Sekolah Menengah Sultan Sulaiman - 2
Selain daripada abang saya Cikgu
Razali, saya dan kembar juga saling di layan guru lain yang tingal di Kuartes
Guru dalam kawasan sekolah. Salah saorang guru yang saya minati adalah Mr.
Ong yang mengajar Industrial Arts dan lain mata peljaran bersamaanya. Mr. Ong
bagi saya yang masih muda dan mentah masa itu adlah saorang yang paling unik
perangainya. Dia saorang yang tegas hampir kasar bila bertutur tetapi dibawah
lapisan ketegasan itu kadangkali timbul sifat lembut yang mambuat saya hormat
beliau sebagai saorang guru dan kawan. Semasa berlakunya perusohan May 13, saya
dan Mr.Ong ashik bermain carom diruang tamu Quarters guru. Banyak nasihat dan ilmu
saya perolehi dari jalinan persahabatan diantara saorang murid dan guru. Kali terakhir kami
bertemu ialah pada masa beliau menolong saya membawa Isteri dan anak saya yang
baru lahir kelapangan terbang di Subang awal tahun tujuhpulohan. Kami anak
beranak dalam perjalanan berhijrah ke-Amerika Sharikat pada masa itu.
Mr. Reza Piyadasa adalah saorang guru
seni halus di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan saya berpeluang menjadi
murid beliau dan juga adek angkat bila
diluar darjah. Pia berketurunan Seri Lanka dan ini mengeratkan kami denganya
sama seperti abang lebih daripada saorang murid. Satu nilai Pia yang saya
kagumi pada masa itu adalah gaya dia mencipta sesuatu. Rokok sentiasa dicleah
jarinya dan kopi O mesti ada di samping atau berdekatan. Ia membuat saya rasa
yang beliau berfungsi atas asap dan serbok kopi dalam badanya yang kurus kering
itu. Pia adalah seorang ulat buku dan buku2 yang dia baca boleh dikatakan
mengenai seni, kalau tidak melukis dia membaca dan kalau tidak melakukan kedua
ini, pasti dia tidur. Oleh sebab keadaan yang wujud disuasana Terenganu dimana
sukar dapat kawan2 yang sama kepala seperti beliau, kami dua beradik saling
jadi rakannya dan penolong,membantu beliau dengan kerja2 yang perlu dilakukan
untuk karya beliau. Pendapat saya tentang peribadi beliau ialah,Piadasa adalah
saorang yang sangat sensitive perasaanya dan pantang ditegor atau lawan atas
pendapatnya terutama sekali tentang seni. Di sebaliknya beliau adalah
pengeritik yang paling hebat apabila berbicara tentang karya atau pendapat
orang lain, sangat sukar menerima kritik atas dirinya sendiri.
Kenalan kami berakhir pada tahun
90han dimana saya mengunjung beliau dirumahnya di Subangjaya (?) dan timbul
pertengkaran diantara kami seperti biasa dengan pendapat masing2. Tidak pernah
saya merasai kemarahan beliau seperti yang berlaku pada malam itu hinga ada
satu ketika beliau mencaci saya dengan perkataan yang kurang ajar bagi saorang
guru apatah lagi kawan. Saya diminta memberi pendapat saya tentang karyanya
terkini yang menglibatkan pengunaan photoetching dan warna tangan atas gambar2
hitam puteh. Saya dengan ikhlas beritahu dia ayng karyanya itu bukanlah
original lagi saperti karia2nya yang awal dulu masa saya kenal dia di bangku
sekolah. Saya berkata begitu sebab saya pernah lihat karya yang sama diciptakan
oleh pelukis Jepun masa saya berada di Jepun.
Saya dihalau dari rumahnya dengan
kemarahan yang sangat menikam hati saya dan kalaulah tidak saya sabar dan
mengangap beliau sebagai guru saya dan sahabat karib abang saya Razali sangat
buruk padahnya bagi saorang diantara kami dan saya yakin bukan saya yang akan
kehospital. “You are not an Artist, you will never be one!” Hormatan saya
kepadanya dihumban kedalam longkang dan timbul perasaan benci dan sedih dalam
jiwa saya yang sejak kenal beliau di bangku sekolah sentiasa hormat dan sanjung
tinggi kebolehan beliau sebagai saorang Artis. Walau apapun, Pia tetap ada
pendorongan atas gaya dan permikiran saya satelah berkawan dan berguru dengan
beliau kian lama. Bagi saya beliau adalah saorang ‘fighter’ tentang pendirian
peribadinya dan engan menunduk kalah dengan mudah. Daya permikiran beliau
sangat tajam dan tepat kena pada apa yang ditujukan. Nama beliau di-kalangan seni
tempatan memang telah dinobatkan sebagai saorang tokoh budaya walaupun tidak
secara rasmi. Peningalan beliau adalah satu kehilangan watak Seni yang penting
dialam seni Malaysia.
0 comments: