Apa2 Pon Bolehlah!

8:43 AM Shamsul 0 Comments

Suka dan duka dalam hidup ini bukanlah hanya kerana kaya atau miskin, kerap kalinya ia berlaku oleh sebab kita kurang berperihatin dan hidup dalam impian atau dialam maya semata2. Segala dugaan dan cobaan yang kita hadapi bukanlah semata2 untuk menindas atau mengecewakan kita, tetapi ianya untuk kita mengenali diri kita dan memmahami betapa kuat dan teguhnya keimanan kita jikalau kita menghadapi segalanya dengan kesabaran dan ketabahan hati. Hidup ini adalah satu kesengsaraan bagi manusia jelas  Gautama Buddha 2500 tahun yang lampau. Ini disebabkan sifat keinginan nafsu, kebodohan atau malas ingin tahu yang benarnya dan yang di ciptakan minda kita semata2. Mereka yang menumpu usaha seumur hidup mencari dan mengamal kebenaran  kurang dari yang menerima bulat2 apa yang di lontar kepada mereka oleh orang lain untuk mejadi pedoman hidup mereka akan hidup medrita kerap dengan tampa kesedaran diri mereka sendiri. Kesengsaraan hidup ini diakibatkan oleh Nafsu kemahuan atau dalam bahasa Inggerisnya Desire. Sifat tamak dan haloba, sifat kedekut atau bakhir, sifat tidak pernah bershukor dan lain2, termasuk dalam sifat Nafsu atau desire ini. Jalan melepaskan diri dari kesengsaraan hidup ma’nusia perlu memahami siapa itu dirinya yang asli atau tulen.
“Kau yang mengenal dirimu kenalah Tuhan mu.”
Sabda Rasul Allah (SAW).
“Kau yang mengangap diri mu kecil dan ta’ bermaana sedar kah kau akan wujudnya alam yang sangat luas penuh dengan segala keajaipan dalam dirimu?”
Saidina Ali (RA).
 Pada hakikatnya Islam itu berma’na penyerahan diri atau roh kudus kembali kepada Hak yang ampunya;  hadrat illahi. Kematian itu hanya pemulaan langkah menuju ka-Arash Allah.   Tiap2 pergerakan saya, segala langkah saya dari satu tempat kesatu tempat tampa ragu ialah oleh kerana saya menerima hakikat ini dari awal lagi dengan penuhnya walau sedar atau tidak, dalam hidup saya hingga sekarang. Segalanya telah saya serahkan kepada Yang Maha Suci, Allah yang saya kasihi tampa ragu dan was was, Insha’Allah.. Baik buruk yang berlaku dalam masa perjalanan ini hanya Dia yang menentukan dan selagi hayat di kandung badan saya akan coba sedaya upaya melakukan yang di redhai Yang Maha Pencipta, kerana tampa izin Allah tiada satu titek pun akan wujud dalam hidupku.

“Berhijrahlah Sayang demi masa mu.” Lagu dinyayikan oleh shabat saya, Professor Hasnul Jamal Saidon.     

0 comments:

Detik Permulaan Mengenal Siapa Diriku.

8:39 AM Shamsul 0 Comments

Suka dan duka dalam hidup ini bukanlah hanya kerana kaya atau miskin, kerap kalinya ia berlaku oleh sebab kita kurang berperihatin dan hidup dalam impian atau dialam maya semata2. Segala dugaan dan cobaan yang kita hadapi bukanlah semata2 untuk menindas atau mengecewakan kita, tetapi ianya untuk kita mengenali diri kita dan memmahami betapa kuat dan teguhnya keimanan kita jikalau kita menghadapi segalanya dengan kesabaran dan ketabahan hati. Hidup ini adalah satu kesengsaraan bagi manusia jelas  Gautama Buddha 2500 tahun yang lampau. Ini disebabkan sifat keinginan nafsu, kebodohan atau malas ingin tahu yang benarnya dan yang di ciptakan minda kita semata2. Mereka yang menumpu usaha seumur hidup mencari dan mengamal kebenaran  kurang dari yang menerima bulat2 apa yang di lontar kepada mereka oleh orang lain untuk mejadi pedoman hidup mereka akan hidup medrita kerap dengan tampa kesedaran diri mereka sendiri. Kesengsaraan hidup ini diakibatkan oleh Nafsu kemahuan atau dalam bahasa Inggerisnya Desire. Sifat tamak dan haloba, sifat kedekut atau bakhir, sifat tidak pernah bershukor dan lain2, termasuk dalam sifat Nafsu atau desire ini. Jalan melepaskan diri dari kesengsaraan hidup ma’nusia perlu memahami siapa itu dirinya yang asli atau tulen.Suka dan duka dalam hidup ini bukanlah hanya kerana kaya atau miskin, kerap kalinya ia berlaku oleh sebab kita kurang berperihatin dan hidup dalam impian atau dialam maya semata2. Segala dugaan dan cobaan yang kita hadapi bukanlah semata2 untuk menindas atau mengecewakan kita, tetapi ianya untuk kita mengenali diri kita dan memmahami betapa kuat dan teguhnya keimanan kita jikalau kita menghadapi segalanya dengan kesabaran dan ketabahan hati. Hidup ini adalah satu kesengsaraan bagi manusia jelas  Gautama Buddha 2500 tahun yang lampau. Ini disebabkan sifat keinginan nafsu, kebodohan atau malas ingin tahu yang benarnya dan yang di ciptakan minda kita semata2. Mereka yang menumpu usaha seumur hidup mencari dan mengamal kebenaran  kurang dari yang menerima bulat2 apa yang di lontar kepada mereka oleh orang lain untuk mejadi pedoman hidup mereka akan hidup medrita kerap dengan tampa kesedaran diri mereka sendiri. Kesengsaraan hidup ini diakibatkan oleh Nafsu kemahuan atau dalam bahasa Inggerisnya Desire. Sifat tamak dan haloba, sifat kedekut atau bakhir, sifat tidak pernah bershukor dan lain2, termasuk dalam sifat Nafsu atau desire ini. Jalan melepaskan diri dari kesengsaraan hidup ma’nusia perlu memahami siapa itu dirinya yang asli atau tulen.
“Kau yang mengenal dirimu kenalah Tuhan mu.”
Sabda Rasul Allah (SAW).
“Kau yang mengangap diri mu kecil dan ta’ bermaana sedar kah kau akan wujudnya alam yang sangat luas penuh dengan segala keajaipan dalam dirimu?”
Saidina Ali (RA).
 Pada hakikatnya Islam itu berma’na penyerahan diri atau roh-ul kudus kembali kepada Hak yang ampunya;  Hadrat Illahi. Kematian itu hanya pemulaan langkah menuju ka-Arash Allah.   Tiap2 pergerakan saya, segala langkah saya dari satu tempat kesatu tempat tampa ragu ialah oleh kerana saya menerima hakikat ini dari awal lagi dengan penuhnya walau sedar atau tidak, dalam hidup saya hingga sekarang. Segalanya telah saya serahkan kepada Yang Maha Suci, Allah yang saya kasihi tampa ragu dan was was, Insha’Allah.. Baik buruk yang berlaku dalam masa perjalanan ini hanya Dia yang menentukan dan selagi hayat di kandung badan saya akan coba sedaya upaya melakukan yang di redhai Yang Maha Pencipta, kerana tampa izin Allah tiada satu titek pun akan wujud dalam hidupku.     

0 comments:

Anak saya Dilahirkan Di-Asunta Hospital - PJ. -1973

8:33 AM Shamsul 1 Comments

Saya bertemu dengan bakal isteri saya pada tahun tujuhpuloh tiga di-Terengganu dimana kami berdua becuti. Beliau bera sal dari  Marshfield, Wisconsin, Amerika Syarikat dan pada masa itu saorang pelajar pertukaran, ‘Exchange Student’ dari  Universiti Stevens Point, Wisconsin. Di-Institute Teknoloji MARA, Shah Alam beliau mengambil kursus dalam bidang Bisness Management dan khasnya dalam bidang Komputer Program. Selepas tamat kursus beliau ditawar menjadi pensyarah di-ITM dalam bidang yang sama. Pertemuan kami pada mulanya hanyalah sekadar berkenalan tetapi ianya menghasilkan saorang anak.
Kami buat keputusan berkahwin sebelum keadaan menjadi buah mulut orang. Kami bernikah dirumah Ma’Cak di Sungai Pinang dimana isteri saya juga memeluk ugama Islam dengan di beri nama barunya Nazrah binti Abdullah dan anak yang di lahirkan beberapa bulan kemudian diberi nama Nazri Bahari yang dilahirkan di- Asunta Hospital Petaling Jaya. Kelahiran beliau tiba dengan secara mengejut sebab awal dua minggu dari tarikh yang dikirakan. Saya mendapat berita ayng saya menjadi saorang ayah ketika menerima pangilan talipon dari saorang jururawat di Hospital Asunta semasa bekerja. Terkejut bukanlah perkataan yang dapat membayangkan perasaan saya pada ketika itu, tercengang dan bler mengunakan expresi moden. Pagi itu juga saya mengambil cuti dan membuat persiapan bertolak ke-KL.
Pada hari yang sama kaum Cina sedang meraikan hari melawat yang mati di-jerat dan akibatnya tiada lagi tiket untuk kapal terbang, bas ataupun teksi untuk saya buat perjalanan. Dengan dua beg yang penuh dengan kelengkapan bayi yang disediakan oleh isteri saya, saya menaiki feri dan menyerah nasib saya agar dapat kenaikan di- Butterworth, Insha’Allah ada satu teksi yang dapat membawa saya hanya sampai Ipoh pada hari itu dan sya tidak fikir dua kali menaikinya. Saya tiba di-Ipoh hampir maghrib dan hujan renyai2 apabila saya di tinggalkan di tepi jalan di bawah lampu letrik berwarna kuning. Airmata saya mengalir suam dipipi saya dan saya merasa takut buat diri dan isteri saya.
Sauah kereta tiba2 berhenti dihadapan saya dan saorang India yang membawanya bertanya kemana saya nak pergi. Salepas menerima jawapan saya beliau ajak saya bersmanya ke-KL hala tujuan beliau juga, katanya.  Beliau meminta maaf dengan saya sebab jad kebiasaan memainkan kesset tape yang mengandungi pemujaan kepada Lord Ganesha sebagai satu amalan semasa memandu kereta. Saya tidak kisah jikalau beliau memainkan rock and roll pada masa itu, asalkan saya sampai ke-Hospital Asunta dimana isteri saya kesorangan menanti saya. Tetapi mengikut keterangan beliau, Lord Ganesha yang berkepala gajah itu diangapkan penolong mereka yang menghadapi kesusahan tatkala dalam perjalanan dan Dieti ini juga dikatakan melindungi kanak2 dari  segala ancaman dan kesusahan.

Kami tiba dipintu Hospital pada lewat malam dan saya dengan segera mencari bilek isteri saya di tempatkan. Apabila menatap wajah saya di muka pintu bilek saya lihat airmata beliau mengalir dengan spontan walaupun senyuman masih tercatit di wajahnya. Bertapa sedih dan gembira saya merasai melihat wajah isteri saya. Sedih sebab beliau kesaorangan sepanjang hari menghadapi kelahiran anak dan gembira sebab beliau saorang yang penuh semangat dan berani mengatasi segala cobaan yang di hadapi. Saya diberi tahu yang beliau telah membawa kereta Volks Wagon buruk kami dari Shah Alam untuk melahir anaknya.  Oleh sebab kelewatan masa saya di benar melihat anak saya dari luar cermin sahaja.

1 comments:

Kembali ke Pulau Pinang.- 1971

8:29 AM Shamsul 0 Comments

Mengambil nasihat si Red Indian, saya buat keputusan berhijrah kembali kakampung halaman saya yaitu Pulau Pinang untuk menempah nasib masa depan saya. Tidak berberapa lama pulang ke-Penang saya dapat pekerjaan dengan satu syrikat Belanda yang perlukan pekerja Melayu atas arahan kerajaan pada masa itu yang memerlukan supaya tiap syarikat mesti mempunyai sekurang2nya 10 persen pekerja Bumi Putera dalam syarikat itu. Dua orang kami dari Sungai Pinang telah dicadangkan, saya sebab boleh berbahasa inggeris dan sahabat saya Shukor sebagai office boy sebab beliau sunguhpun kurang bepelajaran, rajin dan beramanah.
Hagemeyer Trading Company yang terletak di-Light Street masa itu menjadi agen kepada berberapa syarikat jepun seperti Matsushita dan Nivico. Ia juga mengedar alat2 kamera Olympus dan pelbagia lagi produk dari Eropah seperti Christian Dior dan Houbigan. Tugas saya, menjadi penolong kepada ketua sales department menyapkan invoice dan lain lagi berkenaan penyagaan yang di lakukan. Saya di tempatkan di bawah berberapa ketua jabatan yang semuanya orang Cina. Saya merasa sebagai bola yang ditendang dari satu department kesatu dipartmen mengikut kehendak manager saorang Belanda.

Pada suatu hari Mr. Van De Muelen memanggil saya masuk ke pejabat beliau dan bertanya akan keadaan saya. Beliau akhirnya beri nasihat supaya saya bersabar dan coba sedaya upaya sebab beliau faham akan kedudokan saya bekerja didalam suasana yang berbilang department dan sesame mereka pun tidak bersetuju angin. Tetapi kata beliau, jikalau saya dapat atasi semua ini masa depan saya akan cemerlang. Walaupun saya saling membuat kesilapan sebab kelemahan dalam kira mengira saya pegang akan nasihat beliau dan beliau tidak pernah marah saya dengan kasar seperti yang saya saling terima dari bos2 Cina saya. Dua tahun saya berkecimpung dalam dunia penyagaan dan menghadapi segala lintangan dan dugaaan daripada dalam dan luar pejabat hingalah saya diterima dan dihormati sebagai saorang sales executive yang tidak mudah dipermainkan oleh mereka yang tidak senang dengan adanya Melayu didalam dunia yang dibolosi oleh Cina sahaja sebelum itu. Saya beljar dan boleh berbahasa Hokien cukup buat memahami apa yang di katakan dan terutama sekali memaki balik dalam bahasa itu.

0 comments:

Bermandi Selut DiLautan Cina.

8:24 AM Shamsul 0 Comments

Perkerjaan saya seterusnya membawa saya ke-tengah lautan Cina Selatan dimana saya bertugas di atas Kapal Pengeli, ‘Discoverer 2’ yang sedang mengali minyak disitu.  Explorasi in ditaji oleh Esso Eplration; Petronas belum wujud lagi.  Pada mulanya saya bertugas sebagai saorang Radio Operator tetapi minta ditukarkan untuk bertugas sebagai saorang ‘Rough neck’ yang kerjanya paling mencabar diatas ‘Derrick’  dimana pengalian berlaku. Pada hari pertama saya telah tercerdra ditapak tangan bila dihembab oleh paip dan terpaksa menerima rawatan Captain kapal yang juga bertugas sebagai saorang doctor masa kecemasan. Bila saya balik ke tempat tugas saya saya dinasihati   oleh supervisor berasal dari Amerika supaya sambung bekerja. Dengan keadaan dalam kesakitan saya coba sedaya upaya menjalankan tugas hinga tamat masanya. Apabila habis kerja bos saya tampiri saya dan menanya tentang tapak tangan saya yang cedera itu dan saya mengakui sudah puleh hampir seratus persen. Beliau senyum dan tepok belakang saya dan berkata jikalau saya berhenti awal tadi tidak mungkin saya akan kembali bekerja esok hari.

Selama dua bulan saya bertugas bertungkus lumus dihujani selut panas tiap kali paip sepangjang seratus kaki itu di sambung atau di cabut dari dasar laut hinga tidak tahu letih atau sakit. Akhirnya saya dinasihati berhenti kerja sebab hampir bertumbuk dengan saorang supervisor yang tidak senang hati sebab  menasihati beliau tentang mengunakan perkataan2 yang pesat dan jijik “Mother Fucker’, terhadap pekerja2 Melayu apabila marahi mereka. Sunguhpun mereka tidak faham apa yang di katakan bagi saya itu sangat kurang professional. Saya beritahu beliau yang orang Melayu sangat sensitif terutama sekali apabila menghina ibu merika. Selepas kejadian itu saya di nasihati oleh saorang Native American atau lebih dikenali ‘Red Indian’ berasal dari Huston, Texas berhenti jerja apabila saya member tahu beliau berapa gaji yang saya dapati. Beliau nasiaht supaya saya cari jalan ke-Amerika sebab baginya says berpeluang lebih lagi disana dengan sifat saya yang beliau memerhati dan sukai.

0 comments:

Tamat Sekolah - Mula Bekerja

8:19 AM Shamsul 0 Comments

Saya merasa bertuah kerana mendapat layanan yang bukan mudah terdapat oleh kebanyakan rakan saya yang berumur belasan tahun pada masa itu. Walau bagaimanapun keadaan hidup saya daripada tahun 1962 hinggalah tamat sekolah menengah dan dua tahun bekerja di-Terengganu pada awal tahun tujuhpulohan juga penuh dengan dugaan yang amat pahit terutamanya perhubungan saya dengan Ibu dan abang2 saya. Juga banyak kelakuan dan kerenah saya  yang saya tidak dapat dan segan untuk meceritakan; saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa untuk keampunan atas belas kasehanya. Jelas saya mengakui yang saya ini bukanlah hamba Allah yang soleh malah lebeh jauh sekali daripada itu.
Kelulusan saya pada perpereksaan Sijil SPM tidak memuaskan dan saya tidak dapat menyambung belajar katingkatan enam atau masuk mana2 kolej. Saya mula bekerja buat sementara sabagai penolong kepada saorang Doktor daripada Amerika yang pada masa itu sedang membuat kajian tantang penyakit Malaria dan Cholera di daerah Ulu Terengganu. Dengan mengikut kumpulan yang bawah tajaan Institue of Medical Researh Malaysia ini saya mendapat lagi banyak pengalaman tentang keadaan kehidupan masyarakat dalaman Melayu di kawasan Ulu Terennganu yang kini kebannyakanya tengelami air Empangan Tasik Kenyir.

Salepas tidak lama tamatnya pekerjaan itu saya dapat bertugas dengan sabuah syarikat penerbangan Helikopter sebagai saorang Radio Operator. Bristow Helikopters adalah sabuah syarikat penerbangan yang menjalankan penerbangan membawa pekerja2 dari Darat ke-pelanta minyak di-lautan Cina. Pertugasan saya memberi banyak pengalaman terutama sekali bekerja bersamaan warga Eropah termasuk Britain, Perancis, Sweden, Jerman dan lain2. Saya dapat memerhati tingkah laku  masing terhadap sesama mereka dan macam mana mereka mengangapkan warga tempatan. Bagi saya orang British sangat sombong dan megah diri lain daripada saorang Jerman atau Swede yang lebeh mesra dengan kami warga tempatan. Saya dapati orang Inggeris mengangap diri mereka sabagai orang yang ‘superior’ atas bangsa2 lain dan pantang ditegur terutamakali oleh saorang bangsa Timor. Orang Jerman tegas dan kadangkala kasar tingkah lakunya tetapi menghormati kelebehan sesaorang tampa kira bangsa.

0 comments:

Ahli Kumpulan Silat Seni Gayung Malaysia - Terengganu - 1965

8:13 AM Shamsul 0 Comments

Kedua beradek kami memasuki  kumpulan First Terengganu Scouts Troop dan pada suatu masa telah ke Pulau Pinang untuk merayakan Majlis Jambori Pertama  Malaysia yang ulungkali diadakan di-negeri ini. Jambori tersebut diadakan di-Telok Bahang dan berberapa Negara Asing turut mengambil bahagian.  Saya sangat minat menjadi saorang pengakap; saya sangat gemarkan Kamping di mana saja.
Dalam tingkatan tiga saya masuk menjadi saorang ahli Silat Seni Gayong Malaysia dan berguru dibawah dengan saorang guru yang sangat unik orangnya. Encik Abu Johan yang dikenali sebagai Pa’ Abu pada masa itu memegang jawatan Ketua Pejabat Ugama Terengganu. Beliau yang berpelajaran tinggi di-Britain juga pernah menjadi Pegawai Daerah di-Kuala Berang, Ulu Terengganu. Pa’Abu dan Isterinya berasal dari Lasa, Perak. Beliau mempunyai ilmu dan pengalaman yang sangat tinggi dan disegani oleh segala lapisan yang kenali beliau. Saya dikenalkan ajaran Islam yang lebih mendalam oleh beliau dan keluarganya semasa menjalankan latihan Silat disudut belakang Rumah Kakitangan Kerajaan beliau terletak ditepi laut dekat pantai Batu Buruk.

Melalui Pa’Abu Johan saya juga dapat dua ladi guru yang menjadi petunjuk dan pengajar atau ‘mentor’ dalam hidup saya. Saorang daripada adalah Tengku Azmil yang berasal dari Kedah dan beliau juga saorang guru silat yang sangat terkena dengan kehandalanya.  Rumah beliau berdekatan dengan rumah saya dan saya sering luangkan masa bersamanya dan keluarga beliau. Pada hujung minggu kami kerapkali pergi memburu dan memancing dimerata tempat bersama ra kan beliau Dato’ Arifiin Zakaria (aruah). Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah berberapa daerah di Terengganu termasuk di-Kemaman dan Daerah Marang. Menemani kedua2 mereka pergi memburu secara tidak langsung Pa’Cik Pin menjadi guru saya yang selalu menegur dan tunjuk ajar apa2 yang saya tidak fahami tentang hal ehwal hidup. Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Ketengah, Terenganu dan sebelum meningal pernah menjadi penasihat kepada Almarhum Sultan Mahmud pada tahun Sembilan puluhan. 

0 comments:

Memeluk Agama Islam - Shamsul Bahari

8:07 AM Shamsul 0 Comments

Saya ialah orang pertama yang akan mengaku yang diri saya ini penuh kelmahan malah lagi boleh dikatakan lebeh pada itu. Kelakuan dan tingkahlaku saya sejak kecil lagi memang selalu menerima padah hukuman dan cacian adik beradik sanak saydara dan rakan2, saya diangap sebagai paling degil dan panas baran, jauh dari mempunyai akhlak yang mulia dari segi Agama. Didalam perjalanan hidup saya banyak pekara yang telah saya lakukan yang kini hari ta’dapat saya maafkan diri sendiri dan sentiasa mengharapkan belas kesihan dan keampunan Allah. Satu matlamat saya sejak pulang ke tanah air ialah untuk mencari penawar dan perubatan bagi penyakit2 yang saya tangung diatas belakang saya sebelumnya. Sebab itu say selalu berundur dan menerima segala ancaman, cacian dan penghinaan orang lain terhadap diri saya tampa membalas. Ada yang sangka sifat tolak ansur saya satu sifat pengecut, saya takut memang saya takut tetapi saya lebih takut apa yang saya sangup lakukan jika nafsu marah saya diberi laluan  mengambil tindakan.

Saya disunatkan di Hospital Besar Kuala Terengganu yang pada masa itu mungkin baru mula melakukan cara bersunat sebab prosidia yang dilakukan mamakan masa sangat pamjang dan rumit tidak seperti mana yang dilakukan oleh To’Mudin di kampung. Sayang terpaksa menangung kesakitan yang amat sekali dan perlu kahospital ulangkali untuk menangalkan benang jahitan yang dikenakan pada kemaluan saya, malah ini dilakukan pula oleh saorang jururawat wanita. Nama asal saya yaitu Nanda Sena s/o Simone Bartholomuze digantikan dengan nama saya sekarang, yaitu Shamsul bahari bin Abdul Mutalib. Nama ini dishorkan oleh Azizah Akhbar saorang pelajar yang tinggal bersama keluarga kami sebagai anak angkat masa beliau masih pelajar di Sultan Sulaiman. Beliau sangat terkenal sebagai olahragawan di sukan2 Terenganu. 

0 comments:

Sekolah Menengah Sultan Sulaiman - 2

8:03 AM Shamsul 0 Comments

Selain daripada abang saya Cikgu Razali, saya dan kembar juga saling di layan guru lain yang tingal di Kuartes Guru dalam kawasan sekolah.   Salah saorang guru yang saya minati adalah Mr. Ong yang mengajar Industrial Arts dan lain mata peljaran bersamaanya. Mr. Ong bagi saya yang masih muda dan mentah masa itu adlah saorang yang paling unik perangainya. Dia saorang yang tegas hampir kasar bila bertutur tetapi dibawah lapisan ketegasan itu kadangkali timbul sifat lembut yang mambuat saya hormat beliau sebagai saorang guru dan kawan. Semasa berlakunya perusohan May 13, saya dan Mr.Ong ashik bermain carom diruang tamu Quarters guru. Banyak nasihat dan ilmu saya perolehi dari jalinan persahabatan diantara  saorang murid dan guru. Kali terakhir kami bertemu ialah pada masa beliau menolong saya membawa Isteri dan anak saya yang baru lahir kelapangan terbang di Subang awal tahun tujuhpulohan. Kami anak beranak dalam perjalanan berhijrah ke-Amerika Sharikat pada masa itu.
Mr. Reza Piyadasa adalah saorang guru seni halus di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan saya berpeluang menjadi murid beliau dan juga adek angkat  bila diluar darjah. Pia berketurunan Seri Lanka dan ini mengeratkan kami denganya sama seperti abang lebih daripada saorang murid. Satu nilai Pia yang saya kagumi pada masa itu adalah gaya dia mencipta sesuatu. Rokok sentiasa dicleah jarinya dan kopi O mesti ada di samping atau berdekatan. Ia membuat saya rasa yang beliau berfungsi atas asap dan serbok kopi dalam badanya yang kurus kering itu. Pia adalah seorang ulat buku dan buku2 yang dia baca boleh dikatakan mengenai seni, kalau tidak melukis dia membaca dan kalau tidak melakukan kedua ini, pasti dia tidur. Oleh sebab keadaan yang wujud disuasana Terenganu dimana sukar dapat kawan2 yang sama kepala seperti beliau, kami dua beradik saling jadi rakannya dan penolong,membantu beliau dengan kerja2 yang perlu dilakukan untuk karya beliau. Pendapat saya tentang peribadi beliau ialah,Piadasa adalah saorang yang sangat sensitive perasaanya dan pantang ditegor atau lawan atas pendapatnya terutama sekali tentang seni. Di sebaliknya beliau adalah pengeritik yang paling hebat apabila berbicara tentang karya atau pendapat orang lain, sangat sukar menerima kritik atas dirinya sendiri.     
Kenalan kami berakhir pada tahun 90han dimana saya mengunjung beliau dirumahnya di Subangjaya (?) dan timbul pertengkaran diantara kami seperti biasa dengan pendapat masing2. Tidak pernah saya merasai kemarahan beliau seperti yang berlaku pada malam itu hinga ada satu ketika beliau mencaci saya dengan perkataan yang kurang ajar bagi saorang guru apatah lagi kawan. Saya diminta memberi pendapat saya tentang karyanya terkini yang menglibatkan pengunaan photoetching dan warna tangan atas gambar2 hitam puteh. Saya dengan ikhlas beritahu dia ayng karyanya itu bukanlah original lagi saperti karia2nya yang awal dulu masa saya kenal dia di bangku sekolah. Saya berkata begitu sebab saya pernah lihat karya yang sama diciptakan oleh pelukis Jepun masa saya berada di Jepun.

Saya dihalau dari rumahnya dengan kemarahan yang sangat menikam hati saya dan kalaulah tidak saya sabar dan mengangap beliau sebagai guru saya dan sahabat karib abang saya Razali sangat buruk padahnya bagi saorang diantara kami dan saya yakin bukan saya yang akan kehospital. “You are not an Artist, you will never be one!” Hormatan saya kepadanya dihumban kedalam longkang dan timbul perasaan benci dan sedih dalam jiwa saya yang sejak kenal beliau di bangku sekolah sentiasa hormat dan sanjung tinggi kebolehan beliau sebagai saorang Artis. Walau apapun, Pia tetap ada pendorongan atas gaya dan permikiran saya satelah berkawan dan berguru dengan beliau kian lama. Bagi saya beliau adalah saorang ‘fighter’ tentang pendirian peribadinya dan engan menunduk kalah dengan mudah. Daya permikiran beliau sangat tajam dan tepat kena pada apa yang ditujukan. Nama beliau di-kalangan seni tempatan memang telah dinobatkan sebagai saorang tokoh budaya walaupun tidak secara rasmi. Peningalan beliau adalah satu kehilangan watak Seni yang penting dialam seni Malaysia. 

0 comments:

Sekolah Menangah Sultan Sulaiman.

7:56 AM Shamsul 0 Comments

Saya ditempatkan di-Sekolah Menegah Sultan Sulaiman untuk menyambung pelajaran saya semasa membesar di Terengganu. Sekolah ini boleh dikatakan sebuah sekolah bistari pada masa itu dan mungkin hinga sekarang. Terletak dipingir pantai Laut Cina Selatan, Sekolah ini sangatlah selesa  tempat menimba ilmu. Guru2 yang berutgas  tahun enampulohan kebanyakannya guru2 yang baru kembali daripada berlatih dari seberang laut terutama sekali dari England. Abang saya yang sulung termasuk salah saorang guru “Kirby” yang mengajar di sekolah itu, malah beliau abang saya dan juga saorang guru disiplin yang sangat di geruni pelajar. Beliau juga pernah menjadi warden asrama dan guru jimnastik dan sukan Rugby. Pendek kata beliau menjadi suatu tekanan yang paling teruk dalam hidup saya semasa dalam sekolah menegah. Saya besa mengalami tamparan beliau tiga kali dalam jangkan menjadi saorang murid dan ini takan say lupa seumur hidup. Walaubagaimanapun tempeleng yang paling  hebat dan pedih dia lontarkan kemuka saya berlaku setahun dua yang lalu bila beliau meluahkan betapa kecewanya dia atas kehidupan saya kini. “ You are a disappointment!.” Bila umur sudah lebihi 60han, ini satu tamparan yang sangat menyedihkan.
Saya tetap menghormati abang sulung saya dan terhutang budi atas segala nikmat yang saya dapat kecapi oleh sebab dia abang saya. Beliau pernah mangakatakan yang betapa susahnya bagi dia bila terpaksa membuat pilihan untuk memilih saya untuk menjadi anak angkat pada masa saya dilahirkan besama kembar saya. Kami adek2 selalu diperigatkan oleh emak atas jasanya dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk membesarkan kami dengan cukup berpelajaran. Saya tidak pernah lupakan akan jasa Cikgu Razali Abdul Mutalib yang juga dikenali dikalangan rakan2 sebagai ‘Spike’. Dia adalah salah saorang yang menjadi dorongan dan idola dalam hidup saya hingga sekarang.

Salah satu dorongan yang abang saya melekatkan atas minda saya ialah sifat suka membaca novel, komik dan megazin termasuklah Playboy yang pada masa itu boleh dikatakan sukar untuk perlolehi dan penuh dengan artikal yang bermutu dan menarik. Pada tiap bulan kami menungu degan penuh harapan ketibaan komik DC dan Marvel yang abang saya membuat ‘subscription’. Abang kembar saya dan saya juga sangat bertuah dari segi mendapat kemudahan bahan membaca dan ini meningkatkan mutu bahasa Inggeris kami. Oleh kerana kepintaran pemandangan beliau yang jauh, beliau membawa pulang dari England buku2 yang sukar di dapati di Malaysia pada masa itu. Ini termasuklah novel romantic dan lucah yang menjadi popular pada zaman itu. ‘Candy”, Lady Charteley’s Lover. My Secret Life, The Before Midnight Scholar, inilah nama2 buku2 yang saya baca secara curi2 dari bawah katil bilek abang saya.
Selain dari bahan pembacaan abang saya juga mempunyai satu koleksi album, atau piring hitam music yang pada masa itu sukar di perolehi dimana2 kedai tempatan. Kebanyakannya ala Jazz dan Folk Music. Kami kembar dua beradik selau kunjung kerumah beliau yang terletak didalam kawasan sekolah dan menghiburkan hati dengan music barat yang juga pada masa itu bukan banyak orang dapat mempunyai. Kami dikenalkan kepada artis tershohor Jazz saperti Quincy Jones, Ramsey Lewis, Cannon Ball, Theolonius Monk, Ela Fitzgerald, Nat King Cole, dan banyak lagi. Nama2 ini pada masa itu belum lagi di kenali orang di Malaysia tampa pendedahan yang kami dapat jasa abang kami.
Sekali sekala kami di ajak menonton wayang gambar bersama beliau terutama sekali bila ada tayangan cerita Samurai Jepun dan Kung Fu Cina. Hanya dua pangung wujud di-Kuala Terenggnau pada masa itu, menonton wayang menjadi satu ruang masa dimana jalinan tali persaudaraan berlaku diantara tiga beradik kami. Selalunya kami akan dibelanja makan Koa Teow Cina di Kampung Cina sebelum menonton dan tidak mudah di lupai detik2 begini bersama abang kami saorang guru disiplin yang di geruni oleh semua murid Sekolah Menengah Sultan Sulaiman sekitar tahun enampulohan.

0 comments:

Hidup DiDarul Iman

7:47 AM Shamsul 0 Comments

Pahit Manis hidup di Bumi Allah – Darul Iman.
Terengganu pada tahun 1962 jauh beza dengan Terengganu yang baru saja saya melawat hampir satu bulan yang lalu, (Bulan Januari 2016). Bukan lebih atau kurang keindahan alamnya jikalau dibandingkan tetapi perasaan ketenangan dan keindahan alam semula jadi pada masa itu sangat menarik. Memanglah kesesakan lalulintas dan pembangunan yang pesat di merata perusuk rantau negeri itu sekarang mengakibatkan sebagai kehilangan sesuatu yang tidak mungkin dirasai generasi zaman kini. Pada masa itu, berbasikal dari Istana Badariah, Batu Buruk menuju ke Bandar Kuala Terengganu yang jaraknya lebih kurang lima batu tidak jadi satu masaalah. Ini mungkin sebab iklim dan cuaca pada masa itu lebih sejuk dan kiri dan kanan jalan bermacam tumbuhan dan juga angin laut sentiasa meniup tampa dihindari oleh bangunan2 seperti yang ada sekarang. Udara mungkin indah tidaklah tercemar oleh kenderaan dan kilang2 lagi menambahkan kurangnya hawa panas seperti yang di alami sekarang.
Bandar Kuala Terengganu pada tahun enampuluhan masih banyak kampung kecil2 dan rumah kayu beratap disekitaran Bandar. Yang wujud pada masatu hanyalah setesen bas lama dan tiga pangung wayang. Sekali lagi tampa membuat pembandingan, bagi saya Bandar kecil ini pada masa dulu sangatlah memikat hati saya. Perubahan memang tidak dapat di halang dalam peredaran zaman, tetapi perubahan tampa batasan dan mengambil kira impak bagi alam sekitar pada saya sangatlah merugikan buat masa yang akan datang. Contohnya, sekarang pertukaran iklim cuaca dan kehakisan pantai sudah menjadi bukti bagaimana pembangunan bila tidak di lakukan dengan teliti akan akibat keburukan. Mungkin bangunan yang indah dan tersergam dapat menambahkan lagi pandangan mata kasar tetapi kemusnahan pada alam sekitar hanya akan di alami pada jangka yang panjang.
Satu satunya kerosakan yang paling ketara bagi keindahan alam semula jadi yang saya nampak ialah terbiarnya kawasan sawah padi yang dulunya menjadi tarikan buat mata dan hati yang memandang. Tali air yang dulunya sentiasa jernih penuh dengan ikan dan kehidupan yang lain sekarang hampir pupus dibanjiri pokok kiambang, tidak di jaga langsung. Yang lagi sedihnya kebanyakan tanah sawah dan bendang sekarang sudah menjadi tapak pembangunan dan perumahan. Apabila melihat keadaan sekarang say merasa saolah-olah kehilangan sesuatu yang ajaib bagi negeri ini, macam mati semangat alamnya. Burung2 tidak lagi meriah bekicauan dan ikan haruan, puyu dan sepat tidak lagi berlompat di tebing tali air.

0 comments:

Pantai Timor - Aku Datang.

7:37 AM Shamsul 0 Comments

Pantai Timur-Kuala Terengganu.
Laut Cina Selatan di sebelah kanan dan keindahan pemandangan sawah padi yang luas menghijau sejauh mata memandang, di sebelah kiri, mengangkat semangat saya yang sedang dalam keadaan bengang dan berat pada masa itu. Walau apa yang akan say hadapi di- Kuala Terengganu saya mulai merasa yakin yang saya dapat atasi oleh sebab saya berada di suatu alam yang baru, luas dan lapang. Tiap2 perkampungan nelayan yang saya lalui membikin hati saya mula hidup semula dan saya mula merasai keyakinan diri saya kembali sedikit demi sedikit. Saya dapat rasa kesedihan meninggal Pulau Mutiara yang saya kasihi selama ini dan saya dapat melepaskkan rindu saya pada datuk dan suadara mara, sahabat dan cinta pertama dalam hidup saya. Buat pertama kali saya rasa air mata saya mengalir membayangkan rupa kesedihan bapa angkat saya.

Kesunyian, kekosongan dan kekakuan yang saya mengalami sejak diberi matlamat untuk meningalkan segala yang diangap akan menentukan siapa saya, mulai reda dan bersurai. Disinilah ilham muncul yang berbisik di lubok hati yang kekosongan dengan suatu kesedaran, yaitu, segalanya hanya sementara, tempat yang saya angapkan rumah itu hanya tempat tumpangan. Seperti awan yang timbul dan lenyap, saya tidak ada pengkalan yang boleh dikatakan inilah tempat aku berlaboh buat selamanya. Dimana bumi aku pijak disitulah kediamanku, aku ta’terikat dan ta’akan diikat oleh apa jua dan aku tidak akan ditolak dan menolak apa jua yang melintang dihadapan perjalanan ku. Seperti air yang mengalir mencari lautan akan aku bergerak menuju Yang Maha Esa dan hanya apabila tiba dikaki arash Dia yang berhak atas diriku maka disitulah akhirnya hayat ku dan tamatnya perjalanan ku.
Yang berasal dari Kampung Selut sudah tiba dilautan Cina, yang kaku tidak berdaya sudah sampai menatap sawah melentang, pandangan dari ‘Atas Gong Batu Buruk’ hinggan ke-Gong Tok Nasek.  Satu terai ditutup dan terai yang baru dibuka untuk adegan selanjutnya, latar belakang sudah pun siap bagi mu oh pelakon hidupkanlah yang mati, serukanlah yang jauh, tiup Bangsawan ini ke udara. Sedih, gelisah, suka duka, hanya permainan hidup dan yang hidup tetap akan mati dan yang mati akan dihidupkan semula. Selamat tingal Pantai Barat, Salam Sejahtra wahai Pantai Timor; aku datang.


0 comments:

Dari Liang Lahad-

10:03 PM Shamsul 0 Comments

Saya dikejutkan dari tidur oleh satu pangilan talipon dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Terengganu yang ingin tahu tentang status Arwah Isteri saya. Pada tahun lalu saya ada menerima satu dari Jabatan ini yang mengatakan isteri saya tidak menjelaskan income tax beliau yang sudah mencecah 38 ribu ringgit, tungakan dari tarikh beliau berkhidmat sejak 2004 hingga terkini.. Saya simpan surat itu dan tidak mengambil tindakan apa2, Inin bukan hal saya untuk meiayan, ini masaaalah antara arwah isteri saya, majikan beliau yaitu KUSZA dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Isteri saya dibehenti kerja kerana kesihatan beliau dan KUSZA tidak mengambil berat tentang hal beliau pada masa itu. Ynag sangat mengecewakan KUSZA hwentikan beliau tampa pampasan atau bantuan apa2 sekali pun. Beliau dilepaskan macam tidak pernah wujud dalam kakitangan majikan itu/
Sekarang beliau dihantui hingga keliang lahad kerana tidak membayar cukai pekerja oleh JHDN yang mana mencari saya sebagai mangas untuk di peras ungut membayarkan tutntutan ini. Saya telah membaut lapuran kepada JHDN Pulau Pinang pad asatu ketika dahul berkenaan stituasi isteri saya itu dan bilan di beri tahu kepada sipemamngil pagi tadi jawapn beliau mudah saja,"Kami tidak dapat apa2 maklumay pun!" Ya, adakah ini satu lagi kesalahan saya? Ini tangung jawab pegawai HDN unutk memastikan maklumay di salurkan kepada pihak tertentu. In juga tangung jawab KUSZA untuk saelesaikan kedudukan staus arwah isteri saya dengan HDN bukan tangung jawab saya yang tidak kena mengena. Kelalain masing2 majikan menjalanakan tygas sangat mengecewakan dan apatah lagi merugikan Kerajaan dalam pekara surat menyurat dan bayaran talipon. Yang patut di tujukan semua in adalah majikan arwah isteri saya , yaitu KUSZA. Majikan ini patut diarahkan memberi alasan2 yang kukuh tentang tindak tanduk yang di ambil bagi menylaraskan hal perhentian kerja isteri saya, dan apa pampasan atau bantuan yang di salurkan pada beliau pada masa itu.
Lebih empat tahun beliau bertugas sebagai saorang pensyarah dan apabila jatuh sakit beliau di lepaskan begitu saja.Ini tidak dapat say maafkan majikan yang bukan canang majikan ini. 
Arwah isteri saya berkelulusan Masters in Linguistics dari Unversiti Carbondale bi-Illinois, USA dand beliau juga dapat ijazah mengajat bahasa Jepun dari negara itu. Layanan yang di beri KUSZA jauh mengabarkan kelebihan beliau dengan dengan gaji yang tidak setimpal bandingkan perkerja tempatan. Kami terima hakikat ini oleh sebab saya membuat keputsan untuk berhijrah dari Jepun ke-Malaysia. Ini satu keputusan yang saya sangat menyesal dalam hidup saya. Oleh sebab paka perubatan dinegeri in tidak dapat mengesahkan penyakit beliau ibu beliau membuat keputusan untuk membawa beliau pulang ke Amerika unutk dapat rawatan. Beliau diputuskan mengidap penyakit Alzheimers yand membawa maut selepas empat tahun di rumah pesakit kronic di-Illinois. Walaupun telah memeluk agama Islam, jasad beliau di-kebumukan secara agama Kristian. Ini sangatlah menyedihkan bagi saya tetapi saya terpaksa menerima hakikatnya sebab pada masa itu saya tiada mampu membuat apa2 kerana kemiskinan. Yang sangat teruk lagi hinga sekarang kerajaan Malaysia menghatui beliau untuk menjelaskan Income tax beliau dari dalam kuburnya.

  

0 comments:

Mencari Yang mencari.

1:08 AM Shamsul 0 Comments

Kebelakangan ini berberapa sahabat2 dan saudara mara yang sudah masuk hospital atau pun mati oleh sebab tertentu dan mereka sebaya umur saya ayng membuat saya memikirkan tentang masa saya pula. Kalau dah ajal tidak ada apa yang dapat saya lakukan tetatpi sebelum ajal pantang saya mengaku kalah dari apa jua lintangan yang di bentangkan dihadapan saya, saya tetap akan maju terus untuk memenuhi cita2 dan niat saya untuk menurunkan alkisah hidu say untuk jadi tatapan mereka yang minat dan mencari. Blog yang saya telah meulai pada awal tahun ini kini tidak mendapat sambutan pembaca mungkin ini kerana belum ada sebaran berkenaan wujudnya Blog ini. Mungkin oleh sebab ianya tidak menarik untuk di layani buat masa kini. Atau mungkin Bahasa saya ini masih kurang tattertib penulisannay. Walaubagaimana pun Blog ini akan bergerak selagi saya masih hidup sebab ianya adalah permintaan rakan2 saya yang tidak dapat membaca celoteh saya dalam bahasa Ingeris.
Pen Drive yang mengandungi tulisan riwayat hidup saya sudah lesap dari meja ini entah kenapa dan mengapa. Saya terpaksa uploadkan sekali lagi dari Lap top anak saya untuk menyambung cerita saya ayng berakhir di Kuala Terengganu. Sementara itu saya akan sambung kisah ini dengan menceritakan keadaan saya masa terkini. Saya tinggal bersama keluarga sepupu saya di Jalan Sungai Pinag, Rumah yang kepunyaan datuk nenek saya ini sekarang menjadi sebuah Restoran and Katering penyagaan yang di uruskan oleh sepupu saya Saleh Marikan dan Isteri beliau.Saya hanya seorang penumpang di rumah ayng asalnya rumah pusaka datuk nenek sendiri. Iin tidak jadi masaalah bagi saya sebab memangnys tidak ada niat untuk memiliki harta dalam hidup saya dan apa yang saya perlukan untuk hidup selalu ada di peruntukan oleh Yang Maha Esa. Kedua anak2 saya Karim dan Marissa telah pindah dan hidup berdikari masing2 mempunyai tempat tinggal sendiri.
Satelah hidup di luar negara hampir 25 tahun saya telah dapat merasai bermacam cork hidup dang bermacam ragam manusia berbilang bangsa. Pengalaman saya mencerminkan bermacam ragam tindak tanduk manusia yang kadangkala susah untuk saya fahami dan kadangkala mengecewakan terutama sekali tindak tanduk mereka yang saya angapkan sebagai bangsa saya sendiri di negeri ini.
Walaupun keturunan kacokan saya tidak pernah mengagapkan diri saya lain daripada bangsa Melayu yang membesar di sebuah kampung yang penduduknya boleh dikatakan seratus peratus Melayu. Saya amat sedih kerana mendapati orang Melayu adalah satu2 bangsa yang amalakan sikap tindas menindas, benci membenci dand khianat mengkhinati. In bukan shaja pendapat peribadi saya, tetapi pendapat mereka sendiri bila berbicara tentang masaalah ini. Ynag menyedihkan lagi ialah orang Melayu beagama Islam boleh di katakan satunya bangs yang sukar untuk diharapkan bila dalam kesusahan. Hidup saya dalam khalayak orang Melayu sehinga masa kin sangat penuh dengan kekcewaan hingga saya mencari rakan bangsa asaing, bangsa Cina dan India bila dalam masa terdesak. Walaubagaimana pun saya bersykur kerana ada segelintitr orang Melayu yang dapat memahami gaya hidup saya dan tidak menghukum bahkan sangup memberi pertolongan dan bantuan bila saya berkehendakan. mereka inlah yang mebuat saya inign meneruskan niat dan hajat saya untuk menulis Blog ini supaya dapat saya menyumbangakan satu tatapan hidup seorang seni dan pengembara buat dijadikan satu cabaran bagi mereka yang mencari.   

0 comments:

Karia ssya yang berterusan.

12:06 AM Shamsul 0 Comments

 Buat masa kini saya swedang coba menyapkan lukisan sepanjang seratus kakai yang ssaya mulakan pada tahun 2008. Hingga sekarang lukisan inin masih belum siap.

Kertas berukuran seratus kaki pamujang inin telah di hadiahkan kepada saya oleh sahabat saya Prof. Najib Dawa yang pada ketika itu tamat tugasnya sebaagai dekan di pusat seni. USM. Beliua minta saya buat satu lukisan yang memaparkan pemandangan sekitar Georgetown.
Buat masa sekarang saya sedang tokok tambah dan kemas kini untuk di pamirakn sekali lagi di Museum Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) USM>

MUngkin lukisan tidak akan siap hinga akhir hayat saya, saya selaul beri tahu mereka yang tanya saya bila nak siap. Atau bila sesiapa membelinya dengan harga yang berpayutan dan saya serahnya lepadanya kelak.

0 comments:

Pantai Timor Aku Datang.

12:05 AM Shamsul 0 Comments

Sudah hampr sebulan saya lancarkan 'OTAI Kampung Selut ini atas permintaan rakan2 Melayu saya hany dapati 95 page views. Blog saya dalam bahasa ingris, 'Ramblings of the Cheesebuerger Buddha masih dapa 185 pembaca dalam sehari walaupun saya tidak tulis lagi apa2 yang baru sejaik say mula Blog ini. Apa ini menujukan? Adakah Blog saya memang 'boring' dan tidak ada penarikan bai pembaca melayu atau orang Melayu memang tidak minat membaca? Apakira pun say akan menulis kisah hidup saya ini sebab saya telah membuat satu keputusan untuk coba sedaya upaya melakukannya sedaya upaya saya. Saya tanya diri saya adakah ini membuang masa say sahaja dan patut saya hentikan saja, tetapi saya rasa ada kemungkinan yang kerja saya ini tidak akan jadi siasia sahaja, Walaubagaimana pun biar saya coba, apa ada rugi/ Ynag penting bagi saya, saya telah menyambut cabaran rakan2 saya dan mungkin dapat menjadi karia saya ini satu lagi karia seni.

Hidup diPantai Timor

Laut Cina Selatan di sebelah kanan dan keindahan pemandangan sawah padi yang luas menghijau sejauh mata memandang, di sebelah kiri, mengangkat semangat saya yang sedang dalam keadaan bengang dan berat pada masa itu. Walau apa yang akan say hadapi di- Kuala Terengganu saya mulai merasa yakin yang saya dapat atasi oleh sebab saya berada di suatu alam yang baru, luas dan lapang. Tiap2 perkampungan nelayan yang saya lalui membikin hati saya mula hidup semula dan saya mula merasai keyakinan diri saya kembali sedikit demi sedikit. Saya dapat rasa kesedihan meninggal Pulau Mutiara yang saya kasihi selama ini dan saya dapat melepaskkan rindu saya pada datuk dan suadara mara, sahabat dan cinta pertama dalam hidup saya. Buat pertama kali saya rasa air mata saya mengalir membayangkan rupa kesedihan bapa angkat saya.
Kesunyian, kekosongan dan kekakuan yang saya mengalami sejak diberi matlamat untuk meningalkan segala yang diangap akan menentukan siapa saya, mulai reda dan bersurai. Disinilah ilham muncul yang berbisik di lubok hati yang kekosongan dengan suatu kesedaran, yaitu, segalanya hanya sementara, tempat yang saya angapkan rumah itu hanya tempat tumpangan. Seperti awan yang timbul dan lenyap, saya tidak ada pengkalan yang boleh dikatakan inilah tempat aku berlaboh buat selamanya. Dimana bumi aku pijak disitulah kediamanku, aku ta’terikat dan ta’akan diikat oleh apa jua dan aku tidak akan ditolak dan menolak apa jua yang melintang dihadapan perjalanan ku. Seperti air yang mengalir mencari lautan akan aku bergerak menuju Yang Maha Esa dan hanya apabila tiba dikaki arash Dia yang berhak atas diriku maka disitulah akhirnya hayat ku dan tamatnya perjalanan ku.
Yang berasal dari Kampung Selut sudah tiba dilautan Cina, yang kaku tidak berdaya sudah sampai menatap sawah melentang, pandangan dari ‘Atas Gong Batu Buruk’ hinggan ke-Gong Tok Nasek.  Satu terai ditutup dan terai yang baru dibuka untuk adegan selanjutnya, latar belakang sudah pun siap bagi mu oh pelakon hidupkanlah yang mati, serukanlah yang jauh, tiup Bangsawan ini ke udara. Sedih, gelisah, suka duka, hanya permainan hidup dan yang hidup tetap akan mati dan yang mati akan dihidupkan semula. Selamat tingal Pantai Barat, Salam Sejahtra wahai Pantai Timor; aku datang! 

0 comments: