selut. Basuh elok-elok selut di kepala sebelum timbul. Dulu kami tidak diajar berselawat jadi dengan keyakinan sajalah terima hakikatnya yang kepala kami sudah dicuci bersih dengan syampu semula jadi iaitu selut!
Bersambung...

0 comments:

Asal Usul KU.

10:56 PM Shamsul 0 Comments

12hb. 8 1949; Kami dua beradik dilahirkan.


Journey to the Lord of Power’.
“ Mujok hang tak mati lemaih dalam perut mak Hang, aku tak sangka yang ada lagi satu dok tunggu nak keluak, aku ingat mak hang turun darah lepaih abang hang keluak.” Kata Mak Timah Bidan yang juga kakak kepada ibuku.  Mak Timah atau dikenali juga dengan panggilan Aci Timah Bidan sangatlah terkenal sebagai saorang bidan di-Kampung   Selut, Sungai Pinang malah beliau dikenali merata kampung lain seperti Kampung Dodoi, Kampung Makam, Jelutong, dan lain lagi. Mami Habsah Bidan adalah bidan yang kedua di kawasan yang sama tetapi tidak terkenal seperti Mak Chak kami.

Oleh sebab beliau anak sulong dalam keluarga Abu Taib bin Abdullah dan Zainab binti Husin, semua orang dalam keluarga kami panggil dia Mak Chak. Mak Chak lebih gelap kulitnya.Beliau merupakan seorang peranakan Hindu. Rupa beliau  manis dengan tubuh badan yang kecil. Mengikut datuk saya, beliau asalnya anak seorang Badwi yang berasal dari Negara Sudan. Datuk saya mengambilnya sebagai anak angkat.  Beliau selalu berbaju kurung Jawa, berkain batik dan sentiasa mengepit beg tangan hitamnya bila ke sana sini. Bila  duduk bersembang, rokok daun sentiasa dimulut. Kadangkala apabila sudah selesai tugasnya, beliau akan kelihatan membawa bakul pengkeras yang selalunya diisi dengan sebiji kelapa tua, beras, sepucuk damak, seutas benang basah dan sintok limau dan kadangkala sehelai kain batik yang belum dipakai. Inilah upahnya memberi bantuan sebagai  seorang Bidan. Ada kemungkinan yang juga menjadi upahan, yang tu saya tak dapat pastikan sebab bila kecek duit kat dia, kena pulaih telinga lepas tu baru dapat lima sen. 
Pada setiap hari, pada musim air pasang besar, air masin akan membanjiri semua kawasan kampung sehinga enam kaki tinggi. Keadaan ini berlaku dua kali dalam sebulan, air pasang malam dan air pasang siang.  Kawasan kampung in terletak dalam kawasan bakau atau ‘mangrove swamp’. Apabila air surut segala sampah sarap ditinggalkan termasuk bangkai haiwan seperti anjing, babi, kucing, itik dan ayam. Bayangkanlah apa berlaku dengan bahan dari jamban di sekeliling kampung. Sudah menjadi kebiasaan menemui najis terletak di atas anak tangga rumah masing-masing dan tak pernah ada tuduh menuduh di kalangan jiran. “Hoi! Ni najis hang la ni!,”  soal asal-usul tidak dipolitikkan. Pada masa air surut dan cuaca panas terik, seluruh kampung diharumi bauan selut, bauan bangkai binatang2, dan najis yang di tanggalkan air pasang. Keadaan ini juga sudah jadi kebiasaan bagi kami penghuni Kampung Selut. Pada mereka yang datang mengujungi kami selalunya kelihatan menutup hidung dengan kain selendang atau dua jari memicit hidung mereka . Bak kata, alah bisa kerana biasa, inilah gaya hidup kami sejak dilahirkan hingga umur enam tahun.









    

0 comments:

Sayonara!

11:58 PM Shamsul 0 Comments

Really i have come to an end almost of sharing my life in my blogging; The Chessebuddha Buddha is coming to an end getting ready for the next phase. I am now about to launch my malay or Bahasa Malaysia version and am calling it-OTAI Kampung Selut. (Sungai Pinang, Penang). So it has been a very long and tedious journey and Ia ma glad I can keep it udated as much as i could for the past almost 12 years and now Almost half a million hits, and not a penny richer from it...well I need not go on. But, it has been a xatharsis and a great healing journey of self discovery and in knowing you truly are before you exit this show for good. Understand my character, who am I? 
Now i will take a retreat from this dimensio and move into the next which will keep me busy writing to a fellow Malay Muslim audience. It will be my New year's Resolution, before i forget what it is that i am looking for in this Life. My life has been a 'Practice' which I latter adopted the Zen Tradition of what it means to do One's Practice in life. 
Outside I am the servant to All great and small...Inside I am the Ruler of My Universe. Enter my mind at the mercy of and grace of my Lord. May he forgive me for my sins great and small, seen and unseen, done and yet to be, Let Him bear witness that there none but He is my Lord and one truly Allah-hu- Akhbar... Lord of Power and of the Creation, let it be w itness unto my fellow man that I have surrendered my soul, nmy life and death unto Him. All these years of blogging pouring my heart out inot the world, it was all in trying to make sense out of non-sense, filling up empty spaces with more positve energy and creativity than with doomsday stories and conspiracy theories, discussing life at a coffee table with Teh tarik. Iam now going to make a "Leap of Faith' as another new year's resoluytion for me; i need to make a drastic attempt at doing less.My age is catching up with me and i am merely repeating myself if i keed on with this Blog; same old stories only wrapped up in different tissue. So I wish to bid you all my good readers from all over the Free World...HAVE A VERY HAPPY NEW YEAR!!!
Let us all to give our utmost Power and Energy from Within All of &Us...Let us all call out our Lords  our Gods oiur Faith from within and without to UNITE! We are the Force of Humanity! We emanate peace and justice and we decide the fate and future of this Planet we call our Home! I for one am with  you as I have done through my Blog, My ramblings, my thoughts and ideas my feelings and perceptions;'all in all it is  just another brick in the Wall!'
When you have an understanding  of who you truly are, that which was before your parents had conceived you before they even met, when you have a glimpse of who you truly are and accept and become it...the Universe becomes a Playground.Let us All together gather ourselves and set our target and shoot out our energies for LOVE and Peace throughout this Planet or ours. If not Here where? If not Now, When? Put Practice into action, lock you mind in a strong focal point of our aim...PEACE and LOVE- prevails throughout this Universe; War and Violence has no place in IT.!!
Insha'Allah! God Willing, by the Wisdom of the Buddha's Teaching and by the Yoga of Patanjali and the Perceptions of Lao Tze and Chuang Tze, in the Taoist Way. I am appealing toy all great minds that are like me looking for an answer to World Peace. Looking for a solution to humanity's slow;y drifting off its course too much to the darker side of the force. We are calling for own self destruction through the Negative use of Brute Force and Military Might. Sadly it is happening in one too many places throughout this Planet of ours. Not only at the cost of human lives alone but the desecration of the environment is beyond forgiveness, what we are capable of doing to safeguard our sense of Greed. 
Shalom! Peace be unto You! May you brighten even more with the coming year.
Till Then ....Hasta Las Vista! Sayonara! Selamat Berjumpa Lagi! 

0 comments:

12:47 AM Shamsul 0 Comments

OTAI Kampung Selut

                (Sungai Pinang, Penang.Mal.)

As targfirulLah Al GhafuruRahim! Aku pohon Restu Allah atas segala yang ku sajikan... Bismillah HirRahman Nirohim.

 Kawasan Kampung Selut, Sungai Pinang terletak padas satu masa dulu di antara Jal Jelutonfg, Jalan Sungai Pining dan Jalan Sungai, atau dulu dengan nama asalnya, River Road.Ia terletak di lingkungan Sungai Pinang yang dulud dikenali sebagAI KAWASAN ''Kuala'.Jadi billa ayer pasang besar, 90% kawasan in di tengelami ayer masin. Kampung ini di kelilingi hutam jeruju, pokok yang paling berduri dari akar ke pucok. Kawasan rumah kami masa itu seumpama hidup di dalam selut bersama dengan udang ketak dan ikan tembakoi. Kawasan in terletak dalm kawasan 'mangrove Swamp' atau hutan bakau. Disinilah saya di lahirkan bersama abang kembar saya pada satu ketika dan Mak Timah Bidan, Ma'Cak Kami lah yang melahirkan kami. Beliau baharu bersalin kepada abang sepupu saya, Zakaria, beliau menjadi bidan kepada ibu saya.
Perjalanan hidup saya ini ialah perjalanan seorang hamba Allah yang mencari keredhaanya, selangkah demi selangkah, dengan tiap tiappernafasan say bergerak langkah menuju mengadap Yang Maha Esa. saya cuma ingin berkongsi cerita apa yang pernah berlaku bagi didri ini pada suatu ketika dahulu dalam hidup saya....
Enjoy the Trip...
   

0 comments: