Anak saya Dilahirkan Di-Asunta Hospital - PJ. -1973

8:33 AM Shamsul 1 Comments

Saya bertemu dengan bakal isteri saya pada tahun tujuhpuloh tiga di-Terengganu dimana kami berdua becuti. Beliau bera sal dari  Marshfield, Wisconsin, Amerika Syarikat dan pada masa itu saorang pelajar pertukaran, ‘Exchange Student’ dari  Universiti Stevens Point, Wisconsin. Di-Institute Teknoloji MARA, Shah Alam beliau mengambil kursus dalam bidang Bisness Management dan khasnya dalam bidang Komputer Program. Selepas tamat kursus beliau ditawar menjadi pensyarah di-ITM dalam bidang yang sama. Pertemuan kami pada mulanya hanyalah sekadar berkenalan tetapi ianya menghasilkan saorang anak.
Kami buat keputusan berkahwin sebelum keadaan menjadi buah mulut orang. Kami bernikah dirumah Ma’Cak di Sungai Pinang dimana isteri saya juga memeluk ugama Islam dengan di beri nama barunya Nazrah binti Abdullah dan anak yang di lahirkan beberapa bulan kemudian diberi nama Nazri Bahari yang dilahirkan di- Asunta Hospital Petaling Jaya. Kelahiran beliau tiba dengan secara mengejut sebab awal dua minggu dari tarikh yang dikirakan. Saya mendapat berita ayng saya menjadi saorang ayah ketika menerima pangilan talipon dari saorang jururawat di Hospital Asunta semasa bekerja. Terkejut bukanlah perkataan yang dapat membayangkan perasaan saya pada ketika itu, tercengang dan bler mengunakan expresi moden. Pagi itu juga saya mengambil cuti dan membuat persiapan bertolak ke-KL.
Pada hari yang sama kaum Cina sedang meraikan hari melawat yang mati di-jerat dan akibatnya tiada lagi tiket untuk kapal terbang, bas ataupun teksi untuk saya buat perjalanan. Dengan dua beg yang penuh dengan kelengkapan bayi yang disediakan oleh isteri saya, saya menaiki feri dan menyerah nasib saya agar dapat kenaikan di- Butterworth, Insha’Allah ada satu teksi yang dapat membawa saya hanya sampai Ipoh pada hari itu dan sya tidak fikir dua kali menaikinya. Saya tiba di-Ipoh hampir maghrib dan hujan renyai2 apabila saya di tinggalkan di tepi jalan di bawah lampu letrik berwarna kuning. Airmata saya mengalir suam dipipi saya dan saya merasa takut buat diri dan isteri saya.
Sauah kereta tiba2 berhenti dihadapan saya dan saorang India yang membawanya bertanya kemana saya nak pergi. Salepas menerima jawapan saya beliau ajak saya bersmanya ke-KL hala tujuan beliau juga, katanya.  Beliau meminta maaf dengan saya sebab jad kebiasaan memainkan kesset tape yang mengandungi pemujaan kepada Lord Ganesha sebagai satu amalan semasa memandu kereta. Saya tidak kisah jikalau beliau memainkan rock and roll pada masa itu, asalkan saya sampai ke-Hospital Asunta dimana isteri saya kesorangan menanti saya. Tetapi mengikut keterangan beliau, Lord Ganesha yang berkepala gajah itu diangapkan penolong mereka yang menghadapi kesusahan tatkala dalam perjalanan dan Dieti ini juga dikatakan melindungi kanak2 dari  segala ancaman dan kesusahan.

Kami tiba dipintu Hospital pada lewat malam dan saya dengan segera mencari bilek isteri saya di tempatkan. Apabila menatap wajah saya di muka pintu bilek saya lihat airmata beliau mengalir dengan spontan walaupun senyuman masih tercatit di wajahnya. Bertapa sedih dan gembira saya merasai melihat wajah isteri saya. Sedih sebab beliau kesaorangan sepanjang hari menghadapi kelahiran anak dan gembira sebab beliau saorang yang penuh semangat dan berani mengatasi segala cobaan yang di hadapi. Saya diberi tahu yang beliau telah membawa kereta Volks Wagon buruk kami dari Shah Alam untuk melahir anaknya.  Oleh sebab kelewatan masa saya di benar melihat anak saya dari luar cermin sahaja.

1 comment: